19.3.13

Evil Eyes

Hello u olls,

U olls tau tak apa itu evil eyes.  Evil eyes disebut dalam pelbagai frasa bahasa kerana kepercayaan ini actually wujud dalam kebanyakan kaum,  agama dan bangsa di seluruh dunia.  Secara ringkasnya,  evil eyes adalah macam suatu kuasa jahat yang boleh berlaku ke atas seseorang itu tanpa sentuhan fizikal tapi hanya melalui renungan matanya.

Dulu akak tau evil eyes adalah satu jenis perhiasan badan yang selalu dipakai oleh sesetengah orang,  sama ada dalam bentuk kalung atau gelang.  Bentuk dia macam mata and kita boleh pakai untuk elak orang dari bercakap benda tak elok dan mengelakkan depa bagi sihir kat kita.


Click Read More


Tapi baru baru ini,  akak sembang dengan kawan akak.  Kawan akak ni Muslim dan dia baru sahaja mendapat baby.  Of courselah,  kita lani kalau dah ada anak...hari hari kita nak bubuh gambar anak kita.  Baby kita makan,  minum,  nangis,  pakai baju dan macam-macam lagi.  Niat kita baik.  Kita nak share gambar anak kita itu dengan semua kawan-kawan dan juga family yang maybe duduk jauh and always busy tak dapat nak menengok anak kita selalu.  So of course kita tengok kat Facebook la.

Then,  one day...seorang kawan kami seorang gadis Hindu PM kat kawan akak ni.  Dia ingatkan kawan akak macam nila lebih kurang

"Dear,  i hope u jangan selalu letakkan gambar baby u di Facebook because dia masih kecil dan takut nanti dia terkena evil eyes.  Dalam agama kami,  kami percaya bahawa evil eyes ini sangat jahat dan boleh memberi effect kepada baby kecil yang lemah.  I think dalam kaum Melayu pun ada juga macam ni.  I hope u jangan salah sangka dengan message i kerana i niat baik dan i always want you and your baby to be as healthy as happy always,"

Kami terharu dengan mesej daripada seorang rakan kami itu.  Walaupun berlainan agama,  tapi kami hargai perkongsian beliau.  Kami pun bincang pasai evil eyes.

Actually betul kata kawan kami tadi,  dalam masyarakat kita Melayu pun kita ada percaya tentang evil eyes. Tapi mungkin kita dah lupa tentang kepercayaan ini kerana kita telah hanyut jauh dalam aliran kemodenan.

Contoh kepercayaan evil eyes,  selalunya akan terkena pada insan-insan yang lemah dan kecil seperti baby.  Dan dalam masyarakat Melayu sendiri,  kita percaya kalau baby tu comel........mesti tok tok kita akan kata "Jangan duk bagi orang tengok sangat anak hang.....nanti orang duk puji puji...nanti anak hang selalu sakit,"  Sampai akhirnya,  baby comel itu yang selalu sakit....tok tok kita akan tukar nama.

Contoh hiasan evil eyes.

I juga tau dalam masyarakat Cina,  mereka akan elak daripada memaklumkan tentang anak dan baby depa sampai baby tu dah besar at least 7 bulan sebab nak elak daripada terkena tulah evil eyes.

BETUL TAK?  U guys pernah dengar tak kepercyaan ini?

Pengalaman Akak Dijampi untuk Elak Evil Eyes
Akak pernah terlibat dalam satu pementasan tarian kontemperori yang berasal daripada epik Hindu yang berjudul Mahabarata-Revisited.  Projek persembahan tarian ini adalah hasil karya siswa siswi USM.  Tapi akak tak join sebagai penari u olls.  Akak jadi make up artist je :)


Tapi di akhir pementasan ini,  semua penari and crew pentas dan semua semua yang terlibat di atas dan dibelakang pentas telah dijampi oleh seorang wanita India yang datang khas sempena pementasan ini.  Menurut pengarah persembahan ini kepada akak,  ritual ini adalah untuk mengelakkan evil eyes kepada kita semua lepas buat pementasan ini.  Kita kena buat sebagai menghormati budaya mereka.  Sebab penceritaan ini adalah penceritaan tuhan dan dewa agama Hindu.



Akak pun feeling eksaited u olls.  Kami duduk semua kat tengah-tengah,  and aunty tu pun macam jampi jampi depan kita dengan sedulang perak yang berisi garam or gula (im not sure) dan cabai kering.  Pas dia jampi jampi semua,  dia suruh kami ludah dalam tu.  Tapi kami semua ludah olok-olok.  Takkan la nak ludah betul betul...rasa macam tak sopan pula u olls.

