12.3.13

Ulasan Filem Muzikal Les Misérables

Hello u ollls,

Orang pertama yang memperkenalkan filem ini kepada saya adalah En.  Yusof Bakar.  Dia PM saya di Facebook dan suruh saya check out pasai this film.  Dia kata "Jumie,  kalau ada kesempatan sila tengok filem ini.  Sebuah skrip teater yang sangat hebat tapi difilemkan dalam bentuk muzikal filem,"  WOWW.....sangat hebat.

So,  later on saya pun mula banyak membaca tentang pembikinan dan kehebatan filem ini.  Filem yang dimaksudkan adalah Les Misérables.  Dulu akak ingat filem ini disebut sebagai Les Mizerebeles.  Sebenarnya,  cara nak pronounce Les Misérables adalah LA MI ZE GHA...


Filem ini ditayangkan pada hari Krismas 2012 dan beberapa bulan kemudian,  filem ini terus terus mendapat banyak nominasi dalam anugerah filem antarabangsa and of course telah memenangi banyak awards.  Selepas majlis Oscar 2013,  baru akak berkesempatan untuk menonton filem ini.

Menonton filem ini seorang diri menggunakan laptop pada waktu malam dengan ear phone melekat di telinga memang mencabar u olls.  Mencabar kerana kita rasa sangat sangat feeling u olls.  HAHAHAHA...yes...of course.  Akak nangislah bila dengar depa duk nyanyi semua.  Bila part part sedih,  part cinta dan part part gaduh (yang akak tak berapa suka).

Kalau kat Penang,  hanya satu movie theater yang menayangkan filem ini iaitu Gurney Plaza.  Kat KL i tak tau la pulak,  tapi yang pastinya ramai pencinta filem genre muzikal telah menonton filem ini.  Bak kata seorang kawan nok nok akak iaitu Muiz,  "Nok.......harus tonton noks.  Mak nangis tak berenti"  GITU.  So u olls semua dah tengok tak movie ni?  U olls nangis part mana?  Akak nangiss.....partt.....erm...akak cerita ni bawah okay.  Jom baca review akak.

Please click READ MORE.




Sinopsis
Cerita ini sangat panjang actually.  Sangat panjang.  Cerita dua generasi.  Catatan tahun penceritaan adalah dari tahun 1815 hingga 1848.  Lebih kurang  33 tahun.  Gila,  aku ingatkan cerita Padayappa habis dahsyat dah.  Dalam cerita Padayappa,  menceritakan macam mana Nilambari Aunty punya dengki and simpan dendam kat Padayappa selama 18 tahun.  HAHAHA.  Sapa tak tau,  cerita Padayappa adalah satu box office filem Tamil yang akak sangat sukakan.

Jean Valjean,  seperti kata make up artist untuk filem ini,  janggut beliau diberikan tambahan bulu ya.  Ala-ala extensyen gitu.

Dalam cerita ini (akak cuba ringkaskan seringkas seringkasnya) mengisarkan tentang dendam Javert,  seorang pegawai tentera dengan seorang bekas banduan bernama Jean Valjean (yang dipenjarakan selama 19 tahun) hanya kerana dia curi roti untuk bagi kakak dia makan.  Bila Jean Valjean dah keluar penjara,  dia mulakan hidup baru and jadi seorang yang berjaya and dia telah jumpa Fantine seorang wanita kelas pertengahan yang bekerja untuk memberi makan kepada anak luar nikahnya,  Cosette.

Cosette yang telah besar dan cantek.  Sangat sangat suka pompuan ini.  Dia sangat cantek and suara beliau sangat merdu macam buruk kuwit kuwit.  Akak sangat suka suara beliau.


Dia tolong Fantine dan akhirnya bila Fantine mati, dia amik Cossette dan bela Cosette besar dan jadi anak dara yang cantek meletops.  Cosette terjatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Marius Pontmercy,  seorang pelajar yang juga aktivis dalam June Rebellion di Paris ketika itu.

Karakter Marius mendapat kitikan dalam 9GAG sebagai watak budak laki yang berperangai pelastik sampah.  Orang duk sibuk berperang dan berjuang,  dia blah untuk cari buah hati yang lari bersama bapaknya.  

Tapi sebenarnya,  ada seorang budak perempuan nama Eponine mencintai Marius secara senyap-senyap.  Eponine adalah anak perempuan kepada pasangan Thénardier yang dulunya pernah menjadi 'penjaga' Cosette.  Depa yang sepatutnya menjaga Cosette kerana mendapat bayaran daripada Fantine,  tapi depa jadikan Cossete sebagai orang gaji kat rumah depa.  Nasib baik,  Jean Valjean selamatkan Cossete.

