1.3.13

Bila Senjata Suami Ku Gagal Berfungsi

Dear Kak Jumie.. 
Saya terpanggil untuk berkongsi masalah yang saya hadapi semenjak 3 tahun lalu atau lebih tepat lagi semenjak saya mendirikan rumah tangga.. Saya ni berumur 20-an dan baru 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hati. 
Dari segi fizikal suami saya ni nampak macam lelaki yang normal, tetapi masalah yang saya hadapi di sini adalah sangat teruk di mana suami saya ini tidak boleh memberikan nafkah batin kepada saya. 
Pada awal berkahwin dia semacam mengelak untuk bersama saya sehinggalah pada minggu yang kedua dia telah mencuba tetapi gagal (zakar tak boleh keras).  Perasaan wanita mana yang tak hancur Kak Jumie? Kalau pada awal perkahwinan mungkin saya fikir dia malu.  Tetapi benda ni mengambil masa yang agak lama untuk dia 'membolehkan' diri dia bersama saya.

Saya dah mencuba pelbagai cara untuk membantu merangsang suami saya.  So,  lani dia hanya mampu memberikan nafkah batin kepada saya sekali sebulan atau jika nasib saya baik dapatlah dua minggu sekali.   
Dah berbuih mulut saya berbincang dan mencari pelbagai ubat-ubatan, dan mencari pakcik-pakcik yang boleh sembuhkan dia tetapi dia sangat ego dan tak nak berubat.

Sampai ada sekali saya mencari soarang pakcik yang pandai berubat lelaki yg mempunyai masalah batin lelaki.  Saya pergi dengan kawan saya sebab suami saya enggan ikut.  Pakcik tu kata "Selama berpuluh tahun aku berubat, tak pernah aku jumpa kes bini yang datang minta ubat! Laki hang ni tak malu ka? Kalau laki lain sebelum bini dia tau masalah dia, dia dulu2 nanti pi cari ikhtiar!"
Akhirnya,  saya balik macam tu je sebab pakcik tu tak mau memberikan apa-apa bantuan.   Jadi bila saya balik saya pujuk dia pergijumpa pakcik tu, dia akan bagi macam-macam alasan kononnya pakcik tu semua bohong dan hanya nak duit saja..


Click cerita penuh di sini  :




Kak Jumie, apa la salahnya jika dia mencuba.  Semua penyakit di dunia ini ada penawarnya.  Tapi kita kena ikhtiar.   
Saya dah berasa yang suami saya ni sangat selfish! Kadang-kadang saya sampai menangis sebab terseksa.  Dia nampak saya nangis dan pujuk. Tapi apa yang dia buat untuk berubah? Takde apa-apa.

Tiga tahun Kak Jumie saya terseksa macam ni.  Tinggal dalam rumah dengan mak mertua yang banyak cabarannya.  Orang ramai nampak kami sangat bahagia, tetapi hati dan perasaan saya ni hanya Allah yang mengetahui.  Adik beradik sebelah suami selalu pressure saya untuk mengandung, saya macam nak jerit kat muka diorang "Ikut lubang mana aku nak mengandung kalau buat seks pun sebulan sekali?" 
Mungkin ada yang kata suami saya mungkin punyai perempuan lain. Tidak sama sekali!  Dia memang setia dengan saya sorang cuma masalahnya dia enggan dan keras hati campur ego yang macam bodoh dah tak mampu tapi tak mau berubat. 
Saya percaya qada dan qadar,untuk menyedapkan hati saya selalu pujuk hati kononnya ramai lagi orang yang punyai masalah lebih dahsyat pada saya.
Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan.  Perasaan saya pada suami dari sayang telah hilang sedikit demi sedikit.  Saya percaya hubungan kelamin amat penting dalam rumahtangga sebab saya boleh rasa macam mana perasaan sayang saya tu semakin hilang.

Bagi saya jika suami saya punya hati perut,   lepaskanlah saya dengan cara elok.  Jangan seksa saya macam ni.  Hati mana yang tak sedih bila jadi janda.  Tapi sekurangnya saya tak terseksa hidup macam ni yang entah bila berakhir..

Mungkin Kak Jumie dan pembaca blog ini boleh berkongsi pendapat dengan saya.. Jalan terakhir saya mungkin akan berjumpa kaunseling di pejabat agama.   
Azizah




Dear Sofia,

Thank you atas email yang hang berikan. Akak di sini mendoakan agar suami u olls terbuka hati untuk mencari penawarnya. BUMI TUHAN NI BESAR, PENUH DENGAN REZEKI. CUMA KITA KENA USAHA UNTUK MENCARINYA. Tapi soalnya, kalau diri sendiri tak mau mencari....haa....kan?

Hubungan seksual antara suami isteri adalah sangat penting,  tapi bukan yang terpenting sekali.  Ada banyak lagi aspek lain yang boleh dipelihara untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia.  Akak harap,  kegagalan dalam seksual ini dijadikan alasan kepada u olls untuk keluar daripada rumah tangga u olls ini.

