30.4.13

Video Ucapan Selamat Mengundi daripada Jumie Samsudin (PRU13)

Hello u olls!!

Marilah mari...kita mengundi. Jangan lupa kewajipan pada negara. GITUUU....terimalah video ting tong daripada akak kepada u olls semua. Selamat mengundi u olls!

Thanks to Mamu (pinjam kereta sebagai lokasi penggambaran). Thanks to Eiyzhall (videoman) and Fakhrudin (penonton undangan).

Yang benar,
Jumie Samsudin


Cerita Australia Part 3 : Masjid Hepburn, Sorrento Beach and SHOW DAY

Hello u olls semua,

Sentap tak dengan akak?  Kejab ada artikel kejab takdak?  HAHAHA.  Memang akak akui perangai akak agak celaka kebelakangan ini.  Tak tau la pasaipa.  Tak sempat nak memblog kebelakangan ini.  Tapi takpa.  Dah ada keluar artikel baru hari ini,  baca la...jangan nak marah-marah.  Tak baik untuk kecantikan diri kita.

Hari ini akak nak sambung cerita akak menfeelingkan diri di Australia.  Hope u olls dah baca part I and part II sebelum ini.  Okay sekarang akak nak cerita part III.

Part ini lebih banyak input mengenai aktiviti sebenar kami kat sana dan intipati program utama.


Al-Majid Mosque , Hepburn Av , Perth
Hari ketiga kami di Perth,  kami semua bersantai dan membuat macam-macam aktiviti di Al-Majid Mosque , Hepburn Av , Perth.  Haaaa!! Apa yang we olls buat kat sini?  Kami buat pelbagai aktiviti seperti jualan amal dan sukan rakyat.  Motifnya?  Untuk menjemput orang Melayu Muslim di sekitar Perth untuk datang beramah mesra,  merapatkan silaturahim di samping membuat sumbangan dengan membeli barangan dan makanan yang kami jual.  Hasil daripada aktiviti penjualan ni semua,  kami bagi kepada pihak masjid.  

Aktiviti sukan rakyat diaturkan oleh pelajar -pelajar daripada USM.  Ada sepak raga,  ada pertandingan menganyam ketupat,  congkak,  mengukur kelapa dan macam-macam lagi.  Semuanya disertai oleh kami semua dan juga orang-orang Melayu Australia.  Alhamdulillah,  walaupun dah berpuluh tahun meninggalkan tanah Nusantara,  tapi orang orang Melayu kat sini masih pandai buat ketupat semua u olls!  Tak perlu tutorials.

Haa...bercakap pasai aktiviti jualan makanan.  Yang ni orang Ostolia yang jual.  Macam-macam ada.  Satay,  nasik goreng,  mee goreng,  lontong,  lasagna dan macam-macam lagi.  Akak terpanggil nak cerita pasai lontong!  Haaaa!  Akak mula-mula tak beli lagi lontong tu.  Akak rasa dulu dengan kawan yang dah beli lontong tu.  Bila akak rasa lontong tu...aiiyooo...akak rasa sesuatu "Ini lontong orang Bawean ni...." kata akak.

Terus akak Ostolia yang duduk sini cakap "Memang acik yang jual lontong tu orang Bawean.......jom kita gi kenalan,"  

So akak pun pergilah berkenalan dengan keluarga Bawean ( u olls called it Boyan) yang menjual lontong kat program kami ni.  Diorang memang asal dari Pulau Bawean.  Memang pekat cakap Bawean lagi.  Akak pun tak tau cakap Bawean dah.  Kami pun kongsi-kongsi resepi u olls.  Meletopss sangat.  Untuk u olls yang tak tau,  lontong orang Bawean ni memang lain rasa dia.  Sapa pernah rasa Lontong Mambo kakak/ mak i masak...ampa tau la kan!!  Antara kelainannya adalah kami tambah serunding kelapa.  FUH!!  Nanti i share the resepi dalam blog.

Seharian jugaklah kami duduk kat sini.  Tapi sambutan tak berapa nak menggalakkan.  Yang betul betul meramaikan majlis...adalah kami kami juga.  

Akak feeling bertudung bersama budak budak Adikarma.  Pose di bawah pokok zaitun yang banyak ditanam di depan masjid.

Click to read more.

26.4.13

Cerita Australia Part 2 : Ronda Ronda di Perth City and Fremantle

Hello u olls!

Maka tibalah kita ke penceritaan part 2!  Kalau semalam kisahnya terus tentang semua perjalanan kami dari Malaysia ke Perth.  So,  untuk part 2,  3  dan 4 akak akan cerita tentang program jalan-jalan dan juga aktiviti kami kat sini.

