13.3.13

Interview Seorang Bekas Peserta Ratu Cantek Mak Nyah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru baru ni sapa yang follow i olls di FB dan Twitter,  i ada tulis status ni  :


Lepas tu,  nenjia semua duk masuk dah soalan-soalan yang berjiwa penjaga-jaga pintu syurga/neraka u olls.  Antara soalan yang paling hazab akak terima adalah daripada seorang wanita dan dia bertanya begini di Facebook akak  :

Ni bkn insan yg istimewa tp insan yg sgt kasihan..Tanya diorg dh tau benda tu dosa besar yg amat dan allah melaknat perbuatan diorg tu..tapi knapa still masih xnk berubah? Xtakut ker xsempat brubah dan mati dlm keadaan yg dilaknat? mmg nk sgt tau jwpan..nti post k jwpan diorg..TQ

CLICK READ MORE 


Gitu soalannya.  Akak tak kenal siapa wanita ini.  Tapi sesungguhnya soalan beliau ini telah membawa amarah dan rasa kurang enak dalam kalangan rakan-rakan akak yang lain.  Haruslah beliau dicarutlina semula oleh orang ramai yang membacanya.  Bukan hanya daripada kaum-kaum mak nyah,  malah golongan heteroseksual yang tidak stereotype turut rasa terpanggil untuk memarahi wanita ini.

Akak reply senang je kat komen beliau  :  

XXXX, saya tak kenal kamu. Saya hargai soalan yang kamu tanya. Saya akan ajukan soalan itu kepada insan yang saya anggap istimewa itu. Dan harap kamu janganlah begitu angkuh dengan soalan soalan ini, saya tengok...anak lelaki kamu masih kecil lagi. Lagi 20 tahun, tak siapa tau apa akan terlukis dalam hidupnya.
Gitu jawapan akak sambil pose keribas rambut.  Wanita ini PM akak dan minta maaf dan dia minta akak delete soalan beliau.  I cakap,  i tak akan delete.  U boleh delete sendiri.

Inilah antara sebab mengapa akak nak tulis artikel ini.  Kebanyakan kita perempuan,  kita rasa macam seluruh dunia berhutang kepada kita.  Oleh itu,  kita ada hak untuk cakap apa sahaja kepada sesiapa sahaja tanpa menghormati hidup seseorang itu.  Tapi perkara ini selalu berlaku dalam usia tidak matang dan dalam kalangan orang orang yang tidak mahu dan ingin belajar untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam hidupnya tak kisahlah apa pun pegangan hidup yang dia pegang.

Akak percaya kepada karma.  Buat baik dibalas baik,  buat jahat dibalas jahat.  Tuhan tidak memilih bangsa dan agama untuk dia hukum ataupun rahmati.  Itu semua kerja dia.  Tak perlulah kita susah-susah nak menghukum u olls.

Tidak lama lagi,  akak akan interview seorang rakan akak untuk ruangan Personaliti Bulan Ini.  Seperti yang akak janjikan,  PBI sekarang dah tak macam dulu-dulu.  Dulu....sapa nak jadi PBI,  asal rasa berani nak expose diri,  akak terus interview dalam blog akak.  Now,  akak hanya pilih orang orang tertentu yang ada X factor untuk akak interview dalam blog akak.

Kawan akak ini adalah seorang lelaki yang pernah memasuki pertandingan ratu cantik mak nyah ataupun drag queen beauty contest.  Oleh itu,  akak nak bagi peluang kepada u olls untuk hantarkan soalan-soalan u olls kepada akak untuk akak ajukan kepada dia.

TAPI!!  Harap u olls fahami dulu mengapa akak nak tulis artikel ini.

