10.4.13

Ulasan Fesyen Karpet Merah ABPBH 2012

Hello u olls,

Makanya hari ini akak akan membuat review fesyen untuk ABPBH 2012.  Ramai yang mengomplen kata event ini tak best.  Sound system tak best dan sebagainya.  Sorry akak tak tengok,  akak layan WALKING DEAD u ollls!  Season finale katanya.  Sapa layan Walking Dead?  Untuk pengetahuan u olls semua  itulah satu satunya cerita hantu yang akak berani tengok sorang sorang tampa kehadiran En.  Khafi.  HAHAHA kerlas kan akak?  Akak tak puas ending cerita tu sebab tak tau apa jadi kat Governor   Akak nak tau apa jadi kat Governor.  At least dia kena makan dengan zombie ke....

Okay saja kan nak cerita panjang...macamlah ampa baca pun apa yang akak catat kat atas ni.  Akak tau u olls akan terus baca pada komen setiap baju yang ada di bawah.

So enjoylah.....fesyen review untuk tatapan u olls semua.  



CLICK READ MORE

Tema red carpet kali ini adalah....Geometrik.  Gitu.

Nelydia Senrose
Hey beautiful lady.  Why u wearing like this.  Nampak macam baju kawen zaman 80an.  Tapi nasib baik dengan Nelydia adalah seorang perempuan yang cantek.  Cuba bubuh dress ni kat akak?  Terus nampak macam pokok.

Siti Saleha
I olls tak suka kain tebal kat tengah dada yang berlubang tu.  Nampak pelik.  

Mira Natasha in Shanell Harun
Haruslah meletops u olls.  Adik i buat!!  Congrats Shanell.



Najwa Latif and Awie Rafael
Najwa :  Ramai kata baju ni tak sesuai untuk dia.  Akak tengok okay je.  Mungkin nampak BUSTY sikit and tak sesuai untuk wanita bertudung.  Gitu?
Awie Rafael  :  No komen.



Wawa Zainal
Dress ini macam banyak sangat inspirasi daripada Hollywood u olls.  Tapi akak tak dapat jumpa apakah dress yang paling similar dengan dress ini.  Tapi baju ni cantek untuk beliau.  Fresh gitu.  Tapi i dont like the tops...nampak macam tak difitting dengan baik.

Soo Wincci
Meletops na depa.....Master Chef pun dah masuk red carpet bagai.  Anyway.....perempuan ni meletops.  Tapi warna ini tidak memalapkan beliau.  

I DUNNO
Simple and ...next.


I DUNNO
Baju ni pun macam pernah tengok kat Hollywood.  Apa pendapat u olls pasai baju ni?  HAHAHAH....kerlas kan?  Very the Freemason u olls.

Anzalna
Rambut pelesu depa kejung la u olls.  Nampak sangat macam tipu. Tapi dress ni nice.  Walaupun beran-beran (havoc) tapi still sweet.

Adibah NoorKerlas Kak Diba. Simple sangat. And....tiba tiba kat dada je ada tiga segi. Still menepati tema malam ni. I like that Kak Diba memakai kasut flat yang simple. Kakak nampak kemas.

NeelofaCanteknyaaaa baju ni.  Kain tu ala-ala kulit crocodile kan?  Aiiyooo very the.  And i like part belahan di lurah itu.  Very theee!!  Kalau Kak Zizah Maimunah tengok Kak Lofa ni...tak tau la ceramah berapa baris dia akan lontarkan.


Linda Onn
Banyaknya extensyion kakak...sampai nampak kepala lagi besar dari badan akak.  Baju ni cantek...walaupun bagi i olls...patching work tu...kalau dibuang lagi cantek.  Kak Linda...bagila gemok sikit.  Please.  

I DUNNO
Nyah...dress ni macam lebihan kain orang buat pelamin tema Morocon style gitu.  Tapi actually dress ni cantek...cuma warnanya tak sesuai.  And i dont like that clutch.  TOOO AUNTY AUNTY (Hello...Helen Mirren pun tak akan pakai clutch tu) and apa masalah rambut u olls?  U blow sendiri ke??? Why sebelah keringting sebelah straight?
Betty Banafe
Meletops depa pasangan bahagia baru kawen.  Dress ni macam tak di fitting dengan eloklah.  Sayang....*kakak ni buka tudung pulak ka?


I DUNNOSiapakah perempuan cantek ini?  Yes...beliau cantek dan sangat berani pakai dress berani mati ni.  Tapi actually kan u olls...design cut off macam dress kat atas ni adalah sebijik design Christian Dior Spring 2013.  Ampa boleh tengok contoh dress tu kat bawah.  


