8.4.13

Personaliti Bulan Mac 2013 | Danny Harmizi a.k.a Manyara Serafina

Hello u olls semua,

Seperti yang dijanjikan,  akak membawakan seorang lagi personaliti untuk u olls kenal.  Beliau adalah kawan saya.  Beliau adalah seorang LELAKI.  Bukan TS ataupun mak nyah.  Tapi beliau pernah masuk pertandingan ratu kecantikan mak nyah.

Akak pasti,  u olls semua tak faham konsep ratu cantik maknyah yang diadakan di negara kita secara senyap senyap.  Pihak media especially HARIAN METRO selalu buat laporan yang membuak-buak overnya.  Melabelkan aktiviti ini sebagai satu program yang meruntuhkan moral masyarakat kita.  Tapi hakikat,  banyak lagi aktiviti dan juga persembahan umum yang dijalankan di dalam negara kita yang boleh menjuruskan kepada keruntuhan moral.  Itu untuk u olls fikirkan sendiri dan akak tidak mahu menambah nambah kisah di sini.

Seperti yang kalian semua tahu,  (sapa yang selalu baca blog akak) akak selalu mengexpose mengenai hal hal LGBT.  Akak dah biasa dicop sebagai ahli neraka dan hidup dilaknat Allah hanya kerana niat akak untuk mendekatkan u olls dengan golongan ini.  Salah betul bukan tugas kita.  Tapi,  akak nak kita semua KENAL dan betul betul FAHAMI dan HORMATI.

Rata-rata u olls semua masih tak faham,  what is gay?  What is transexual?  What is transgendered?  What is cross dresser?  What is drag queen?  Harus u olls semua tahu bahawa bukan semua gay adalah pondan.  Bukan semua pondan adalah gay.  Bukan semua TS pernah jadi drag queen.  Bukan semua drag queen adalah mak nyah.  Dan pastinya u olls mungkin tak tau bahawa adalah lelaki straight adalah cross dresser.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAA confuse kan?

Oleh itu,  akak perkenalkan...Personaliti Bulan Mac/April 2013

Danny Harmizi

vs

Manyara Serafina

Hari ini kita akan berkenalan dengan Danny Harmizi.

Jejaka berusia 30 tahun ini adalah kelahiran negeri Pulau Pinang.  Membesar dan bekerja di Penang juga.  Pada hari hari kebiasaan,  beliau adalah seorang lelaki.  Tapi beliau pernah memasuki pertandingan ratu cantik mak nyah.  Penceritaan hari ini tidak terdapat dalam mana-mana majalah ataupun surat khabar lain.  Tiada perselindungan.

Harap u olls semua buka mata dan lihat,  kenapa ada penganjuran seperti ini?  Kenapa mereka minat untuk sertai pertandingan ini?  Bagaimana persediaan mereka?  Siapa mereka yang memasuki pertandingan ini?

Blog Jumie Samsudin menyingkap kisah ini.


Click Read More




Jumie Samsudin : Sejak bila u olls terpikir untuk masuk pertandingan ratu cantek maknyah? Ceritakan maybe the first time u tengok show.

Sebenarnya semua bermula masa  I olls dilanda kegawatan dan tak dak kerja.  I think year 2005 cam tu kot.  Pastu  I kenal satu kawan yang teramat mulia hati dia offer  I untuk jadik back up dancer.  I memang boleh menari dan suka menari sejak di zaman sekolah lagi.  So,  mula-mula tu menari sebagai lelaki la. After a while,  bila drag queen tak cukup nak buat show,   kawan  I nie offer la untuk buat show drag.

Mula-mula tu  I memang takut gila sebab tak pernah berlagak dan feeling women kat atas stage.  Apa lagi nak make up bagai. Konfiden level memang takdak.  Tapi after my fren yakinkan,  yang kami semua buat ni ,  bukan nak melacur carik duit,  just nak cari duit dengan hiburkan orang ja.  Jangan tak tau,  peminat drag queen ni banyak.

