11.3.13

Selebriti Chef Kesukaan I olls

Hello u olls semua,

Tengok badan pun u olls dah boleh tau yang akak memang peminat tengok rancangan TV pasai masak-memasak dan makan memakan.  Channel Asian Food Channel,  TLC and Food Network adalah kesukaan akak!  And akak boleh tengok sepanjang hari.  Boleh kata,  akak kenal semua nama semua chef chef selebriti dalam semua rancangan ini.

My sisters selalu kutuk akak "Sebab tu hang gemok,  hang suka tengok cerita makan-makan,"  HOII!! Apakah!!  Kita gemok sebab tak eksesais.

Akak suka tengok rancangan masak kerana akak sendiri suka memasak.  Ampa duk tengok akak duk upload kat FB and blog,  akak selalu masak macam-macam.  Tapi actually,  akak masak lagi banyak.  Tapi kadang-kadang tak bubuhlah kat FB and blog sebab rimaih aih.....lagipun kadang-kadang akak masak sedap meletops.  Tapi bila tengok rupa,  dah macam apa ja.  

Contohnya,  hari tu akak feeling buat beef steak sebab akak beli pemanggang ajaib yang sedang hangat di pasaran isteri-isteri di Malaysia ini.  Then,  akak buat onion saute in butter with cheese sauce.  KAUUUU!! Meletops.  Tajuk je dah feeling kan?  Rasa pun meletops.  Tapi kalau tengok rupa cheese sauce akak dah macam cirit kucing.  HAHAHAH...so akak tak mau bubuh kat blog and FB.  

Ada suami-suami yang menyumpah isterinya kalau suka tengok rancangan masakan kan?  Depa akan kata "U ni...duk tengok je...bukan pernah buat pun.."  HAAA!  Apa lagi....bok mai la duit.  Sebab kalau kita keluarga besar,  memang lebih murah untuk masak sendiri.  Kalau setakat dua orang jin je dalam rumah macam akak dan En.  Khafi,  quite costly jugak nak memasak hari hari ya.  Maka,  bungkus di Tomyam Muslim Air Itam la jawapannya.

Selain daripada suka tengok masak-masak ni semua,  akak belajar banyak benda tentang budaya dan juga nama-nama bahan makanan daripada seluruh dunia.  Disebabkan akak feeling suka tengok rancangan masak ni semua yang ala-ala international,  akak kalau berbicara dengan Kak Edeh (mak I) pasai masak....akak kadang-kadang tak reti nak translate bahan resepi dalam bahasa Melayu katanya.  Contohnya,  lengkuas akak akan mention "galangal...",  daun laksa akak sebut "vietnamese mint" and kadang-kadang ketumbar akak sebut "coriander".

Feelingkan akak?

Okay...dah dah dah.  Jom baca ulasan pasai antara selebriti chef yang akak suka dan ada juga yang akak tak suka tapi akak nak mention dalam ni.  Hihihi.

Chef Wan - Best Wan!
 

Sejak zaman akak kecik-kecik lagi,  mak mak kita suka sangat tengok rancangan masak Chef Wan.  Antara rancangan yang paling akak ingat adalah Yok Buat Roti and rancangan masakan tajaan Ayamas.  Chef Wan bukan sahaja pandai berceloteh dalam Bahasa Melayu,  malah orang putih.  So sebab tulah,  dia dihormati dan dikenali sebagai selebriti chef Malaysia yang tersohor di seluruh dunia.  Buku-buku resepi beliau juga selalu dapat anugerah,  sebab buku resepi dia kalau kita try mesti menjadi takdak tipu tipu.  And dia pernah cakap dalam rancangan dia,  akak ingat lagi,  dia kata "Kalau nak beli buku masakan,  beli buku yang dia ada gambar dan juga penerangan step by step,"  YES! akak rasa itulah concept buku resepi beliau. 
Rancangan Best Wan! ini akak rasa adalah terbitan syarikat AFC yang berpangkalan di Singapura.  Siriesly akak sangat suka rancangan ini.  Lighting very the class noks.  Pastu penceritaan Chef Wan bila memasak masakan Malaysia ni semua,  very the membuatkan kita bangga jadi anak Malaysia.  Tapi,  akak dengar kata,  beliau bukan sahaja seorang yang nampak ceria meria bila memasak,  tapi actually dia sangat sangatlah profesional and tegas.  Katanya,  kalau dia nak start shooting masak,  semua bahan kena sedia dan siap.  Kalau tak cukup bahan,  dia tak akan start cooking and shooting.  That is menjaga kualiti u olls.  Akak suka. 
And the latest news about beliau,  akak tak tau betul ke tak.  Ini nok nok peminat masakan yang mai cerita kat akak,  katanya Chef Wan akan buka satu restoran mewah ala-ala istana Melayu di London.  Gituuu!!  Apapun,  cayalah!!!
Siapa lagi selebriti chef kesukaan saya?  Jom click read more.