Kedutaan Malaysia di Perth
Pada Jumaat,  11 April 2013,  seawal pagi kami semua 70 orang berjalan kaki daripada Hay Street sampai ke Kedutaan Malaysia di Adelaide Terrace,  Perth.  Tak jauh pun u olls.  Ala-ala jalan kaki daripada SK pergi tasik biawak je.

Di sini,  Dr.  Nik Haslina,  En.  Shah,  Azhar dan beberapa sekretariat penganjur telah mengambil peluang untuk berbincang dan bermesyuarat dengan wakil konsulat Malaysia di sana.  Antara pengisian perbincangan adalah tentang bagaiman konsulat boleh bantu rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berhijrah ke Australia untuk belajar,  bekerja ataupun membuka syarikat kat sini.  Azhar Jalil memang sangat sangat teruja sekali dengan perbincangan ini.  Maka,  akak dan budak budak Adikarma dengan kejamnya meninggalkan beliau dengan gang gang musyawarah untuk pergi jalan-jalan.  YEHHA!


Jom sambung story jalan-jalan!

25.4.13

Cerita Autralia Part 1 : Dari Desasiswa Fajar Harapan USM - LCCT Sepang - Perth International Airport - The Alderney Apartments

Helo u olls,

Heurrmmm,  busy kan akak dua tiga minggu ni?  Sangat sangatlah busy.  Insya allah by Bulan Mei ni akak dah takdak apa-apa sangat.  Hope dapat membuat lebih banyak blog dengan kandungan artikel yang lebih meletops di samping berehat rehat di Penang Darul Kecantikan ini.

Sorry kepada u olls semua kalau lately akak tak banyak membuat artikel.  Please jangan sentap.  Nanti kecantikan u olls akan ditarik oleh Allah SWT.

Baiklah,  tampa melengahkan lebih banyak masa lagi,  akak nak story dengan u olls semua tentang cara-cara akak boleh pergi ke Australia.

Macam mana akak dapat offer pergi ke sana?
Akak mendapat offer daripada Azhar Jalil seawal bulan Januari 2013.  Tawaran untuk ke Australia ini bukan atas mana-mana jabatan di USM tetapi atas nama company Azhar Jalil sendiri iaitu Meow Meow Production.  Maknanya,  Meow  Meow Production (yang akak duk berlakon teater Kasanova and Jane) nak bawak akak ke Australia seiring dengan program yang diselaraskan oleh Desasiswa Fajar Harapan USM yang dinamakan Program Kembara Ilmu Lestari 1 Malaysia ke Perth,  Australia.

Akak dan gang Adikarma masa baru sampai kat Perth International Airport.

Click more u olls.

24.4.13

Video 28 Soalan untuk Jumie Samsudin Part 1

Hello u olls,

Akhirnya,  maka siaplah video part 1 untuk segmen meletops 28 Soalan untuk Jumie Samsudin sempena birthday akak ke 28!  Hehehe.  Sorryla u olls semua.  Sebab we olls edit cantek-cantek video ni and compile semua 28 soalan kepada 3 video yang berbeza.  Orang yang bertanggungjawab untuk mengedit video ini adalah Mr.  Mohd Shafiq Hamidon yang sangat berbakat.

Mohd Shafiq ataupun SAPIKMON adalah bekas pelajar di PP Sains Kemasyarakatan (tempat akak kerja),  dia memang pandai edit edit video ni.  Memang kalau class presentation kena buat video clip,  memang dia paling pakar sekali.  Macam-macam video dia akan buat.  

So,  u olls tengoklah dulu video part 1 yang akak jawab dalam video ini.  I hope u olls suka dengan jawapan yang akak bagi.  Akak memang puas hati dengan creativity Sapikmon mengedit video ini,  tapi percakapan dan perbualan akak.......mungkin memboringkan u olls semua. Kalau u olls tak enjoy,  sorry sangat sangat.  I tried my very best to be myself. 



Click to read more  :)

23.4.13

Video Meletops Sambungan Kes Kak Zah and Bang Kirin

Hello u olls,

Pastinya u olls pernah terbaca artikel akak hari tu pasai akak kena serang dengan Kak Zah and Bang Kirin,  siapa pun mereka itu,  akak masih tak tau.  Tapi so happy sebab depa dah tak mai kacau akak lagi.  Seperti yang akak katakan haritu,  akak tak marah.  Sebab these people,  could be anybody and these type of people selalunya adalah orang orang SEPI yang tak tau nak buat apa dengan kehidupan yang Tuhan bagi kat depa.

Instead of focusing kepada kedamaian hati sendiri,  depa duk sibuk mengharu biru hati hati orang lain.