Evil eyes dalam Islam?

Dalam agama kita,  evil eyes ni dalam erti kata lain adalah hasad dengki la.  Yelah u olls,  kalau iman tak cukup tinggi.  Of course kita mudah jatuh dalam hasutan syaitan untuk benci dan dengki dengan seseorang walaupun orang itu adik beradik kita sendiri.

Tapi dalam Islam,  kita tidak diajar untuk pakai benda benda macam kalung/rantai sebagai proteksyen.  Kita diamalkan untuk membaca ayat-ayat Al Quran dan selalu memohon doa kepada Allah perlindungan kerana Dialah yang paling berkuasa di dunia ini.

Tapi,  sebelum mulanya ada rasa hasad dengki.  Apa yang harus kita bendung dulu?  Bukan senang kita nak pi tutup hati dan nafsu orang.  Hati dan nafsu sendiri pun kita tak tau nak bendung betul betul macam mana.

Cadangan akak adalah,  semuanya bermula dengan diri sendiri.  Sebelum kita mulakan benda benda yang membuatkan orang rasa hasad dengki dengan kita,  kita sendiri kita latih diri kita untuk tidak menjadi riak.  Salah satu peringatan kawan akak yang akak ingat sampai lani,  riak adalah syirik kecil.  Yelah u olls,  akak kan dari dulu feeling...feeling Miss Universe...Feeling lambang kecantikan...Feeling hot.  So kawan akak,  dia selalu carut akak "Hang ni riak...hang tau tak riak tu syirik kecik" HAHAHAH

Konsep evil eyes di zaman facebook?

Tapi kita ni,  takdak la niat nak menunjuk ka apa ka.  Tambah-tambah dalam dunia Pesbuk sekarang.  Kalau boleh semua benda kita nak share.  Sebab intention kita,  kita nak share dengan kawan kawan dan juga sanak saudara,  tapi nenjia...lupa pulak kita ada 4982 orang rakan Facebook lagi.

Contohnya,  akak selalu pose pasai kegembiraan akak dan suami.  Akak suka pose gambar kami.  Apa yang kami duk melawak.  Apa yang En.  Khafi buat kat akak.  Semuanya akak share.  Dan selalunya akan mendapat komen bertubi tubi dan juga like yang berpuluh puluh banyaknya.  Tapi dalam 30 orang yang like tu....u rasa........tak mustahil ke 1 orang dalam 30 orang itu actually tak ikhlas pun nak LIKE.  Dia actually jeles dan dengki dengan akak sambil berkata dalam hati dia "Eleh....................ingat dia sorang ja ada laki.  Kunonnya dia la paling bahagia....nanti laki hang cari pompuan lain baru hang tau..."

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA walaupun dia hanya kata dalam hati.  Tapi kata-katanya itu,  Allah dengar dan kata-katanya itu adalah satu doa juga.

Akak bukan niat nak carut sapa-sapa yang baca blog akak ni ya.  Selalunya yang suka mendewakan diri kat Faceook ni adalah kaum perempuan.  Kita ni....semua benda nak share dalam Facebook.  Rimaih aih...contohnya.  Kalau pi bercuti kat mana-mana pun,  of cozlah kita akan share gambar kan?  Tapi takkanlah gambar bilik dan katil kita suami isteri duk bersenggama pun kita nak ambil dan tunjuk kat orang ramai u olls.  Kita bukan majalah pelancongan.  Pihak hotel pun tak bayar apa-apa wang iklan kat kita.  Setiap kali ada kawan yang share gambar katil bilik hotel depa dan kata "our bed..." secara otomatik akak kata dalam hati "Oo...ni la tempat depa senggama."  Tak gitu?  Sebab tula akak malaihhhh bukak Facebook orang.

Dan ada pulak,  kalau beli satu satu barang berharga seperti hembek,  jam tangan ataupun henfon.  Kalau share satu gambar saja cukuplah.  Tapi nenjiaa....gambak beg yang kedai bagi sekeping,  gambar kotak sekeping,  gambar barang tu sekeping pastu...gambar resit/tanda harga pun nak bubuh.  Amboihhh haihhhh.......

Yang tu bukan saja evil eyes....yang tu orang Penang kata cari naaih.  Sapa sapa yang terasa dalam blog akak ni,  haa.....ampa tau la sapa diri ampa.  Kalau nak carut akak balik pun tak pa aih.  Pi kot mana pun,  ampa juga yang kaya dan ada barang barang branded tu semua.  Akak ni apa pun tarak.

