Lunch bersama Rakan-Rakan Office di Sarkies, E & O Hotel Penang

Hello u olls,

Akak dan rakan-rakan staf di Soc Sc USM,  adala kumpul duit kelab staf sebulan RM5 u olls.  Hujung tahun,  kami keluar la buat apa apa aktiviti.  So kali ini,  kami pilih untuk makan lunch di Sarkies Corner,  E & O Hotel,  Penang.


Tempat ini sangat cantek.  Ala-ala British u olls.  Makanan international buffet.  From Penang Char Keow Teow,  seafood grill,  pasta,  lamb chop,  salad,  smoked fishes,  itik panggang dan macam-macam lagi.  And yes,  dessert pun macam-macam u olls.

Harga RM68++ untuk satu kepala.
Weekend RM74++ untuk satu kepala.
Sapa bayar pakai credit card,  boleh dapat 10% diskaun.
Takdak special price untuk govt.  Sorry u olls.

Kami pun pilih untuk mai makan kat sini.  Makanan yang sedap dan pemandangan yang cantek.  KAMI SEPATUTNYA MAI HARI SABTU.  BOLEH LEPAK LEBIH LAMA. Kami mai hari Jumaat,  so by 230pm dah kena balik ke office.

Satu experience makan yang best and u olls semua harus mai.  Tapi sila mai dengan kawan-kawan yang gila makan.  Jangan duk mai makan dengan orang orang yang feeling nak makan sikit sikit ni semua.  ROGI!!!

Jom layan gambar dengan CLICK READ MORE.

Ucapan Besde Daripada Ampa Semua!! Thanks semua!!

Hello u olls semua,

Terima kasih atas ucapan sebede kepada saya pada hari semalam iaitu 29 Mac 2013.  On FB,  on Twitter,  on emails,  on Wassap,  on SMS..............thank you semua.  Saya masih dalam usaha untuk balaih semua message anda semua.

Alhamdulillah,  panjang umur saya tahun ini untuk terus berada di atas muka bumi ini.  Masih bersama insan-insan yang saya sayang.  Sihat walafiat (dont want to complain) dan masih terus dapat menulis blog untuk u olls semua.  Sorry lately tak banyak update....ampa tunggu update balas dendam daripada akak ya.

Ingat lagi tak projek Video Sempena Besde Jumie Samsudin?  Ampa boleh baca kat sini  :  28 Soalan untuk Jumie Samsudin Sempena Birthday Jumie Samsudin  Thank you kepada ampa semua yang tanya macam macam soalan.  Akak dah pilih the top 28 soalan dan telah menjawabnya.  Sekarang ni dalam proses editing.  Kami akan edit ke dalam 3 video besar.  HEHEHE ....ampa tengok la nanti na.  Video tu semua shot sendiri oleh akak,  ada ada dua tiga video yang diambil oleh Danny Harmizi and Eizhall.  En.  Khafi kata,  hang punya video semua jawab skema.  Tapi entahlah u olls.  Akak rasa itulah cara akak jawab.  Tak dak la hegeh hegeh nyanyi lagu Ombak Rindu...OHHH TIBA TIBA.  Ampa tunggu okay!!

So dikesempatan ini,  terima kasih kepada semua kawan kawan dan sanak saudara ku yang wish!!  Semoga kita semua dilimpahi rahmah.  Amin.

Click Read More

Suami Tidak Puas,Buah Dada Isteri Kecil

Hello u olls,

Kawan baik akak bernama Ms. Parimala menanya akak mengenai cerita ini.  Nak suruh akak review la tu.  Baiklah....jom kita sembang sembang pasai benda ni.  First sekali ampa baca dulu apa yang ditulis dalam laporan di bawah.

Suami Tidak Puas,Buah Dada Isteri Kecil

KUALA LUMPUR – Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.
Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.
“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.
“Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.
“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.
Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

Click Read More

Pengalaman Jadi Make Up Retis untuk Teater Zeus : Rise of The Dead

Hello u olls,

Pada 16 dan 17 Mac yang lalu,  akak telah berkesempatan untuk menjadi juru tatarias solekan untuk pementasan teater Zeus : Rise of The Dead daripada Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang dengan usahasama Dewan Budaya USM.


Satu pengalaman yang menyeronokkan apabila bergandingan dengan gadis Tun Teja iaitu Eyta Laila yang juga juru make up pada pementasan tersebut.  So jom kita sembang sembang sikit pasai pengalaman KREM PEROT akak kerana memekapkan depa depa ni semua.

Pasaipa KREM PEROT?  Mai baca sini.

Click read more


Big Bad Wolf Book Sale in Penang | 21-23 March 2013

Untuk semua orang Penang.