Akak juga telah banyak membuat salah pada masa lalu.  Akak pun banyak mengharukan hati hati orang lain.  Tapi akak belajar satu benda pasai benda ini iaitu,  kalau kita harukan hati orang sekali,  10 bala keharuan yang Tuhan akan mai antar ke dalam hidup kita.  Siriesly!  Kita jadi paranoid,  tak yakin pada keputusan diri sendiri,  kita rasa gelisah,  tidur tak tenang dan macam-macam perasaan lagi.  Benda benda macam ni memang tak elok untuk kita.  Tolak soal-soal dosa pahala,  yang tu....kita semua memang tau dah.  Tapi sebenarnya,  kalau hati ni penuh dengan hasat dengki keparat,  macam-macam penyakit lain yang senang hinggap dalam tubuh badan kita.

Anyway,  akak nak ucapkan terima kasih kepada En.  Yusof sebab share video ini kepada akak.  Video Ustaz Don Daniel yang sangat kendu.

See minit ke 1.58.

Muhasabah untuk semua diri kita.  Haaa...tambahan pulak sekarang ni dah mai dekat dekat time PRU.  Banyak la benda benda negative lagi duk mai.  Kawan baik boleh bermusuh.  Sedara mara pun boleh bergaduh.  Kalau nak menyuarakan pendapat tu...beringat-ingatlah.  Jangan sampai satu hari nanti,  bila kita nak minta tolong dengan orang itu,  kita pulak yang rasa malu alah.  Nanti akak nak buat video khas pasai peringatan orang orang nak PRU ni.  Hebak sangat aihh!


Love,
Jumie Samsudin

22.4.13

Pengalaman Jadi Make Up Artist untuk Persembahan “Mahabarata-Revisited”

Hello u olls,

Cepat sahaja masa berlalu,  hari ni kita dah masuk bulan ke 4 untuk tahun 2013.  Banyak benda yang telah kita semua lalui.  Samalah dengan akak.  Ada benda yang berlaku seperti yang dirancang,  ada juga yang berlaku tampa dirancang.  Tapi semua aktiviti yang berlaku,  alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik.

So akak akan cuba untuk cerita semuanya untuk tatapan u olls semua.

Pada Mac 2013 yang lalu,  akak telah berkesempatan untuk menjadi Make Up Artist untuk persembahan “Mahabarata-Revisited” di Panggung Pelenggang Cahaya,  USM.  Pementasan ini adalah persembahan kedua yang telah dilakukan di bawah bimbingan Dr.  Mumtaz Begum daripada Pusat Pengajian Seni,  USM.


Persembahan teater tarian ini disertai oleh para pelajar daripada segenap USM.  Not only from PP Seni,  komunikasi ada....sains kemasyarakatan ada dan macam-macam lagi.  They olls semua kena lalui audition dan sebagainya untuk melayakkan diri mereka membuat persembahan meletops ini.

Persembahan teater tarian ini menceritakan epik agung negara India yang menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu,  kasih sayang antara anak-anak, pergaduhan antara dua keluarga bangsawan dan juga percintaan dan pengorbanan.  Kisah ini disampaikan dalam bentuk tarian but not in classical Indian dance,  tapi ada tarian modern,  Silat serta memasukkan elemen elemen pergerakan Yoga dan Pilates.  MELETOPS ya.
Click Read More

Beyonce's Pepsi Commercial 2013

Hello u olls,

Yes,  Beyonce,  sepupu akak,  sekarang adalah duta Pepsi yang rasmi.  Oleh itu,  baru-baru ini beliau telah release iklan rasmi yang menampilkan dirinya Beyonce menari di depan cermin dan di dalam refleksi cermin itu,  keluarlah Beyonce-Beyonce yang dulu dalam video clip Bootylicous,  Crazy In Love,  Single Ladies and macam-macam lagi.

Iklan ni tak keluar kat TV Malaysia.  Tak tau pasaipa.  Maybe lambat sikit kot.

So sapa-sapa yang tak tengok lagi,  sila tengok kat sini :)


Love,
Jumie Samsudin
Sepupu Beyonce


19.4.13

Pementasan Teater : Perempuan Itu Bernama Barabah pada 10 dan 11 Mei 2013 di Panggung Pelenggang Cahaya USM

Sebuah Teater Kerjasama Pusat Pengajian Seni USM dan Gabungan Seni Warisan Anak Pinang, Pulau Pinang (GASEWAP)


Perempuan Itu Bernama Barabah sebuah karya Motinggo Boesje. Mengisahkan tentang sisa-sisa hidup seorang lelaki tua bernama Banio yang telah berkahwin sebanyak 12 kali. Barabah merupakan isteri terakhir beliau. Mereka hidup dengan penuh pengertian kasih sayang walaupun berdepan dengan jurang umur yang sangat jauh. Kesetiaan dan kejujuran Barabah membuat Banio sangat gembira dan menghargai perkahwinannya. Namun segala-galanya menjadi kelam kabut dan huru-hara dengan kehadiran Zaitun, iaitu seorang perempuan muda yang mahu mencari Banio untuk urusan perkahwinan.

