Movie Review Stail Cepat Punya : Chocolat

Hello u ollls,

Okay hari ini akak nak share dengan u olls satu movie yang sangat best bertajuk Chocolat.  Sila bunyi ala-ala French sikit,  SHO KO LAT.  Cerita ini adalah sangat lama.  Tahun 2000 (ooohhhh dah 13 tahun kita meninggalkan Y2K).  Akak pernah tengok cerita ni sekali kat Astro.  Tapi dah lama lepas tu tak tengok dah.  Tiba-tiba kali ni keluar pulak cerita ni kat Sundance TV.  Akak dan En.  Khafi suka layan TV Sundance ni u olls.  Banyak cerita drama yang touching.

So apa cerita Chocolat ni?  Ianya adalah sebuah cerita simple tentang bagaimana seorang wanita menggunakan Chocolat dan membuatkan satu pekan itu berubah!


Click Read More


Resepi Ice Cream En. Khafi (revamp)

Hello u olls semua,

AIiiyooo...lucah nya tajuk artikel ini.  Baiklah,  sebelum ni akak pernah share dengan u olls cara-cara nak buat ice cream kan?  Okay hari ini akak nak share dengan u olls resepi ice cream yang kami REVAMP agar lebih lembut,  lebih sedap dan lebih senang nak buat.  TAK PAYAH nak ulang dua tiga kali masuk peti ais dan kena kacau semua.

Sejak artikel pertama we olls masuk pasai ice cream ni,  memang ramai yang telah cuba buat ice cream ini di rumah.  Depa wassap and FB akak. Tahniah u olls semua.  Jemput baca artikela lama kat sini  :  Membuat Chocolate Ice Cream bersama En. Khafi


Click Read More

Suami Suka 'Main' Pelacur

Hai Jumie,  

Aku ada sorang kawan, dia syak suami dia main pelacur. Suami dia tak pernah mengaku tapi suami dia ni memang la gila seks skit. Dia suka pergi rumah urutan batin. Siap ambik gambar dengan cewek-cewek pengurut di situ, kaki karaoke, simpan VCD blue dalam rumah, video-video lucah dalam HP dan layan FB chat dengan awek-awek dalam tu (mengayat). 

Kawan aku dah buntu dengan sikap suami. Dia juga pernah dipukul sebab mengamuk bila tau perangai sebenar suami.


Kisah yang aiyooo!  Sila Click Read More

Nawal Shahril Masuk Paper Utusan :)

Hello u olls,

Remember my friend dalam blog akak bernama Nawal Shahril?  Dia punya banner blog ada di atas blog akak iaitu Funkyriffic - Nawal's Blog On LIving Life Funky - TERRIFICLY!


Beliau diulas dalam paper Utusan - MODE yang mana mereka ceritakan kelas menjahit / kraftangan yang diusahakan oleh Nawal yang dipanggil SKOLAH JAHIT NAWAL.  Sangat meletops okay!  Dia buka kelas jahitan dan kraf tangan untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah.  Satu usaha yang amat akak RESPEK RELAKS AND RESPONS.  Yelah u olls...zaman sekarang,  mak bapak sibuk anak dapat 18 A sahaja.  Tapi in the end,  ikan sardin dengan ikan emas pun tak tau nak bezakan.

Click Read More

Follow Lah Akak Kat Instekgrem @jumiekhafi

Hello u olls,

Nak bagitau sat kat ampa,  akak lani pakai fon android.  Blackberry pun pakai juga.  Bukan kaya u olls...ada orang jual kat akak..murah murah.  Akak pun amiklah.  So yang bestnyaa...AKAK BOLEH Instekgrem balik dengan active!

So kepada u olls semua...Pleaselah follow akak kat IG!


Love,

Jumie Samsudin yang cantek semulajadi

Pergaduhan Dengan Keluarga Ipar

Assallammualaikum Sis Jumie,  

Saya seorang reader baru di blog sis Jumie yang vogue the vasss ni hehe.
Saya terpanggil untuk share a problem with sis, because i felt that we barely knew each other but sis macam dekat di hati saya. Cewahh pastu saya rase masalah saya ni boleh dishare kan bersama viewers yang lain mane tau they are having the same problem as mine kan.