Perhatian perhatian perhatian.


Mahabarata-Revisited, 23 Mac 2013, Pelenggang Cahaya USM

Kepada peminat dan pencinta teater tarian......atau tak pernah tengok pun macam mana teater tarian.  Please come and tengok performance ini.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Official Make Up Artist for
Mahabarata-Revisited



Saturday, 23rd March 2013
8.30pm
Pelenggang Cahaya
Tickets RM10

Jane The Musical



Hello u olls,

Seperti yang akak ceritakan hari tu kat blog akak,  akak akan membintangi (GITUU BINTANG BINTANGKAN DIRI SENDIRI) dalam satu teater muzikal bertajuk Jane the Musical.  

Cerita ini adalah sebuah teater romantik komedi antara seorang lelaki kaya dan playboy dan perempuan tak cantek tetapi berhati mulia.  

Watak akak?  Ohh...akak menjadi mak kepada hero.  Mrs.  Rochester,  seorang wanita kaya raya yang ting tong tetapi berhati baik dan dia amat risau bila tengok anak dia playboy tak tentu pasal.  

Hope u olls semua dapat mai support teater kami ini sebab walaupun dipentaskan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis namun u olls harus memberikan support kerana teater ini adalah kolaborasi warga USM dan SKM Convent Green Lane.  

Untuk buat tempahan tiket,  please contact :  017-906 6780 atau 013-217 0856
Thanks u olls semua!

Evil Eyes

Hello u olls,

U olls tau tak apa itu evil eyes.  Evil eyes disebut dalam pelbagai frasa bahasa kerana kepercayaan ini actually wujud dalam kebanyakan kaum,  agama dan bangsa di seluruh dunia.  Secara ringkasnya,  evil eyes adalah macam suatu kuasa jahat yang boleh berlaku ke atas seseorang itu tanpa sentuhan fizikal tapi hanya melalui renungan matanya.

Dulu akak tau evil eyes adalah satu jenis perhiasan badan yang selalu dipakai oleh sesetengah orang,  sama ada dalam bentuk kalung atau gelang.  Bentuk dia macam mata and kita boleh pakai untuk elak orang dari bercakap benda tak elok dan mengelakkan depa bagi sihir kat kita.


Click Read More

Dear Kak Jumie : Kawan Yang Penipu Besar

Hi Jumie yang cuns!!  
Jumie, kami ni pembaca tegar blog hampa, tapi hampa tak kenai kami, even kami tak biasa face to face dengan hampa, tapi kami dok baca blog, FB dan Twitter hampa pun dah rasa macam rapat dan kenal hampa 10 tahun...hahaha...!! Sebab hampa tak fake dan very open!! Kami suka...kami ada story nak cita ni..kalau leh hampa share la kat blog hampa yang meletops itu!! Jumie, kami bukan nak buka aib orang, jauh sekali nak jealous, tapi kami and kawan-kawan kami yang lain betul-betul kesian dengan "bekas kawan" kami ni... 

Ok...nak cerita. Dia ni perempuan, nama Ramlah Ram (Nama ini adalah nama olok olok dan tidak kena mengena dedengan artist Melesia yang bernama Ramlah Ram itu). 
 JOM SAMBUNG BACA CERITA INI DENGAN CLICK READ MORE

Ze Wall of Purkis

Hello u olls,

Mampukah u olls terlibat dalam seni tinggi begini?




Tak tau nak kata apa.  Habis idea dah kot.  Satu usaha yang saya hormati,  saya kagum.  Tapi saya tiada komen untuk seni tinggi ini.  Salute kepada keberanian mereka mereka yang telah berkongsi alat sulit mereka.

Ampa boleh baca sendiri tentang artist ini dan juga gambar gambar macam mana dia buat molding purkis purkis ini semua.

http://www.greatwallofvagina.co.uk/home

Tips Menggembirakan Hati Suami


Salam Mrs.  Jumie,  apa khabar?  
Di sini saya ingin mengajukan soalan dan ingin mendapatkan pandangan Mrs.  Jumie memandangkan Mrs.  Jumie sudah berkahwin. Saya baru sahaja melansungkan majlis perkahwinan  pada NOVEMBER yang lalu,  sekarang saya sudah pun duduk serumah dengan suami saya,  timbul persoalan sekarang kadang-kadang kenapa suami saya banyak mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu. Mrs.  Jumie tahu tak bagaimana saya ingin mengembirakan hati suami saya sedangkan selama ini suami saya seorang yang amat suka bermesra dan mengusik untuk bergurau,  saya amat sedih memikirkan nya kerana saya amat sayangkan dia. Saya harap Mrs.  Jumie boleh memberikan pendapat untuk saya yang baru sahaja berkahwin. Terima kasih.