Untuk pengetahuan u olls,  masa watak Eponine mati dipangkuan buah hatinya Marius.  Dia nyanyi lagu A Little Fall of Rain.  Mak nangis teruk nyah kat part ni.  Gila noks....mak kan suka feeling feeling cinta ditolak gitu.  HAHAHAH. 

Okay,  akak rasa akak harus cerita sampai setakat ini sahaja. Kerana,  kalau akak cerita sekarang...TAK BESTLAH.  Nanti ampa dah tau semua apa yang jadi kat semua kerekter-kerekte di atas.  Tapi sepanjang penceritaan 33 tahun ini,  Javert tak henti henti mencari dan menjejak Jean Valjean kerana dia rasa....Jean Valjean adalah penipu dan seorang bekas banduan tidak layak untuk teruskan hidup dan menjadi orang yang  berjaya.


Dendam yang maha dahsyat oleh Javert ini adalah 3948734 kali lebih maha dahsyat daripada kefirasyatan Nilambari Aunty. 

Pelakon Utama



Hugh Jackman as Jean Valjean
Akak sangat suka suara nyanyian Hugh Jackman.  SANGAT BERKARAKTER.  Depa yang buat casting untuk filem ini sangat sangatlah bagus.  Depa pilih pelakon yang boleh menyanyi bukan semata-mata sebab depa hot dan popular...tapi memang depa tengok mutu suara semua.  Suara Hugh Jackman sangat sesuai sebagai seorang lelaki yang penuh sesalan tetapi masih ada banyak lagi yang dia ingin 'berikan' kepada dunia ini dan hidupnya.

Dalam persiapan untuk melakonkan watak dalam teater ini beliau telah hilangkan berat badan beliau dan mendapatkan latihan vokal secara profesional sehingga beliau telah berjaya membesarkan range suara beliau daripada suara high baritone kepada suara tenor.  Cayarah. And talking about menguruskan badan beliau sedikit,  selain eksesais...dia tidak minum kopi dan juga meminum 7 litre air sehari.  FUIIYOOOO...mesti dia kencing 20 kali sehari dan setiap kali kencing dia kencing selama 2 minit.




Russell Crowe as Javert
Dalam semua pelakon dalam teater ini,  suara deni paling tak sedap.  HAHAHAH.  Siriesly.  Tapi dia nyanyi dengan baik.  Suara beliau sangat kesat.  Dan bagi akak,  sangat sesuai dengan sifatnya.  Seorang lelaki yang penuh dengan dendam.  Katanya,  mula mula Crowe tak suka watak ini dan dia macam tak mau terima watak ni.  Tapi lepas berbincang dengan lebih mendalam dengan pihak produksi,  dia akhirnya terima watak ini.  Pastinya keputusan yang terbaik dalam hidupnya.



Anne Hathaway as Fantine
Kenapa watak ini tidak dikategorikan sebagai BEST ACTRESS?  Tapi BEST SUPPORTING ACTRESS. Kerana hakikatnya memang watak ini bukan watak utama.  Beliau adalah watak sokongan kepada watak utama iaitu Jean Valjean.

Tahukah u olls,  ibu kepada Hathaway yang juga seorang pelakon pernah melakonkan watak ini di Broadway.  Dia sangat sangat terharu kerana dia juga berpeluang untuk pegang watak ini dan mendapat penghargaan daripadanya.  Tapi pada awal,  mereka merasakan Hathaway tidak layak untuk melakonkan watak ini kerana mungkin watak Fantine dalam cerita asal adalah seorang wanita yang nampak lebih berusia mungkin.  Not muda jelita dan terlalu cantek macam Hathaway.



Amanda Seyfried as Cosette
Part beliau tidak banyak dalam filem ini.  Tapi Cossette yang muda dalam filem ini yang dilakonkan oleh Isabelle Allen telah menjadi wajah utama dalam poster rasmi filem ini.



Eddie Redmayne as Marius Pontmercy
Lelaki ini adalah pelakon yang sama berlakon dalam filem My Week with Marilyn.  Akak suka tengok muka dia.  Muka dia pelik.....tapi hemsem.  Tau tak pasaipa muka dia pelik?  Sapa perasan?????  Mulut dia pelik.  Nampak macam takdak bibir.

