23.4.13

Video Meletops Sambungan Kes Kak Zah and Bang Kirin

Hello u olls,

Pastinya u olls pernah terbaca artikel akak hari tu pasai akak kena serang dengan Kak Zah and Bang Kirin,  siapa pun mereka itu,  akak masih tak tau.  Tapi so happy sebab depa dah tak mai kacau akak lagi.  Seperti yang akak katakan haritu,  akak tak marah.  Sebab these people,  could be anybody and these type of people selalunya adalah orang orang SEPI yang tak tau nak buat apa dengan kehidupan yang Tuhan bagi kat depa.

Instead of focusing kepada kedamaian hati sendiri,  depa duk sibuk mengharu biru hati hati orang lain.

Akak juga telah banyak membuat salah pada masa lalu.  Akak pun banyak mengharukan hati hati orang lain.  Tapi akak belajar satu benda pasai benda ini iaitu,  kalau kita harukan hati orang sekali,  10 bala keharuan yang Tuhan akan mai antar ke dalam hidup kita.  Siriesly!  Kita jadi paranoid,  tak yakin pada keputusan diri sendiri,  kita rasa gelisah,  tidur tak tenang dan macam-macam perasaan lagi.  Benda benda macam ni memang tak elok untuk kita.  Tolak soal-soal dosa pahala,  yang tu....kita semua memang tau dah.  Tapi sebenarnya,  kalau hati ni penuh dengan hasat dengki keparat,  macam-macam penyakit lain yang senang hinggap dalam tubuh badan kita.

Anyway,  akak nak ucapkan terima kasih kepada En.  Yusof sebab share video ini kepada akak.  Video Ustaz Don Daniel yang sangat kendu.

See minit ke 1.58.

Muhasabah untuk semua diri kita.  Haaa...tambahan pulak sekarang ni dah mai dekat dekat time PRU.  Banyak la benda benda negative lagi duk mai.  Kawan baik boleh bermusuh.  Sedara mara pun boleh bergaduh.  Kalau nak menyuarakan pendapat tu...beringat-ingatlah.  Jangan sampai satu hari nanti,  bila kita nak minta tolong dengan orang itu,  kita pulak yang rasa malu alah.  Nanti akak nak buat video khas pasai peringatan orang orang nak PRU ni.  Hebak sangat aihh!


Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...