Sedikit pengenalan mengenai diri saya, 25 years old, pernah bertugas sebagai make up artist untuk satu company cosmetic brand daripada luar negara tapi now i dah quit and jadi housewife and freelance makeup for wedding job on weekend la. I’m happily married for 4 years and got a pair of kids.

My problem is my relationship with my in laws. Not my father/mother in laws. But my husband's siblings. I ade kakak ipar dan adik ipar yang previously we used to have good and close relationship. Sis, i bukan nak cakap ape. But i am a thoughtful person. U mesti paham kan. Tapi macam kate orang tua-tua la, kalau terlampau baik nanti kite akan bergaduh. Tu memang tepat sekali.

Click Read More

Pementasan Teater Siapa Aku?

Hello u olls,

Saja nak share dengan u olls hari tu akak berlakon lagi.................aiiyoo...berlakon lagi...jadi mak mak! Dalam teater bertajuk Siapa Aku?  Teater ini ditulis dan diarahkan oleh budak Lakonan dan Pengarahan USM tahun I bernama Shah Izanjen.  Dia amik Ko-K,  program khidmat masyarakat and group depa decided untuk buat pementasan teater amal.  So terhasillah produksi ini.  Hasil jualan tiket,  kami salurkan kepada pihak NGO yang menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.


Click Read More


Ulasan THE APPRENTICE ASIA Episod Sulung

Hello u olls,

Okay,  so u olls semua dah tengok episod pertama untuk The Apprentice Asia kat AXN?  Please follow my Twitter (jumiejumie) ataupun watch my Facebook Timeline akak akan post waktu siaran dan siaran ulangan The Apprentice Asia untuk u olls semua.

So apa yang akak nak ceritakan dan apa pandangan akak mengenai The Apprentice Asia Episod Ulung?  Jom baca.


Sila Click Read More

Pementasan Teater Mayat, 30 dan 31 Mei 2013, Auditorium Dewan Budaya USM

Hello u olls semua,

Tidak dinafikan industri teater kat Penang adalah sangat meletops sekarang.  Thanks to Dewan Budaya,  Pusat Pengajian Seni USM and Universiti Sains Malaysia sendiri.  Betul tak?  Memang banyak pementasan teater yang berlangsung lani ataupun memang dari dulu banyak tapi lani BARU ORANG MAKIN BERMINAT NAK MAI TENGOK?

Tambah pulak sekarang,  dah ujung semester,  memang ada banyak FYP yang perlu disettlekan oleh budak budak Lakonan dan Pengarahan di Pusat Pengajian Seni USM yang juga melibatkan group group teater tempatan.

Sorry sebab ada banyak teater yang akak tak sempat nak update kat u olls.  Yelah...akak bukan FULL TIME BLOGGER macam NisaKay dapat tajaan beribu u olls.  Akak ni siang kerja office,  malam buat kuih kacang,  ujung minggu mekap pengantin.  Mana akak sempat....akak tulis la untuk u olls okay.

Minggu ini,  ada teater bertajuk MAYAT!  Jom baca details.



Click read more.

Ulasan THE APPRENTICE ASIA : Berkenalan dengan Bosses and Peserta

Hello u olls,

Akak memang menanti nantikan rancangan TV yang bagus ini iaitu The Apprentice Asia.  Sapa yang tak tau apa rancangan ini,  sila GOOGLE.  Sedihla u ollls. Tula duk layan Astro Ria sangat.  Mulai saat ini akak berjanji akan memberikan review kepada u olls setiap minggu.  Harap u olls semua pun tengok rancangan ini juga kerana kita boleh belajar macam-macam daripada rancangan realiti ini.  Tak kisahlah kita ni kerja apa pun,  cuci toilet,  mahasiswa,  cikgu,  lawyer,  kerani kerajaan ataupun makcik kantin,  im sure kita akan belajar banyak daripada rancangan berunsurkan temuduga syarikat korporat ini.

Kita belajar tentang pengurusan,  team work,  pengantarabangsaan,  keusahawanan,  semangat dan macam macam-macam lagi.  Ini bukan realiti show nyanyi Dangdut Raggae dengan suara rock pastu u olls semua perabih duit dan vote kan???????  Ala...sorrylah kalau akak carut u olls.  Tak salah u olls nak tengok rancangan macam tu.  Tapi at the same timme u olls kenalah tengok rancangan realiti yang ala-ala memberikan ilmu ni.