Interview Seorang Bekas Peserta Ratu Cantek Mak Nyah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru baru ni sapa yang follow i olls di FB dan Twitter,  i ada tulis status ni  :


Lepas tu,  nenjia semua duk masuk dah soalan-soalan yang berjiwa penjaga-jaga pintu syurga/neraka u olls.  Antara soalan yang paling hazab akak terima adalah daripada seorang wanita dan dia bertanya begini di Facebook akak  :

Ni bkn insan yg istimewa tp insan yg sgt kasihan..Tanya diorg dh tau benda tu dosa besar yg amat dan allah melaknat perbuatan diorg tu..tapi knapa still masih xnk berubah? Xtakut ker xsempat brubah dan mati dlm keadaan yg dilaknat? mmg nk sgt tau jwpan..nti post k jwpan diorg..TQ

CLICK READ MORE 

Ulasan Filem Muzikal Les Misérables

Hello u ollls,

Orang pertama yang memperkenalkan filem ini kepada saya adalah En.  Yusof Bakar.  Dia PM saya di Facebook dan suruh saya check out pasai this film.  Dia kata "Jumie,  kalau ada kesempatan sila tengok filem ini.  Sebuah skrip teater yang sangat hebat tapi difilemkan dalam bentuk muzikal filem,"  WOWW.....sangat hebat.

So,  later on saya pun mula banyak membaca tentang pembikinan dan kehebatan filem ini.  Filem yang dimaksudkan adalah Les Misérables.  Dulu akak ingat filem ini disebut sebagai Les Mizerebeles.  Sebenarnya,  cara nak pronounce Les Misérables adalah LA MI ZE GHA...


Filem ini ditayangkan pada hari Krismas 2012 dan beberapa bulan kemudian,  filem ini terus terus mendapat banyak nominasi dalam anugerah filem antarabangsa and of course telah memenangi banyak awards.  Selepas majlis Oscar 2013,  baru akak berkesempatan untuk menonton filem ini.

Menonton filem ini seorang diri menggunakan laptop pada waktu malam dengan ear phone melekat di telinga memang mencabar u olls.  Mencabar kerana kita rasa sangat sangat feeling u olls.  HAHAHAHA...yes...of course.  Akak nangislah bila dengar depa duk nyanyi semua.  Bila part part sedih,  part cinta dan part part gaduh (yang akak tak berapa suka).

Kalau kat Penang,  hanya satu movie theater yang menayangkan filem ini iaitu Gurney Plaza.  Kat KL i tak tau la pulak,  tapi yang pastinya ramai pencinta filem genre muzikal telah menonton filem ini.  Bak kata seorang kawan nok nok akak iaitu Muiz,  "Nok.......harus tonton noks.  Mak nangis tak berenti"  GITU.  So u olls semua dah tengok tak movie ni?  U olls nangis part mana?  Akak nangiss.....partt.....erm...akak cerita ni bawah okay.  Jom baca review akak.

Please click READ MORE.


Selebriti Chef Kesukaan I olls

Hello u olls semua,

Tengok badan pun u olls dah boleh tau yang akak memang peminat tengok rancangan TV pasai masak-memasak dan makan memakan.  Channel Asian Food Channel,  TLC and Food Network adalah kesukaan akak!  And akak boleh tengok sepanjang hari.  Boleh kata,  akak kenal semua nama semua chef chef selebriti dalam semua rancangan ini.

My sisters selalu kutuk akak "Sebab tu hang gemok,  hang suka tengok cerita makan-makan,"  HOII!! Apakah!!  Kita gemok sebab tak eksesais.

Akak suka tengok rancangan masak kerana akak sendiri suka memasak.  Ampa duk tengok akak duk upload kat FB and blog,  akak selalu masak macam-macam.  Tapi actually,  akak masak lagi banyak.  Tapi kadang-kadang tak bubuhlah kat FB and blog sebab rimaih aih.....lagipun kadang-kadang akak masak sedap meletops.  Tapi bila tengok rupa,  dah macam apa ja.  

Contohnya,  hari tu akak feeling buat beef steak sebab akak beli pemanggang ajaib yang sedang hangat di pasaran isteri-isteri di Malaysia ini.  Then,  akak buat onion saute in butter with cheese sauce.  KAUUUU!! Meletops.  Tajuk je dah feeling kan?  Rasa pun meletops.  Tapi kalau tengok rupa cheese sauce akak dah macam cirit kucing.  HAHAHAH...so akak tak mau bubuh kat blog and FB.  