Michael Smith - Chef at Home

Akak sangat suka tengok beliau yang besar agam ini.  Rumah dia bentuk 3 segi dan dia selalu masak sedap sedap untuk anak dia dan family dia.  Dia selalu kata "My secret in cooking is cooking without a recepi,"  gituuuu.  Hang chef bolehlah kan?  Tapi actually betul juga kata beliau.  Masak ni tak boleh kata,  hari ini....hang terus boleh terror dan tahu masak.  Hang kena prektis dan belajar hari hari.  Belajar dari kesilapan.  Teknik meng-agak dan merasa.  Campur dengan kreativiti.  
Satu lagi akak suka adalah almari bahan-bahan masakan beliau yang disusun sangat cantek dalam botol botol dan balang kaca.  Kalaulah akak dapat almari penuh macam tu kan best. 


Nigella Lawson - Nigella Bites

Tahukah anda,  tahun ini Nigella berusia 53 tahun.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! Sentap mak!!!  Wanita pungkur dan tetek besar tapi pinggang kecik ini sangatlah seksi.  Masakan dia....semua comfort food.  Semua style extra butter.  Bahan kesukaan dia adalah chickpea ataupun kacang kuda.  Pastu alat pisau yang paling meletops sekali dia pakai adalah sejenis pisau yang bentuk lengkung,  khas untuk mengcincang sayur/kacang dengan mudah.  Nampak sangat horror...tapi sebab Nigella yang buat.  So nampak sangat seksi.   
Satu lagi yang akak sentap dengan beliau adalah,  dalam rancangan masakan dia ni,  di akhir rancangan,  dia akan tunjuk malam-malam dia sneak bukak peti ais dan makan apa benda yang belen-belen dia masak siang tadi.  Celaka kan!!  Akak cuba amalkan apa yang dia buat...tapi muka akak menjadi lebih terung.  Tak cantek macam Nigella pun.  HAHAHHA


Buddy Valastro- Cake Boss and  Kitchen Boss

I love this guys.  Keturunan Italy and very very humble family man.  Satu keluarga dia kerja sama-sama dengan dia kat kedai kek dia.  Sapa kata family tak boleh run business together.  Kalau tengok kakak-kakak Buddy ni....depa lagi celaka nohorom mulut bising and suara kecik suka buat kacau kat kedai.  Tapi ketegasan Buddy untuk handle hal hal business dan keluarga sangatlah akak puji dan kagumi.
Akak juga suka hasil kek kek fabulositi yang beliau createkan.  Akak rasa dialah pelopor rancangan hiasan kek meletops.  Rancangan buat kek ohsom yang lain semuanya akak rasa macam merapu sahaja.  And kadang-kadang tu nampak kotor dan tak sesuai untuk dimakan.
Sekarang ni, Buddy ada rancangan masak pulak iaitu  Kitchen Boss.  Akak sangat suka dia masak semua style tak kedekut bahan punya.  HAHAHAH.  Semua dia bubuh banyak banyak and style puaih hati.  And setiap kali masak,  dia akan panggil family dia mai makan.  I like.
  

Sherson Lian - 5 Rencah 5 Rasa
 
I've wrote about him before.  Yes...i still like him.  Ampa boleh baca ulasan akak terdahulu di sini  :  Mak Terjatuh Hati Pada Chef Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa

Anthony Bourdain - No Reservations

Akak dan En.  Khafi suka tengok rancangan deni.  Suka dengar kata-kata sinis beliau tentang apa sahaja yang beliau rasa beliau nak cakap.  Beliau seorang chef.  Tapi rancangan beliau bukan rancangan beliau masak,  tapi rancangan dia travel dan makan makanan yang meletops dari seluruh dunia.
Dia adalah antara selebriti chef pertama yang travel to south east asia dan try makan benda pelik pelik semua.  Tapi lepas tu,  Andrew Zimmerns tiru beliau dan Bourdain pernah selar dalam salah satu rancangan dia dan berkata dalam bahasa Amerika "Aku dah tak mau makan pelik-pelik.  Kalau aku nak makan pelik-pelik,  aku akan botakkan kepala aku dan jadikan pemakanan pelik ini sebagai satu career,"  HAHAHHA...dia kutuk Zimmerns la tu.
Satu lagi benda charutan yang pernah beliau nyatakan dalam rancangan beliau adalah ketika satu lawatan ke sebuah masjid di Turki.  Masa kat sana,  Bourdain terkejut bila tengok pelancong Eropah masuk ke perkarangan masjid dengan berpakaian seluar pendek dan tanpa lengan.  Mak dan anak pun sama juga.  Bourdain kata dalam bahasa Amerika,  depa ni ser.  Ini adalah kawasan orang bersembahyang dan beribadat.  Depa ni memang bodo takdak akai. 
Satu lagi yang Bourdain pernah carut adalah dia tak suka lani budak budak kalau nak makan,  mesti nak kena ambil gambar dahulu.  Pastu baru makan.  Bab ni...En.  Khafi akan kutuk dan gelak kat akak.  Tapi pirah Bourdain,  hang takpalah...ada cameraman yang tolong amik gambar hang makan apa semua.  Macam kami ni,  blogger picisan...sapa nak amik gambar untuk kami.  KAN!!! 
But i still love u Bourdain. 

Anna Olson - Bake with Anna Olson

Aiiiiyooo!  Sangat suka tengok kakak ni masak.  Sangat kemaih.  Tengok rambut dia pun sudah.  Kemaih sentiasa duduk belakang telinga.  Dia ada rancangan masak masak biasa,  tapi akak sangat suka tengok dia masak kek dan pastry.  Kawan akak yang pandai bab bab kek ni kata,  apa yang Olson ajar dalam rancangan dia adalah betul pasai membuat kek.  So,  akak tak tau la.  Akak kalau buat kek....akak bubuh je apa yang ada :)  Tapi apa pun,  akak suka tengok cara dia memasak.  Sangat bersih.


Bobby Chinn - Cafe Asia

Kalau diberi peluang kat dunia ini,  selain nak jumpa Oprah dan Beyonce (TETAP),  akak teringin nak jumpa Bobby Chin ni.  Daripada rancangan beliau iaitu Cafe Asia,  akak boleh agak deni pun gila gila dan tak berapa nak betul sangat orangnya.  Tapi mesti sangat happening.  Dia adalah lelaki yang mix antara American Chinese dan Egypt.  Sebab tu muka dia pelik sikit.  Dia ada buka restaurant dia sendiri di Hanoi,  Vietnam.  Kalau akak pi Hanoi satu hari nanti,  akak nak pi kedai beliau.  


Keith Floyd - Floyd Uncorked 

Sapa ingat tok wan ni?  Maybe ampa tak ingat sebab dia dah lama meninggal dunia.  Rancangan dia last akak tengok masa tahun antara 2005-2008.  Tok wan ni nama dia Floyd.  Dia cakap sarat dengan British acsent dia.  Dia masak apa pun,  dia nak bubuh wine.  And dia akan bukak sebotol wine and bubuh sebelah dia.  Sambil masak dia akan minum wine tu.  Yes,  dia memang kaki minum.
Masa tulis artikel ini,  akak hampir lupa masukkan nama beliau.  Akak actually dah lupa pun nama dia.  So akak google "Old British Chef Who Like To Drink While Cooking"  HAHAHAHA celaka kan akak?  Malaikat maut pun berenti pukul dia dalam kubur bila terbaca blog akak ni.
Antara rancangan terakhir beliau adalah dia mai South East Asian,  and dia masak fish curry menggunakan air kelapa sebagai bahan memasak.  Sangat sesuatu.  RIP Mr.  Floyd. 



