1.4.13

Obsesi K POP

Hai Kak Jumie!! *sembah ratu*
Saya silent readers akak almost 3 years. best sngat baca write up akak and sometimes ape yg akak tulis tu mmg betul2 membuka fikiran saya dan alert benda2 yang kecil juga dlm kehidupan seharian. thanks for that.
By the way, saya sngat suka review fashion kak jumie. tapi saya ade satu request, itupun klu kak jumie tak keberatan lah. Saya teringin nak tahu pendapat Kak Jumie mangenai K-pop. Mungkin Kak Jumie tk minat tapi saje nak tau pendapat akak , dari segi dramanyer, artisnya, fashionnya dan juga obsesi hadik-adik kita pada K-pop. pada saya, Kak jumie pasti akan berikan stu review yg mantoppp gituh. 
Ok Kak Jumie, semoga permintaan ini dapat dipertimbangkan. Take care. 
Terima kasih. 
Cik Sweet
Click Read More



Hello Cik Sweet,

Thank you so much atas emel yang diberikan.  NENJIAAA....lepaih tiga tahun baru nak mesej kat kita na.  Takpa takpa.  Thank you sebab sudi membaca blog kami.

So apakah pendapat akak mengenai perkara ini?

Pada akak tak ada salahnya pun.  Ini semua trend masa kini. Akak tak boleh nak follow sangat K POP craze ni sebab kematangan dan semangat kewanitaan akak di usia mencecah 30 an ini lebih selesa dengan muzik yang diperkuatkan dengan vokal vokal penyanyi wanita yang gagah seperti Beyonce,  Alicia Keys dan sebagainya.

Akak dengar juga lagu lagu K POP.  Antara lagu yang ada dalam list lagu yang akak duk dengar pada santai adalah Nobody by Wonder Girl.  And It's Like That also from Wonder Girl juga akak suka.  Selain itu?  GANGNAM STYLE.  HAHAHA itupun sebab En.  Khafi download and akak pun copy paste sahaja dalam list akak.

Bukan sebab lagu lagu K POP ni tak best.  Hanya kerana tak semua lagu depa kena dengan hati akak.  Kecuali dua lagu Wonder Girl yang akak sebut di atas,  dua lagu tu memang akak sangat suka sebab agak agak chicky getisan gitu.

Inilah kumpulan Wonder Girl.

Akak tak salahkan anak-anak sekarang yang terikut ikut dan tergila gila dengan semua selebriti K POP ni semua.  Cuma yang akak tak faham adalah macam mana ampa boleh kenal pasti semua muka muka artist Korea ni semua.  Akak tengok depa ni semua muka sama ja.  HAHAHHA.  Siriesly.

Baik lelaki ataupun perempuan.  Kalau Wonder Girl tu pun siriesly akak tak boleh ingat muka depa.  Amik pila mana-mana amoi Chinese look and suruh depa perform lagu Nobody Nobody But Chu...akak tak tau perbezaan berlaku.  Siries u olls.

Inilah lagu Like This by Wonder Girls yang akak suka itu.  Sapa ada Youtube boleh layan.



And artist artist lelaki depa pulak.....aiiyoo u olls.  KULIT FLOLES.  Kening bercukur.  And yes,  depa pakai make up ya.  Bak kata Mama Regina,  tinggal nak bubuh wig sahaja,  teruih jadi WOMAN u olls.  HAHAHA.....betul kan u olls?

Bubuh pading and bubuh wig kat depa....teruih MISS ASIAN PACIFIC u olls!

Sekarang ni kat MTV pun dah ada MTVK yang dikhaskan untuk semua music music POP Korea.  Memang meletops la u olls.  Kita juga boleh perasan,  penambilan fesyen yang dibawa oleh artist artist K POP telah membawa tsunami dalam style and fesyen masa kini.  Kan?

Macam dulu-dulu,  kita ada zaman rock jiwang,  rock kapak,  dangdut ...etc etc etc....and dulu kita pernah ada zaman HIP HOP.  HAHAHA.  Ni nak cerita kat ampa semua.

Tahukah ampa semua lebih kurang 10 tahun yang lalu,  akak adalah antara local underground performer dalam scene hip hop tempatan.  When i say tempatan,  means Penang. Akak tak pernah berkesempatan untuk perform kat KL scene.  Ada beberapa rakan from Penang yang pernah pergi ke KL and ada juga yang terus jadi recording artist terus.  Seperti Urban Method,  Wan D dan ramai lagi.  Depa memang betul kerja kuat dalam minat depa.  Akak ni feeling feeling ja u olls.  Tall respect untuk mereka semua.

So nak cerita mai kat ampa,  10 tahun yang dulu .....boleh kata zaman tu memang zaman HIP HOP.  Music awards macam Grammy,  MTV awards,  American Music Awards....malah di anugerah anugerah muzik tempatan pun penuh dengan penghargaan kepada music music hip hop.  Nama-nama seperti Too Phat,  Ruff Edge,  Teh Tarik Crew (kumpulan asal Mizz Nina),  Ahli Fiqir,  Poatic Ammo and macam-macam menghiasi industri kita.