The reason akak nak tulis artikel ini kerana acapkali kita terbaca dalam Metro dan mana-mana majalah/surat khabar tabloid yang menceritakan tentang event event ratu cantek mak nyah yang diserang oleh pihak berkuasa.  Laporan dan juga ulasan yang diberikan oleh pihak media adalah sangat kabur dan selalunya ditukar menjadi sesuatu yang amat-amat negative.  Perkara ini telah membuatkan tanggapan masyarakat kepada event seperti ini sebagai satu aktiviti keruntuhan akhlak yang paling terukkkkkkkk kat Malaysia ini.

Sedangkan ada banyak lagi aktiviti runtuh akhlak yang mendapat exposure meletops daripada pihak media dan akhirnya orang awam memberikan sambutan yang amat menggalakkan kepada perkara ini.

Oleh itu,  akak nak tulis artikel ini.  Akak nak ceritakan apa sebenarnya yang berlaku disebalik penganjuran pertandingan ratu ratu cantik ini,  siapa yang join,  bagaimana persiapan dan sebagainya untuk membuka mata hati kita semua tentang satu aktiviti yang merupakan TABOO dalam masyarakat kita tapi sebenarnya dijalankan secara meriah dari semasa ke semasa.

Akak bukan nak menegakkan hak sesiapa dan juga mendedahkan kesalahan mana-mana pihak tetapi tunjangnya akak mau u olls semua tahu yang dunia yang u olls hidup ini BUKAN KECIK YANG U OLLS SANGKA.  Ada banyak yang harus kita pelajari dan hormati.  Kita lani dah peringkat mak-mak,  kita kena tau ni semua.  Silap silap haribulan esok lusa,  anak kita ka masuk pertandingan macam ini.  Tak paling jauh,  haaaa...silap silap laki ampa duk masuk pertandingan ni sengap sengap.

Sebab tak semestinya yang masuk pertandingan ini adalah seorang TS (transeksual) yang telah buat pembedahan makan hormon dan sebagainya.  Mana tau sengap-sengap,  suami u olls adalah keinginan untuk jadi cross dresser.  Nak cari salah siapa lagi kak non oi.

Sekiranya u olls ingin tanya soalan-soalan pedas dan meruntun jiwa mengenai seorang transeksual (if that is what u olls want to know) actually akak dah pernah buat artikel tentang ini.  Ampa boleh baca kat sini.  Macam-macam soalan ada dan semuanya dijawab dengan telus oleh insan ini  :  Personaliti Bulan Ini - Zarina Abdul Rahman

So.....jangan lupa antar soalan u olls.  Boleh tulis komen kat sini,  PM me at Facebook or email me at jumiess@gmail.com.

Ingat...soalan-soalan sendu pasai TS tidak akan dilayan.  Sebab kawan akak ini adalah seorang LELAKI.

Love,
Jumie Samsudin
Wanita Pondan

28 comments:

  1. Saya tak memandang hina golongan transexual, dalam mada yang sama saya tak sokong mereka.

    Apa yg saya sokong dan akan hulurkan bantuan sehabis kederat hanya bila mereka nak balik ke fitrah nanti.. untuk menuju ke arah itu bahkan pula nak parade kan ia,sebesar zarah pun saya tak sokong. Tu bahagian saya di dunia ni, prinsip dan perjuangan saya. Ayuh menuju fitrah

    ReplyDelete
  2. dilahirkan lembut itu tidak salah. kerana Allah sudah mencipta dia sebegitu rupa. tapi yang salah ialah mengubah ciptaan Allah atau saja gatai-gatai nk ubah ciptaan Allah. Saya tetap berpegang teguh pd hukum Allah yang mengatakan mengubah ciptaannya adalah salah di sisi agama. Yang salah tetap salah. Setiap org ada prinsip hidup masing2 dan saya juga tetap berpegang pd prinsip saya. Satu lagi jangan salahkan takdir yang Allah tetapkan tapi salahkan diri-sendiri yang tidak mencuba untuk kembali ke jalan Allah walau sejauh mana kita terpesong. Semoga Allah mempermudahkan jalan hidup kita semua. amin.