Jamie Oliver - The Naked Chef

Akak dan bestfriend akak Zulia amat suka tengok mamat lidah pendek ni sejak zaman sekolah kami lagi.  Petang-petang tengok Astro kat rumah Kak La and tengok Jamie Oliver masak apa ka merapu semua,  pastu kami dua orang nanti lapar and kami akan pi beli mee goreng mamak dan Jalan Terengganu.  HAHAHA tak kena mengena langsung.  Tapi okaylah.....tak tahan tengok Jamie duk masak pasta apa semua tu.
Jamie Oliver juga seorang pencetus idea dalam dunia masak dan makanan di British dan Amerika.  Antara projek besar dalam rancangan TV beliau adalah Jamie's School Dinner,  di mana dia telah berusaha untuk mendedahkan makanan tak sihat yang dihidangkan kepada para pelajar di sekolah.  Usaha dan kesungguhan beliau untuk membawa perubahan ini bukan sahaja memberi impak di Amerika dan British,  malah di seluruh dunia.  Tiba-tiba kat Malaysia pun timbul isu tak boleh jual nasik lemak kerana akan menngantukkan budak budak.  Even,  naget ayam apa semua dah tak boleh jual kat sekolah sekolah lagi.  
Selain daripada usaha usaha bagus beliau,  actually Oliver juga dikenali sebagai seorang yang bermulut lancau.  Tak padan dengan lidah pendek.  Antara satu insiden ngeri yang akak baca tentang beliau dalam satu website tabloid UK adalah,  baru baru ni dia tambah berat badan.  So seorang wartawan tanya dia "Pasai pa hang makin gemok lani?"  Pastu Oliver tanya balik "Hang ni reporter tabloid ka?  Terima kasih sebab perasan.  Hang adalah anjing betina"  HAHAHAHHA kannn! Ampa boleh baca kat sini  :  Jamie Oliver swears at reporter who asks if he's gained weight

Ina Garten - Barefoot Contessa

Makcik gemok ini adalah seorang wanita bangsawan yang rancangan dia hari hari dia nak masak untuk kawan-kawan or keluarga tercinta.  Mesti nak buat ala-ala small party gitu.  Breakfast party la ,  bbq party la.  Akak suka tengok cara dia masak juga dia details dan suka share tips.  And akak suka dengar cara dia cakap,  slow and tenang..................macam pompuan pompuan kaya yang kekwat.

Giada De Laurentiis  - Giada at Home

Pompuan ni cantek kan????? Haaa macam nila dia bila dia memasak.  Make up tebai and feeling sangat.  Cutex nude semua.  Dia ni keturunan Italy.  So masakan dia banyak resepi Italy.  Akak suka tengok dia masak sebab dia cantek dan suka dia bercakap.  Antara segmen paling akak suka adalah Royal Treatment di mana dia share moments dia memasak untuk Duke and Duchess of Cambridge.  Yes....to Prince William and Kate Middleton masa lawatan rasmi pasangan Di Raja itu ke California.  Dia kata,  sebab masakan dia tulah Prince William menang main polo hari tu.  Kerlasss statement feeling beliau.


Adrian Richardson and Janella Purcell  - Good Chef Bad Chef

Depa dua dua ni Autralian.  Suka tengok depa cakap Australian pekat gila.  Tapi sebab Australian kan banyak influence Malaysian,  Indonesian and Singaporean...so banyak bahan-bahan yang depa gunakan dalam resepi depa menggunakan bahan-bahan daripada tiga negara ini.  Depa even pernah masak tempe...yang depa panggil sebagai tempe.  
Tapi actually,  Richardson adalah chef.  Purcell adalah seorang ahli nutrisi.  Tapi dua dua pandai masak.  And yang akak suka dalam rancangan masak ini, dua dua orang akan masak dua masakan sekali gus.


Martin Yan - Martin Yan’s China

Uncle ini adalah lagenda Chinese cooking yang sangat tersohor kot.  Sejak akak kecik kecik lagi,  duk tengok dah deni akan masak macam-macam kat RTM.  Paling akak suka bila dia masak,  dia akan bercakap dengan laju.  Selajur pisau dia.  Dan dia suka explained setiap pergerakan dia buat.  
Contohnya  "Im goin to chop this...and chop this...and chop chop chop chop this."  Kalau pikiak balik,  tak perlu la nak bagitau setiap perbuatankan.  Rasa macam diperbodohkan oleh pakcik ini.  Tapi takpa.  Akak tetap suka tengok cara dia masak.  Sangat laju dan dia banyak cerita tentang asal usul makanan tu semua.  Macam Chef Wan.  

Rob Rainford - License to Grill

Kadang-kadang macam confuse bila tengok dia masak ni.  Akak ni tengok rancangan masak memasak ataupun porno?  HAHAHAH aiiyoo imaginasi sundal kan akak ni?  Akak sangat racist.  Lelaki afrika,  hitam,  botak dan besar...terus ingat porno. 
Anyway....akak suka idea idea marinate yang dia buat macam macam untuk BBQ.  Sangat suka.  Tapi paling tak boleh belah...dia akan masak BBQ banyak banyak.  Pastu jemput kawan-kawan dia semua mai makan,  tapi kawna-kawan dia semua mat salleh.  TIPU!!!!  Selalunya yang suka makan barbeque ni semua negro kan!