Arahan: 
Lena Farida Hussain Chin

Lakonan: 
Nadhilah Suhaimi sebagai Barabah
Syed Ahmad Shauffi Al Idid sebagai Banio
Raja Aimy Yasmin sebagai Zaitun
Mohd. Fadzil Akbar (Fadil Riki Raja Lawak) sebagai Adibul

Tarikh Persembahan  :   10hb & 11hb Mei 2013 (Jumaat & Sabtu)
Tempat  :  Panggung Pelenggang Cahaya USM (8.30 Malam)
Tiket Sumbangan  : RM5
Sebarang Keterangan atau Pembelian Tiket Sumbangan: SMS atau Telefon: 
Anis Shumi 017 352 3166 |  017 273 8117 
Et Tan 012 454 8792


PADA HARI PERSEMBAHAN ANDA JUGA BOLEH MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN DAN PAMERAN KHAS YANG DIBAWAKAN EKSKLUSIF UNTUK ANDA:
Pameran Fotoseni & Fotovideo Sosial Realisme Oleh BlacksPunkLimaHitam

Teater Kombat: Demonstrasi Seni Bela Diri:

Seni Tanto oleh Cikgu Idris Yahaya & Cikgu Siti Rozlina Ismail

Seni Iaijutsu, Oduchi & Naginata oleh Grandmaster Haja Mohaideen Hj Abu Backer

Seni Silambam Tertua di Malaysia oleh Grandmaster Anbananthan A/L Ramasamy & Persatuan Nillaikalakki Silambam Pulau Pinang.

16.4.13

Pengalaman Berlakon sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical

Hello u olls semua,

Siapa hari tu sempat pi tengok akak berlakong sebagai Mrs.  Rochester dalam teater Jane The Musical di Dewan Budaya?  Sapa yang duduk Penang tapi tak mai tengok...u olls rugi sangat.  Teater ni memang fun dan menyeronokkan untuk di tengok.  Tiada falsafah tinggi tinggi dan yang terpulas pulis.  Sebuah cerita ala-ala romantic Disney yang cliche tapi sangat sangat tidak boring untuk ditonton lagi.

Macam mana dapat offer?
Seperti biasa,  Azhar Jalil (pengarah Kasanova) yang menjemput akak.  Invitation datang pada awal tahun ini.  U olls maybe teringat dalam post ini  :  Jemputan Rasmi untuk berlakon dalam teater Jane The Musical

Bergambar bersama Datin Noraizan,  isteri kepada VC USM.


Click Read More

13.4.13

Kak Zah and Bang Kirin

Hello u olls,

Akak terasa sangat sangat artist u olls apabila tiba tiba facebook page akak :  http://www.facebook.com/jumiessfan?fref=ts mendapat serangan daripada Kak Zah dan Bang Kirin.

Ini adalah gambar-gambar print screen daripada Kak Zah and Bang Kirin.  Dua dua ni mempunyai account yang diragukan.  Tak tau asal usul.  Connection dengan orang orang yang tidak dikenali.  Tiba tiba masuk page kita dan bagi kita ceramah agama.

Niat tidak menghalalkan cara.

Saya tak marah bila depa kata akak macam-macam.  Tapi sebagai maknusia yang luhur,  akak makan hati la u olls.  Sedih....

Click Read More

11.4.13

Akak Berada di Perth, Australia 11-18 April 2013

Hello u olls semua,

Pada ketika u olls membaca artikel ini,  akak kini berada di Perth,  Australia.  I olls bersama-sama rombongan pelajar Fajar Harapan,  Universiti Sains Malaysia untuk program Kembara Ilmu Lestari 1 Malaysia.  Gituuu tajuk we olls.  Actually tujuan kami ke sana adalah untuk membawa budaya Melayu ke masyarakat Melayu yang sudah bermastautin di sana sejak 3 generasi yang lalu.


Hope u olls semua doakan kesejahteraan kami semua di sana. Nanti akak balik akak cerita panjang panjang pasai pengalaman akak di sana.

For the mean time,  enjoylah semua artikel yang akak auto publish untuk u olls semua.  Hari hari CHECK BLOG AKAK.  Jangan tunggu akak post kat FB baru heges nak membaca.