Watak ini mempunyai ciri ciri lelaki muda yang penuh dengan keghairahan kepada semua benda.  Depa nak buat semua benda.  Dan tanpa depa sedari banyak hati hati yang terluka dalam perjalanan mereka mengejar impian mereka itu.



Samantha Barks as Éponine
Pelakon yang tidak berapa dikenali.  Tetapi dia jadi star dalam filem ini.  Suara yang sedap.  Tahukah u olls, selain Samantha Barks,  antara big star lain yang disenaraikan sebagai pilihan utama untuk memegang watak ini adalah Scarlett Johansson,  Lea Michele, Taylor Swift, and Evan Rachel Wood.  Akak rasa......pilihan ini sangat bagus.  Kalau bagi kat Lea Michele...akak rasa not bad juga.  Kalau bagi kat Taylor Swift.....dan pegang karakter Eponine yang cintanya dirobek...ahahahaha silap silap ada lagu tambahan untuk watak ini untuk kutuk kutuk Marius. HAHAHA.



Daniel Huttlestone as Gavroche
Budak lelaki kecil ini sangat strong lakonan beliau.  Akak suka pelet Englishnya yang sangat pekat.  Tapi sangat comels.  Akak nangis teruk masa dia mati.  Sedih tau.




Helena Bonham Carter Sacha Baron Cohen as The Thénardier
Helena Bonham Carter..................memang pilihan yang tepat untuk memegang watak gila gila ini.  And sirieslyyy! Tahukah u ollls lelaki yang menjadi Monsieur Thénardier adalah lelaki yang sama dalam karakter karakter komedi terlampau di bawah!  Yes! Yes! Yes!  Now akak akui,  pelawak adalah orang yang sangat genius!!


Yes beliau adalah Ali G, Borat Sagdiyev, Brüno Gehard, and Admiral General Aladeen.

Penggambaran Yang Lain dari Yang Lain
Satu fakta yang membuatkan akak terpana mengenai filem ini pastinya akan membuatkan u olls ternganga dan terdiam seketika.  Selalunya kalau filem muzikal,  lagu dan nyanyian dirakamkan berbulan bulan sebelum sesi shooting filem dimulakan.  So bila shooting starts,  depa akan pasang lagu yang telah dirakamkan dalam studio dan para pelakon akan berlakon sambil miming.  Itulah yang dilakukan dalam semua filem filem muzikal sebelum ini.

Tapi dalam Les Miz,  some of the scene dalam filem ini yang melibatkan nyanyian dirakamkan secara LIVE!!  Yessss live!!!!

Contohnya dalam babak Fantine menangis teresak-esak lepas melacurkan dirinya sambil menyanyikan lagu I Dreamed A Dream.....DIA NYANYI SECARA LIVE.  Dalam satu interview,  Hathaway kata,  scene ini adalah 1 shot.  Takdak potong potong.  And masa nyanyi tu,  camera ada betul betul depan muka dia.  So memang susah dan dia dibayangi dengan keraguan diri sebab karakter dan lagu ini adalah ICON dalam filem Les Miz.  Dia takut dia screwed up.

Lepas dapat kata-kata dorongan daripada pengarah Tom Hooper,  beliau bulatkan nekad.  Lepas buat first round shot babak ini,  dia marah kat diri dia sendiri sebab dia rasa dia tak buat dengan baik.  Second round shot,  tengah tengah shot dia berenti!!  And after that....buat lagi sekali baru dia dapat feel!  And siriesly.........................................akak sangat suka rakaman and nyanyian Anne Hathaway untuk babak ini. Akak duk pasang dalam kereta sambil driving.  Feeling kan akak????  Duk nyanyi along ala-ala nangis sendu gitu.

And back kepada cerita cara rakaman suara/nyanyian dalam filem ini,  not only the singing was captured live semasa penggambaran dibuat,  malah muzik dalam filem ini dimainkan secara live!!  Gila babi depa ni.  So,  ahlil muzik akan duduk dalam bilik khas dalam studio penggambaran...dia akan main secara live and pelakon pula akan pakai ear phone kecik untuk dengar muzik live ini.  Oleh itu,  pelakon bebas untuk menggayakan nyanyikan mengikut tempo yang sesuai dengan feeling dia dalam lagu tu and pemuzik akan ikut rentak si penyanyi.  GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARAH!!