    ReplyDelete
  3. personally, saya rasa dua komen di atas tak memahami tajuk entry pada kali ini. Saya tak mahu menghukum apatah lagi menghina kelahiran istimewa seperti mereka yang menyertai pertandingan seperti ini. kan nak bincang pasal penglibatan mereka ini dalam pertandingan ratu cantik maknyah... bukan berapa berat dosa n neraka tingkat ke berapa depa akan duduk nanti kalau jd maknyah... #(ni la pompuan2 yang laki depa mintak masak asam pedaih, tapi depa masak asam tumis,pastu bila laki pi cari pompuan lain,depa kata depa dah sempurna bagai tp laki x pandai hargai..puiii..haha)back to the entry. tajuk kali ni best. u have to do it kak jumie. byk yg kita boleh belajar dari pertandingan macam ni likewise how to bring confident into urself in front of the crowd, how to creative, how intelligent u are and so on n so forth. Orang kita pandang bila pertandingan ini wujud ia x melambangkan negara Islam. so konsert Happy new year, konsert ambang kemerdekaan, konsert artis sana-sini, yg tu Islamkah? silap hari bulan setiap kali lepas konsert semua pakat dok angkut blk umah, buat anak pastu buang. maknusia selalu double standard.. bila luar dari fitrah saja tak boleh, mengikut fitrahkah kita bila lelaki perempuan berdua2an tanpa ikatan yg sah. saya sangat tak suka sikap manusia yg double standard mcm ni.. kalau lelaki lembut,gay dsbnya,dikatanya itu harammmmm(145 harkat dia bagi) tapi bila budak laki pregnatkan budak perempuan (haram n biasa la, budak2 skrg)..sejak bila manusia boleh menimbang dosa sesuka hati...

    once again, i know this entry will be phenomenal, dan byk yang akan ckp benda ni membawa mudarat kepada masyarakat.. dan penjawat kuasa baru seperti penimbang dosa manusia, penjaga pintu neraka akan terus menghentam.. balik nanti minta depa check suami depa, boifren depa, adik lelaki depa, malah ayah depa.. kot2 ada yang selera luarbiasa. jgn terkejut tau.. ada.. malah ada yg tau laki depa dok main poen blkg.tp malu nk habaq sebab dlu depa ni dok maki n hina kakak-kakak yg mencari rezeki jual ansik lemak n buat mekap.. at the end, purkisssakeping hgpa jatuh harga.. buang2 la perangai dok gigit kuku hangpa sambil tgk astro ria.. time to learn n read n open ur mind..mekasih..

    ReplyDelete
  4. Kerlas anak ayam kita. Akak akan tetap menulis artikel ini Ezal. Biarlah apa orang nak kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you have to.. =)org kita, kalau kita tumbuk sambal belacan dalam rumah pun depa boleh kata kita dok gaduh laki bini...so, kalau akak tulis semalaikat mana pun, tetap akan ada yg akan kata sebaliknya...

      Delete
  5. Ramai orang berpendapat mereka yang dilahirkan 'begitu', maka hidup mereka didunia dan diakhirat dianggap hina, Tetapi adakah tuan puan mengetahui apa amalan dia kepada Allah? Silap haribulan merekalah yang lebih banyak merintih meminta pertolongan dan keampunan dari Allah saban malam dikala manusia lain sedang tidur berbanding kita-kita yang normal ini. Pernahkah tuan puan terfikir?

    Dan tahukah tuan puan yang mereka tidak menyalahkan takdir mereka dicipta begitu, tetapi masyarakat yang menyebabkan mereka berfikir mereka tidak sepatutnya dilahirkan begitu. Mereka berbangga dengan apa yang mereka ada sebab itu dilakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai kelainan mereka.