Sekian,  love u olls.

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

10.4.13

Ulasan Fesyen Karpet Merah ABPBH 2012

Hello u olls,

Makanya hari ini akak akan membuat review fesyen untuk ABPBH 2012.  Ramai yang mengomplen kata event ini tak best.  Sound system tak best dan sebagainya.  Sorry akak tak tengok,  akak layan WALKING DEAD u ollls!  Season finale katanya.  Sapa layan Walking Dead?  Untuk pengetahuan u olls semua  itulah satu satunya cerita hantu yang akak berani tengok sorang sorang tampa kehadiran En.  Khafi.  HAHAHA kerlas kan akak?  Akak tak puas ending cerita tu sebab tak tau apa jadi kat Governor   Akak nak tau apa jadi kat Governor.  At least dia kena makan dengan zombie ke....

Okay saja kan nak cerita panjang...macamlah ampa baca pun apa yang akak catat kat atas ni.  Akak tau u olls akan terus baca pada komen setiap baju yang ada di bawah.

So enjoylah.....fesyen review untuk tatapan u olls semua.  



CLICK READ MORE

TOLONG LIKE ANAK MENAKAN SAYA

Hello semua kawan-kawan,

Kalau ampa rasa ampa sayang kat akak......please like PICTURE anak menakan saya dalam link ini. Thank you so much!! 

Baby Aiman is anak menakan i olls belah En.  Khafi.

Putra Muhammad Aiman

Click sini untuk like okay  :  ♡♥ PERTANDINGAN BAYI PALING COMEL 2013 ♥♡

9.4.13

Review Dermalite Comedone Control Essence

Hello u olls,

Setelah berusia 28 tahun barulah menjumpai produk terbaik untuk kulit akak yang berminyak + jirawat + open pores ala-ala bulan ini.  Dermalite Comedone Control Essence.

Akak terbeli produk ini secara kebetulan.  Masa tu akak ke sebuah kedai barangan kecantikan and sales girl tu tak habis habis duk promo akak.  Dia kata produk ini sangat bagus,  mudah and ada money back guarantee.  So...walaupun RM100 lebih,  so akak beranikan diri.

Dia suruh akak simpan resit semua.  After one week kalau tak dak pembaharuan,  dia suruh akak mai balik.

Akak balik dengan rasa menyesal.  Yelah u olls.  Takut kalau tak menjadi and then,  mesti susah kalau nak pi claim balik duit ni.  Kita pun always busy u olls.

Cara pakai sangat mudah,  kita titik dan sapu ke seluruh wajah sebelum pakai moisturiser / night cream.  Dua kali sehari.

After pakai sebulan akak sangat sangat sangat puas hati u olls.

Dah takdak jerawat kecik kecik (nanah kecil) kat celah hidung akak.  No more white and black head di dahi,  hidung and dagu.  And of course.... pora kulit akak sangat betterr u olls.  Akak tak bagitau kat kawan-kawan pasai produk ni,  tapi my best friend and my husband tegur.  Depa kata,  kulit i olls sangat better now.

Memang saya sangat rekemen kat ampa semua.  Harga dia RM100 lebih.  Tapi boleh pakai sampai 3 bulan.


* produk ini sesuai untuk mereka bermasalah kulit berminyak dan berjerawat.  Tapi kalau kulit u olls mempunyai masalah jerawat yang amat teruk  sila dapatkan penasihatan daripada ahli farmasi ataupun pakar kulit ya.  

8.4.13

Personaliti Bulan Mac 2013 | Danny Harmizi a.k.a Manyara Serafina

Hello u olls semua,

Seperti yang dijanjikan,  akak membawakan seorang lagi personaliti untuk u olls kenal.  Beliau adalah kawan saya.  Beliau adalah seorang LELAKI.  Bukan TS ataupun mak nyah.  Tapi beliau pernah masuk pertandingan ratu kecantikan mak nyah.

Akak pasti,  u olls semua tak faham konsep ratu cantik maknyah yang diadakan di negara kita secara senyap senyap.  Pihak media especially HARIAN METRO selalu buat laporan yang membuak-buak overnya.  Melabelkan aktiviti ini sebagai satu program yang meruntuhkan moral masyarakat kita.  Tapi hakikat,  banyak lagi aktiviti dan juga persembahan umum yang dijalankan di dalam negara kita yang boleh menjuruskan kepada keruntuhan moral.  Itu untuk u olls fikirkan sendiri dan akak tidak mahu menambah nambah kisah di sini.

