22.4.13

Pengalaman Jadi Make Up Artist untuk Persembahan “Mahabarata-Revisited”

Hello u olls,

Cepat sahaja masa berlalu,  hari ni kita dah masuk bulan ke 4 untuk tahun 2013.  Banyak benda yang telah kita semua lalui.  Samalah dengan akak.  Ada benda yang berlaku seperti yang dirancang,  ada juga yang berlaku tampa dirancang.  Tapi semua aktiviti yang berlaku,  alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik.

So akak akan cuba untuk cerita semuanya untuk tatapan u olls semua.

Pada Mac 2013 yang lalu,  akak telah berkesempatan untuk menjadi Make Up Artist untuk persembahan “Mahabarata-Revisited” di Panggung Pelenggang Cahaya,  USM.  Pementasan ini adalah persembahan kedua yang telah dilakukan di bawah bimbingan Dr.  Mumtaz Begum daripada Pusat Pengajian Seni,  USM.


Persembahan teater tarian ini disertai oleh para pelajar daripada segenap USM.  Not only from PP Seni,  komunikasi ada....sains kemasyarakatan ada dan macam-macam lagi.  They olls semua kena lalui audition dan sebagainya untuk melayakkan diri mereka membuat persembahan meletops ini.

Persembahan teater tarian ini menceritakan epik agung negara India yang menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu,  kasih sayang antara anak-anak, pergaduhan antara dua keluarga bangsawan dan juga percintaan dan pengorbanan.  Kisah ini disampaikan dalam bentuk tarian but not in classical Indian dance,  tapi ada tarian modern,  Silat serta memasukkan elemen elemen pergerakan Yoga dan Pilates.  MELETOPS ya.
Click Read More



Apa itu Mahabharata?
Dalam Bahasa Sanskrit, Mahabharata bermaksud "the great tale of the Bhārata dynasty".  Siapa-siapa yang belajar ilmu sastera ni pastinya akan kena belajar pasai cerita epik ini.  Akak pun tak mau la cerita panjang-panjang kat sini u olls.  Nanti tersilap fakta pulak kan?  Tapi u olls haruslah rajin-rajinkan diri pi baca kat sini  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Mahabharata
Cerita dalam Pementasan  “Mahabarata-Revisited”?
Kisah epik ini memang panjang u olls.  Ala-ala cerita Tamil and Hollywood la u olls.  Harus ala-ala kisah persengketaan 18 tahun antara Nilambaree Aunty and Padaiyappa.  HAHA.  Tapi dalam pementasan Teater ini,  Dr.  Mumtaz hanya mengambil babak-babak penting daripada epik asal.

Akak nak je cerita pasai kisah ringkas tu kat sini.  Tapi satgi takut salah fakta pulak.  Tapi takpala...akak terai tulis secara simple habis kat sini.  Kalau salah,  ampa pi la cari info sendiri.  Kisahnya tentang pergaduhan antara dua keluarga bangsawan bersaudara iaitu Pandavas dan Kauravas.  Macam mana depa punya duk bergaduh,  last sekali...depa baru tau bahawa depa ni actually adalah sekeluarga.  Mak yang sama...tapi bapa lain-lain.  Yes...something like that.

Akak faham cerita ni.  Akak tengok dua kali kot u olls.  Tapi tula....sorry sangat sangat....disebabkan otak akak ni tak berapa nak ingat.  Kena makan kismis banyak sikit ni.

Make Up Session
Tapi apa pun,  akak sangat sangat happy sebab berpeluang untuk mai mekap lagi buat kali kedua.  Thank you to Dr.  Mumtaz sebab memberikan kesempatan ini.  And of course to all the dancers dalam pementasan ini,  walaupun tak dapat nak spend time banyak banyak dengan u olls semua tapi u olls semua memang best and sangat sangat ceria alam (yelahhh...sampai kena maki dengan Dr.  Mumtaz banyak kali ya...sebab kita duk sembang jee...mekap jadi lambat...LOL).  Tapi saya harap sangat pada masa akan datang,  kita start make up at 3pm.............not 630pm :)

Itulah sahaja cerita ringkas daripada akak tentang pementasan ini.  Hopefully u olls datang tengok pementasan teater tarian seperti ini next time kalau akak iklankan.  Something different! Akak sangat beruntung dan rasa happy sebab kita dapat belajar sesuatu yang baru.


My friend Carren Hong Kim Lan,  dia pun MUA juga.

Akak dan seorang photobomber di belakang.

Barang make up yang disediakan oleh PP Seni.

Usha,  student Soc Sc.

Usha,  Kunti Dewi and anak perempuan Dr.  Mumtaz :)
Usha and Draupadi.  Watak Draupadi ni meletops ya...ada 5 suami.  

For more picture  :  Mahabarata-Revisited-A production

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...