-dua chef yang akak tak suka nak tengok-

Anis Nabilah - Icip Icip

Okay,  dia cantek.  Dan dia boleh memasak (walaupun takdak la hebak mana akak tengok).  Paling akak tak boleh belah adalah..............SUARA BELIAU.  Akak tidak sanggup cederakan telinga akak yang dah sedia kala suka pekak tak tentu pasal ini dengan menengok rancangan masakan beliau lama-lama.  Siriesss!! Why the suara like that boleh masuk TV?


Farah Quinn - A La Chef

Deni lagiiiiiiiiiii tak tiauuuuuu masak. Siriesly.  Dia masak style benda bodo bodo ja. Spageti bolognese la apa la.  Tapi one thing akak tau pasaipa dia boleh ada rancangan sendiri semua.  Sebab tetek dia besak.  Itu sahaja.  

Sekian sahaja celotehan daripada akak.  Have a nice day semua orang.  Sekali sekala,  terai la masakan daripada rancangan TV tu....pasti suami u olls akan cium u olls lebih lebih.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan 

16 comments:

  1. i like ;) skrg i suka tgk jamie's 15minute meals

    ReplyDelete
  2. iolls pun sama..boleh layan AFC all day long...and my feveret chef tentu ler Dato'chef Ismail cos beliau kalau masak mesti kasi petua sekali camana nak sedapkan masakan tu selain resipi2 yg diajar lebih dekat dengan selera tokak org Melayu...selain tu iolls suka dengan Auntie Nigella, kak Anna Olsen, pompuan suara kepit..Anis Nabillah, Minah Indon verangasss bule si farah fauzan..aka Farrah Quiin tu dan chef comel Sherson...dari kecik lagi mmg suka layan rancangan masak2..Seingat i olls rancangan Kuali yg memperkenalkan Dato' Chef Wan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef Ismail.............yes :) tapi rancangan dia banyak di RTM kan. Akak jarang tengok RTM kecuali time berita. Sorry ya...akak kekwat sedikit. HAHAH

      Delete
  3. Akak pon tak suka Anis Nabila dgn Farah Quin ittew sebab depa masak biasa2 ja. How boleh ada rancangan masakan sendiri.
    Lagi 1 iols tak suka ialah pengacarah singapore makcik2 ittew rancangan SEDAP. Masak mengarut! Emak iols tengok pon rasa nak pitam. Howw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik bertudung macam katun yokis tu kan?

      Delete
    2. oh yess uolls.. akak dah igt nama dia.

      Asmah Laili.

      Delete
  4. i paling suka anthony bourdain and bobby chin. maybe sebab diorang travel.

    ReplyDelete
  5. Kami pun xsukiaa Farah Quinn. Dia mcm suka kontrol cun jaa. Hehe. Lagi satu kami suka Annabel Karmel, dia ni chef utk baby and toddler food :)intankintan

    ReplyDelete
  6. Hahaha..nasib baik Jamie Oliver yang sangat kuat british accent tu ada dalam senarai ampa..kalau tak kami ngamok! Majority dalam senarai adalah peberet kami jugak! nice entry jumie!

    ReplyDelete
  7. Kalau tgk rancangan Farah Quinn tu rasa mcm tgk filem prono plak. HAHAHA. Setakat masak omelette tu xyah la nk fefeling jadi Chef. Tapi Anna Olsen memang sgt clean. Nigella plak sgt sexaayyyy. Cara dia jilat sudu-sudu tu mcm terliur. KAHKAHKAH

    Eh, nnt akak try Rude Boy Chef. Deni mmg la, makan atas aluminium ja. HAHAHAHAHA. Mmg sempoi gila la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pernah tengok Rude Boy Chef.....tapi maybe kami tak berapa suka.

      Delete
  8. sukaaaa sangat entry ni sebab saya pun suka tgk AFC...paling suka chef wan, jamie oliver, anna olson, and sherson lian..for anis nabilah n farah quinn, i don't like them walapon nama i FARAH..hihihi

    ReplyDelete
  9. awat Che'Lah tak masuk carta nih??!ahakss ;)

    ReplyDelete
  10. Kak Jumie...Awat chef pmpuan suma nenen sihat2..jeles ai...????.Tp suka sgt kat Jamie Oiliver & Nigella Lawson...Cool lah depa...

    ReplyDelete
  11. OMG.. i ingat i sorang je yang menyampah dengan suara chef anis tu..n dia suka cerita semua family anis pandai masak...deeeeerrrrr....

    ReplyDelete
  12. tetek chef an nabilah p0n boley tahan jgk kn akak..huhuhu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...