    Kita sebagai ahli masyarakat hanya perlu membimbing mereka bukan dengan cara yang menyisihkan, sehingga mereka menjauhi masyarakat arus perdana dan membuat 'masyarakat' mereka sendiri. Bila masyarakat arus perdana melihat mereka berkumpul sebegitu, maka timbullah cerita-cerita tak enak. Tidak samakah analoginya pertandingan Ratu Cantek 'Maknyah' dengan pertandingan ratu cantik yang biasa ada dijalankan atau aktiviti lain yang seumpama dengannya? Hanya dipandang serong kerana golongan lelaki atau Transseksual sahaja yang menyertainya?

    Apa-apa pun kita sentiasalah doakan mereka-mereka yang menghadapi ujian hidup (tak kisah lelaki atau perempuan). Moga dipermudahkan segala kesulitan.

    Anyways, soklan saya kepada Puan Jumie untuk PBI, bagaimanakah menjawab soalan yang agak 'personal' (berkenaan keperitan kehidupan seorang T) dihadapan orang ramai. 2. Adakah pertandingan ini menerima penajaan dari syarikat gergasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen. Saya terima soalan itu.

      Delete
  6. Mempunyai kawan dari golongan ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Ye, saya akui pada mulanya saya frust & sedih tapi bila dengar luahan hati dia saya jadi kesian. Sangat kesian. Dorang pun tak mintak untuk jadi golongan macam tu. Saya sangat sayangkan dia, jadi apa yang saya buat cuma doakan apa-apa yang terbaik untuk dia.

    Luarannya kita nampak golongan ni sgt happy tapi sikit pun kita tak pernah untuk cuba paham keperitan dorg. Mungkin ada yang mulat puaka boleh cakap 'dorg yang cari masalah, dorang la tanggung. Kita nak susah-suah buat apa?' Satu je saya jawab, 'Dunia itu bulat' Pandai-pandai la hampa pikir sendiri.

    Dan, saya sgt-sgt bersetuju dengan Azrin. Kalau kita perempuan, amalan kita dah cukup ke untuk jadi Perempuan Lindungan Kaabah? Tolong sikit ye. Cermin sikit diri tu.

    Tolong la. Tolong cuba untuk tidak jadi Tuhan untuk menghukum orang. Muhasabah diri sendiri. Jangan nak dok kekwat sangat.

    Ok kak. Saya nak tny dekat PBI akak nanti.

    1. Macam manakah penerimaan seorang lelaki terhadap golongan Trans ini. Ye la, kan ada gak yang melayan & yang memaki pun ramai. So sebagai seorang lelaki tulin, apa sebenarnya yang di pikirkan terhadap golongan ini.

    2. Apa yang buat anda ambil keputusan untuk join pertandingan tu?

    ReplyDelete
  7. hampa smua tau tak golongan2 ini nabi muhammaad saw tidak mangaku umat. itu bermaksud bila seseorg itu menjadi golongan ini adalah halal dibunuh kerana bila nabi dah tak mengaku umat bermakna secara automatik dia jadi murtad. murtad hukumnya bunuh.pada zaman nabi lut a.s pun Allah swt telah menurunkan bencana dengan menterbalikkan negara tersebut. ini kan pulak hampa2 ni nk sokong atau nk bercerita pasal maknyah ni. contoh hadis rasulullah;

    Daripada Ibnu Abbas.sabda Nabi s.a.w....“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)

    satu hadis lg disebutkan”Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan juga golongan wanita yang menyerupai lelaki” (hadis riwayat Bukhari dan lain-lain.