Seperti yang kalian semua tahu,  (sapa yang selalu baca blog akak) akak selalu mengexpose mengenai hal hal LGBT.  Akak dah biasa dicop sebagai ahli neraka dan hidup dilaknat Allah hanya kerana niat akak untuk mendekatkan u olls dengan golongan ini.  Salah betul bukan tugas kita.  Tapi,  akak nak kita semua KENAL dan betul betul FAHAMI dan HORMATI.

Rata-rata u olls semua masih tak faham,  what is gay?  What is transexual?  What is transgendered?  What is cross dresser?  What is drag queen?  Harus u olls semua tahu bahawa bukan semua gay adalah pondan.  Bukan semua pondan adalah gay.  Bukan semua TS pernah jadi drag queen.  Bukan semua drag queen adalah mak nyah.  Dan pastinya u olls mungkin tak tau bahawa adalah lelaki straight adalah cross dresser.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAA confuse kan?

Oleh itu,  akak perkenalkan...Personaliti Bulan Mac/April 2013

Danny Harmizi

vs

Manyara Serafina

Hari ini kita akan berkenalan dengan Danny Harmizi.

Jejaka berusia 30 tahun ini adalah kelahiran negeri Pulau Pinang.  Membesar dan bekerja di Penang juga.  Pada hari hari kebiasaan,  beliau adalah seorang lelaki.  Tapi beliau pernah memasuki pertandingan ratu cantik mak nyah.  Penceritaan hari ini tidak terdapat dalam mana-mana majalah ataupun surat khabar lain.  Tiada perselindungan.

Harap u olls semua buka mata dan lihat,  kenapa ada penganjuran seperti ini?  Kenapa mereka minat untuk sertai pertandingan ini?  Bagaimana persediaan mereka?  Siapa mereka yang memasuki pertandingan ini?

Blog Jumie Samsudin menyingkap kisah ini.


Click Read More


6.4.13

Akan Datang : Hati Anak Hantu daripada Bakawalee Penang


Akak dah baca skrip teater ini.  MAKAN HATI MEMBACANYA.  Sama macam pementasan-pementasan lain oleh Bakawalee yang pernah akak join. 

Tarikh,  masa dan lokasi untuk teater ini akak tak tau lagi bila.

Kalau dah confirm,  i will let u olls know.

Love,

Jumie Samsudin

Membuat Chocolate Ice Cream bersama En. Khafi

Hello u olls,

Tahukah anda suami saya pandai membuat ice cream.  :)  Yessss!  Jangan pikir lucah ya.  Kurang ajar ampa semua.

Kisah bermula apabila seorang rakan telah menghadiahkan ice cream machine kepada akak dan En.  Khafi.  So kami pun feeling,  try buat ice cream.  Alhamdulillah menjadi.  Tapi,  kalau guna machine ice cream itu,  jumlah ice cream yang dapat kami sediakan adalah sangat sikit.  HAHAHAHA (Noreena,  if you are reading this...i tak pernah cerita ni kat u).  So,  sebab kami dah terror,  kami pun buat ice cream menggunakan pemutar kek dan juga peti ais biasa.

Jom belajar cara-cara membuat ice cream bersama En.  Khafi.

Ini adalah ice cream durian belanda.  Resepi sama macam kat bawah.  Cuma En.  Khafi menambahkan pulp (sari) buah durian belanda ke dalam adunan cream.  Memang meletops!

Click read more untuk belajar buat ice cream di rumah  :

5.4.13

Office Depa Blocked Website JumieSamsudin.Com

Hello u olls semua,

Ini adalah rentetan wassap conversation antara akak dengan seorang anak ayam meletops,  pembaca blog JumieSamsudin.Com yang sangat tegar.  Macammana dia dan kawan-kawan office melalui saat-saat gentir sebab depa tak boleh nak buka blog akak.

4/4/2013 10:55: +60 xxxx 0323: Salam uols 4/4/2013 10:55: +60 xxxx 0323: Kenapakah blogs uols x bleh bukak nih? 4/4/2013 10:55: +60 xxxx 0323: Ramai kawan2 opis pun sama xleh bukak
4/4/2013 11:04: Jumie Samsudin: Haaa? 4/4/2013 11:04: Jumie Samsudin: Really kaaa 4/4/2013 11:04: Jumie Samsudin: Kami sini boleh 4/4/2013 11:04: Jumie Samsudin: Sat naaa 4/4/2013 11:04: Jumie Samsudin: Saya tanya kat fesbuk 4/4/2013 11:05: Jumie Samsudin: Takut office u block blog saya 4/4/2013 11:05: Jumie Samsudin: haaaaaaa
4/4/2013 11:05: +60 xxxx 0323: Aiseymennnn 4/4/2013 11:05: +60 xxxx 0323: Ni yg iols nyampah ni 4/4/2013 11:05: +60 xxxx 0323: Blog merepek lain bleh pulak bukak 