Tapi,  sebelum  I bermula mendragkan diri buat show,  I dah terlebih dahulu bertanya kepada arwah ayah I, “Takpe ker kalau nak buat cam nie.”

Bapak  I bagi satu line ja. "Hang bukan buat benda tak elok. Hang carik duit saja. Takpa kalau kena tangkap,  aku pi jamin."  Haaaaaa. Itulah yang bapak I olls kata.   My mom very open.   Dia tak kisahlah.   Sebab dia tau anak dia ni memang lagi suka la nak make up ni suma kan.

So begitulah bermulanya pengalaman i menjadi drag queen.



Jumie Samsudin : Wow...yang tu buat show.  So macam mana pula u boleh masuk pertandingan ratu cantik drag qeen pula?  Apa niat dan impian u masuk pertandingan ini? 

Masa tu  I masuk takdak niat nak menang dalam yer. I nie rookie(checking out).  Malam nak layan contestant bernama Ratna Sandra dan nama-nama lain yang hebat.  My intention was simple.  I want to feel how the flow of the event sebab  I memang minat gila dengan all the chaos masa backstage.   All the rehearsal  Quickchange dah macam-macam lagi lah.

Pastu masa 2011  I masuk pertandingan Miss Two Faces Universe di Kuala Lumpur.  Event memang grand giler. Siap wat kat hotel 5 star lagi. Yang jadik judges plak bukan calang-calang orang, ada Natasha Hudson, Riezman Ruzaimi dan beberapa model dan selebriti di Malaysia ni. But  I memang terkejut dengan sambutan orang seni untuk upacara tu. Terus  I rasa cam diva South Afrika di pentas Miss Universe.

Me and Ms.  Natasha Hudson.


Jumie Samsudin : Berapa kali u olls pernah masuk pertandingan ini so far?   

Kalau nak ikut.  Event yang kecik tu banyak la jugak. Antaranya superstar wanna be. I olls jadi Whitney sebab kawan kata  I miming meletop. Harus ka tak meletup kalau dah lagu-lagu diva lagenda.  Pastu ada jugak  I masuk Halloween la. Yang besar tak pernah until 2011.


Jumie Samsudin : Macam mana u bersiap untuk masuk pertandingan ini?  Yuran?  Persediaan mental / fizikal? 

Untuk 'adik-adik' yang feeling nak masuk pertandingan ratu macam ni,  saya nak ingatkan ya......pertandingan seperti ini memang menggunakan duit yang banyak.  Oleh itu,  kalau nak masuk pertandingan macam ni,  buat persediaan betul betul.  Jangan malukan diri sendiri.

Untuk pertandingan Miss Two Faces Universe tempoh hari,  overall  I spend almost 5 k jugak.  Logistic, bawak supporter,  banyak make up artist.  Sebab  I want all to be in the nicest manner.  I nak national costume yang meletop.  Dress yang meletop rekaan Shanell Harun yer ….… and of cos la.

Jumie Samsudin : Adakah family u olls tau u masuk pertandingan ini? 

First depa tak taw. After i dah balik daripada pertandingan tu,  baru i share semua experience I with my family.  Poster yang  I olls simpan menjadi bukti kepada mereka.  I olls tak pernah takut pun kalau my family taw. So far,  masa kat event tu,  my anak saudara is one of my biggest supporter. Sanggup mai dari Sepang ke KL sebab nak tengok Uncle dia atas stage.

My family sentiasa tahu dan hormat minat i dengan aktiviti macam ni and mereka tak pernah kritik.  Saya sangat hormat dengan cara family saya.

Jumie Samsudin : U olls tak rasa malu ke masuk pertandingan ini?

MALU.  Tak pernah ada dalam diary hidup.   Sebab  I memang suka naik stage. Sebab bila  I kat atas stage tu.  I rasa macam im a different person.  Nak jadi apa pun boleh time tu. Ala…cam Beyonce feeling Shasha Fierce.  I olls feeling Cik Kiah Fierce ja.

