8.3.13

Lahad Datu : Malaysia vs Kesultanan Sulu

Hello u olls,

Tup tup tup tup.... kita tau saja kat Lahad Datu Sabah ada masalah serangan daripada penceroboh yang didakwa ingin menakluk dan mengambil semula Sabah.  Tiba tiba sangat.  Kita tak tau apa pun.  Dalam berita nasional maybe ada cerita ni,  tapi tak banyak dan tidak dijadikan berita utama.  Sampailah,  serangan dah menjadi jadi....barulah kita semua tahu tentang apa yang berlaku kat sana.

Masa tu,  akak dan kawan-kawan satu office semua macam biasa memulakan tugas harian kami di Pejabat Soc Sc yang cenderaloka itu.  And tiba-tiba,  Dilla cakap  "Korang semua,  doakanlah abang ipar Dilla.  Dia komando polis yang dihantar ke Lahad Datu hari ini,"

Kami semua terkejut dan terpinga-pinga.  Akak siries tak tau apa dan cakap "Ha...apa jadi kat sana? I tak tau apa apa ,"  adakah mungkin sebab akak banyak sangat tengok channel masak-masak di Astro.

Pastu kawan-kawan staff lain pun storylah pasal apa yang berlaku di Sabah sekarang.  Akak pun busy punya busy.  Tak sempat nak google apa apa pa u olls.

Tiba-tiba menjelang jam 3petang hari yang sama,  Nana masuk bilik akak "Mok,  Dilla dah balik.  Abang ipar dia dah meninggal dunia dah kat sana,"

OMAIGOD.  Akak terkedu u olls.  Terus rasa macam nak demam pun ada.  Memang akak ada rasa nak demam u olls.  So malam ni lepas balik daripada office,  akak pun google around cerita pasai Lahad Datu dan akak pun mesej kat beberapa bosses dan rakan sekerja lain yang mengenali Dilla.  Hanya ucapan takziah yang dapat dilafazkan.

Malam itu juga,  Dilla dan seluruh sanak saudara bergegas ke TUDM Subang untuk menyambut ketibaan jenazah yang diterbangkan dari sana.  Malam tu juga,  Dilla shared gambar keluarga kakak dan abang iparnya itu.  Akak pun bubuh kat Facebook.  Ramai yang lontarkan ucapan takziah.  Akak nangis u olls.  Anak-anak beliau masih kecik.






Esoknya,  gambar yang akak share itu masuk dalam paper Metro semua.

This week,  akak bertemu kembali dengan Dilla.  Alhamdulillah,  Dilla okay and dia cerita pengalaman dia dan keluarga.  Dia kata,  dia dan keluarga mendapat layanan yang terbaik daripada pihak ATM dan PDRM.  Daripada diorang sampai je kat KL,  depa di eskot khas sampai ke tempat yang disediakan untuk menyambut jenazah.

Sampai kat sana,  tak kiralah Menteri ka sapa ka...even PM Najib yang ada kat situ pun di minta untuk berikan laluan kepada ahli keluarga untuk menatapi jenazah pejuang negara.  Memang Dilla rasa sangat terharu dengan keistimewaan yang diberikan kepada seluruh keluarga beliau.

Bila ditanya tentang kakak dia,  dia cakap,  "Kakak Dilla tak banyak bercakap.  Dia diam je.  Dalam hati siapa tahu,"

Lain pula kisah isteri kepada seorang lagi kamando polis yang meninggal bersama-sama abang ipar Dilla,  isteri dia baru sahaja dapat tahu yang dia mengandung sebulan.  Dan dia ingat nak suprise suami dia bila balik daripada berjuang nanti.

Ini bukan cerita Hollywood orang putih ya.  Ini cerita betul betul.

Kepada u olls yang nak kata ini salah detu,  ini salah dia ni.....Tak payahlah.  Ini bukan masanya.  Sekarang ini masanya untuk kita mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia di Lahad Datu terutamanya.

I dont want to ulas banyak-banyak pasai kes Kesultanan Sulu ni semua,  ampa pun tau...akak bukanlah penulis isu politik dan akak tak suka blog akak menceritakan hal hal politik.  Juga cerita cerita tambahan yang Dilla share dengan kami,  i dont think i can share it here.  Takut silap silap,  akak pulak kena soal siasat.

But i rasa sangat sangat kesal dan sedih apabila ada ampa semua duk kutuk dan komen macam macam sedap mulut kat Facebook ampa.  Ampa rasa ini satu permainan.  Kalau ampa rasa tak puas hati sangat,  pi Balai Polis mana mana yang terdekat dan suruh depa antar hang pi Lahad Datu and pi faik kat sana.

Alfatihah.

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. Al fatihah for our fallen heroes. and Thank You Sirs !
    ps : antara luahan isi hati seorang isteri anggota polis moga pihak awam lebih memahami.

    http://www.hazrey.com/2013/03/900-luahan-isteri-seorang-anggota-polis.html

    anakpolishutan

    ReplyDelete
  2. sedey nya Jumie

    tew la kan hanya kaum keluarga aje yg mengerti

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. Kannn? Ramai sgt keyboard warrior pon susah juga.

    ReplyDelete
  4. Selain fokus kat kesedihan ahli klrga pejuang2 kita dan mendoakan arwah, jom kita belajar tentang musuh kita ni. Aku dah habis baca psl drg ni, memanglah ??????! Xtau mau ckp apa, manusia jenis apa drg nih...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...