30.4.13

Cerita Australia Part 3 : Masjid Hepburn, Sorrento Beach and SHOW DAY

Hello u olls semua,

Sentap tak dengan akak?  Kejab ada artikel kejab takdak?  HAHAHA.  Memang akak akui perangai akak agak celaka kebelakangan ini.  Tak tau la pasaipa.  Tak sempat nak memblog kebelakangan ini.  Tapi takpa.  Dah ada keluar artikel baru hari ini,  baca la...jangan nak marah-marah.  Tak baik untuk kecantikan diri kita.

Hari ini akak nak sambung cerita akak menfeelingkan diri di Australia.  Hope u olls dah baca part I and part II sebelum ini.  Okay sekarang akak nak cerita part III.

Part ini lebih banyak input mengenai aktiviti sebenar kami kat sana dan intipati program utama.


Al-Majid Mosque , Hepburn Av , Perth
Hari ketiga kami di Perth,  kami semua bersantai dan membuat macam-macam aktiviti di Al-Majid Mosque , Hepburn Av , Perth.  Haaaa!! Apa yang we olls buat kat sini?  Kami buat pelbagai aktiviti seperti jualan amal dan sukan rakyat.  Motifnya?  Untuk menjemput orang Melayu Muslim di sekitar Perth untuk datang beramah mesra,  merapatkan silaturahim di samping membuat sumbangan dengan membeli barangan dan makanan yang kami jual.  Hasil daripada aktiviti penjualan ni semua,  kami bagi kepada pihak masjid.  

Aktiviti sukan rakyat diaturkan oleh pelajar -pelajar daripada USM.  Ada sepak raga,  ada pertandingan menganyam ketupat,  congkak,  mengukur kelapa dan macam-macam lagi.  Semuanya disertai oleh kami semua dan juga orang-orang Melayu Australia.  Alhamdulillah,  walaupun dah berpuluh tahun meninggalkan tanah Nusantara,  tapi orang orang Melayu kat sini masih pandai buat ketupat semua u olls!  Tak perlu tutorials.

Haa...bercakap pasai aktiviti jualan makanan.  Yang ni orang Ostolia yang jual.  Macam-macam ada.  Satay,  nasik goreng,  mee goreng,  lontong,  lasagna dan macam-macam lagi.  Akak terpanggil nak cerita pasai lontong!  Haaaa!  Akak mula-mula tak beli lagi lontong tu.  Akak rasa dulu dengan kawan yang dah beli lontong tu.  Bila akak rasa lontong tu...aiiyooo...akak rasa sesuatu "Ini lontong orang Bawean ni...." kata akak.

Terus akak Ostolia yang duduk sini cakap "Memang acik yang jual lontong tu orang Bawean.......jom kita gi kenalan,"  

So akak pun pergilah berkenalan dengan keluarga Bawean ( u olls called it Boyan) yang menjual lontong kat program kami ni.  Diorang memang asal dari Pulau Bawean.  Memang pekat cakap Bawean lagi.  Akak pun tak tau cakap Bawean dah.  Kami pun kongsi-kongsi resepi u olls.  Meletopss sangat.  Untuk u olls yang tak tau,  lontong orang Bawean ni memang lain rasa dia.  Sapa pernah rasa Lontong Mambo kakak/ mak i masak...ampa tau la kan!!  Antara kelainannya adalah kami tambah serunding kelapa.  FUH!!  Nanti i share the resepi dalam blog.

Seharian jugaklah kami duduk kat sini.  Tapi sambutan tak berapa nak menggalakkan.  Yang betul betul meramaikan majlis...adalah kami kami juga.  

Akak feeling bertudung bersama budak budak Adikarma.  Pose di bawah pokok zaitun yang banyak ditanam di depan masjid.

Click to read more.

Pintu masuk ke Al-Majid Mosque , Hepburn Av , Perth.

Akak turun bas je nampak pokok ni terus akak macam teringat pada sesuatu yang akak selalu tengok dalam rancangan jalan-jalan di Astro. "Dr. Nik, ini bukan pokok zaitun ke?" Tanya akak kepada Dr. Nik Haslinda. Pastu Dr. Nik kata "Ya...inilah pokok zaitun. Buah dia ni boleh makan. Tapi pahit sikit," kata Dr. Nik. Haa....kerlaskan akak? Sekali lintas akak tau pokok ni pokok zaitun walaupun akak tak pernah tengok pokok zaitun sebelum ni.