* I tak kata depa tiru ka apa na....aiyoo...takutlah nak tuduh tuduh ni semua.  Sapa lah nak mengaku kan.....Sekian,  harap maklum.  U olls nilai la sendiri.

Nad Zainal
Dress ini cantek.  Tapi warna ini.....menuakan beliau.  Sila bagi dress ini kepada ROZITA CHE WAN.  Oooopsss...


I DUNNO
Adakah gadis ini memakai dress daripada Herve Leger? Ataupun Herve Leger dari Bangkok.   Dress ini memang chic....tapi i dont like that ugly big bag.  Buang tepi sat beg tu. 

Ayu One in a Million
Nampak sangat dress ini baru....bahagian hujung dress di lengan dan skirt masih nampak macam tak rata lagi.  Barulah nampak u olls.  I dont like this dress.  Nampak cincai and this colour tidak sesuai untuk beliau.

Fida Ibrahim
Aiiiyooooo!!! Kenapa prop POKOK untuk teater SITI DI ALAM FANTASI ada kat sini????Aiiiiyooo very the!!!!  Fida ni suka pakai baju merapu tau.  I know u want to be edgy...tapi please dapatkan consultation fesyen yang baik daripada pakar fesyen.  Jangan terlalu ikut nasihat rakan rakan Zornen mu.  Tak semua taste rakan Zornen adalah yang terbaik.



Jimmy Palikat
NEXT.

Marsha
Dress ini adalah sesuatu.  Something yang berani kalau nak dibandingkan dengan fesyen cliche red carpet yang selalu kita tengok.  Tepuk tangan untuk Marsha.  Tapi i dont like the little bow kat leher dia tu.  Macam hakim hakim pulak.  And i dont think rambut itu sesuai dengan fesyen dress ini.


Hazama
NEXT


Aiman Hakim Ridza
ELLLLLOOKKKKK...tapi bukan taste i.

I DUNNO
AWAT ADIK IPAK AKU ADA SINI..........SURIANIE??? DENI MUKA MACAM ZAM.

I DUNNO
NEXT

Shah Iskandar
ELLOOKKKNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa...(yang ni taste i).

Fizz Fairuz
Dah habis ka kes tunang tu?

Halim Othman
SIMPLE dan tidak mencuba untuk jadi merapu.  BAGUS!

Amir Ukay's
LAAAA  akak ingat sapa la tadi.

Amar Asyraf
ELLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL.......

Zain Said
Rimaih aih tengok Oh My English ni...next.

Nazim Othman
Unsur unsur K POP.
Aaron Aziz
Aaron Aziz...i know u trying to look cool like Fizz Fairuz buat seluak senteng ni.  Tapi akak rasa macam pelik la pulak.  Nampak macam cacat.  First time i tak rasa terganggu bila tengok Abang Aaron.  Gituuu..........

I DUNNO
Looohhhh dah nak buat off shoulder...buatla sungguh sungguh.....


I DUNNO
Ni baru cosplay anime Jepun.  Kinky u olls.  


Nadiya Nissa
Kakak...pasaipa pasai suit.  Pasaipa pa tak pakai dress...sedihla.

I DUNNOTaulaaa perut depa cantek.....................................sentaplah.  

Hanez Suraya
Dress ini dengan palang palang di dada ni memang pernah di tengok di Hollywood.  TAPI AKAK DUK CARIK TAK JUMPA PUN!! Sapa boleh jumpa dress seakan-akan dress ini..sila PM akak.


Sapa nama artist ni...lupalaa..
Dress ni pun macam pernah tengok kat Hollywood tapi dalam warna yang berlainan.  Duk carik tak jumpa!  Sapa jumpa please PM akak.

Fara FauzanaKak Fafau.........why u no taste at fashion?????


Rebecca Islam
Rebecca Islam ke ni?????????  Dress macam pertandingan gimnas Olympic.


Atikah Suhaimi
Duduk tak duduk....deni pakai baju binatang binatang pulak.  


Siti Fazurina
Sorry kakak.  Tapi kalau ampa pakai dress ni...ampa duduk kat kusyen...orang tak akan nampak ampa...orang ingat tilam kusyen.  

Enot
DENI PASAIPAAAAAAAAAAAAAAAAA?????  APA DIA NAK BUKTIKAN???????????????????????????/AKU TAK FAHAM.  SEBAGAI PRESIDEN WANITA AGAM  MALAYSIA AKAK HARAP ENOT MEMINTA MAAF DENGAN PILIHAN FESYEN YANG BELIAU BUAT PADA MALAM INI.  

