3.4.13

Pengalaman Menjadi Penceramah untuk Program Touch Point Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Hello u olls,

Pada awal Mac yang lalu akak telah diberi peluang untuk menjadi penceramah untuk Program Touch Point Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).  AKAK SANGAT BANGGA U OLLS KERANA DIBERIKAN SATU PENGHARGAAN YANG AMAT MELETOPS DALAM HIDUP AKAK INI.  Yelah u olls.....selalunya akak dijemput sebagai penyanyi tambahan sahaja...tiba tiba hari ini akak dijemput untuk memberikan ceramah ya!!! 1 langkah kecik untuk menjadi Oprah Winfrey.  HAHAHA feeling kan akak?  Takpa.  Biarlah ada 1001 impian,  yang penting akak tidak mengharukan hidup sesiapa.

Bagaimana akak mendapat akak mendapat jemput ini?

Terima kasih kepada Melissa Ali,  seorang rakan pembaca blog Jumie Samsudin yang juga seorang staf di Pejabat KEMAS Bayan Baru Penang.  Bila pihak mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat program Touch Point kepada individu yang layak mendapat BR1M,  so antara pengisian program adalah ceramah khas yang disampaikan untuk menggalakkan rakyat untuk MENGUNDI.  Mengundi adalah penting u olls.  Itu tanggungjawab kita sebagai rakyat kan.

Saat yang amat membanggakan.  Akak tak layak pun menjadi penyampai BR1M ini.  Tapi saya amat hargainya.  Dari kiri,  wanita agam berbaju pink adalah Ms.  Melissa.  Lelaki baju merah di tengah adalah En.  Roslan.  Dan hujung kanan yang berambut ala-ala red indian itu adalah akak.  Dengan beg Charles and Keith.  Gituuuu!

CLICK READ MORE



En.  Roslan,  selalu ketua Kemas Bayan Baru,  dia kata kat staf dia semua dia nak cari seorang penceramah muda yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik dan yang pastinya seorang yang 'boleh bercakap'.  Dia pun dah tak mau nak bagi ceramah dah.  Dia kata,  orang pun dah ramai kenai dia.  So nanti orang pun malas dah nak dengar beliau berletiak.

So staf-staf beliau mencadangkan nama akak.  Depa pun promo la kau kau pasai akak kat boss depa ni.

Satu temubual / interview antara saya dan En.  Roslan dijalankan melalui panggilan telefon.  Lepas sembang-sembang,  En.  Roslan terus setuju untuk berikan bukan 1,  TAPI 3 SLOT ceramah kepada akak.  WOWWW!!!!  Akak berterima kasih kepada pihak beliau.

Pengisian ceramah very simple - KEPENTINGAN MENGUNDI DALAM GOLONGAN ORANG ORANG MUDA.

Untuk pengetahuan u olls,  ketiga-tiga slot ceramah yang akak kena berucap itu dihadiri oleh golongan belia yang masih belum berkahwin dan mereka semua layak untuk terima BR1M.  2 slot pertama diadakan di KEMAS Bayan Baru.  Manakala slot 3,  diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Baru Sungai Ara.

Hari pertama di Bayan Baru.............................hahahahahaha akak sangat nervoussss u ollllss!!!!!

Akak pernah nyanyi depan orang.  Dah pernah berlakon depan orang.  Pernah korek hidung dalam kereta dan ditengok oleh orang yang duk drive sebelah kereta akak.  Tapi akak rasanya tak pernah bagi public speaking kepada crowd seperti ini.

Mungkin pernah dalam tugas akak sebagai setiausaha di PP Sains Kemasyarakatan USM. Di mana akak selalu ditugaskan sebagai pengacara majlis ataupun memberikan taklimat kepada pelajar pelajar di school kami.

Tapi,  walaupun duk nervous nervous ni,  akak feeling buat point form sahaja dan akak tulis atas kertas.  Kunon dah cukup dahsyat la u olls.  So daripada point form ini,  akak ingat akak akan terus goreng je nak cakap apa pun.

Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekali.....bila tengok muka muka yang dengar taklimat tu ala-ala very the kekwat lagu mana ka...macam nak dengar tak mau dengar ja.  HULLLOOOOOOOOO.....Teruih darah gemuruh menyelubungi tubuh akak.  Tiba tiba......kertas catatan akak............TERUIH JADI PUTIH.  Apa benda akak tulis pun akak dah tak tau nak baca.  Pada ketika itu,  otak akak seolah-olah berbisik kepada akak "Sekali dia tulis ARABBBBBBBBBB!!  Wal fadang fasirun.  Tak a du dil pokok kayuwil...panas hutari kukkk!"

HAHAHAHHA so pengajaran daripada hari pertama.  JANGAN DUK BUAT TERROR TULIS POINT FORM SAHAJA.  Tulissssssssssssssss whole speech and baca terus dengan tonasi suara yang betul sepanjang pemberian PUBLIC SPEAKING ITU.

Kepada anda-anda yang baca blog akak hari ini  dan u olls adalah insan yang terpaksa dengar ucapan akak pada hari pertama itu,  akak minta minta minta minta maaf.  Akak memang merapu pada hari pertama itu.  HAHAHHAHA

Hari kedua,  lesson learnt.  Akak amik sedikit masa untuk type semua the whole script ucapan akak.  Daripada pembuka kata,  ucapan terima kasih,  isi isi isi dan akhir sekali penutup.  And akak type in masuk dalam IPAD.  GITUUUUUUUUUUU!! So hari kedua akak mai dengan bawak Ipad.  Nampak sangat korporat u olls.  HAHAH.  Takdak la bawak bawak kertas macam orang dulu dulu.

So akak pun mulakan membaca teks ucapan akak.  Alhamdulillah,  Melissa dan kawan-kawan semua puji dan kata "Hari ini dengar lebih lancar dan bersemangat!"

I am so happy.    So jemput baca teks ucapan akak.  Ini adalah satu penulisan yang ikhlas dan berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri.  Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.  Pandangan dan juga komen anda semua,  saya hargai.


