26.4.13

Cerita Australia Part 2 : Ronda Ronda di Perth City and Fremantle

Hello u olls!

Maka tibalah kita ke penceritaan part 2!  Kalau semalam kisahnya terus tentang semua perjalanan kami dari Malaysia ke Perth.  So,  untuk part 2,  3  dan 4 akak akan cerita tentang program jalan-jalan dan juga aktiviti kami kat sini.

Kedutaan Malaysia di Perth
Pada Jumaat,  11 April 2013,  seawal pagi kami semua 70 orang berjalan kaki daripada Hay Street sampai ke Kedutaan Malaysia di Adelaide Terrace,  Perth.  Tak jauh pun u olls.  Ala-ala jalan kaki daripada SK pergi tasik biawak je.

Di sini,  Dr.  Nik Haslina,  En.  Shah,  Azhar dan beberapa sekretariat penganjur telah mengambil peluang untuk berbincang dan bermesyuarat dengan wakil konsulat Malaysia di sana.  Antara pengisian perbincangan adalah tentang bagaiman konsulat boleh bantu rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berhijrah ke Australia untuk belajar,  bekerja ataupun membuka syarikat kat sini.  Azhar Jalil memang sangat sangat teruja sekali dengan perbincangan ini.  Maka,  akak dan budak budak Adikarma dengan kejamnya meninggalkan beliau dengan gang gang musyawarah untuk pergi jalan-jalan.  YEHHA!


Jom sambung story jalan-jalan!



Berjalan-jalan di Perth City
Akak tak mau cerita banyak pasai Perth City,  bandar kosmopolitan yang bersih dan kemas ini.  Ampa boleh tengok banyakkkkkkkk gambar akak amik dan akak bubuh dalam album akak di Facebook.

Kesimpulannya pasai bandar Perth ini adalah sebuah bandar yang amat damai. Dengan keluasan lebih kurang 5400 km/persegi,  penduduk yang ada kat bandar Perth ini tak mencapai 2 juta pun.  Nak banding dengan negeri Pulau Pinang yang hanya mempunyai keluasan 1048 km/persegi,  kita punya penduduk sahaja dah 1.5 millon.  Haaaa!

Dari segi ethnicity, kat bandar Perth ni akak jumpa macam-macam orang.  Mat salleh,  orang kulit hitam pun ada tapi sikit sangat,  Asian memang berlambak la.  Indian,  Malay,  Chinese....memang berlambak.  Kalau jumpa orang ala-ala Asia ni....tegur je u olls.  For sure depa boleh cakap Melayu.  Tapi orang Asia kat sini tak semuanya orang Malaysia,  ada juga Singapore,  Indonesia dan lain-lain.

Tapi yang penting,  mat salleh kat sini semua baik-baik.  Depa very humble and sopan.  Orang kata,  tak macam mat salleh from UK or negara barat lain yang rata-rata amat sombong.  Entahlah u olls.  Akak tak pernah pergi London.  Kat mana-mana pun,  depa akan sentiasa bertegur-tegur dan tidak memberikan layanan yang berbeza hanya sebab kami orang Asia.  Tapi ada satu insiden yang menakutkan.  Nanti akak cerita kat bawah.

Orang Perth ni juga sangat suka bersukan dan beriadah u olls.  Walaupun hujan renyai renyai,  tetap ada orang berjogging ataupun menaiki basikal untuk bersenam.  Memang akak respect depa u olls.  Pagi depa senam,  tengah hari depa senam,  petang lagi lah banyak,  tapi malam pun ada juga.  Tapi sikit saja.  Night life kat sini takdak ya.  Kedai semuanya tutup pukul 5pm.  Kedai makan je ada yang buka sampai 11pm.  

Dari segi kemudahan OKU!  Memang mengkagumkan.  Kat mana sahaja ada trak pejalan kaki untuk orang buta ataupun orang yang berkerusi roda.  Bukan track kecik,  tapi luas okay!  Kat mana-mana sahaja pun kita boleh lihat sign untuk orang OKU.  Setiap liku pejalan kaki,  ada luncuran yang memudahkan orang OKU untuk lalu.  So orang OKU kat Perth bukan sahaja mudah untuk ke sana ke mari,  malah depa boleh pi macam-macam bangunan sebab boleh kata setiap bangunan depa adalah mesra OKU.