4/4/2013 11:15: Jumie Samsudin: Babee
4/4/2013 11:15: Jumie Samsudin: Kami rasa office ampa dah block blog kami ni
4/4/2013 11:15: Jumie Samsudin: Ramai sangat duk bukak



4/4/2013 11:16: +60 xxxx 0323: Serius kami tgh sedih
4/4/2013 11:16: +60 xxxx 0323: Kami nak report kat IT la ni jugak



4/4/2013 11:17: Jumie Samsudin: Haaaa
4/4/2013 11:17: Jumie Samsudin: Tulaa
4/4/2013 11:17: Jumie Samsudin: Ampa kerja kat mana ni
4/4/2013 11:18: Jumie Samsudin: And u baca my pesbuk
4/4/2013 11:18: Jumie Samsudin: Semua orang boleh bukak
4/4/2013 11:18: Jumie Samsudin: Eksep ampa



4/4/2013 11:18: +60 xxxx 0323: Kami kerja kat XXXX.  Kat opis ni ramai peminat uols



4/4/2013 11:19: Jumie Samsudin: Omaigooddd
4/4/2013 11:19: Jumie Samsudin: I'm so flattered!
4/4/2013 11:19: Jumie Samsudin: Thank u so much u ollss


4/4/2013 11:19: +60 xxxx 0323: Kami skg tgh dok begosip sesama kami apasai xbleh buka blog jumie
4/4/2013 11:20: +60 xxxx 0323: Satgi kami nak redah IT department buat tunjuk prasaan


4/4/2013 11:27: Jumie Samsudin: Betul babe
4/4/2013 11:27: Jumie Samsudin: Ampa bincang la elok elok
4/4/2013 11:27: Jumie Samsudin: Tapi tanya jugak....
4/4/2013 11:27: Jumie Samsudin: Kalau kerja semua jalan macam biasaaa
4/4/2013 11:27: Jumie Samsudin: Pasaipa nak sekat
4/4/2013 11:27: Jumie Samsudin: Kami kat usm....semua ok!






4/4/2013 11:52: Jumie Samsudin: Boleh dah kaa?


4/4/2013 11:52: +60 xxxx 0323: Hasil usaha slotok dengan sedikit perasan marah kepada IT dept..kami berjaya jua akhirnya mendapatkan semula blog feveret kami.  Yahoooo


4/4/2013 11:52: Jumie Samsudin: Aaiiiiyyooo
4/4/2013 11:52: Jumie Samsudin: Betuiii ka niii?
4/4/2013 11:52: Jumie Samsudin: Pasaipa depa katopppp


4/4/2013 11:53: +60 xxxx 0323: Depa kata ada separuh2 blog besaq la apa laa..
4/4/2013 11:53: +60 xxxx 0323: Kami cakap la apsai blog baik mcm tu kena block padahal yg merepek2 lucah2 lagi yg lain buleh pulak bukak
4/4/2013 11:53: +60 xxxx 0323: Haaaa tediaam depa!
4/4/2013 11:55: +60 xxxx 0323: Skg kami buleh keja dgn hati yg gumbira. Luv u jumie
4/4/2013 11:56: +60 xxxx 0323: Kalau kami dekat pasti kami gi tgk JANE..malangnya kami jauh



4/4/2013 12:06: Jumie Samsudin: Betullll!!
4/4/2013 12:06: Jumie Samsudin: Bagussssssssssssss
4/4/2013 12:06: Jumie Samsudin: Kami nak story pasai ni kat blog kami
4/4/2013 12:06: Jumie Samsudin: Kami rasa mcm artissss sangat


Begitulah flashback akak.  Kepada u olls semua.  Buat kerja lah baik-baik.  Jangan duk main internet sangat.  Kerja kuat baru boleh main kuat.

Love u olls semua!

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

4.4.13

Rezepi Simple : Cucur Kuih Bakul

Hello u olls,

Pada CNY yang lalu,  pastinya kita dapat banyak kuih bakul sebagai hadiah daripada kawan-kawan Cina kita.  So u olls tau ka nak makan kuih bakul ni macam mana?  Ada yang makan saja (tanpa masak).  Ada yang kukus dan dimakan dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.


Cerita mengenai kuih bakul ni ataupun orang Cina panggil nian gao,  mengikut kepercayaan orang Cina,  kuih bakul yang melekit dan melekat-lekat apabila dimakan ini dibuat khas untuk diberikan kepada Tuhan Dapur supaya Tuhan Dapur tidak meng-kak-nam (mengata benda tak elok) mengenai family kita kepada Tuhan Segala Tuhan.  Yelah,  bila Tuhan Dapur makan kuih ni,  mulut dia akan jadi melekit la u olls.  Cute kan?