    Menurut al-Qaradhawi, seburuk-buruk ujian kehidupan yang menimpa umat ialah ”keluar dari fitrah” sehingga lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Nabi s.a.w. telah menyebutkan antara golongan yang dilaknat di dunia dan akhirat dan diaminkan oleh para Malaikat ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (hadis riwayat al-Tabarani).

    sapa kata depa ni dilahirkan mcm ni. Depa sendiri ja yang kata! mereka ni yang memilih jalan tak betul bkan dijadikan mcm tu sejak lahir. Allah melahirkan mereka ni putih semasa lahir. mereka ni la yang mencorak ke jalan yang tk betul. Jangan nk salahkan tuhan pasal kejadian. DIA maha sempurna. yang tk sempurna 2 depa.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud, .."Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata"..(Surah an-Nisa’: 119)

    mcm mana depa ni boleh jd insan istimewa klu nabi saw tk mengaku umat. dlm alquran pun ada bercerita pasal depa2 ni lg hampa nk sokong. klu takut ank jd makyah didikla betui2. klu jd juga bunuh ja.. tk dosa pn. tgk kitab, tgk hadis jgn sedap mulut ja ckp! golongan ni patut dijauhi sebab didalam kitab dan hadis dah bagitau. klu hampa rasa hampa umat nabi muhammad saw bermakna kenalah patuh. tak patuh sendiri mau igat na...

    lain lain Hadis & Firman Allah tentang golongan makyah ni dan sejenisnya.


    Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.


    Firman Allah.. “Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”


    Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW...“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”

    so....... tkpayh la hampa nk kawan dengan golongan mcm ni... takut hampa pn kena laknat jgk... bkn apa klu bencana datang smua kena. sb depa sendiri yang pilih jalan mcm 2. allah swt dh bagi depa akai tp depa 2 tk pakai 2 yang jd mcm 2.Nauzubillah! fikir-fikirkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org camni....

      Mcm kau yg tulis panjang lebar... Tulisan macam marah2... Tulisan dengan angkuh... Tulisan penuh dengan ayat terus menghukum...

      Sape kau nak jatuhkan hukuman?

      Aku kenal membe aku ni beb. Dia punya maksud orang2 yg dia describe tu golongan istimewa sebab golongan2 camni la kalau boleh kita nak ubah. Golongan tu sendiri bukan tatau bende2 camni salah, tapi dah dorang susah nak kawal diri dorang... Kebanyakkan golongan camni, zaman skolah2 dulu skolah jugak macam kita semua, penah je blaja agama, even kalo dorang agama lain, tapi dorang sedar, dorang susah nak ubah diri dorang kalo takde orang2 macam jumie ni semua kawan ngan dorang, kenal hati budi semua...

      It takes some times to change. Dan kite plak, takyah la nak judge dorang teruk2. Kalo ko rase ko terbaik sangat, dengan tak kawan ngan dorang, ko pikir ko da cukup mulia? Segala amalan ko mmg dah confirm bawak ko masuk syurga ke?

      Ko pandai semua ni, sure ko penah dengar kan cara2 nak berdakwah secara bijak, secara berhemah, berhikmah dan bukan jenis terus jatuhkan hukuman kat dorang?

      Cukup ah, selama ni dari aku kecik sampai la beberapa taon lepas, aku asik baca benda negatif je pasal golongan camni. Negatif, pasal jual diri, aku rasa bosan kot. Kesian golongan camni. Ada setengah tu bukan terlibat pun dengan benda negatif, tapi orang ramai treat dorang sama level. Aku jugak penah tengok, ramai je golongan camni pandai2 berjaya, tapi orang cam ko jugak ah jijik ah konon nak support...

      Honestly, kawan2 boifren aku ramai je camni... Aku penah je sembang2 ngan dorang, okey je... Takde mende obvious sangat pon, cuma kuat gosip je la sampai aku pon ternganga pasal aku lemau sket bab2 gosip ni.

      Pada aku, okey je dorang buat xtvt camni. Just to have some fun. Alaaaaa abes yang kat tv yang maharaja lawak la apa semua lelaki berpakaian pompuan ko enjoy pulak layan? Tak jadik hal pon?

      Kecoh ah org camni. Hipokrit!