Didie Alias
No komen untuk Didie Alias.  Setiap kali award showdia memang akan tampil OTT.  Akak dah terbiasa dengan penampilan beliau....cuma akak terganggu dengan seorang anak ikan yang mengiringi mak ayam Didie Alias.  Yang rambut hijau tu?  Dia adik beradik dengan kucing kat bawah ni ke?
"Hello noks.....:"

* Okay berikut ada beberapa dress yang akak dapati mempunyai kesamaan dengan dress dress yang pernah di pakai oleh retis Hollywood.  Kebetulan?  Ataupun memang depa takdak idea dah?  Apa pun,  u olls semua sila berikan pendapat.

Rozita Che Wan

vs
JLO in Zuhair Murad
Gaya and warna mungkin tak sama.  Tapi patchwork di bahagian tetek......

Tasha Shila

vs

Halle Berry in Atelier Versace
Warna lain...tapi feature stripes adalah sama!




Fathia Latiff

vs

Angelina Jolie in Atelier Versace
Macam tak adil pulak i olls kata Fathia Latiff tiru dress Angelina Jolie ni.  Sejak Kak Jolie pakai dress hijau sikuwin ke Golden Globe Award ni,  dress ini terus jadi macam icon fesyen u olls.  So..........tak adil untuk i olls kata begini.  






Ziana Zain
and

Amanda Amani
vs

Kelly Rowland in Georges Chakra Couture
Tapi dress Kak Ziana ada jugak improvisasion.  And i have to say lebih cantek daripada yang Georges Chakra Couture buat.  Tapi yang Amanda Amani....aiiyooooo why semuanya sejibik.  Cuma u olls buat lengan panjang la sebab u olls artist Malaysia.  Kan??




Best Dress ABPBP 2013
Maya Karin
Best dress akak bagi kat Maya Karin sebab dress ni and beliau dua dua sangat cantek,  kemas and simple.  Tapi still nampak grandis.


Worst Dress ABPBH 2013
Ezlynn
Ramai yang suruh akak letak Fida.  Tapi bagi akak dress ini adalah lebih teruk.  Ezlynn seorang wanita yang sangat cantek dan dia tidak lah segemok yang beliau kelihatan dalam dress ini.  Sedih sangat kenapa wanita cantek macam Ezlynn pakai dress macam ni.  Akak tengok pun nampak penat.



Kesimpulan  :
  1. Makin banyak idea idea fesyen Hollywood yang ditiru dan tidak diolah secara baik dalam hasil fesyen tempatan.  Harap designer tempatan lebih berani untuk tonjolkan idea sendiri yang lebih meletops dan pada masa yang sama menerapkan ciri ciri kita sendiri. 

    Akak juga berharap agar informasi yang akak ketengah ini mendapat maklumbalas positive daripada semua pengamal fesyen di Malaysia.  Please do not get offended easily dengan apa yang akak tulis.  Sekali lagi akak cakap,  akak tidak ada knowledge rasmi dalam bidang fesyen.  Cuma akak suka melihat hasil karya baju yang cantek.
  2. Kenapa retis kita masih gigih memakai PUMP HEELS....pump heel sangat 2011 la kakak semua.  Sekarang ni trend kasut adalah seperti berikut  :
    KIM K ADALAH PELOPOR TREND KASUT.  Pointy high heels.  NO PUMPS.  Ataupun high heels dengan bahagian terbuka.  Kasut kasut ni adalah fesyen 2005.  Duk mai balik!

Picture credit kepada  :
Oh Bulan
Beautiful Nara
Budiey.Com

9 comments:

  1. ulasan yang memamg sangat di nanti dari Jumie..tapi seriusly, ABPH kali ni sangat tak best..

    ReplyDelete
  2. totally awesome..but then..tema geomatric eh?hmmm...pasaipa takdak yang pakai design batik sket ka...ops!!

    ReplyDelete
  3. i suka dress ziana zain and maya karin je..
    thanks jumie for the review. muah~~

    ReplyDelete
  4. Sakit perut gelak gmbaq anak ayam rmbut ijau tuuu,haha

    ReplyDelete
  5. Kami dari dulu kesian kat Fidaaaa Less is more la kan? Bukan nak suruh londeh tudung, tapi londeh benda yg sarat kat baju dia tu. Haih!

    ReplyDelete
  6. hahah..paling suka pesyen alien rambut ijau dgn kucing pakai helmet tu

    ReplyDelete
  7. menyampah tang nazim tuh dah la..huduh bajet kpop...ishh yg angelina jolie punya baju lagy sopan dr si fathia tuh...ish apolo tol artis melayu skunk...maya karin and fazura the best..

    ReplyDelete
  8. I luv de green hair.. Mcm duk mhantui otak je, kucing n da tembikai

    ReplyDelete
  9. Huhu... Ezlynn nampak gemok ngan dress tu... Ezlynn tak gemok okey.... Sedihnyaaaaa...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...