2.4.13

Rumah Terbakar di Kampung Baru, Ayer Itam

Hello u olls,

Pada minggu lalu ada rumah terbakar panggil bomba di kawasan kejiranan akak iaitu Kampung Baru Ayer Itam.  Masa tu dah after maghrib.  Tiba tiba kami dengar bunyi siren bomba yang banyak kat jalan depan rumah.  Akak demam so akak lie down je depan TV.  En.  Khafi bergegas keluar.  Pastu,  dia masuk rumah balik dia kata "Sayang...ada rumah terbakar kat kampung kita.  Kat sebelah sekolah Chung Ling sana,"  kata  suami akak yang kendu.

So akak pun walaupun duk demam marhabah,  akak bingkas bangun,  pakai sweater besar,  terus ikat rambut akak yang menggerbang ini menjadi pony tail.  Ala-ala Beyonce seperti gambar di bawah.


GITUUU Kerlas kan akak?  Suak rambut semua kebelakang terus feeling Beyonce.

Akak capai digital camera,  and terus nak bergegas keluar.  En.  Khafi tanya "Hang nak pi mana?"

Aku nak pi tengok rumah terbakar.  Walaupun demam,  tetap gigih nak pi.  Itulah Jumie Samsudin.  En.  Khafi malaih nak kata apa.  Dia biak bini ting tong dia ni pi.

CLICK READ MORE



So,  akak pun jalan la ke tempat berkenaan.  Memang banyak lori bomba yang park kat tepi jalan.  Tapi tak boleh masuk dalam kampung mungkin sebab nanti sesak ke apa ke.  Jalan kecik maybe susah nanti nak patah balik.  Orang ramai yang dah ada kat situ.  Lelaki mostly.  Ada orang kampung.  Ada Cina,  India and Melayu.  Semua pun sama-sama duk tolong ahli bomba angkat pipe ayak untuk disambungkan masuk ke kawasan rumah yang terbakar.  Semangat tolong menolong yang bagus.  Akak ikut anak-anak kecik yang feeling duk berlari ke lokasi kebakaran.  But bila akak sampai,  pihak bomba dah berjaya memadamkan api kebakaran.  Nasib baik.  Akak dengar orang orang kat situ sembang,  depa kata rumah tu memang kosong.  Tuan rumah tu semua baru nak start renovate rumah tu.  Punca kebakaran tak tau.  So here are some of the pictures.





















So,  after amik semua gambar gambar ni.  Akak pun berjalan perlahan-lahan nak balik rumah.  Tiba tiba,  ada satu abang  bomba jalan sebelah akak dan tanya.

"Erm....tau tak rumah tu ada orang ke tak?"  ABANG BOMBAAAAAAA NI HEMSEMMMMMMMMMMM.....tinggi!!! Walaupun dalam samar samar lampu jalan yang kuning.  Akak boleh nampak dia kendu.  Pastu dia cakap KL u olls.  Aiiyooo...meletops........

Akak terus feeling Siti Nur Kemboja Kubur dan menjawab "Tak tau la....tadi depa kata rumah tu kosong,"  pastu belum sempat nak sembang apa lebih lebih.  Akak terus menyelinap di dalam orang ramai dan bergegas balik ke rumah.

En.  Khafi duk tunggu akak di depan pintu rumah.

"Macam mana?  Rumah tu semua okay ka?"

Akak tak cakap banyak.  Akak terus kata kat En.  Khafi...."Tadi ada laki bomba ni nak mengurat aku...dia kata....sape duduk kat rumah tu.....mesti sebab aku duk makan colegen rumpai laut tu...muka aku dah floles macam Neelofa,"

En.  Khafi tak kata apa.....DIA GELAKKKKKKKKKK KAU KAU KAUUUUUU PUNYA...."Hahahaha hang OVERRR!!!!"

So akak pun masuk rumah dan sambung tidur sebab demam.

Begitulah flashback akak.

Yang benar,
Jumie Samsudin

Gambar hiasan.

8 comments:

  1. salam sis....

    lawak okeh ikat rambut rupa gitu terus feeling beyonce...hahaha...

    anyway, saya dah lama skodeng blog sis utk rujukan saya melancong di Penang...saya pegi kebanyakan sis tulis dan saya gi terjah tempat mkn sedap yg sis tulis tu...terbaiklah...

    saya akan kredit pada sis...dan n3 tu akan keluar ptg ni...dah 2 minggu lebih saya bersiaran pasal n3 penang je...haha...ptg ni n3 penghujung...
    tq banyak2 sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOWWWWWWWWWWW!! saya dah baca blog kamu. U pi to almost all the places saya rekemen. HAHAH saya sangat sangat bangga. Nanti kalau dah upload artikel tu, can u please email to me jumiess@gmail.com.

      Salam perkenalan.

      Delete
  2. kerlass jumie... senyum sosorang baca entry ni. i like the abang-bomba-cakap-kl part. ahahaha ... sporting tol la abiang-khafi-the-birthday-boy-milik-jumizahsamsudin!

    ReplyDelete
  3. Patut la gambak bomba lagi banyak dari gambak rumah terbakaq.

    ReplyDelete
  4. dah lagi satu karier hang ni..wartawan semasa. abang bomba tu mesti hot kan?? dah kena tegur tanya dengan dia mesti hang lagi hot sampai boleh ja mintak abang bomba tu spray ayaq skali.ahahah!!!

    ReplyDelete
  5. Kak,

    Hang x rasa hang mengigau ka? HAHAHA. Tgh baring pastu boleh keluak then balik sambung tidok balik. HAHAHA

    ReplyDelete
  6. salam Kak Jumie....

    i've been reading n following your blog since december.
    very entertaining and meletops sangat y'als!
    keep it up!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...