Manyara Serafina
Miss South Africa 
Miss 2 Faces Contest


Bersama peserta daripada Indonesia,  Ratna Sandra.


Jumie Samsudin : Apa reaksi kawan-kawan/ family bila tau u olls masuk pertandingan ini? Negative?  Positive?  Ceritakan.

Kawan-kawan yang rapat ngan I suma bagi sokongan 100 percent.

I memang takkan boleh balas all the support masa tu. Even yang staff from my previous employment pun support gila kot. Sebab tu  I dalam tak rasa cam ada anasir negative. Even kalau ada. Maybe behind my back. Yang tu  I tak tau. Sebab  I ni kalau nak buat someting.  I trus buat aja.

Bersama Jumie Samsudin.  Supporter kuat ke pertandingan ini.


Jumie Samsudin : Apa pendapat u olls bila tengok akhbar dan juga majalah tabloid duk sensasikan pertandingan ratu cantik ini.

For me. Lets keep an open mind about this. Contest ni memberi hadiah yang amat lumayan yer. Kalau beauty pageant yang perempuan perempuan biasa selalu masuk. For me,  it was just a form of entertainment. Tabloid ni nak jual paper/magazine diaorang ja.  Maybe depa kena sekolah balik kot. Kat mana buruknya.

Kalau dari segi agama, yes adalah salah.  Sebab lelaki pakai sebagai perempuan.  Tapi look at it as an entertaiment la. Kalau pak lawak dalam Maharaja Lawak boleh pakai perempuan and no one says anything about it?  Even ada satu rancangan yang mana seorang ustaz pun terlibat memberikan input dakwah dalam persembahan lawak itu.

Bagi saya,  surat khabar / majalah / blog /  komen di Facebook...di mana-mana sahaja,  semua orang boleh tulis apa sahaja yang mereka mahukan mengikut pendapat dan nilai mereka sendiri.  Tapi in the end,  semuanya terpulang kepada kita semua untuk menilainya.   Dan bagi saya,  saya anggap ini sebagai satu hiburan dan minat saya.  Tidak lebih dari itu.

Jumie Samsudin : Adakah u olls rasa pertandingan seperti ini menjatuhkan akhlak masyarakat? 

Langsung tidak. Kalau menjatuhkan akhlak,  in what sense. Kat Malaysia ni,  selalu kita dok dengan kebebasan bersuara,  apa lah. Then kenapa pulak ini nak menjatuhkan akhlak.  Benda ni semua terletak kepada nawaitu.  Kalau just masuk,  just nak feel ratu sekali sekala,   apa salahnya. Bila lagi.huhuhuhu


Feeling berbaju kebaya Kota Bharu.

Jumie Samsudin : Adakah semua yang masuk pertandingan ratu cantek ini adalah TS ataupun lelaki tulen yang masuk pertandingan ini sebagai hobi?  

Sebenarnya ada dua kategori. Memang susah nak buat orang dari dunia luar ni nak faham.  Kalau perbezaan drag queen ngan TS pun tak tahu kan.

Sebenarnya,  kalau pertandingan untuk TS, memang semuanya atleast sudah melakukan paling tidak , breast argumentation surgery.  Atau dalam bahasa lain orang kata pondan.

Tapi kalau untuk drag queen,  mostly lelaki yang maybe ada lembut sikit2. Or ada yang memang tak lembut dalam dan sangat kacak dan jantan ya.  U olls jangan terkejut kalau tengok all this guys in makeup. Masya allah…cantik gila.  Bila time jadik laki. Hensem ya amat. Macam  I la. huhuhuhuhu.

Selalunya,  laki yang masuk ni.  Saja suka-suka ja pun.  Nak have fun. Peluang nak menang all the marvellous hadiah tu la.

Jumie Samsudin : U olls rasa kenapa orang tak faham tentang drag queen / mak nyah ini?