Best Makeup and Hairstyling in the 2013 Academy Awards
Sebagai seorang pemekap pengantin,  akak rasa sangattttttttt plankton kalau dibandingkan dengan gergasi gergasi dalam dunia make up artist ni.  Dua insan yang bertanggungjawab dalam pemekapan filem ini adalah Lisa Westcott and Julie Dartnell.  Make up depa....bukan make up nak bagi cantek.  Make up depa adalah make up untuk membantu kita memahami karakter dalam cerita ini.  Bak kata Lisa Westcott dalam interview dia,  setiap kali dia create something untuk filem ini...dia akan kata "Adakah aku boleh percaya dengan rupa ini?"

Make up dia bukan semata-mata bubuh fondesyen dengan brush.  Tapi dia create rambut,  gigi palsu and contact lense untuk semua karakter dalam filem ini.  Sangat meletops.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pasaipa Lisa Westcott dressing macam ni kat Academy Awards!!!!!!!!! 

Kutipan Box Office
Filem yang menelan belanja sebanyak USD 61 juta ini telah berjaya mengutip USD 411 juta so far.  Gilaaaa....takleh ka derma akak RM250k sebab buat artikel ini bagi orang Melesia baca.

Patung Gajah
Sapa dah tengok filem ini,  mesti ampa perasan satu tugu gajah kat tengah tengah bandar Paris ketika itu.  Ampa boleh baca pasai tugu gajah itu di sini  :  The Elephant on the Place de la Bastille.   Tapi,  patung gajah ini telah lama musnah ditelan sejarah.  Yang tinggal hanya batu batu tanda yang masih boleh kita tengok di Square Henri-Galli off the Boulevard Henri IV di kota Paris.


Kesimpulan
Kesimpulannya,  ini adalah sebuah karya yang terbaik untuk abad ini.  Akak sangat sangat bangga kerana telah menontonnya.  Kepada u olls u olls yang tak mempunyai IQ yang cukup tinggi untuk hayati filem ini  tak payah tengok.  Nanti ampa boring dan tak faham sebab duk pening pasaipa semua duk nyanyi ja dari awai.  So again let me tell you,  filem ini....barisan dialog yang dilafazkan secara BERCAKAP tak sampai 10 baris pun.  Semua dialognya disampaikan dalam bentuk nyanyian.  Inilah yang membuatkan filem muzikal ini teramat amat istimewa.

Filem ini mengajar kita banyak benda dalam hal hal kehidupan tapi yang pasti antaranya adalah..........

Jangan simpan dendam kat orang lama sangat.  Biarlah orang itu move on kerana dia munkin dapat 'memberikan hidup' kepada insan-insan lain.  Dendam tak sudah itu hanya membawa kepada mati yang penuh dengan sesalan.

Tahniah Tom Hooper.  Tak sabar untuk tunggu apakah lagi big project beliau yang meletops selepas The King's Speech (also my favorite) and Les Miz.  Dia dah arah banyak filem,  tapi dua ni yang akak familiar.

Ini ada the making of video untuk ampa.  

9 comments:

  1. terus terang aku layan cita nih just sbb anne hathaway & watak fantine...tapi kejap jah dia muncul dlm filem ni kan...apapun aku tetap laa gegehh layan sampai abes walaupun buntuts dah panas & kejung..ahaks ;)

    ReplyDelete
  2. lepas tengok oscar that day, i teringin nak tengok movie ni. series rasa meremang tengok the actors and actress performance of this movie on oscar stage!.. tapi dok kokdiang kedah nih mcm ni la, cari DVD pun tarak!!!! cemuih..!!!

    ReplyDelete
  3. dah ade versi download...soon akan tgk. yg kat wayang tu kejap je kan...xbrapa laku ke kat mesia? iolss tgk kt perda ada akak masa tuh...tp xtergerak nak tgk masa tuh...wuwuwu...

    ReplyDelete
  4. baca rebiu ni pun dah meremang segala bulu yang ada.

    ReplyDelete
  5. Akak, nak tanya la. Akak dok donlod movie slalu kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak..sila layari web www.ddmf.biz utk donlod free jahh...mak selalu ja sedut kat situ..siap ada versi bluray bagai uols..

      Delete
  6. http://www.ddmf.biz/2013/03/les-miserables-2012-bluray-720p-12gb-mkv.html

    ReplyDelete
  7. kak non, mek tengok 2 kali before Oscars. mek igtkan menang Oscars tapi kalah. hancur luluh hati. thanks for the review kak non. xo

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...