Pendapat peribadi akak mengenai perkara ini?

Setiap hari akak cuba untuk mengelakkan perkara ini.  Sebab itu,  sejak akak kawen....akak dah jarang pose and share apa-apa pasai akak dan En.  Khafi.  Kalau ada pun,  boleh kira la.  Tapi kalau ada yang terlebih itu,  mungkin akak tak sedari.  Seperti kita semua nya,  niat kita baik.  Tapi kita tak sedari ada hati hati yang hasad dan dengki dengan kita.

Selain daripada mengelakkan diri daripada post tak tentu hala,  akak juga banyak mengelak untuk buka account Facebook kawan-kawan akak.  Siriesly akak cakap,  u olls nampak akak selalu online kat Facebook.  Tapi selalunya akak on sebab kerja (akak banyak berhubung dengan stud Soc Sc guna Facebook) and akak business akak.  Akak JARANG bukak Home dan check out Facebook kawan-kawan akak.  Kadang-kadang tu,  nenjiaaa....kawan-kawan lain yang akan mai menjarum kat akak.

"Nok........hang tak tengok la FB si polan si polan semalam nok.  Katanya dia pi melancong ke Zimbabwe.....kerlas noks," kata kawan akak.

"Yeke....aku tak tengok pun noks.  Aku jarang buka Facebook orang,"

"Betul noks...harus bukak.  Aku dah tengok.  Tapi aku tak komenla.  Ala.....pergi Zimbabwe pun nak heboh.  Nak menunjuk la tu nok,"

Itulah contoh ayat ayat dialog yang sering berlaku.  Yes,  akak jarang bukak FB kawan-kawan akak kecuali ada hal hal tertentu.  Kecuali Facebook Mama Regina :)  Sebab dia selalu update macam macam yang terkini yang berlaku di dunia ini.

Sekian,  adakah anda sudah terkena evil eyes?  Ataupun...adakah anda yang penyebab seseorang lain dalam hidup u olls terkena evil eyes?

Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. betul tu. i pun dah jarang update facebook dan upload gambar2 kami suami isteri. kalu ada pun kat blog je. itupun dah kurangkan.

    betul gak..kadang2 mesti ada rasa best bila mampu beli handbag mahal bagai atau shopping jauh2 dari negara bagai.

    jadi simpan je rasa best tu dalam hati.. sebab riak kan syirik kecil...takyah nak menunjuk.

    ReplyDelete
  2. Hello Kak Jumie =)

    I am an avid reader of your stupendous blog, which always leaves me laughin out loud.

    Just to add on on your experience while being involved in the play, most probably the aunty would have just prayed to remove the evil eyes of all the audience and all those who has cast glances with envy upon all of the crew. So when you were asked to spit in it it signifyies you are purging it out from your body, the salt and the chillies usually would be thrown into the fire and left to crackle and burn, signifying burning all the eveil eyes cast upon. My granny does it all the time =)

    Cheers <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks u olls. Bangga nya hang komen kat sini. Teruskan membaca ya :)

      Delete
  3. sangat menginsafkan...huhuhuh...
    semoga ceq pun dpt kurangkan post2 y membuatkan diri bangga @ riak...
    huhuuhuh...
    jauhkan la...

    ReplyDelete
  4. betollllll la akak...kami selalu bukak fesbuk, tgk member2 update pasal g jalan2 la..pasal g shopping kat jpo la, pasal dah pregnant la...dlm banyak2 suka tgk tu, byk jugak jeles...waaaaa...mmg kena kurangkan la tengok fesbuk kan akak...evil eyes...evil eyes...

    ReplyDelete
  5. Jumie ...ai tak tau . Sebab kalau balik penang tok pada laki ai slalu suh wat pusing kepala .... semer duk setempat dia pun letak cili kering ngan garam tew pastuh pusing atas kepala then bakaq .

    memula ai pun cam eh apa nih kan ..........rupanya tok belah hubby ai ada drh dkk and tew adalah benda yg mmg nenek moyang depa duk buat utk anak cucu utk elak terkena pandangan jahat mata org .

    Dulu my mil pun ada buat gaks pusing kepala ...tapi la nih tak buat dah sebab skrg kan dah banyak kesedaran pasai agama kan n banyak cara utk benteng n lindungi diri ngan ayat ayat Al Quran .

    Tapi even dlm Islam nih pun ada evil eye nih baru je last few weeks duk dengaq kat u tube .

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...