Sebab meraka sendiri rasa perkara ini sebagai satu perkara enteng.  Tanpa buat research sendiri,  mereka terus lompat kepada conclusion yang ditulis dalam media masa dan media cetak yang mostly negative.  Cuba kalau tengok maknyah atau drag queen in dari prespektif yang lebih luas.  Apa golongan ni tak membantu menjana ekonomi ka. Hello, jangan tak tau,  golongan yang camgini lah banyak berjaya.  Masa I olls masuk hari tu, ada yang mempunyai kerjaya professional seperti lawyer dan arkitek. Ada cabin krew (pramugara),  ada makeup artis selebriti dan golongan elit kat Malaysia ni okay. So adakah golongan ni tidak menberi sumbangan. Tolong fikirkan.


Jumie Samsudin : Apa saranan u olls kepada kaum-kaum lelaki yang nak masuk pertandingan ini?

Kepada lelaki yang nak masuk. I olls sarankan, you should.  Baru u olls tau macamna susah nak jadik perempuan. Make up kena cantik.  Rambut kena elok-elok.  Semuanya untuk apa. Untuk kaum kita jugak.

Bila u olls masuk, baru u olls tau the amount of energy yang diperlukan just to look good untuk kaum adam ni.  So lelaki boleh rasa apa yang kaum hawa rasa. And for sure  I rasa, barulah kaum adam ni akan lebih menghargai wanita.

Dress designed by Shanell Harun.

Jumie Samsudin : U olls tak takut ke imej u olls tersebar luas dalam blog Jumie Samsudin yang meleps ini? 

I tak takut sebab  I tak rasa  I buat anything yang salah pun.  Lagipun I memang gila glamer.  Nak pulak masuk blog lambang kecantikan.  So kepada komen2 puaka yang maybe akan menjelma.  I olls akan cuba jawab tanpa mengikut emosi ataupun mengikut perubahan hormon.  I olls akan jawab macam Tun M. hahhahahhah.


Soalan-soalan daripada pembaca Blog Jumie Samsudin  :

Hilal Azmi  :  Selain KEPUASAN SENDIRI, apa jenis kelebihan dari segi kewangan yg boleh didapati dri pertandingan ni..

Wow.. Sebenarnya,  contest besar camni hadiahnya lumayan okay.  Winner will get RM 3000 cash.  Pastu ada la dapat cash voucher untuk shopping kat tempat yang best-best.  Dapat juga barangan elektronik / telefon canggih dan sebagainya.  So kalau nak dikira lumayan,  memang hadian cash tu besar.  Saguhati pun RM300 each untuk 10 title.

Selain hadiah-hadiah,  we olls juga berkesempatan untuk dapat kenalan baru (contestant dan juga para event manager) and malah artist u olls.  Pengalaman yang i olls dapat juga adalah lebih bermakna daripada segalanya.  

Bersama pemenang Miss Two Faces 2011.

Nurul Fatihah : Ni bukan insan yang istimewa ya Cik Jumie, tapi bagi saya insan macam ini sangat kasihan. Tolong tanya diorang dah tau benda tu dosa besar yang amat dan Allah melaknat perbuatan diorang tu tapi kenapa still masih taknk berubah? Tak takut ker tak sempat berubah dan mati dalam keadaan yang dilaknat? Memang nak sangat tau jawapan..nanti post k jawapan diorang.TQ

Soalan dia sangat soalan typical.  Kita manusia tak ada hak nak jatuhkan hukuman atau melabel sesiapa pun.  Sebelum nak bertanya,  saya nasihatkan, at leat buat la research mengenai pertandingan tu ataupun pasai drag queen ni.

Apa maksudnya,  kalau pakai kentam kromok ja nak bidas orang.  Silap haribulan,   suami adik or adik lelaki or anak lelaki adik tu tak masuk pertandingan macam tu... haaaaaa..... kalau nak bertazkirah ni saya rasa saya tak layak.  But again... tolonglah jangan sesedap tangan ja nak tapi soalan yang boleh menimbulkan fitnah ke atas sesiapa.  Diri kita sendiri pun belun tentu betui kan...

Dilla Nurul  :  Berapa banyak dia spend untuk major transformed dan maintain cantik.