Speech ahad,  3 mac 2013 
Bismillah, 
Terima kasih puan pengerusi majlis,   
Yang saya hormati ....,   
Tuan/ puan yang berada di dalam perhimpunan kecil kita hari ini. 
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh 
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesudian tuan puan untuk meluangkan masa bersama sama kami.
Pastinya tuan puan mempunyai pelbagai agenda yang perlu dilakukan pada malam ini.  Tapi izinkan kami untuk mengambil sedikit masa bersama tuan puan semua untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat penting dan mungkin juga sebagai satu peringatan antara kita sesama saudara sebangsa dan seagama. 
Tuan tuan dan puan puan, 
Tentu tuan puan tertanya tanya,  sapa perempuan gagah perkasa ni nak mai cakap banyak lagi pulak??  Aku nak mai ambik aku punya cek BR1M saja.   
Oleh itu,  sudilah sekiranya saya perkenalkan diri saya. 
Dilahirkan pada 29 mac 1985 di kedah darul aman.  At 3 years old,  kami seisi keluarga balik ke penang and menetap di kebun lama,  dato kramat. 
Saya mendapat pendidikan awal di sk dato kramat,  kemudian di st george girl school.  Lepas tu sambung buat diploma di polisas kuantan,  dan bertugas sebagai setiausha di usm.   
Selain bertugas sebagai setiausaha,  saya juga merupakan mak andam moden pada hujung minggu.  Perniagaan part time saya sebagai make up artist telah pun menjangkau 5 tahun.  Alhamdulillah. 
Selain minat make up,  saya juga minat menyanyi.  Yang ni memang saya minat sejak kecil.  Dan minat saya ini,  dah bawa saya ke merata tempat.  Walaupun saya tak jadi artis macam situnurhaliza la...tapi setakat ni saya dulu adalah peserta top 70 dalam malaysia idol 1.  Lepas tu,  ada la menang banyak pertandingan di malaysia dan penang especially.  Tapi lani,  dah kerja saya banyak nyanyi for usm and penang state.  Insya allah bulan 4 ni,  saya akan ke australia untuk buat persembahan untuk orang melayu di sana. 
Selain itu,  saya juga merupakan seorang blogger.  Tapi blog saya taklah hebat mana.  Dan kalau tuan puan rasa saya ni ,.....mesti blogger politik ...sebab tu saya dijemput di sini. 
Jawpaammya tidak,  saya hanyalah blogger wanita yang banyak bercakap tentang fesyen,  kecantikan,  masalah keluarga,  resepi dan persediaan perkahwinan.
Tapi kenapa saya yang dijemput untuk berucap malam ini? 
Saya dijemput untuk berucap pada malam ini signifikannya adalah kerana saya tidak mewakili mana mana parti yang bertanding pada pru akan datang dan saya ditugaskan untuk memanjangkan peringatan kepada tuan puan tentang pentingnya untuk melangsaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia iaitu mengundi,   
Tuan puan dan puan puan sekalian, 
Bulan ini insya allah,  saya akan menjangkau usua 28 tahun.  Dan insya allah saya tahun ini,  saya akan mengundi buat kali kedua.
Pada usia saya 21 tahun,  saya ingat lagi.  Masa tu saya dah kerja,  dah pegang duit sendiri,  menyewa rumah sendiri,  saya sangat bangga sebagai saya seorang wanita muda yang independent masa tu.  Kalau buat besde parti.....kek bentuk kunci.
Selalunya mak mak kita,  kalau kita dah kerja ni apa depa nak tanya???   
Sapa tau???
Bila nak kawen?
Tapi bukan mak saya.  
Masa tu mak saya pesan saya,  jangan lupa pi daftar sebagai pengundi.  Mak saya bukan main main.  Tapi cara dia pesan tu memang siries.  Pesanan daripada seorang wanita dewasa kepada seprang wanita.   
So saya pun mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos yang berdekatan.  Tak lama lepas tu,  tibalah masa pru 12.  
Masa tu,  saya ikut kawan kawan sekampung semua untuk join sebagai peraih undi untuk team puteri umno bahagian jelutong..........(sambung cerita secara spontan mengenai pengalaman jadi peraih undi di mana masa itu BN kalah dalam PRU 12.  Tapi dalam mesyuarat Puteri UMNO Jelutong,  bagaimana saya luah perasaan tak puas dengan ahli puteri sendiri yang semuanya ekcited gila jadi petugas di meja meja peraih undi UMNO tapi depa sendiri tak pi mengundi) 
Cerita saya dan pengalaman saya ini menunjukkan betapa pentingnya mengundi.   
Tak guna kita bergaduh gadah sokong mana mana parti.   
Tak guna kita emosi apabila bercakap parti mana yang salah dan parti mana yang betul... 
Tak guna kita pi masuk perhimpunan sana sini.... 
Kalau kita kita sendiri sebagai rakyat malaysia yang layak mengundi.....tidak mengundi. 
Tuan tuan dan puan puan sekalian, 
Saya berjanji tidak akan bercakap lama malam ini,  tapi izinkan saya untuk mengajak tuan puan sekalian untuk fikirkan sejenak tentang perkara ini.   
Sumbangan BR1M yang disalurkan oleh kerajaanersekutuan kepada rakyat yang berkelayakan adalah satu suntikan ekonomi kepada kita semua.  Saya harap tuan puan,  gunakan suntikan ekonomi ini ke jalan yang munasabah dan memberikan manfaat yang berguna untuk diri sendiri. 
Seperti yang dipesan semalam,  bila dapat duit ni,  jangan lupa kat mak bapak kita.  Depa mungkin tak minta duit kita tu,  tapi jangan la dapat duit ni,  hilang dua hari.  Apa jadi tak tau la...Dua ratus lima puluh ni boleh buat macam macam..... 
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa brim ini adalah satu sogokan kerajaan yang ingin meraih undi kita sebagai rakyat.  Bagi saya,  brim bukan satu umpan.  Brim sebenarnya adalah hak kita sebagai rakyat. 
Sama seperti hak hak kita yang lain,  hak untuk mendapat pendidikan,  peluang pekerjaan,  peluang untuk berniaga,  boleh membuat pinjaman dan beli rumah dan kereta sendiri..... 
Dulu kita tak terbayangkan tentang kemewahan untuk bawak kereta sendiri.  Dulu dalam kampung,  sapa ada kereta kita dah kira anggap sungguh kaya dah.  Tapi lani,  satu family ada 3 biji kereta.....biasa la tu.   
Sebab itulah tuan tuan dan puan puan,  kita kena hargai dan maintain apa yang kita ada sekrang iaitu hak sebagai rakyat memilih pucuk pimpinan yang tepat dan betul untuk menerajui kita agar terus hidup dalam aman damai,  stabil ekonomi dan kelestarian anak bangsa. 
Tuan tuan dan puan puan, 
Kepada tuan puan yang masih belum mendaftar sebagai pengundi,  its okay, please daftarkan diri anda secepat mungkin dan harapnya tuan puan berkesempatan untuk mengundi pada pru akan datang.  
Bila balik hari ini, sebelum tidur,  fikirkanlah apa yang kami kongsikan hari ini kerana hak tuan puan sebagai rakyat.....telah diterima...oleh itu....kenapa tanggungjawab tuan puan....tak langsaikan lagi?  Jangan tanya apa yang kerajaan boleh buat untuk kita,  tapi tanyalah.....apa sumbangan kita kepada sistem politik dan pentadbiran kerajaan? 
Akhir kata,  tak kisahlah siapa pun kita,  melayu boyan,  melayu jawa,  melayu banjar,  melayu mamak,  melayu serani,  melayu burma,  apa pun...janjinya kita tak  jadi melayu mudah lupa.   
Bila kepala dah kena celop,  baru nak cungap naik ternganga.  Orang dah maju ke depan,  kita duk jadi kurunggu kat sebelah yang hanya tau mengata.   
Sekian,  wabilahitaufik wahidayah wasalam.