Tapi lani semua takdak dah.  YES....masih ada lagi hati hati seni yang masih memperjuangkan seni music dan budaya hip hop di Malaysia ini.  U olls boleh check out pasai scene Hip Hop Malaysia kat sini  :  http://www.malaysianhiphop.com/

Story akak?  HAHAHAHA...okay!  Dulu akak pun feeling la nak berhip hop bagai.  So akak buat girl vocal group yang perform lagu lagu R&B and Hip Hop ni. Nama group kami,  Tha VOS.  Gitu.  Ahli group ada tiga orang,  akak,  Shakira and Surianie (yes...Cakcing).

Tapi kami takdak lagu sendiri.  Kami amik lagu lagu orang dan kami perform. Antara lagu meletops yang selalu kami perform adalah Lady Marmalade (Christina Aguilera,  Missy Eliot,  Mya and Pink),  Jumpin Jumpin by Destiny's Child,  Let Me Blow Your Mind...and beberapa lagu lagi yang akak tak ingat dah.

Seikhlasnya u olls.  Akak bukanlah hard core HIP HOP yang betul betul ikut semua ajaran budaya yang ditunjangkan dalam muzik ini,  akak rasa terikut dengan gig (persembahan) ini semua sebab akak minat menyanyi and gig hip hop memberikan platform kepada akak untuk membuat apa yang akak suka.

Kami selalu perform sebagai opening act sahaja.  Walaupun sekadar opening act,  tapi kami ada pengikut sendiri ya.  HAHAH meletops sangat zaman tu.  Tapi kami tak pergi jauh sangat dalam minat ini kerana bila kami semua sudah start sambung study.  Kami pun terus ikut arah tujuan dan hala hidup masing masing.   Lagipun u olls,  NAK CARI MAKAN DENGAN MUZIK bukan pilihan yang mudah u olls.  Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan especially untuk anak-anak yang lahir dalam keluarga marhaen macam kitorang ni.

Tapi apa pun,  pengalaman ini semua amatlah akak hargai dan walaupun kalau tengok balik semua gambar ni semua rasa macam nak tergelak.  Tapi segala pengalaman yang akak peroleh ini,  amat meletops dan amat akak hargai!!!

Okay,  sebelum akak akhiri cerita akak hari ini.  Ampa layanla gambar akak dulu dulu masa duk perform semua.  Meletops u olls.

Meletops tak kaki akak time ni?  Masa ni daging tak berapa nak banyak ya.  HAHAHA.


Pasaipa la akak pakai seluak pendek aunty-aunty ni.  Aiyooo....hahahah kekejaman fesyen sangat.

Meletops gambar ni nampak ada light stroke semua.  



Akak dan Cakcing duk membuat persembahan.  Zaman ni takdak video fon semua u olls.  Kalau ada kan best,  mesti ada banyak video persembahan kami.  



Ampa perasan ni sapa? Ini Shaheizy Sam. Sekian, harap maklum.



Paling kiri adalah Cat Faris.  Yes yang kecik di tengah itu adalah bekas akak.  HAHAHA....bekas lama.  Bekas baru dia size besiak sikit.  

Me,  Cakcing and Azan Ruff Edge in the middle.  Kami jadi opening act depa masa depa buat show kat Penang.

Gambar zaman melepak di Skate Park,  KOMTAR.  Time ni kira HIP HOP HABIH BAK ANG....hahahah
Kesimpulannya,  budaya K POP ni so far sangat sangat okay pada akak.  The fashion,  the music,  the dance move,  the video clip...semuanya mengkagumkan dan kepada adik adik semua yang feeling nak ber K POP....no hal.  Ini adalah muzik zaman kamu.  Kalau kamu suka...enjoy it.

ps/  dialog Wan Kaswi (HMJPT),  "Orang yang minat K POP ni tak salah tak Pak Jabit.  Yang salah adalah orang kata kata K POP ni salah,"

Yang benar,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. kami tak minat KPOP kepop ni pasal bukan zaman kami kot...tapi kami layan drama Korea dan lagu2 Ost..siap hafal and feeling2 time merempit nak pergi kerja...

    ReplyDelete
  2. Lawa lah akak. Akak tak nak ke badan back pada dulu?
    Saya pun tak minat kpoop

    ReplyDelete
  3. love this entry..
    im a silent reader in this blog and a kpop fan too
    bila baca this entry teruih rasa nak komen
    saya sebagai generasi muda yang minat kpop neh rasa terharu bila dis golongan dewasa
    hormat dan respect minat kami...
    jarang jumpa genereasi dewasa seperti kak jumie yang respect even tho tak bapa minat sangat dngn kpop neh :)
    selalu saya jumpa generasi dewasa yang asyik bash kpop jew
    anyway suka entry neh <3

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...