Kat Malaysia bukannya tak boleh beriadah 24 jam macam kat Australia u olls.   Tapi dengan cuaca hazab 33 darjah selsyes ni...u olls rasa sesuai ke bersenam sepanjang masa kan?

Kita kat Malaysia,  Pertubuhan Freemasons adalah taboo kan?  Tak boleh nak cakap sembarangan.  Tapi kat sini siap ada pejabat u olls.  Freemasons Western Australia siap ada office lagi.  Dan kat office ni memang depa jalankan semua aktiviti pertubuhan ini seperti keahlian,  permohonan biasiswa pelajaran dan macam-macam lagi.  Akak pun pose amik gambar kat sini.  Tapi tak masuk lah.  Kalau ampa tak caya,  boleh baca kat sini   :  http://www.freemasonswa.org.au/


Dengan patung John Septimus Roe yang merupakan seorang pegawai perangkaan pertama di Western Australia pada zaman dulu kala.

Langley Park ni terletak kat tepi Perth City and menghadap Swan River.  Kat sini,  petang petang ramai orang bersukan.  Kerajaan depa siap sediakan khidmat FREE TRAINING kepada sesiapa saja.  GILA MELETOPS.

One of the picture akak amik kat tepi pelabuhan di Swan River.  Muka akak eksaited bukan sebab seronok.  Tapi sebab tangan akak kena taik burung.  ARGHS.  Sini memang banyak burung. Sebab tu sungai ni nama dia Swan River sempena satu spisyis angsa yang warna hitam yang terdapat banyak kat sini.  Tapi we olls tak jumpa pun angsa hitam tu.  Kami jumpa burung camar, ikan,  obor obor kat dalam sungai tu......Kangaroo takdak :)

Akak dan latar belakang bandar Perth.  Haa...u olls nampak tak ada construction kat belakang akak tu.  Tak tau la depa nak bina apa.  Depa macam katop jalan kan?  Haaaa!  kalau u olls nak tau,  walaupun pembinaan bangunan sedang dibuat,  namun TRACK JOGGING tetap ada dan depa tak buang.  Siap depa tambah ciri-ciri keselamatan seperti pagar untuk memudahkan orang awam berjogging di tempat yang sama walaupun ada pembangunan kat situ.  BAGUIH SUNGGGUH!


Akak dan bunga roih.  Kat sini banyak bunga roih.  Kat rumah rumah orang depa sangat suka tanam bunga roih.  Tapi bunga roih depa besak besak tapi takdak bau.
Satu-satunya muzium yang akak sempat lawat di Perth adalah Old Court House, Supreme Court Gardens, Perth sebab tempat ni free nak masuk! Terletak di tepi Mahkamah Tinggi Western Australia. Masih dalam kondisi yang baik.  Ada banyak benda dan buku yang masih dalam keadaan elok yang boleh kita tengok.  Lengkap dengan informasi pada setiap gambar dan benda yang ditayangkan.  Paling gerun adalah satu balang yang mengandungi JARI MANUSIA!!

Kisahnya,  seorang lelaki yang sangat sangat terdesak dan takdak duit,  dia potong jari dia untuk claimed insurance.  So lepas buat siasatan dan mahkamah mengesahkan bahawa lelaki itu potong jarinya sendiri dan bukan akibat kecelakaan yang berlaku di tempat kerja.  Cerita benar ini berlaku di Perth pada awal kurun ke 19.  Aiiyoooo sebab tula akak tulis macam tu kat buku pelawat.  "I LIKE THE FINGER STORY".



Fremantle
Petang itu,  lepas berehat daripada penat lelah di bandar Perth,  kami semua makan tengahari dulu (masak sendiri) and at 4pm,  kami berhajat nak berjalan-jalan di Fremantle.  Mesti u olls tertanya-tanya,  hari kedua kat Perth ni,  kami jalan-jalan ramai-ramai ke?  No.....kami semua memang 70 orang.  Tapi bila hari berjalan-jalan ni,  kami semua bergerak dalam kumpulan masing-masing.  Kumpulan akak....Adikarma and Meow Meow Production bergerak dengan 11 orang satu kumpulan.