Ada suami-suami yang menyumpah isterinya kalau suka tengok rancangan masakan kan?  Depa akan kata "U ni...duk tengok je...bukan pernah buat pun.."  HAAA!  Apa lagi....bok mai la duit.  Sebab kalau kita keluarga besar,  memang lebih murah untuk masak sendiri.  Kalau setakat dua orang jin je dalam rumah macam akak dan En.  Khafi,  quite costly jugak nak memasak hari hari ya.  Maka,  bungkus di Tomyam Muslim Air Itam la jawapannya.

Selain daripada suka tengok masak-masak ni semua,  akak belajar banyak benda tentang budaya dan juga nama-nama bahan makanan daripada seluruh dunia.  Disebabkan akak feeling suka tengok rancangan masak ni semua yang ala-ala international,  akak kalau berbicara dengan Kak Edeh (mak I) pasai masak....akak kadang-kadang tak reti nak translate bahan resepi dalam bahasa Melayu katanya.  Contohnya,  lengkuas akak akan mention "galangal...",  daun laksa akak sebut "vietnamese mint" and kadang-kadang ketumbar akak sebut "coriander".

Feelingkan akak?

Okay...dah dah dah.  Jom baca ulasan pasai antara selebriti chef yang akak suka dan ada juga yang akak tak suka tapi akak nak mention dalam ni.  Hihihi.

Chef Wan - Best Wan!
 

Sejak zaman akak kecik-kecik lagi,  mak mak kita suka sangat tengok rancangan masak Chef Wan.  Antara rancangan yang paling akak ingat adalah Yok Buat Roti and rancangan masakan tajaan Ayamas.  Chef Wan bukan sahaja pandai berceloteh dalam Bahasa Melayu,  malah orang putih.  So sebab tulah,  dia dihormati dan dikenali sebagai selebriti chef Malaysia yang tersohor di seluruh dunia.  Buku-buku resepi beliau juga selalu dapat anugerah,  sebab buku resepi dia kalau kita try mesti menjadi takdak tipu tipu.  And dia pernah cakap dalam rancangan dia,  akak ingat lagi,  dia kata "Kalau nak beli buku masakan,  beli buku yang dia ada gambar dan juga penerangan step by step,"  YES! akak rasa itulah concept buku resepi beliau. 
Rancangan Best Wan! ini akak rasa adalah terbitan syarikat AFC yang berpangkalan di Singapura.  Siriesly akak sangat suka rancangan ini.  Lighting very the class noks.  Pastu penceritaan Chef Wan bila memasak masakan Malaysia ni semua,  very the membuatkan kita bangga jadi anak Malaysia.  Tapi,  akak dengar kata,  beliau bukan sahaja seorang yang nampak ceria meria bila memasak,  tapi actually dia sangat sangatlah profesional and tegas.  Katanya,  kalau dia nak start shooting masak,  semua bahan kena sedia dan siap.  Kalau tak cukup bahan,  dia tak akan start cooking and shooting.  That is menjaga kualiti u olls.  Akak suka. 
And the latest news about beliau,  akak tak tau betul ke tak.  Ini nok nok peminat masakan yang mai cerita kat akak,  katanya Chef Wan akan buka satu restoran mewah ala-ala istana Melayu di London.  Gituuu!!  Apapun,  cayalah!!!
Siapa lagi selebriti chef kesukaan saya?  Jom click read more.


Lahad Datu : Malaysia vs Kesultanan Sulu

Hello u olls,

Tup tup tup tup.... kita tau saja kat Lahad Datu Sabah ada masalah serangan daripada penceroboh yang didakwa ingin menakluk dan mengambil semula Sabah.  Tiba tiba sangat.  Kita tak tau apa pun.  Dalam berita nasional maybe ada cerita ni,  tapi tak banyak dan tidak dijadikan berita utama.  Sampailah,  serangan dah menjadi jadi....barulah kita semua tahu tentang apa yang berlaku kat sana.

Masa tu,  akak dan kawan-kawan satu office semua macam biasa memulakan tugas harian kami di Pejabat Soc Sc yang cenderaloka itu.  And tiba-tiba,  Dilla cakap  "Korang semua,  doakanlah abang ipar Dilla.  Dia komando polis yang dihantar ke Lahad Datu hari ini,"

Kami semua terkejut dan terpinga-pinga.  Akak siries tak tau apa dan cakap "Ha...apa jadi kat sana? I tak tau apa apa ,"  adakah mungkin sebab akak banyak sangat tengok channel masak-masak di Astro.