Sila Click Read More

Ujibakat Hos 3R - Respek Relaks Respon

Hello u olls semua,

SAPA KAT SINI PEMINAT 3R?  Rancangan wanita / gadis/ perempuan yang dulu akan ditayang setiap 6.30 petang di TV3 hari Ahad.  Betul kan?  Masa tu akak zaman sekolah menengah.  Akak sangat suka rancangan ini sebab dia adalah berbeza dengan rancangan informasi yang dah biasa ada kat TV.  Informasi yang diajar dalam 3R adalah simple,  praktikel dan sangat penting.  Cara penyampaian pun sangat menarik sebab hos hos itu akan berlakon dan membuatkan kita lebih faham isi kandungan yang ingin disampaikan.  Topik-topik yang disampaikan juga amat menarik.  Pasai persahabatan,  cinta,  perkahwinan dan macam-macam lagi isu yang berputar disekeliling kita sebagai wanita / gadis / perempuan.

Tapi tak salah kalau akak cakap,  LELAKI pun suka tengok 3R.  Rancangan ni dah lama dihentikan.  Entahlah pasaipa!  Tapi tapi tapi.....rancangan iniakan dimulakan semula.  One of the person yang bertanggungjawab untuk mengembalikan rancangan ini dia tak lain tak bukan,  MARINA MAHATHIR!!  Cayalah...

So u olls teringin tak nak jadi pengacara Rancangan 3R?

CLICK READ MORE


Resepi Senang Gila : Bakar Udang Atas Garam

Hello u olls,

Sapa suka makan udang?  Sebenar benarnya....akak tak berapa suka makan udang.  Kalau makan seafood akak suka ikan dan sotong.  Uuuuu.....satu kombinasi yang biasa sangat kan?  Udang is my husband favorite.  Pada minggu lalu,  my anak ayam bernama Wawa dari Sikh Kedah telah datang ke rumah akak dan membawa satu beg pelastik udang besar segar daripada Kuala Perlis.  BF dia orang laut u olls.  Stok ikan ni memang banyak sangat.

So Wawa pun bawak la mai rumah akak.  Katanya,  kalau dia bagi makcik asrama dia masak tak pernah sedap.  Dia nak suruh la akak masak.

Akak pun pikir pikir,  apa nak buat dengan udang yang banyak ni.  Kebetulan kat rumah ada macam macam lauk.  Nak masak asam pedas,  kari or apa-apa gulai rasa macam boring pulaks.  Oleh itu, i olls terpikir nak bakar.  Macam mana?  Okay!  Jom kita try resepi senang gila ini.  BAKAR UDANG ATAS GARAM.



CLICK READ MORE

Diintai Lembaga Hitam Ketika Memakan Nasi

Hello u olls,

Meletops tak tajuk blog i olls hari ini ala-ala Variasari u olls.  Kaedahnya,  perkara ini berlaku kepada kakak I olls yang mempunyai anak kembar itu yang bertajuk Sanita.  Dia tulis kat status Facebook dia,  "Aku nampak hantu......"

Inilah lembaga hitam yg dilihat oleh rakan sekerja aku kat balkoni rumah dia baru2 ini. - Mohamad Fazil



Lepas tu satu Penang duk called dia bertalu-talu nak tau apa story.  Betul ka dia nampak hantu?  Sebab dia dah tak larat nak ulang story kat kawan-kawan dia semua yang duk call tak berenti,  dia pun suruh akak tulis kat blog akak.  So kawan-kawan dia boleh baca story kat sini.  Tula depa ni semua,  generasi tua tua sikit....depa tak berapa tau nak Wechat or Wassap ni...semua nak kena call terus kan.   (hahaha...sorry kawan kawan Kak Ita semua).

Okay beginilah kisahnya.

Click Read More

Minumlah Air Suami untuk Kekal Sihat

Hello u olls,

Tips meletops yang ditulis dalam ruangan paper kecik Utusan semalam,  Rabu 22 Mei 2013.

Ampa baca ni.


Click To Read More

Cerita Lawak Abang Manap and Danny Harmizi

Hello u olls,

Akak nak share satu cerita lawak mengenai bapak akak iaitu Abang Manap dan juga my best friend bernama Danny Harmizi.  Cerita ini adalah sangat lawak tapi simple sangat.



Click read more  

Review Fashion MET GALA 2013 Part 3

Hello semua,

Nenjiaaa.....Dah siap ka baca review untuk part 1 dan part 2?  Kalau part 1 and part 2 akak dah review untuk baju baju yang ala-ala printed,  pastu merah,  biru,  hijau,  dan putih dan grey semua...part 3 akak dedicate especially untuk depa pakai warna hitam.  Ramai sangat yang pakai warna hitam u olls.

But as im writing this artikel,  apa yang akak nampak adalah......depa punya fesyen sangat merepek dan boring.  Kasut depa ja cantek cantek.

Okay jom kita terjah baju baju depa.



Click Read More

Review Fashion MET GALA 2013 Part 2

Okay u ollls!

Dah tengok Review Fashion MET GALA 2013 Part 1 kan?  Now kita akan tengok Part 2 pulak.  Kerlas tak akak?  Akak memang terpaksa buat sebanyak banyak part sebab ya rabbi memang banyak retis Hollywood yang attend event mahal ini dan memakai baju yang seronok untuk kita perhatikan.

Haruslah akak buat pembahagian.  Sebab banyak sangat pictures they olls yang cantek cantek ni.

Okay jom kita continue.


Click Read More

Review Fashion MET GALA 2013 Part 1

Hello u olls,

Lama tak buat review fesyen kan?  Seperti biasa,  akak menantikan persembahan fashion artist Hollywood pada malam MET GALA 2013.  Tahun ini,  depa punya tema adalah Punk: Chaos to Couture.  Kalau ampa tak tau apa itu MET GALA,  sila tengok this artikel  :  Ulasan Fesyen untuk MET Gala 2011 dan ini :  Ulasan Fesyen : MET BALL 2012

Okay jom kita tengok apa yang dimerapukan oleh pereka-pereka fesyen dunia dalam MET GALA 2013.  Ada banyak gambar dan banyak retis.  So akak pilih retis yang melepss dan fesyen yang best sahaja untuk kita tengok.  Yang mana boring-boring akak dah buang lain.


Click Read More

Movie Review Stail Cepat Punya : Teddy Bear / 10 Timer til Paradis

Hello u olls,

Meletops tak tajuk akak?  Movie Review style cepat punya?  HAHAHA.  Maksudnya,  movie review yang ringkas.  Akak berkesempatan untuk tengok banyak movie yang bagus kebelakangan ini.  Terima kasih kepada kecanggihan Astro decoder akak yang dah boleh record u olls.  Ha.....walaupun akak sibuk memanjang tapi akak record siap siap movie movie best kat HBO and FMP.  Pastu akak tengok bila akak free.  

So akak akan review satu persatu movie yang akak dah tengok ini stail cepat punya dan u olls kalau ada kelapangan harus pi tengok cerita ini sendiri.

Teddy Bear a.k.a 10 Timer til Paradis


Click Read More  :


Jalan Jalan di Teluk Intan and Melawat Kellie's Castle Pada Waktu Malam Yang Angker

Hello u olls,

Pada bulan 4 yang lalu,  akak dan En.  Khafi dan Personaliti Bulan Ini (Danny Harmizi) telah pergi berjalan-jalan ke Teluk Intan.  Ada beberapa agenda kami ke sana.  1.  UNTUK MAKE UP KAWAN POLITEKNIK AKAK IAITU JIEJA IBRAHIM.  2.  Makan kenduri Azizah Ibrahim dan jumpa kawan-kawan Poli lain terutama Nurhafiezah Noor Peah (bakal pengantin Ogos ini),  3. Berjumpa keluarga angkat akak iaitu Abah dan Mak dari Jengka 23 dan terakhir sekali untuk 4.  Menglawat Menara Pisa Malaysia.

Yaaaaa!!  Marilah membaca cerita akak.  

Perjalanan Teluk Intan menggunakan GPS Danny yang Cendraloka

Buat pertama kali akak menggunakan GPS untuk berjalan jalan jauh.  Selalunya akak yang mempunyai IQ 413 ini tak payah pakai GPS.  Pakai kertas tulis tulis sendiri pun akak dah boleh sampai okay.  Tapi sebab Danny gedik ikut kami dan dia ada GPS,  so kami pun mempergunakannya.  Lepas tu nak cerita kat ampa,  Danny celaka ni dia setting GPS dia 'AVOID TOL AND SHORTEST WAY".  Haaaaaaaaaaaaa memang lah avoid yang terlampau.  Semua daerah Negeri Perak yang akak tak pernah tau dan kenal pun akak lalu.  Antaranya,  kami terlalu satu tempat nama dia MAMBANG DI AWAN.  HAHAHAHA memang horror u olls (yang tu masa nak balik).

Perang bendera di Teluk Intan.

Click Read More

Jom Tengok Teater Lakonan Saya Sebagai Mak Odah : Teater Amal : Siapa Aku karya Shah Izanjen

Hello u olls semua,

Akak dengan segala hormatnya menjemput warga USM dan warga Penang yang free pada 21 dan 22 Mei 2013 ini untuk mai menonton teater karya dan arahan pelajar Lakonan dan Pengarahan USM,  Shah Izanjen berjudul Siapa Aku?

Dalam teater ini akak akan berlakon watak kecil bernama Mak Odah dan berganding dengan 'suami layar' akak iaitu Padil Riki Raja Lawak sebagai Pak Leman.

Muka baru seperti Syazrin Syahira sebagai Fara,  anak akak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suami celaka nohorom.

Dan of course the ever hemsem and kendu Uncle sebagai Malik (suami Fara yang celakanirojim).



Click To Read More

Makan at The Ridge - Teja by the Sea, Jeti Pulau Aman, Penang

Hello u olls semua,

Lagi cerita pasai makan-makan.  Hari tu, akak dan kawan-kawan office telah mengepi makan di sebuah tempat makan yang agak meletop di Penang ini.  Nama tempat ini adalah The Ridge Teja yang terletak di Jeti Pulau Aman,  Penang.

One of our friend,  iaitu Dilla and Suhaimi (pengantin pertama yang akak make upkan secara official pada 8 Ogos 2008) depa ni adalah cinta jarak jauh.  Suhaimi (the husband) kerja di pelantar.  JARANGG....JARANG....baru balik Penang untuk bersama isteri dan anak-anak and of course kawan-kawan seperti kami ni semua.

So hari tu,  kami pun plan la keluar makan ramai-ramai ke The Ridge Teja.



Click Read More

Cerita Ostolia Part 4 : Caversham Wildlife Park and Margaret River Chocolate Factory

Hello u olls,

Setelah sekian lama,  baru akak berjaya menyiapkan cerita akak di Australia untuk part ke 4 iaitu hari ke 5.  Hope u olls masih sudi mendengar cerita akak pergi negeri orang putih ni.  Untuk pengetahuan u olls,  inilah first time akak pergi negeri orang putih.  Selama ni pergi negeri orang kulit koko-koko sahaja.

So,  dah tempuh macam-macam aktiviti dan program penting di Australia,  hari kelima adalah hari kami akan bercengkerama bersama kanggaroo dan juga para koalas.  Memang seronok u olls.

Okay jom baca cerita akak.

Kami kami yang dah get ready depan hochiel untuk berjalan-jalan.  Akak adalah wanita baju hitam ala-ala Single Ladies di sebelah Nato Alsany yang kendu itu.

Click read more.

Hudson's Eumenthol Jujubes

Hello u olls,

Petua untuk sapa yang tiba-tiba batuk teruk dan malam tak boleh tidok lena sebab batuk u olls itu membuatkan u olls rasa macam nak garu kerongkong dengan pencakar daun kering.  And bila kat office,  punya duk terbatuk sampai terkencing sikit dalam seluar dalam.  Sila try makan Hudson's Eumenthol Jujubes.  Memang berkesan!!


Click Read More

TESTING TESTING

Hello u olls,

I ada seorang kawan,  dia lani hot.  Pakai kereta Caldina,  pakai spek mata mahai,  kerja Kulompu,  marka ramai.  Tapi,  akak tau,  orang hebak hebak ni manalah nak sudi baca blog akak dah.  Tapi bila akak carut dia,  dia kata "NOK AKU TETAP BACA BLOG HANG HARI HARI OKAY!,"

So,  ujian akak adalah kalau betui dia baca blog akak ni hari ini.  Akak bagi dia masa 24 jam untuk wassap/BBM akak dan carut akak balik sebagai bukti dia baca blog akak hari ini.