Fremantle adalah bandar pelabuhan utama di Perth.  Bandar Fremantle ni lebih banyak bangunan-bangunan lama.  Tapi disebabkan kami ni mai dah malam hari.  So banyak kedai dah katop.  Kedai makan banyak la dibuka.  Pub and disco.

Tapi before that,  mai akak cerita pengalaman kami nak naik bas pi Fremantle.  Dari depan apartment kami,  kami naik bas no 157.  Harga tiket sorang 4dollar.  So we olls 11 orang ni pun tahan la bas tu.  Pakcik bas tu pun tanya we olls nak pi mana.  Sorang kawan akak ni jawab "Fremantle" so dia pun katalah 4 dollar.

Pastu kami yang lain -lain naik la dulu bas,  and kami nak kumpul duit la nak bayar kat pakcik bas tu.  Tiba-tiba pakcik bas tu EMO u olls!  Dia bukak pintu bas dia.  Pastu dia turun daripada bas!  Pastu dia berlegar-legar kat tepi jalan sambil merungu "I cannot believe this.  I dont have the whole day...bla bla bla,"  pakcik itu mengomel sorang sorang.

Aiiiiyoooo!! Kami semua takut u olls.  Kenapa dia mengamuk tiba tiba macam ni?  Kami bukan tak mau bayar.  Ko jalanla dulu.  Nanti kami bayar la.  Apa ingat kami sengkek sangat ke.  Tapi masa tu akak pun takut u ollls!  Yelah ini rumah orang,  tempat orang.  Kalau kat Malaysia,  haruslah pakcik kekwat macam ni akan dikena serangan halilintar dengan aku.

Tapi siries u olls! Pakcik ni mengamuk tepi jalan sorang sorang sebab kami lambat nak bayar duit kat dia.  Aiiyoooo sangat.  Nasib baik dalam bas waktu tu takdak sapa.  Kami adalah passenger pertama.  Pastu Nato dah takut dah  "Jumie...ko pergi cakapla kat pakcik tu...aku takut,"

Babilah depa ni...akak jugak yang kena.

So akak pun beranikan diri dengan merendahkan diri serendah-rendahnya "Im sorry sir...our money is ready now...."  kata akak sambil menghubulurkan 44 Dollar kat dia.  Pastu pakcik kekwat ting tong tu pun naik bas dan duduk balik kat tempat pemandu.

"How many person?"

"Eleven Sir,"

Pastu akak terus bagi 44 dollar kat dia.  Pastu dia amik.  Pastu dia tekan "cit cit cit cit," pada butang mesin tiket tu.  And keluarlah tiket panjang-panjang kat mesin tu.

"Do i have to pull this?"  tanya akak.

"Yes,"  kata pakcik itu dengan tegas.  Pastu dia pun terus bawak bas.

Muka muka cuak kena maki dengan pakcik bas.

SIYE BUTO NAKHARAM BARUA BABI punya pakcik bas.  Kami semua muka cuakkkkkkkkk gila dalam bas tu.  Nak duduk kat kerusi OKU pun kami takut.  Semua pindah duduk belakang.  Pastu yang lebih menakutkan akak,  kami ni nak turun kat mana????  Memang lah Fremantle.  Tapi nak turun kat mana?  Silap hari bulan? Bas ni tak berehenti last sekali turun kat New Zealand macam mana?  HAAAAAAAAAAA!  Tak ke ngeri u olls?

Perjalanan daripada Hay Street tu sampai ke Fremantle ni pun memang sangat sangat jauh.  Almost 1 jam dan 30 minit.  Satu sign board Fremantle pun akak tak nampak lagi.  Budak budak ni dah mula layu dan tidur u olls.  Aiyoooo!  Akak tak boleh tidur u olls.  Akak gigit kuku sepanjang perjalanan.


Akhirnya,  kami meniba di Fremantle Railway Station.  Akak rasa sini yang paling sesuailah.  Kami semua ramai ramai pun turun.  Masa tu dah nak dekat maghrib.  Maghrib kat sini adalah lebih kurang 6.30pm.  Ala-ala Sabah Serawak u olls.  

Akak di depan Fremantle Market.  


Fremantle adalah kawasan yang sesuai untuk mencari barangan / hadiah / ole-ole untuk dibawa balik ke Tanah Air.  Kalau u olls masuk Fremantle Market,  lagi ada macam-macam kat dalam tu.  Tapi tips akak adalah,  kalau nak beli barangan souvenir,  make sure beli barangan buatan CHINA lebih murah u olls.  Kalau beli buatan Australia,  memang 3 kali ganda lebih mahal.

Inilah kedai tu.  Kecik je.  Tapi dia betul betul dalam Fremantle Market.


Dalam Fremantle Market,  ada satu kedai kecil di penjuru pintu yang menjual pelbagai barangan souvenir.  Diusahakan oleh keluarga Cina daripada Singapura.  Depa anak beranak yang mengusahakan kedai itu.  Memang baik!! Dan mereka akan bantu kita semua untuk cari apa sahaja yang paling sesuai dengan bajet dan minat kita.  Memang akak respek cara depa layan kami semua.   And one more thing,  kalau ampa semua datang secara berombongan cik kiah,  try bincang dengan tauke tu untuk pergi shopping di gudang mereka.  AIYOOOO depa akan bagi harga lebih special u olls!  Yes,  kami semua berpeluang pergi ke gudang diorang pada hari ke 5 di Australia.  Tapi masa tu akak dah takdak duit.  Akak dapat beli t shirt Ostolia ja untuk akak dan En.  Khafi.

Antara bangunan heritage yang sangat cantek kat sini.  Sayangnya kami mai malam.  Kalau mai siang mesti lagi banyak tempat kami boleh explore.  Kat Fremantle memang banyak bangunan lama yang cantek-cantek.  Akak amat menggalakkan u olls menziarah Fremantle pada waktu siang kerana pada waktu siang juga ada macam-macam street performance yang menceriakan!!


Akak jumpa satu kedai threading yang dibuat oleh seorang wanita India. Full face special 61 Dollars u olls. Dah RM180 u olls. Kalau kat Little India Penang, akak buat seluruh muka baru RM10 u olls! Kalau bayar RM180 kat akak India tu, habis dengan rambut akak semua dia threading kot! Baca sini : Membenang Bulu Kening (Eye Brow Threading) di Santhi One Stop Bridal Centre, Penang


Memasuki AdultShop.Com
HAAA!! U ollls!  Boleh?? Akak masuk adultshop.com kat sini.  Adultshop macam ni tak tau la ada ke tak kat Malaysia.  Kat Penang ada satu kedai condom.  Tapi dia jual condom je.  And ada key chain dan benda benda lain bentuk condom.  Akak pernah masuk.  Tapi dah lama.  Rasanya dah almost sepuluh tahun yang lalu.  Akak pun lupa apa lagi benda yang ada dalam kedai tu.

Akak dan Azhar mula mula macam skeptikel je nak masuk tempat ni.  Takut satgi kat dalam penuh dengan lelaki lelaki muka pervert dan gila seks apa semua.  Tapi takpala....kami try jugak masuk.  Tapi akak amat suprise kerana walaupun akak tak pernah masuk adult shop before,  tapi akak boleh rasakan kedai ini tidak lah nampak 'dirty' sangat.  Pencahayaan yang cerah dan jelas.  Semua barangan di susun dengan baik dan teratur.  Akak rasa macam masuk kedai biasa.

Akak jadi teruja bila akak dapat tengok macam-macam benda yang akak tak pernah tengok sebelum ini.  HAHAHAHAH.  Ada yang mengkagumkan.  Ada yang membuatkan akak tertanya-tanya.  HAHAHAHA.

So dengan pengamatan ini akak memang dapat rasakan bagaimana mat salleh ni punya taste dalam bersenggama.  Depa suka berfantasi ya u olls.  Ada banyak baju baju nurse,  cikgu,  uniform sekolah yang seksi meksi untuk dipakai oleh perempuan.  SIZE AKAK PUN ADA U OLLLS!

Tengah akak gigih membaca satu permainan yang berunsurkan persenggamaan,  tiba-tiba akak ditegur oleh penjaga kedai

"Hello, are u searching for something.  Can i help u?"  tanya wanita itu dengan senyuman.

Akak terus meletakkan buku seks itu dan menjawab "Oh no...im just browsing around,  thank you,"

"Please continue your reading.  Its okay.....if you need any help...just call me at the counter,"  baik sungguh budak ini suruh akak continue baca buku buku seks ni.

Akak pun meneruskan konversasi dengan beliau.  "Anyway,  i cant event bring this back to my country.  Its somehow illegal,"

"Really?  Where you from,"  gituuuu maka akak pun berspeakinglah English dengan kakak tu.

"Im from Malaysia...."

"So how is it in your country?  What if someone wants to buys things like this?"

"Things like condoms are sells in any drug stores.  Not a problem.  But pornography and things like here in this shops are usually coming from the back door,"  jelas akak dengan nada ala-ala English gitu.

Azhar kat sebelah duk hurmm hurmm saja.  Deni dah stim ka apa??

Pastu we olls pun ucap terima kasih.  Bla bla bla and keluar daripada kedai.  Pastu akak amik gambar seperti kat bawah ni.  Tak tau pasaipa...muka akak otomatik blushing.

HAHAHAH NOHOROM


Malam dah menjelang.  Akak,  Azhar dan Nato telah ditinggalkan oleh geng geng kami.  Oleh itu,  kami pun terus naik train balik ke Perth City.  Harga tiket 4 Dollar juga.  Terimalah gambar akak dan Azhar di dalam train yang diambil oleh Nato.



So itulah setakat ini yang mampu akak ceritakan untuk u olls semua. Memang seronok and very senang nak berjalan jalan dalam Perth ni.

Sebelum kelupaan, pastikan u olls tengok album gambar akak di Facebook, click sini : Trip To Australia April 2013


8 comments:

  1. Jumie, Hang x baik fitenah orang UK tau. Sepanjang akak study kat UK, org UK nan hado pon racist and malaysian are well accepted in UK. DIorang baik ja dengan kami.

    ReplyDelete
  2. aku baca jadi takut kat drebar bas tu.. hahaha hang nih jumie bila cerita aku rasa macam aku ada kat lokasi kejadian... hahha

    ReplyDelete
  3. Haha wey org uk ok2 laa... Especially osmet boipreng aku... Kalo nampak boipreng aku tgh facetime ngan aku... Sebelum jumpe dier secara live, mesti dia amik baldi cover muka dia. Pastu menyamar jadi tiang lampu. Da jumpe secara live, peramah nak mati.

    Tapi mungkin la kebanyakkan yg sombong2 maybe sebab depa stress hadap jem kat sini. Haha. Btw aku bleh imagine style pakcik bas yg mengamuk tu. mungkin dia mcm salah sorg client opis aku bila dpt detect org buat drafting salah tahap teruk2.

    ReplyDelete
  4. perangai nato mmg hanjing!! sabar jer la kak... nama jer lelaki!

    ReplyDelete
  5. hahahah. kak non. driver bas kat sni always macam tu. dia takut jadual bas lewat. kalau bas lewat, other passangers boleh maki kalau lewat terlambat!!

    ReplyDelete
  6. Aiiiyooo sapa sapa yang komen kat atas kata akak kutuk orang UK. I TAK KATA OKAY!! Orang yang kata. I requote. Tak baikla melontarkan emosi kat i olls.

    ReplyDelete
  7. di perth ada holiday homes kepunyaan org melayu malaysia kita. servis memang baik. rumah memang well furnished siap segala gala nya. i dah try memang best lah. i siap rekomen kat kawan2. sebab owner die memang down to earth la. kami panggil dia uncle shariff je. nama owner Tn Hj Shariff. kalau berminat boleh contact 0123360098 anak dia ada sini. nama homestay : mahira holiday homes. salute la bangga dengan kejayaan anak malaysia mcm uncle shariff!

    ReplyDelete
  8. tak sabar nk ke fremantle april ni :)

    tq sharing. jemput ke blog nana

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...