      Sori jumie, ter-emo plak baca komen cam kat atas ni. Paling aku sentap bila tulis takyah kawan ngan golongan camni. Macam... Eiii... Aku harap satu hari nanti, dia punya jiran ada golongan camni, dan golongan tu je yang bermurah hati nak tolong dia kalo2 umah dia terbakar ke camne ke, aku nk tengok, dia nak blagak lagi ke atau, terpaksa jugak terima pertolongan dari golongan camni.

      Eiii aku benci ah ngan manusia suka judge orang ni. Kalo dia juri pertandingan masakan takpe la jugak nak judge2 orang ni

      Delete
    2. mintak maaf la cek tak layan maharaja lawak bagai.. atau tgk crita2 lelaki berpakaian pompuan. dh ditulis kat hadis2 diatas allah melaknat lelaki menyerupai wanita. hadis dan ayat alquran dh terang2 ditulis kat atas bahawa allah melaknat golongan ini. cik adik o cik kak yang nk tegakkan benang yang basah 2 kenapa? sy tk judge golongan ini tkyah kawan tp hadis diatas ada menyebut golongan ini dibolehkan bunuh. so nk kawan mcm mane? habak mai sat kak?? saya ka yang duk reka2 hadis ngan alquran. sy tk tulis aih.. sy ikut ja.. cik kak takmo ikut ka??? jawab sat.. cek pun bkan nak kata cek akan masuk syurga. tp neraka pn cek tknk masuk.. kak mau ka??? yang senang kita ikut ja ajaran 2. klu dh salah 2 salah la. klu dh betui tu betuila. sy rasa cik kak yang suka judge org sebab kata hipokrik... sy cuma kata apa yang ada dlm hadis dan alquran.. hipokrik ka hadis2 nabi dan alquran? terus terang sy katakan memang saya ada sedikit marah, kerana golongan ini semakin berleluasa.. di tv tv pn sama.. padahal dh diterangkan dlm hadis dan alquran tentang perkara ini. dalam hadis nabi mengenai tanda2 akhir zaman pn ada mengatakan golongan ini akan bertambah ramai dan orang hanya melihat sebagai hiburan.. fikir fikirkan lah... cik kak klu terasa hati saya mintak maaf banyak2.. bukan sengaja tapi saya cuba bagitau betapa bahayanya golongan ini.. saya boleh ceritakan bagaimana terjadi golongan ini. tp tk perlula takut ada yang lebih terasa hati. cik kak kenal jumie sebagai rakan tp saya kenal dia lebih dr cik kak. saya bukan kata apa2 pasal jumie. tapi pda golongan yang dilaknat ni. hrap maklum

      Delete
    3. sorry to interrupt, saya jiha, usm grad (sbb tu saya suka blog jumie). just to respond sikit. i wish there is better ways to preach n convey good message..awak nk berdakwah is good, tp gunalah bahasa yang baik dan cantik. bukankah Rasullah ajar kita berbaik wlupun dgn orang yang buat tak baik pada kita? Please lah, jgnlah takut-takutkan orang dengan agama.

      Delete
    4. bukankah bahasa laknat dan bunuh 2 dtg dr firman allah dan sabda rasulullah.. sememangnya perlu ditakuti.. sy bkn hipokrit, sy menulis dalam bahasa yang terang...

      Delete
    5. Terima kasih kepada Ahlisunnahwajjamaah atas kesudian untuk komen di blog saya. Saya hormati setiap kata-kata yang diberikan setulusnya. I wish you all the best in your life dan harapkan tuan/puan juga doakan yang terbaik untuk kami.

      Delete
  8. soalan saya : macammana mereka meningkatkan/mengekalkan daya keyakinan diri yang tinggi ? seriously saya sangat cemburu.

    stage presentation is big no no for me. lari masuk bilik sembunyi bawah katil. sebab malu. dan takut kalau terkata salah. but for them is like - so easy like eating chicken pie. confident and full of charisma sampai drooling tengok muka (itu exaggerate ya :P)

    is there a secret ?

    ReplyDelete
  9. hai sayang ustazah pilihan,

    saya terpanggil untuk komen. siapakah anda untuk mengahakimi ? pernah tertanya didalam diri sendiri terimakah sembahyang ku untuk hari ini ?

    teguran itu bagus. dan Islam itu mudah. mana tahu terbuka pintu hati,bertaubat dan taubat mereka diterima. macammana pula taubat kita ?

    dan pesanan ikhlas setiap kata kata mencermikan siapa diri kita. dalam Islam juga menerapkan begitu. mungkin ustazah punyai ilmu setinggi 7 petala langit, tapi sayang saya lihat seperti tidak mencermikan sebegitu.

    cheers ! sambillagagelasairmasak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, .."Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata"..(Surah an-Nisa’: 119)

      Daripada Ibnu Abbas.sabda Nabi s.a.w “Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)

      perkara ini telah pun Allah swt dan Rasulullah saw menghukum.. klu golongan ini bertaubat, alhamdulillah.. sembahyang kita adalah fardu ain. bermakna antara kita dan Allah swt. tapi kes ini adalah fardu kifayah bermakna antara kita dan masyarakat.. kenapa Allah swt dan Rasulullah saw terus menghukum??? fikir fikirkanla.

      Delete
  10. saya akan terus berfikir. sebab dapat berfikir itu adalah anugerah Allah. tapi bagi saya Islam itu mudah. kalau terhukum tak semestinya diteruskan jatuh hukuman.

    pendengkatan kerohanian, pendedahan apa yang benar dan salah dan pelbagai cara kita lakukan sebelum terjatuhnya sesuatu hukuman. apa yang en/cik ahlisunnahwajamaah itu betul. tapi kamu seolah meletakan diri sendiri keatas langit ketujuh tanpa sebarang kesalahan. mungkin sekiranya kamu lebih humble, keinsafan sendiri akan terbit dari apa yang kamu taip.

    jangan bongkak ilmu didada jika akal tidak sampai ke pinggang. ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menduduk. be humble.Tunjukan Islam agama indah dan bukanlah agama extremist. yang cintakan keamanan, toleransi, bersopan santun. kerna hukuman bukanlah penamat segalanya.

    cheers ! sambillagagelasaiarmasak !

    ps. sempena hari Jumaat yang mulia, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira wira negara yang terkorban. thank you sirs ! and tabik hormat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang sy bagitau 2 dtg dr hadis dan alquran, pada penilaian hampa sahaja yang mengatakan saya meletak diri sy pada tempat yg tinggi hingga ke langit...pada saya merasa diri cuma hamba yang biasa saja dan apa yang sy tulis 2 menunjukkan saya tegas dlm perkara begini, saya pon copy dari hadis dan alquran. nk wat sendiri manala sy tau. apakah hadis dan alquran yg dijelaskan tk ckup jelas pada pandangan saudara/saudari? apakah ada makna2 tersirat di dlm hadis dan alquran yang sy berikan 2? mmg ada makna tersirat pada hadis2 dan alquran tetapi tidak pada ayat yang sy berikan ini. ayat2 tu adalah ayat jelas,tegas dan menghukum.itu bermaksud juga.perkara ini adalah berat. islam itu mudah untuk diikuti tetapi berat untuk melakukan melainkan org yang kusyuk.. sy bukanla extrim tp cuma memberitahu tiada paksaan terpulanglah pada saudara/saudari. tapi yang sy hairan bukan kah hadis dan alquran tu ajaran agama anda kenapa perlu dipertikaikan? yang menhukum bkn sy tp ajaran yang kita anuti. sy pn seperti anda juga insan biasa sahaja cuma perkara2 larangan sebegini saya ketepikan dan mengutamakan agama sy.mungkin ada yang mengngap sebagai hiburan tetpi dimana pegangan agama anda. kerana mengangp islam itu mudah tdk bermakna perkara ini boleh dipandang mudah. bolehkah larangan allah dan rsulNya dipandang mudah dan dipertikaikan? golongan ini jika bertaubat allah akan menerima kerana allah maha pengampun tp jika sebelum bertaubat bolehkah kita galak dan sokong perkara2 sebegini? sy menentang golongan ini sehabis2nya tapi menerima jika kembali ke pangkal jalan adakah itu extrem?

