4.4.13

Rezepi Simple : Cucur Kuih Bakul

Hello u olls,

Pada CNY yang lalu,  pastinya kita dapat banyak kuih bakul sebagai hadiah daripada kawan-kawan Cina kita.  So u olls tau ka nak makan kuih bakul ni macam mana?  Ada yang makan saja (tanpa masak).  Ada yang kukus dan dimakan dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.


Cerita mengenai kuih bakul ni ataupun orang Cina panggil nian gao,  mengikut kepercayaan orang Cina,  kuih bakul yang melekit dan melekat-lekat apabila dimakan ini dibuat khas untuk diberikan kepada Tuhan Dapur supaya Tuhan Dapur tidak meng-kak-nam (mengata benda tak elok) mengenai family kita kepada Tuhan Segala Tuhan.  Yelah,  bila Tuhan Dapur makan kuih ni,  mulut dia akan jadi melekit la u olls.  Cute kan?

Hari ini,  akak nak share dengan u olls semua,  idea untuk membuat cucur kuih bakul.  U olls harus terai!

Tapi sorry bulan 4 baru akak publish cerita ni.  Ampa tunggu dapat kuih bakul tahun 2014 insya allah.

Click read more for the recipe.


Astaghfirullah!!
Haiwan apakah ini?????

Bahan-bahan yang diperlukan  :
  • Kuih bakul yang dipotong (sila tengok gambar).


  • Sedikit tepung gandum + air + garam untuk buat adunan tepung (batter).
    *Ampa juga boleh bancuh batter ikut cara dan style sendiri.  Sesetengah orang ada rahsia-rahsia sendiri.  Ataupun kalau nak guna bancuhan segera pun boleh.


  • Ubi keledek (warna putih,  oren ataupun purple).  Potong hiris-hiris.  Tapi jangan tebai sangat.  Dalam gambar saya upload ni semua,  saya pi potong tebai sangat.  So tak berapa best.

  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya  :
  1. Bancuh adunan tepung.
  2. Amik dua keping ubi keledek dan letakkan hirisan kuih bakul kat tengah macam sandwich.

  3. Deep dalam adunan tepung.

  4. Pastu goreng sampai ubi keledek masak dan tepung menjadi emas.

  5. Toskan agar minyak semua habis keluar.


  6. Makanlah panas-panas.  Sedap untuk makan di kala petang bersama air teh o.



Selamat mencuba.

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. pergh ubi keledek mencengkan jiwa zaman kanak2

    ReplyDelete
  2. Kak, arwah nenek saya dulu suka buat dodol goreng. Mcm ni gak la cara dia. Cuma xde la keledek tu. Just dodol tu cekup & goreng.

    Sendap uolsss

    ReplyDelete
  3. Jumie..hang tak baik tul bila buat ayat cenggini "Astaghfirullah!!
    Haiwan apakah ini?????"...aku dok tergelak mcm org mereng dpn pc dok ulang baca ayat hang...ishhhh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...