Hari ini,  akak nak share dengan u olls semua,  idea untuk membuat cucur kuih bakul.  U olls harus terai!

Tapi sorry bulan 4 baru akak publish cerita ni.  Ampa tunggu dapat kuih bakul tahun 2014 insya allah.

Click read more for the recipe.

3.4.13

Pengalaman Menjadi Penceramah untuk Program Touch Point Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Hello u olls,

Pada awal Mac yang lalu akak telah diberi peluang untuk menjadi penceramah untuk Program Touch Point Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).  AKAK SANGAT BANGGA U OLLS KERANA DIBERIKAN SATU PENGHARGAAN YANG AMAT MELETOPS DALAM HIDUP AKAK INI.  Yelah u olls.....selalunya akak dijemput sebagai penyanyi tambahan sahaja...tiba tiba hari ini akak dijemput untuk memberikan ceramah ya!!! 1 langkah kecik untuk menjadi Oprah Winfrey.  HAHAHA feeling kan akak?  Takpa.  Biarlah ada 1001 impian,  yang penting akak tidak mengharukan hidup sesiapa.

Bagaimana akak mendapat akak mendapat jemput ini?

Terima kasih kepada Melissa Ali,  seorang rakan pembaca blog Jumie Samsudin yang juga seorang staf di Pejabat KEMAS Bayan Baru Penang.  Bila pihak mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat program Touch Point kepada individu yang layak mendapat BR1M,  so antara pengisian program adalah ceramah khas yang disampaikan untuk menggalakkan rakyat untuk MENGUNDI.  Mengundi adalah penting u olls.  Itu tanggungjawab kita sebagai rakyat kan.

Saat yang amat membanggakan.  Akak tak layak pun menjadi penyampai BR1M ini.  Tapi saya amat hargainya.  Dari kiri,  wanita agam berbaju pink adalah Ms.  Melissa.  Lelaki baju merah di tengah adalah En.  Roslan.  Dan hujung kanan yang berambut ala-ala red indian itu adalah akak.  Dengan beg Charles and Keith.  Gituuuu!

CLICK READ MORE

2.4.13

Rumah Terbakar di Kampung Baru, Ayer Itam

Hello u olls,

Pada minggu lalu ada rumah terbakar panggil bomba di kawasan kejiranan akak iaitu Kampung Baru Ayer Itam.  Masa tu dah after maghrib.  Tiba tiba kami dengar bunyi siren bomba yang banyak kat jalan depan rumah.  Akak demam so akak lie down je depan TV.  En.  Khafi bergegas keluar.  Pastu,  dia masuk rumah balik dia kata "Sayang...ada rumah terbakar kat kampung kita.  Kat sebelah sekolah Chung Ling sana,"  kata  suami akak yang kendu.

So akak pun walaupun duk demam marhabah,  akak bingkas bangun,  pakai sweater besar,  terus ikat rambut akak yang menggerbang ini menjadi pony tail.  Ala-ala Beyonce seperti gambar di bawah.


GITUUU Kerlas kan akak?  Suak rambut semua kebelakang terus feeling Beyonce.

Akak capai digital camera,  and terus nak bergegas keluar.  En.  Khafi tanya "Hang nak pi mana?"

Aku nak pi tengok rumah terbakar.  Walaupun demam,  tetap gigih nak pi.  Itulah Jumie Samsudin.  En.  Khafi malaih nak kata apa.  Dia biak bini ting tong dia ni pi.

CLICK READ MORE

1.4.13

Obsesi K POP

Hai Kak Jumie!! *sembah ratu*
Saya silent readers akak almost 3 years. best sngat baca write up akak and sometimes ape yg akak tulis tu mmg betul2 membuka fikiran saya dan alert benda2 yang kecil juga dlm kehidupan seharian. thanks for that.
By the way, saya sngat suka review fashion kak jumie. tapi saya ade satu request, itupun klu kak jumie tak keberatan lah. Saya teringin nak tahu pendapat Kak Jumie mangenai K-pop. Mungkin Kak Jumie tk minat tapi saje nak tau pendapat akak , dari segi dramanyer, artisnya, fashionnya dan juga obsesi hadik-adik kita pada K-pop. pada saya, Kak jumie pasti akan berikan stu review yg mantoppp gituh. 
Ok Kak Jumie, semoga permintaan ini dapat dipertimbangkan. Take care. 
Terima kasih. 
Cik Sweet
Click Read More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE