6.4.13

Membuat Chocolate Ice Cream bersama En. Khafi

Hello u olls,

Tahukah anda suami saya pandai membuat ice cream.  :)  Yessss!  Jangan pikir lucah ya.  Kurang ajar ampa semua.

Kisah bermula apabila seorang rakan telah menghadiahkan ice cream machine kepada akak dan En.  Khafi.  So kami pun feeling,  try buat ice cream.  Alhamdulillah menjadi.  Tapi,  kalau guna machine ice cream itu,  jumlah ice cream yang dapat kami sediakan adalah sangat sikit.  HAHAHAHA (Noreena,  if you are reading this...i tak pernah cerita ni kat u).  So,  sebab kami dah terror,  kami pun buat ice cream menggunakan pemutar kek dan juga peti ais biasa.

Jom belajar cara-cara membuat ice cream bersama En.  Khafi.

Ini adalah ice cream durian belanda.  Resepi sama macam kat bawah.  Cuma En.  Khafi menambahkan pulp (sari) buah durian belanda ke dalam adunan cream.  Memang meletops!

Click read more untuk belajar buat ice cream di rumah  :



Bahan-bahan  :


  • 250 ml whipping cream
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 5 kuning telur
  • 1 cawan gula 
  • 2 cawan serbuk chocolate
    * kalau u olls tak mau guna chocolate,  letaklah apa-apa perisa lain sebagai pengganti.  Ikut kreativiti masing-masing.  Kalau tambah vanilla essence,  jadilah ice cream vanilla.  


Cara-caranya  :

  1. Pukul kuning telur dengan gula menggunakan mesin pemutar sampai jadi fluffy.

  2. Campurkan whipping cream,  susu segar,  susu pekat manis dan serbuk chocolate.  Kacang perlahan-lahan.

  3. Masak adunan ini atas periuk dengan api yang sangat perlahan sampai adunan ini jadi sedikit pekat.  Tak perlu bagi dia mendidih.
  4. Sejukkan adunan ini.  Kemudian masukkan dalam fridge bahagian freezer.


  5. After lebih kurang 1 hour,  check adunan tadi.  Kalau dia dah start mengeras,  keluarkan dan blend menggunakan blender ataupun pemutar kek.
  6. Ulang step 5 beberapa kali.  Lagi banyak kali kita buat,  ice cream kita jadi lebih lembut dan fluffy.

  7. Sedia untuk dimakan bersama orang tercinta.



Beginilah ice cream yang telah siap u olls.  Memang best sangat.  Kalau u olls perasan kat gambar di atas ada chocolate chunk dalam tu.  En.  Khafi amik chocolate bar (ala...yang duk jual kat kedai runcit tu...bukan yang untuk masak punya...yang tu takdak gula),  dia double boil dan masukkan dalam ice cream pada peringkat akhir step 5.  Kalau nak lagi senang,  dia kata bubuh ja Choki Choki.  Ataupun pecahkan chocolate chip cookies dan masukkan dalam ice cream.  Meletops kan?

Sekian sahaja.

Selamat mencuba u olls.

5 comments:

  1. Wee nak try jugak. Haritu kami wat eskrim cempedak guna cara lain... Guna creamer coffee mate... Hasil dia bila keras jadi keras lain macam...

    ReplyDelete
  2. Cam sodappppppp.. nak try buat laaa

    ReplyDelete
  3. Terimakasih kk informasinya bermanfaat... kunjungi juga web kami y :D
    http://kedaiacemaxs.com/obat-tradisional-migren/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...