      Al-fatihah pada wira-wira negara.

      Delete
    2. Terima kasih kepada Ahlisunnahwajjamaah atas kesudian untuk komen di blog saya. Saya hormati setiap kata-kata yang diberikan setulusnya. I wish you all the best in your life dan harapkan tuan/puan juga doakan yang terbaik untuk kami.

      Delete
  11. Soal dosa pahala bukan urusan kita. So siapa kita nak jatuhkan hukum? Perjalanan hidup seseorang tu kita tak tau. segalanya da tertulis. Mungkin insyallah lelame timbul kesedaran pada mereka untuk berubah.

    menegur untuk kebaikan ada cara nya. Memang tak sala untuk menegur sesama islam dah memang itu tanggunjawab kita but selebihnya terpulang pada mereka. Jika mereka bebetul nak berubah, tanggungjawab kita juga untuk membimbing dan membantu takat mana yg kita mampu.Tak perlu la nak menindas or menghina dia orang sedangkan kita sendiri tak tahu perjalanan hidup dia orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Pn/cik zara. tetapi sy tak nampak seseorang mahu membimbing dan membantu golongan ini. sebaliknya kebnyakkan mereka sokong/menggalakkan perkara2 ini. pada pandangan sy golongan ini bukan semakin berkurangan tetapi semakin bertambah... sy bkn menindas atau menghina tetapi sy menentang perkara ini. allah swt memberi kita pilihan dan pilihan itu diatas tangan kita sendiri terpulang pada kita jalan mana yang kita pilih.

      Delete
  12. Hi kak Jumie. Saya pernah jumpa dengan orang macam tu. Kira agak rapat jugak la. At first, adik ni dia mmg macam lelaki biasa, cuma dia lembut sikit. Dia pernah je approach budak perempuan mintak couple etc. Tapi, in the same time, dia minat kat lelaki jugak. Tapi sekejap je la. Then, after he got to know a few people dari golongan trans ni, adik ni pun dah berubah, Dia nak jadi macam diorang.

    So my question is, benda ni adalah pilihan mereka atau ciptaan Tuhan? Saya takde niat nak mengutuk mahupun menghina, saya terima mereka seadanya, tapi saya curious je nak tau.
    Lagipun, some of them are doing really really well compared to lelaki mahupun perempuan sejati.
    Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Usha, terima kasih atas komen dan soalan yang diberikan. Tapi kami nak focus kepada penyertaan drag queen bukan mengenai transexual. Pasai TS, u boleh baca artikel link about Zarina yang i letak dalam artikel di atas. :)

      Delete
  13. I am all neutral. Please don't drag me into komen-komen nkorang yang bikin panas sedangkan nama lagi nak buat interview and nak tuliskan blog. Yang nak baca silakan, tak nak baca and tentang habis-habisan silakan. Sama-sama win-win. Tak kenal, tak cinta, tak benci, hati selamat.

    Jumie, my question is: Biasanya kalau time nak dekat competition tu...ada ke internal competition antara peserta kat backstage? I mean, ada gak ke yang maki-hamun,main tarik rambut etc? Macam mana handle benda-benda macam tu? Ada gak ke yang sampai jadi kes polis?

    Thanks and cheerio!!

    ReplyDelete
  14. Ni soalan i, Pakai make-up jenama apa time drag? MAC Pasar Malam dengan yang kat Mall tu ada beza tak kalau muka dah cantik macam Neelofa?

    Sekian.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...