Sebenarnya soalan ni saya rasa lebih kepada golongan transsexual kot sebab kalau macam saya,  kalau u jumpa kat luar,  confirm u akan kata "Ganasnya tengok mat rempit ni,"

Siries saya tak tipu.  Saya cam mat rempit okay.  So saya takdelah nak berbelanja banyak untuk jaga kecantikan.  Tapi saya jaga kebersihan diri dan kulit macam orang lain,  pakai sabun popinjay.  HEHEHE


Bersama jemputan khas ke pertandingan Miss Two Faces 2011.

Anakpolishutan : Adakah pertandingan ini menerima penajaan dari syarikat gergasi?
YA.  Syarikat gergasilah yang menaja  tapi ini terpulang kepada pihak organizer la nak carik penaja kan.  Kalau tak pandai buat marketing,  buat event apa pun takkan jadi.  Selalunya,  memang big-big company yang sponser..sorry saya takleh la nak bagitau nama company sebab itu adalah sulit.


Anakpolishutan : Macammana mereka meningkatkan/mengekalkan daya keyakinan diri yang tinggi ? Seriously saya sangat cemburu. Stage presentation is big no no for me. lari masuk bilik sembunyi bawah katil. sebab malu. dan takut kalau terkata salah. but for them is like - so easy like eating chicken pie. confident and full of charisma sampai drooling tengok muka (itu exaggerate ya :P) Is there a secret ?

Sebenarnya benda ni simple ja.  Kena mula dengan menyayangi diri sendiri sebelum orang lain sayang kat kita.  Tak gitu dik non?  Kalau u tak sayang apa yang tuhan bagi kat u.  Camnalah u nak konfident dengan diri u.  Sebagai contoh,  u tengok Jumie,  dia sangat konfident dendan apa yang Tuhan bagi kat dia and she doesn't not care apa yang org lain cakap.  That's why,  kalau u pernah jumpa dia,  mesti u akan cakap  "Woooooo,  pompuan ni,  confident gila.,"  

Memang diri kita ni tak perfect.... tapi kita kena sayang apa yang kita ada then keyakinan tu akan terpancar di wajah anda.


Sedang beraksi di pentas pertandingan sebagai Mr.  South Africa.

Sedikit tips untuk anak polis hutan,  berdasarkan pengalaman saya masuk pertandingan ini (naik pentas) mungkin u boleh apply dalam kerjaya / universiti  :

  • Kena be prepared.  Make sure u hafal skrip / ucapan.  Fahami apa yang u nak cakapkan and make sure gunakan bahasa yang ringkas dan paling sesuai dengan percakapan biasa u.  U akan jadi selesa kalu betul betul prepare dengan apa yang u buat.
  • Practiced  : harus praktis praktis dan praktis.  Praktis depan cermin dan cuba buat depan kawan-kawan.
  • Jangan buat kerja last minute.  Dalam pertandingan drag queen beauty contest ni,  persiapan adalah LAMA.  Selalunya kami akan buat preparation 1 tahun awal.  Dari pendaftaran,  schedule persiapan,  baju-baju,  tempahan make up artist,  tempahan eksesori dan sebagainya.  Semuanya kena buat dari awal.  

@rep : Ni soalan i, Pakai make-up jenama apa time drag? MAC Pasar Malam dengan yang kat Mall tu ada beza tak kalau muka dah cantik macam Neelofa?

Masa drag I memang I hire profesional makeup artist dari KL yang mempunyai kepakaran dalam make up gender change.  Tak boleh ambil make up artist yang duk make up pengantin sahaja.  Gender change make up is different kerana mereka tahu bagaimana untuk tukar feature 'lelaki' kepada 'wanita' hanya melalui solekan.  Product adalah original.  Tapi skill itu yang lebih penting dalam solekan.  



Sedang disolek oleh make up artist profesional Ezzad Zikry.

Nur Syifa : Biasanya kalau time nak dekat competition tu...ada ke internal competition antara peserta kat backstage? I mean, ada gak ke yang maki-hamun,main tarik rambut etc? Macam mana handle benda-benda macam tu? Ada gak ke yang sampai jadi kes polis?