Inilah kebaikannya kalau selalu tengok rancangan pendidikan kat Astro macam Discovery Channel and National Geographic. Tula...ampa duk tengok banyak sangat ASTRO RIA and drama Korea.


Ini adalah buah zaitun.  Dr.  Nik kata boleh makan.  Tapi makan raw macam ni tak dijeruk,  memang pahit la gila oiii!  Tapi budak budak ni excited bukan main,  habis dipetik buah zaiton,  bawak balik apartment,  parut guna cheese grater terus buat lulur u olls!! Kerlas kau Ainon!!  Memang buah zaitun sangat bagus untuk kulit u olls.

Pakcik Ostolia duk lawan sepak takraw dengan Izwan Dollah and Azhar.
Abdul sedang melawan congkak dengan seorang aunty from Ostolia.  Aunty ni baik sangat.



Akak berposing dengan tauke tauke lontong daripada Perth,  Australia.  Yang berbaju oren tu,  Cik Siah from USM.  Dia pun orang Boyan juga.  Seronok u olls dapat berjumpa dengan orang yang asalnya dari tanah yang sama.  Walaupun akak sendiri tak pernah sampai ke negeri Bawean di Indonesia,  but one day i will.  And i will show to all you people what is Bawean and not only semata-mata "Boyan tetap Boyan...janji rock,"

 
Sorrento Beach

Petang tu selepas selesai beriadah seharian di Masjid Hepburn,  kami semua pun penat sangat sangat u olls.  Semua bercita-cita nak balik rumah and mandi and rehatkan diri.  Tiba-tiba,  dalam kami diulik keasyikan perjalanan yang kami semua tak tau la ke mana halanya,  bas berhenti di satu destinasi.  Pastu driver bas memberi announcement,  "Sekarang kita kat Sorrento Beach,  saya beri masa 1 jam untuk jalan jalan tengok pemandangan,"

WEEEHOOOO.......kami pun terus hilang rasa penat u olls.  Maka turunlah semua 70 orang rombongan Cik Kiah ni dari bus untuk melihat keindahan pantai orang Ostolia.  Akak memang suka pantai u olls.  Walaupun berbaju ala-ala pejabat ni,  akak tetap feeling untuk bercanda di pasiran pantai bersama kawan kawan semua.

Tapi kami dipesan "U olls....tak boleh mandi ya....kawasan ni banyak jerung,"

MAK TERSENTAP SEKETIKA.  APAKAH??????

Pose wajib kalau sampai di pantai.  :)

Dari kiri,  Affan,  Azhar and Nato.

Jerung????

Dia kena tukar sign board ni jadi DILARANG KITE SURFING KERANA ADA BANYAK IKAN JAWS DI SINI.

Jumie tampa make up.  TERUNG.

Terjumpa kolejen u olls.  LOL

SHOW DAY
Hari ke empat di Perth!  Inilah tujuan utama kenapa akak dijemput ke rombongan Cik Kiah di Perth ini.  Yaitu untuk memberikan sumbangan suara dan bakat yang tak seberapa ini bagi menjayakan Persembahan Amal yang dianjurkan oleh MAWA (Malay Association of Western,  Australia).  Depa anjurkan kongset amal. Akak menyanyi dan adik-adik Fajar Harapan dan Adikarma semua menari.  Adik-adik sekolah SK Kampung Jambu Taiping pun menari.  

Kongset amal ini diadakan di Serbian Community Hall.  Kita sewa tempat depa la u olls.  Ha...sebab tula kita buat kongset ni u olls.  Sebab,  kerajaan Australia dah berikan satu tanah kepada MAWA untuk bina Malay House di Perth.  Tapi MAWA takdak dana untuk membina Malay House itu.  Hasil jualan tiket kongset amal inilah yang akan menjadi asas kepada pembinaan Malay House itu nanti.  Insya Allah.

Kami tiba di tapak kongset seawal 12 tengahari u olls.  Sejujurnya,  kami expect something yang sudah menjadi kebiasaan bila membuat show di Malaysia.  Stage yang besar,  sound system dan lighting.  Tapi apa yang tersedia ada,  we cannot complain and we have to do our best.

Tapi noks,  the best pun....mak tetap redah la nok.  Sound system adalah yang paling basic.  Nak story panjang pun apa susah nak faham.  Tapi paling simple sekali adalah.....echo control.  Kalau nak nyanyi,  echo mic tu penting u olls.  So baru u tau nak control your voice macam mana.  Silap hari bulan 40minit hang bersengkang dengan kerongkong.  Lagu lagu mak pulak adalah lagu lagu "Hangus terbakar....." gitu.

And pasai lighting,  ini yang akak dan Nato duk tergelak.  Lighting adalah amat penting dalam sebuah pementasan.   Bukan sahaja mengiringi persembahan melalui saspen rentak lagu dan simfoninya,  tapi lightinglah yang akan membuatkan make up u olls menjadi lebih jitu dan 3D gitu.  Tapi malangnya,  di sini,  kami tak dapat lighting.  Yang ada hanyalah lampu pendaflor yang menerangi siling pentas dan seluruh dewan.  BUKAN KUNING YA.  PUTIH.  Kakak-kakak drag show yang baca blog akak akan mengerti perasaan ini.  

Persembahan pun bermula,  dengan monodrama ringkas by Azhar Jalil bertajuk "Ulek Banda".  Pastu tarian Ulek Mayang daripada Adikarma.  Pastu akak keluar dengan lagu Cindai dan Hurt.  Pastu tarian lagi.  Pastu akak keluar lagi nyanyi lagu Anak Kampung dan tarian sumazau oleh Adikarma.  Pastu ada tarian lagi.  And tarian lagi (akak lupa dah flow).  Pastu ada bacaan sajak daripada pengarah kontroversi daripada Malaysia, YM Raja Azmi.  Yes,  she did came and support our show dan mendeklamasikan saja bertajuk Teman.

Pastu akak nyanyi lagi dengan adik-adik Fajar Harapan iaitu lagu Dikir Putri.  Akak nyanyi,  depa menari u olls. Masa ni kelakar sangat.  AKAK LUPA LIRIK AND SUSUNAN LAGU U OLLS.  Hahahahahahah.....para penari semua dah meleleng dah.  Entahlah apa tarian and step diorang kan.  Nak ikut music or nyanyian marhayam kan?  HAHAHAH tapi akak nyanyi jugak.  Akak sedar yang akak dah salah lirik.  Tapi akak teruskan juga sebab...............ORANG OSTOLIA BUKAN TAU LAGU NI MACAM MANA.  Hehehe....last macam mana ke....akak dah dapat dah music tu macam mana,  akak terus masuk nari lagu yang betul  "Mari adik mari abang.........kecil besar tua muda...." hahahah gituuuuuuu!!!

Pastu,  akak nyanyi lagi dengan seorang penyanyi daripada Malaysia tapi dah lama menetap di Australia.  Beliau seorang yang sensasi di Youtube.  Nama beliau Ajek Hassan.  U olls boleh subscribe Youtube beliau kat sini.  Ajek Hassan.  Akak tak dapat sembang lama dengan beliau because kami sibuk prepare stage bagai.  Tapi akak sempat sembang dengan ramahnya dengan anak beliau.  OMAIGODDD!  ANAK PEREMPUAN DIA,  7 YEARS OLD........CUTE GILA AND PETAH BERCAKAP ENGLISH OSTOLIA YA.  Akak rasa macam bercakap dengan Disney Channel masa bercakap dengan anak dia.  

Okay,  sebagai seorang selebriti Youtube yang sangat meletops dan dikenali ramai.....akak amat terharu bila dia kata "Jumie.....malam ni,  kita nyanyi sekali ya.  Lagu Ombak Rindu.  Kita duet....bukan senang nak duet dengan Jumie,"  KAU GILA NYAHHHHH!!  Hang artist.....hang yang teruja nak nyanyi dengan aku??????Mak ni wanita agam marhaen berwajah terung tatkala tidak bermake up.  Tapi yes...malam tu pertama kali akak nyanyi lagu Ombak Rindu dalam persembahan and ada tambahan lagu....iaitu Sayang daripada Shae.  HAHAHAHA......akak siap buat kepala kepala pusing sikit macam Bobo tapi tak berapa over sangat.  Sebab nanti mat salleh kat sini tengok akak pelik pulak.

Our last performance is Boria.  Haaaaaaaaaaaaaaaa.....seperti yang kita tau,  boria ni kena ada sketsa kan?  So,  Azhar dah pesan kat akak.  "Kak Jumie...yang boria tu....kita KIV.  Kalau audience macam slow saja...kita tak payah buat sketsa,  kalau audience macam okay...baru kita buat sketsa,"  so akak menggunakan keselesaan itu untuk tidak prepare apa-apa langsung for sketsa boria.  HAHAHAHAH itu adalah kesalahan akak malam itu.