Pastu kawan-kawan staff lain pun storylah pasal apa yang berlaku di Sabah sekarang.  Akak pun busy punya busy.  Tak sempat nak google apa apa pa u olls.

Tiba-tiba menjelang jam 3petang hari yang sama,  Nana masuk bilik akak "Mok,  Dilla dah balik.  Abang ipar dia dah meninggal dunia dah kat sana,"

OMAIGOD.  Akak terkedu u olls.  Terus rasa macam nak demam pun ada.  Memang akak ada rasa nak demam u olls.  So malam ni lepas balik daripada office,  akak pun google around cerita pasai Lahad Datu dan akak pun mesej kat beberapa bosses dan rakan sekerja lain yang mengenali Dilla.  Hanya ucapan takziah yang dapat dilafazkan.

Malam itu juga,  Dilla dan seluruh sanak saudara bergegas ke TUDM Subang untuk menyambut ketibaan jenazah yang diterbangkan dari sana.  Malam tu juga,  Dilla shared gambar keluarga kakak dan abang iparnya itu.  Akak pun bubuh kat Facebook.  Ramai yang lontarkan ucapan takziah.  Akak nangis u olls.  Anak-anak beliau masih kecik.



Ulasan Fesyen FFM 25

Hello u olls,

Sorrylah akak lama tidak memberikan updates dalam blog akak yang fana ini.  Akak busy u olls.  And then kesihatan pun adalah tidak begitu menyeronokkan.  So akak duduk rumah dan berzikir sahaja.  Membuang dosa dosa semalam gitu.  Siriesly......akak tak cuba untuk buat lawak ya.  Sapa sapa yang selalu kena serangan sakit kepala macam akak.  Akak cadangkan u olls duduk rumah diam diam,  pastu rehatkan kepala dan berzikir.  Insya allah,  esoknya kamu bangun dengan otak yang lebih ringan.

Oleh itu,  setelah kepala yang sedikit ringan.  Marilah kita menambah onar dengan membuat komen komen ke atas fesyen retis yang telah menghadiri FFM ke 25 baru baru ini.


Azhar Sulaiman dan Fauziah Nawi
Meletops Abang Azhar pasang jambul malam ni.  Saya suka penampilan Ibu, jubah Dubai yang meletops. Tapi ibu, next time ibu nak naik pentas tak payah lah bawak hembek please.

Sila click kat bawah ini untuk baca lagi banyak ulasan :)

Bila Senjata Suami Ku Gagal Berfungsi

Dear Kak Jumie.. 
Saya terpanggil untuk berkongsi masalah yang saya hadapi semenjak 3 tahun lalu atau lebih tepat lagi semenjak saya mendirikan rumah tangga.. Saya ni berumur 20-an dan baru 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hati. 
Dari segi fizikal suami saya ni nampak macam lelaki yang normal, tetapi masalah yang saya hadapi di sini adalah sangat teruk di mana suami saya ini tidak boleh memberikan nafkah batin kepada saya. 
Pada awal berkahwin dia semacam mengelak untuk bersama saya sehinggalah pada minggu yang kedua dia telah mencuba tetapi gagal (zakar tak boleh keras).  Perasaan wanita mana yang tak hancur Kak Jumie? Kalau pada awal perkahwinan mungkin saya fikir dia malu.  Tetapi benda ni mengambil masa yang agak lama untuk dia 'membolehkan' diri dia bersama saya.

Saya dah mencuba pelbagai cara untuk membantu merangsang suami saya.  So,  lani dia hanya mampu memberikan nafkah batin kepada saya sekali sebulan atau jika nasib saya baik dapatlah dua minggu sekali.   
Dah berbuih mulut saya berbincang dan mencari pelbagai ubat-ubatan, dan mencari pakcik-pakcik yang boleh sembuhkan dia tetapi dia sangat ego dan tak nak berubat.

Sampai ada sekali saya mencari soarang pakcik yang pandai berubat lelaki yg mempunyai masalah batin lelaki.  Saya pergi dengan kawan saya sebab suami saya enggan ikut.  Pakcik tu kata "Selama berpuluh tahun aku berubat, tak pernah aku jumpa kes bini yang datang minta ubat! Laki hang ni tak malu ka? Kalau laki lain sebelum bini dia tau masalah dia, dia dulu2 nanti pi cari ikhtiar!"
Akhirnya,  saya balik macam tu je sebab pakcik tu tak mau memberikan apa-apa bantuan.   Jadi bila saya balik saya pujuk dia pergijumpa pakcik tu, dia akan bagi macam-macam alasan kononnya pakcik tu semua bohong dan hanya nak duit saja..


Click cerita penuh di sini  :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...