Untuk pengetahuan u olls semua,  pertandingan seperti ini walaupun dijalankan secara private,  tapi kadang-kadang ada juga berlaku rusuhan dan checking up daripada pihak Polis.  Tetapi selalunya,  perkara ini akan berlaku kalau ada selisih faham.  Ala biasa la,  pepatah Melayu ada mengatakan rumah dah siap,  pahat still berbunyi.  Mana-mana contest pun cantu jugak.  Tapi berdasarkan pengalaman saya,  takde la kes simbah asid masa backstage suma tu. 

Bersama para peserta daripada Brazil dan Korea.

Sebagai makluman u olls semua,  masa kat backstage kami (peserta) sangat sangat nervous dan dalam keadaan itu kami semua very close and selalu berikan sokongan antara satu sama lain.  Memang best sangat masa tu sebab dapat berkenalan dengan ramai kenalan baru.
Kalah menang adat pertandingan.  Saya tidak kisah pun walaupun saya kalah kerana pengalaman yang saya peroleh itu adalah sangat bermakna dalam hidup saya.  Kalau orang tanya,  saya bangga menjawab "YES...aku pernah masuk beauty contest untuk drag queen!"  Bukan semua orang berani buat macam saya.

Sila tuliskan ucapan untuk pembaca blog JumieSamsudin :

Terima kasih kepada Jumie Samsudin,  my best friend kerana memberikan peluang kepada i olls untuk jadi PBI.  I olls sangat terharu.  Akhir kata,  salam sayang untuk semua pembaca blog Jumie Samsudin and hope u olls semua terus terus menyokong blog yang meletops ini.

10 comments:

  1. waaaa danny, tak sangka ampa yang dimaksudkan oleh Kak Jumie bila dia kata nak buat post tentang drag queen nih. Seriously tak terbayang lansong...

    Paling suka tang "Ganasnya mat rempit nih".. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. well.. kami pun dok pikiaq 48565847554 kali sebelum setuju nak keluarkan artikel ni.. takut jugak sbb org meleisoa ni bukan semua boleh terinma.. kami just nak bagi a bigger picture of live untuk pembaca blog meletop jumie samsudin nieh... tak dak niat nak tumpang glamer.. hahahhahahha

      Delete
    2. bila nak gi karok sama lagi pun tak tau.. hahaha..

      Delete
    3. anytime...hahhahaha.. boleh ajak jumie sekali....

      Delete
  2. Jelesnyaaaa tengok baju ampaaaaaaaaa... Aaaaaaa!!!!

    Eh yg miss segala2 negara tu org malaysia jugak ka atau memang org luar2? Haritu kami mcm confuse sikit... Da tu plak ampa jadi miss south africa...

    Tanak luaskan bakat mcm andrej pejic ke? Pasal... Kami jeles okey tengok baju2 meletops terletak cantek elok kat ampa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually semua orang Malaysia.. kami saja feeling mai dari south afrika..hahhaha.. sebab kami ni kan ala2 tan sikit.. acteli hampa tak payah nak jeles kat kami pown... hampa pun boleh ja nak pakai apa saja yg hampa suka.. as long as hampa confident.. and yg penating selesa.. tapi kadang2... yg cantik tu tak bermakna selesa..huhuhu

      kami nak jadik anrej pejic.. hmmmm maybe tak kowt.. kami kema makeup 10 kati kat muka bru nak Nampak lagu tu.. dia.. pakai blusher ja dah mmg cantik.. huhuhu

      Delete
  3. weiii meletoppssss nya ampaa.... tak tau nak kata laghumana dahh... hensem dan ayu berbaju kebaya gituuu

    ReplyDelete
  4. Tabik.. teringin nak tgok style mcm nie---> http://tokyofashion.com/colorful-shibuya-girl-guy-both-in-skirts/ kat malaysia.. They wear skirts.. and they look hot :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...