At least okaylah,  dapat juga seks sebulan sekali.  Daripada dia langsung tak pegang and sentuh u olls.  As long as dia tetap jaga u dengan baik dan hormat u sebagai isteri.  Zaman sekarang bukan senang nak jumpa laki yang baik u olls.  

Tapi kita tak boleh pulak.....takdak seks langsung sebab ini fitrah keperluan yang kita nak. Kalau inilah cabaran yang Tuhan dah design untuk hang ambil....so kenalah lawan.  Akak percaya perbincangan yang betul betul mendalam antara u dan suami adalah yang paling penting.  Make sure dia betul betul rasa bebanan dan siksaan u sebagai kerana tidak mendapat keperluan seks yang betul dan cukup.   Yes,  ego lelaki memang tinggi and kalau kita nak tackle mereka secara sinis memang tak menjadi. 

Apa pun,  sebagai manusia yang lemah kita semua memang always tak cukup serba serbi.  For now,  i rest my case here.  

Akak menyeru semua pembaca blog akak yang mempunyai pengalaman ataupun boleh kongsi apa apa sahaja info yang bagus tentang cara menangani masalah ini,  please drop your comment. Especially pembaca lelaki.  Please bagi komen dan bagi tips macam mana nak talk this man into pergi berubat dan pulihkan syahwat beliau dengan the woman of his life.

Ataupun....suami u olls ini homoseks?  Haaa...sorry mulut akak cibai sedikit.  Tapi kalau dia tidak bernafsu dengan perempuan lain,  memanglah 'anu'nya tak boleh mengeras.  Even dengar u kata 'ahh...' pun dia terus punah segala impi dan harapan.  Sebab masalah utama kat sini,  your husband langsung tidak mahu ikhtiar untuk berubat.  Itulah masalah kita kena bincangkan sekarang.  

Okay....marilah kita berdiskusi.  Akak perlukan komen anda semua sekarang.

Love,
Jumie Samsudin

13 comments:

  1. yezza.aku rasa laki dia xdak nafsu kt pompuan..sebab kalau laki biasa..dan kalau aku dok tempt laki ni,mesti aku dh pulun cari ubt kuat dan p berubat sebelum jd lagi teruk....ataupun pompuan ni memang seks kuat..hehe..dia xpuaih

    ReplyDelete
  2. mungkin kena tnya kak azizah ni ada x semasa alam percintaan husband dia buat2 sexual attraction..kalo takdak maybe dia homo la kot..sbb sebelah saya nh sorang officer..ala2 ustaz..pernh dia sembng ngn kawan dia sal kes2 mcm ni..dia kata kawan dia tu homo..tp kena terpaksa kawen sebb nk tutup yg dia tu gay..tp kesan dia ialah seperti kes ini la..dia x lalu sentuh bini dia..gay tegar kot la...

    ReplyDelete
  3. suruh laki dia makan ubat tunjuk langit la.. dia pun kena selalu merangsang laki dia kot. foreplay lebih kaaa....rajin pergi jogging ka...

    ReplyDelete
  4. Akak pon rasa laki dia cik gayah uollss. Make sure siasat betul2. Tgk sapa kawan2 dia. Ada tak nampak mcm lembut coverina. Ada tak nampak mcm yang dia terlalu attach dgn sorg ni sampai sanggup ketepikan uolllss.

    Sila amek tau ye dgn sapa laki uols berkawan. Kalau boleh hack fb atau baca msg2 dia pon x pe.

    ReplyDelete
  5. Suspek saya adalah kes homoseksual ni. Dunia sekarang ni menuntut sesetengah lelaki mengambil keputusan untuk berkahwin walhal ada sisi lain dalam diri dia. Saya doakan semoga perkahwinan kakak kita dan suaminya itu kembali normal seperti pasangan lain.

    Adakala lelaki ni perlukan dorongan dan sedikit lagi masa. Atau kalau susah apa kata buat teknik pemanian beradas? Solution tu tidak akan pernah tidak ada.

    Tapi, jangan mudah ambil keputusan untuk bercerai sebab itu bukan solution terbaik. Teruskan mencuba dan berusaha! :)

    *ini cuma pengamatan daripada pengalaman individu sekeliling saya.

    ReplyDelete
  6. Slm.. point yg cukup KUAT utk bercerai. bkn menggalakkan tp kenyataan. drpd hidup terseksa lebih baik bercerai... Allahualam...

    ReplyDelete
  7. sexually neglected ataupun tidak cukup nafkah batin dari suami boleh mintak fasakh kalau tak silap la.. pls refer perkara no 5. suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;- bagi kes seperti ini, isteri perlu kemukakan bukti perubatan tentang sakit si suami. Jika suami menentang dakwaan isteri, Mahkamah Syariah akan mengeluarkan suatu perintah meminta suami memuaskan hati Mahkamah dengan mengemukakan bukti dia tidak lagi mati pucuk, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah tersebut. Jika suami berjaya memuaskan hati Mahkamah, permohonan isteri akan ditolak sebaliknya jika tidak, permohonan akan diluluskan.

