16.4.13

Pengalaman Berlakon sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical

Hello u olls semua,

Siapa hari tu sempat pi tengok akak berlakong sebagai Mrs.  Rochester dalam teater Jane The Musical di Dewan Budaya?  Sapa yang duduk Penang tapi tak mai tengok...u olls rugi sangat.  Teater ni memang fun dan menyeronokkan untuk di tengok.  Tiada falsafah tinggi tinggi dan yang terpulas pulis.  Sebuah cerita ala-ala romantic Disney yang cliche tapi sangat sangat tidak boring untuk ditonton lagi.

Macam mana dapat offer?
Seperti biasa,  Azhar Jalil (pengarah Kasanova) yang menjemput akak.  Invitation datang pada awal tahun ini.  U olls maybe teringat dalam post ini  :  Jemputan Rasmi untuk berlakon dalam teater Jane The Musical

Bergambar bersama Datin Noraizan,  isteri kepada VC USM.


Click Read More

Watak Mrs. Genevieve Eva Rochester?
Seperti yang u olls tahu,  teater ini dipentaskan dalam Bahasa Inggeris.  BI akak bukanlah hebat sangat u olls.    Tapi kalau simple conversation English tu bolehlah. 

Watak Mrs.  Rochester ini adalah sangat sangat penting dalam cerita ini.  Dia adalah seorang wanita paling kaya di kota London.  Anak beliau,  Edward Van Rochester III adalah seorang playboy yang sangat membuatkan Mrs.  Rochester hidup tak tenang dengan gosip gosip liar dan serangan paparazi.

Gitu muka akak raplah.....kerlas kan akak menghayati watak?  HAHAHA

So,  one day....Mrs.  Rochester dah tak tahan sangat dengan perangai party party anak dia.  Dia pun lantik seorang gadis biasa biasa bernama JANE (plain Jane..hehehe ) untuk menjaga dan menjadi mata-mata untuk dia.  So tugas Jane kena pastikan rumah Edward dah takdak party party lagi dan dia tak over over bawak perempuan ke rumah.

Tapi...tak tau macam mana ka...akhirnya...Jane and Edward jatuh cinta....awwwww.....

Begitulah kisahnya.

Kerlas kan akak?  HAHAH muka very fierce ni.  

So bukan mudah nak membawa watak Mrs.  Rochester seorang wanita kaya yang kekwat tapi baik hati.  I pulak...mana la tau nak buat accent accent London yang bunyi macam sombong sombong tu.  HAHAHA.  So i pun minta tolong Azhar untuk masalah saya ni.

Scene perkenalan antara Mrs.  Rochester dan Jane.  Meletops betis akak......sebesar dahan pokok.

So Azhar kata,  "Okay...Kak Jumie tak payah nak London sangat.  Kak Jumie jadi orang Malaysia yang kahwin dengan mat salleh British yang sangat kaya raya.  So semua orang macam cakap English betul.  Kak Jumie saja boleh cakap English ala-ala Rossie dalam Phua Chu Kang,"  

Kerlassssssssssssssss!! Maka lahirlah Mrs. Genevieve Eva Rochester hasil insterpretasi saya sendiri.  HAHAHA.  Saya rewrite script saya dan tunjuk kat Azhar.  Watak ini lebih komedi u olls.  And dia sangat setuju dan membuat tambahan yang meletops untuk mem-broken-kan lagi Bahasa Inggeris saya.

Antara line paling meletops "OOOOOOO....That's why she tolded me just now that u are a horibel boss,"  Gituuu tolded.   Kena sebroken sebrokennya..

Antara highlight watak akak adalah,  setiap kali akak keluar atau masuk pentas (scene) akak akan masuk dengan iringan lagu GABAN.  HAHAHAHA.  Sapa beranak tahun 80an akan tau katun Gaban tu apa.  Pastu akak juga akan masuk dengan 3 orang bodyguard.

Nak dijadikan cerita,  pada pementasan terakhir,  budak budak soundman telah membuat celaka kepada akak.  So....akak pun tunjuk sign yang akak nak keluar pentas.  Sekali depa pasang lagu DOREMON!!  HAHAHAH memang celaka nohorom.  Akak atas pentas tahan nak tergelak saja.

Nanti i olls akan upload video scene lakonan i olls dalam Youtube and Facebook.  U olls tunggu okay.

Scene akak jatuh diserang oleh para PAPARAZI.


Feedback daripada rakan-rakan dan orang ramai?
Alhamdulillah........semua orang puji dengan lakonan akak.  Depa kata akak sangat sangat lawak and depa rasa tak puas kenapa akak tak keluar lagi pada scene terakhir.  Thanks u olls semua  akak ini hanya pelakon  tambahan....akak bukan watak utama.

Takpala...ampa doa doa la.  Mana tau,  lepas ni ada orang offer akak jadi pelakon utama ka pulak.

Tapi kalau jadi pelakon utama pun...kalau ampa tak mai tengok akak belakon tak best jugak.


Satu tweet yang akak stalk.

Zarina,  kawan daripada zaman Senjojes.  Tak sangka beliau mai tengok akak mai belakon teater ni.  Thanks wehs sebab mai.