Tiba-tiba lepas Adikarma membuat persembahan akhir iaitu tarian Sarawak.......Azhar pun membuat keputusan gila di telinga akak di belakang pentas "Kak Jumie.................kita kena buat sketsa.  Sebab kalau tidak,  Adikarma tak sempat nak salin baju untuk boria,"  

NAHARIAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM awat bagitau lani.  Bagitaulah esok.  Saya tak mau naik pentas.  Gila....nak cakap apa???? Nak belakon ataih stage kena ada sebulan untuk hafal skrip and watak.  Macam mana nak buat sketsa yang takdak skrip and tak tau berapa lama nak merapu sebab semata-mata nak tunggu budak budak Adikarma habis salin baju.

"Kak Jumie....boleh buat!!!  Saya lead Kak Jumie.  Kita cakap pasai pengalaman kita orang Penang mai Ostolia?  Saya lead...Kak Jumie ikut ja,"  kata Azhar.

Disebabkan dia kata "Saya lead.....Kak Jumie ikut,"  maka akak pun membodohkan diri akak dan naik pentas.  HAHAHAHAHHA.  Time tu siriesly akak dah penat gila.  Dahla nyanyi 29372987 kali di atas pentas berlampu pendaflor yang tak rasa aircond atau aingin.  Panas gila.  And akak dah super super super exhausted.  Tapi akak naik juga pentas itu dengan Azhar.  Alhamdulillah..............rupa rupanya audience boleh memahami lawak mangkak kami ini.  Bukan sahaja orang Melayu Australia,  malah MAT MAT SALLEH JUGAK GELAK bila akak buat lawak pasai orang Penang kalau nak jawab YES,  depa tak angguk kepala...depa geleng kepala.  HAHAHA...yes!! Im so happy.  Idea tu keluar secara spontan.  Tak plan pun!  Even lawak lawak skrip Mrs.  Rochester dalam Jane pun terkeluar.  

Akhirnya,  kami pun memulakan persembahan BORIA kami.  And i tell you,  with all the dancers,  costume kami semua yang berwarna warni,  dengan pergerakan tarian di atas dan di bawah pentas.........KAMI SEMUA SANGAT BERSEMANGAT.  Entahlah.  Adakah kerana lagu boria ni memang best ataupun memang kami syiok sebab show kami dah nak habis.  HAHAHAH

Habis boria,  terus MC annouce joget lambak u olls.  KAMI SEMUA PUN BERJOGET RAMAI RAMAI.  Memang best sangat.  Masa ni la beramah mesra dengan semua tetamu semua.  Memang happening sangat.  Masa tu la kami dapat sembang sembang,  ambil gambar dengan para tetamu.  And u know apa feedback depa?  "You guys should pull us all and dance from the beginning of the show.......,"  gituuuuuu depa suka menari rupanya.

Itulah cerita pendek akak tentang malam show.  Memang akak sangat happy sekali.  Balik rumah malam tu after the show mulut akak tak berhenti duk merapu and bising dalam rumah.  Buat lawak and merapu tah hapa hapa.  And budak budak tu semua tak larat nak gelak dah depa kata "Awat kak Jumie happy sangat,"  

Akak jawab "Macam nila aku bila aku puas hati dengan show yang aku buat......."  tapi masa tu rindu nak berleter depan En.  Khafi.  

Pose di lobby hotel before bergerak ke lokasi kongset.

Dah make up la u olls.  Tapi akak make up simple je.  Alat-alat make up akak yang sebanyak 1 bagasi itu hanya dikompreskan kepada satu beg mekap yang kecil u olls.

Lokasi kongset kami.  Dewan serbaguna orang Serbia.

Ajek Hassan sedang membetulkan mic dan sound system pentas.



Persediaan untuk tetamu yang akan datang menonton persembahan malam ini.


Akak dan adik adik SK Kampung Jambu.  Depa ni semua Ya Rabbi banyak cakap and banyak soal.  HAHAH tak larat nak layan depa.
Sekian sahaja u olls semua. Sebelum kelupaan, pastikan u olls tengok album gambar akak di Facebook, click sini : Trip To Australia April 2013  Itu sahaja cerita akak hari ini,  esok akak cerita pasai melawat kanggaru and melihat kembar En.  Khafi iaitu Wombat.

Love u olls,
Jumie Samsudin yang kekwat tapi baik hati.

4 comments:

  1. kak jumie, yang gambar orang tengah buat bunga telur tu, yang tengah berdiri pakai baju hitam tu, nama dia Kak Hajar ke?

    ReplyDelete
  2. post yg menarik..ketawa sy baca..tq :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...