    ...ataupun mcm kata abg khairul amri tu..maybe laki dia ni gay. boleh jadi sgt2 sbb mmg banyk dah kes mcm ni skg!

    ReplyDelete
  8. salam bila saya baca masalah dia mula2 dh terdetik suami dia gay ke? sbb lelaki yang tak gay akan naik nafsunya bila tgk perempuan tanpa baju. try pergi kaunseling kat pejabat agama dulu. harap bersabar menempuhi masalah ni ye.

    ReplyDelete
  9. Salam 'alaik . Pn Zie bykkan bersabar dan byk berdoa pd Allah. Jgn bersangka buruk pd suami. Jodoh ditentukan Allah . Kerja2 Allah kita tak boleh pertikaikan. Pn Zie ikhtiarkan berubat dgn Ust Harun Din @ Ust Sharhan @ mana2 ust yg tdk menggunakan Jin. Jgn dengar nasihat negative yg boleh meruntuhkan rumahtangga. Elakkan penceraian . Jgn mudah terpengaruh mcm dlm movie . Kalau jadi janda keadaan lagi teruk. Tak putus2 tohmahan + fitnah dr kwn2 @ jiran . Bila kita keseorangan terasa sepi . Apalah nak diharap pd 2nd marriage krn ia adalah spt perjudian . Ada yg hepi. Ada yg hidup dlm neraka. Skrg ni mmg ramai lelaki lemah hawa nafsu krn tekanan kerja dan tekanan kesihatan . Cuba dapatkan nasihat dr pakar sebenar. Jika semua cara gagal maka baru la cerita psl mahkamah.

    ReplyDelete
  10. TIPNYA ADA....BUKAN VIAGRA BUKAN SUPPLEMENT..ADA DIMANA2 HARGA HANYA SEN ATAU SERINGIT SAJA..UMUR 60 TAHUN PUN KUAT......SAYA DAH HAMPIR 60...BAISA BAGI KLIMAX 8 10 KALI SAYA SEKALI SAJA..
    TAK PAKSA TAK YAKIN...

    ReplyDelete
  11. AGAMA DAN SEKS AMAT DIPERLUKAN DALAM RUMAH TANGGA.... DAA RAMAI SAYA BANTU TAK KIRA LELAKI ATAU WANITA..YANG DAH BERTAHUN SAMA KEMBALI AMAN BAHAGIA..KURNIA ALLAH

    ReplyDelete
  12. Hidup saya kembali ! Selepas 8 tahun berkahwin, suami saya meninggalkan saya dan meninggalkan saya dengan tiga anak-anak kita . Saya merasakan seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan , dan telah jatuh selain. Saya dihubungi Dr OKORO LOVE Eja dan selepas saya menjelaskan masalah saya, Dalam masa 3 hari suami saya datang kembali kepada kami dan tunjukkan kepada saya dan anak-anak cinta saya banyak dan memohon maaf untuk semua kesakitan dia telah membawa kepada keluarga. Kami diselesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia lebih berbanding sebelum ini Dr OKORO anda adalah ejaan kastor terbaik. Saya benar-benar menghargai ejaan cinta anda dibuang untuk saya untuk mendapatkan lelaki itu kembali ke hidup saya saya akan menyimpan berkongsi lebih testimoni kepada orang ramai mengenai kerja baik anda. Terima kasih sekali lagi Dr OKORO . Anda juga boleh menghubungi Dr OKORO melalui alamat e-mel: dr.okorospelltemple01@gmail.com sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah anda boleh menghubungi orang ini untuk membantu beliau sentiasa ada di kuil untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda Hubungi E-mel ialah: dr . okorospelltemple01@gmail.com HUBUNGI HIM TODAY VIA INI ALAMAT EMAIL : dr.okorospelltemple01@gmail.com SEBAGAI KUASA NYA ADALAH YANG TEGUH DAN SANGAT BERKESAN DAN TIDAK MEMPUNYAI kESAN BAD sebaliknya ia MEMPUNYAI KEPUTUSAN SANGAT BAIK SELEPAS Pemilihan Pelakon Eja .

    NOMBOR Dr OKORO : +2348053209149
    Hubungi Dr OKORO Via email: dr.okorospelltemple01@gmail.com

    ReplyDelete
  13. maaflah puan, kalau dua minggu sekali tu ok apa....kalau puan nak anak, pastikan masa kesuburan itu masa buat seks. Itu yang paling penting, kalau tembak masa tak subur pun tak menjadi anak.
    Saya nasihatkan suapaya puan bersyukur aja lah...selalunya lelaki yang kuat seks ni suka kawin banyak dan ada skandal, laki puan tak ada...ok la tu..semua orang ada ujian masing-masing.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...