Pendapat i olls sendiri?
Pendapat saya,  saya sangat bangga bila orang puji saya.  HEHEH sapa tak bangga u olls bila kena puji.  Rasa sangat puas hati kerana mendapat feedback yang baik dan memberikan nama yang baik kepada pementasan Meow Meow Production.  Tapi seikhlasnya,  i olls rasa sangat selesa apabila berada di pentas kali ini sebagai Mrs Rochester berbanding sebagai Regina dalam Kasanova.  Setiap langkah and pergerakan tubuh badan akak...akak dapat buat dengan selesanya.

Mungkin pengalaman yang telah di berikan dalam pementasan teater yang lalu membuatkan akak lebih yakin dengan diri sendiri.


Keunikan Pelakon Pelakon Lain?

Dr. Mumtaz Begum
Beliau adalah pensyarah di PP Seni USM dan juga merupakan Pengerusi Rancangan bahagian Lakonan dan Pengarahan.  Penglibatan beliau dalam teater ini amat i olls kagumi.  Simple person and NO DEMANDING u olls.  Walaupun beliau level pensyarah,  tapi dia datang semua senyap senyap and bersiap sedia sendiri.  Tidak bising bising dan mengganggu produksi.  Sikap profesional yang harus kita semua tauladani. Oh ya...beliau berlakon jadi watak jahat.  Hehehe....ibu tiri Jane.


Murshid
Murshid berlakon sebagai John Reed,  anak Dr.  Mumtaz.  Watak beliau sikit tapi beliau tetap berjaya menampilkan ciri ciri mangkak beliau.  Cayalah Murshid.  Dah bertunang dah lani.



Farah Mesri
Farah adalah bekas pelajar Convent Green Lane,  antara 3 pelajar / pelakon asal Jane The Musical yang pernah dipentaskan sebelum ini.  Beliau adalah JANE dalam cerita ini.  Tahukah u olls,  akak dan Farah tak pernah jumpa sampailah hari kami buat full dress rehearsal.  HAHAH...sebab hari yang akak mai prektis,  beliau pulak tak boleh mai.  Sama juga akak dan kawan kawan pelakon lain.  Tapi alhamdulillah....semuanya berjalan lancar.

From left,  Muhanis,  Azhar,  Farah,  Madoka and Jacky.


Muhanis Mesri
Muhanis ataupun kami panggil dia Moha adalah pelakon watak Simone,  pembantu Edward.  Tahukah u olls,  beliau dan Farah Mesri adalah adik beradik. Haaa!!

Vanneeda Keowmang
Gadis kacukan Siam ini bertindak sebagai pelakon dan juga pengarah bagi teater ini.  U olls tau tak? Tak salah akak beliau dapat 9A untuk SPM yang lalu.  Gila meletops.  Bukan sahaja boleh berlakon dan mengarah,  malah beliau seorang yang boleh bermain piano.  Beliau berlakon sebagai Helen,  kawan baik kepada Jane.  Akak sempat berlatih bersama-sama beliau,  masa mula mula dia jumpa akak dia kata "Woww....u are really Mrs Rochester," HAHAHA...mesti dia kagum tengok kemantapan tubuh badan akak.
Vaneeda yang meletops.

Madoka Haga
Madoka Haga berlakon sebagai watak Miyoko,  pembantu rumah Mrs.  Reed.  Beliau adalah pelajar pertukaran universiti daripada Osaka Jepun ke USM.  Very sweet lady.  I like her.

Jacky Ashkin
Haa....dalam teater ini.  Akak ada scene bergaduh dengan perempuan ini.  Dia memegang watak Ms.  Scatcherd  iaitu bekas boss Jane yang sangat jahat.  Ramai yang kata "Kami tak faham dia cakap apa kak Jumie,"  Yelah u ollsl!  Ampa tak faham sebab English dia American u ollls!! Very the bergulung gulung accent beliau.  Tapi akak sangat respek dengan kebolehan dan keyakinan gadis 16 tahun ini.  YES 16 tahun u olls.

Azhar Jalil
Terima kasih kepada Azhar kerana bagi kepercayaan kepada akak.  Akak first time tengok Azhar jadi watak lawak adalah pada segmen selingan Bintang USM 2013 yang lalu.  Watak Azhar dalam Jane The Musical ini adalah sangat sangat annoying pada mulanya,  tapi di akhir dia jadi seorang yang sangat baik dan sweet.  And also funny.

Solihin Razak
Penyanyi miming GANGNAM STYLE dalam scene transformation...........dianilah PRODUCER kita.



Adik adik Penari dari SMK Bukit Jambul
My tall respect kepada semua adik-adik daripada SMK Bukit Jambul. Dalam masa tak sampai sebulan,  depa boleh hafal semua step tarian yang dipersembahkan dalam teater ini.  Respect respect respect.  Tapi akak sedikit sentap ya dengan adik adik ni semua,  sebab depa semua nenjiaaaaaaaaaaaaaa............pakai hemfom mahai mahai.  Meletops budak sekolah lani.


The Bodyguard
Erin,  Along and Mimi bertugas menjadi akak punya bodyguard.  Bukan saja bodyguard atas pentas.  Malah belakang pentas.  Siap tolong tukar baju and pasang microphone bagai.  Memang they olls adalah orang yang bertanggungjawab membuatkan akak lebih meletopsss!


Harapan?
I olls berharap agar u olls semua datang tengok apa-apa sahaja teater yang akak berlakon lagi pada masa hadapan.  Itu sahaja.  HAHAH sekian!

ps/  All the pictures taken during pementasan Jane The Musical  :  Jane The Musical

Love u olls semua,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...