Okay,  ini pula antara gambar yang sempat dirakamkan masa program hari kedua di Bayan Baru.

Pembuka kata oleh En.  Roslan.  Muka akak fierce kan masa ni?

Akak ketika menyampaikan ceramah yang very brief iaitu 15 minit sahaja.

Nenjiaaa butang macam nak terbukak dah.  Tapi jangan risau,  saya pakai inner ya.  Tapi memang nampak ser kan dalam gambar macam ni.  

Jemputan yang hadir pada program ini.  
Akhir kata,  sekali lagi thank you untuk semua yang terlibat dalam program ini.  Satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya.

Love,
Jumie Samsudin

7 comments:

  1. kelass. kali ni kali ke-3 saya akan mengundi. huhaaa

    ReplyDelete
  2. thanks jumie..heheheh wanita agam baju pink xtahan tu...hahahahah wany sentap dah jumie x sebut nama dia..hahahha...apa2 pun kami bangga sebab jumie sudi kerjasama dengan KEMAS BAYAN BARU....

    ReplyDelete
  3. congratz, nanti bleh la plak kami panggil mai bagi ceramah kat balik pulau, kekeke, kemas balik pulau plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...tapi janganla suruh kami ceramah pasai politik ataupun agama. Motivasi ka boleh :)

      Delete
  4. sukak tang butang baju tuh.. kalau dia boleh jerit kompom horror gila jeritan butang itu... kahkahkahakah...

    ReplyDelete
  5. Hurmm lokasi dah dekat ngan umah aku... Tapi aku tak pi pon sebab aku tak layak dapat br1m... Hahahhh...!! Mengundi kali ni pon aku kali ke-2 mengundi jugak... Elok je umo aku cukup 21 dulu, arwah ayah aku ajak p daftar mengundi kat umno cawangan kg baru sg ara tu... Masa tu sengal2 aku bleh p tanya dia, awat aku takleh daftar kat pejabat parti lain je? Hahaha... Sengal kot... Dia rileks je cakap, sebab dia nak p tukar alamat umah/pusat mengundi jadi sekali harung bawak aku p situ, senang setempat ja... Aku pon pasrah je lah...

    Time mengundi dulu tu, aku kelam kabut balik penang naik bas... Cekik darah jugak tiket bas dari kl time tu... Dari biasa2 rm32-35 naik teruih jadi rm45... Tapi aku bangga la mengundi time tu... Hahaha... Sebab brapa kali depa dok tegur aku, betui ka cukup umoq nak mengundi ni... Hahaha

    ReplyDelete
  6. Hang crita pasal baju, bos aku pon bila tengok aku baju aku (butang nak tebukak) tangan dia automatik akan pegang butang baju dia bahagian perut, trauma kata nya tengok aku. Haha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...