Kalau dia tak carut or bagi apa-apa responds,  so akak tau la kedudukan akak sekarang macam mana berbanding diri dia.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Pelakon Wanita Terbaik Youtube 2013

Hello u olls semua,

Akak tak tau la ampa dah tengok ni ke belum?  Tapi ampa harus tengok.  Kat bawah ni akak ada dua video.  Satu from Youtube satu from Facebook.

Akak tak mau komen apa-apa.  Satgi ampa maki kata akak ni over la apa semua.  Janji kita semua layan tengok video ini.

*  kandungan blog ini telah saya edit pada 14 Mei 2013 setelah berkenalan dengan Mas Nawaitu Sobirin from Singapura,  the lady in this video.  Mohon maaf banyak-banyak kerana terkutuk beliau sebelum ini.  Memang saya adalah bodoh dan tidak matang.  My very tall respect for her.  


CLICK READ MORE

Baju Sama dengan Peserta THE VOICE

Hello u olls,

Jangan sentap ya,  dress jubah yang akak pakai adalah lebih kurang sama dengan jubah Shawna P pakai untuk saringan Knock Out dalam rancangan pertandingan nyanyi The Voice.  Thanks kepada Kak Asmaa sebab notice benda ni and share dengan kita semua.

Ini gambar Shawna P masa pakai dress jubah ni.  Kerlas perempuan rock garau ni pakai jubah masa perform.  *sorry inilah gambar yang paling cantek akak dapat cari dalam Google.



Dan ini pulak gambar akak dengan dress jubah yang dibeli oleh kakak i masa beliau buat Umrah pada Februari yang lalu.


Gambar ini akak amik depan office akak.  And uploaded in my Instekgrem.  Ampa semua sila follow akak di Instekgrem.  @jumiekhafi.

Sekian,  love u olls semua.

Yang benar,

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Barisan Nasional Berjaya Beribu - Ribu Tahniah by Dheephan Chakkravarthy

Hello u olls semua,

I olls tak tau kalau lah u olls semua dah tengok video ini atau tidak.  Tapi apa pun, beribu ribu tahniah kepada BN sebab berjaya memasukkan perang saraf ke dalam kepala otak saja sejak pertama kali tengok video ni. HAHAHA!  Sebab itulah BN boleh menang PRU13 kali ini,  sebab ramai orang dah tertengok video ni and duk terngiang-ngiang dalam kepala otak depa....BERIBU RIBU TANIYA...BERIBU RIBU TANIYA.....last sekali orang masuk bilik undi and pangkah BN.  Haaaa!

Anyway here is the video  :




Selamat menyanyi lagu ini tampa henti sebab aku tau...ampa tak akan dapat lupa melodi dan suara pakcik ini.  Dia akan melekat kuat dalam hati dan otak ampa.  Akak punya saraf lani semua duk BERIBU RIBU TANIYA dah.

Love,
Jumie Samsudin
Beributaniya

Mohd Jasmadey bin Jamaludin 1987 -2013

Hello u olls semua,

Semalam,  Khamis,  9 Mei 2013 berlangsunglah sebuah majlis bacaan Yaasin dan tahlil untuk seorang rakan pelajar daripada PP Sains Kemasyarakatan bernama Mohd Jasmadey Jamaludin.  Dulu,  beliau seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan,  dan kini beliau dalam peringkat terakhir untuk melengkapkan thesis beliau dalam bidang Sains Politik di pusat pengajian kami ini.  Namun,  pada Jumaat,  3  Mei 2013 yang lalu,  Allahyarham telah meninggal dunia di kampung halamannya di Marang,  Terengganu.


CLICK TO READ MORE

In the making Ice Cream Jumie+Khafi

Hello u olls!

Nantikan!!! Ice cream terbaru resepi Jumie+Khafi.

Kami sedang mencuba untuk mendapatkan texture ice cream ala-ala Italiano gelato. Kalau menjadi ni, I will share this in my blog later k :)

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Jumie Samsudin sent this message from BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seni Untuk Membenci

Hello u olls semua,

Terpanggil akak untuk membuat coretan hati macam ni. Dah lama akak tak buat coretan hati dalam blog akak kan?  Coretan hati akak kali ini bertajuk "Seni untuk membenci".

Perasaan benci tu memang akan ada dalam hati kita.  Yelah u olls,  hati kita tidak sesuci kekasih Allah, hati baginda pernah dicuci dengan air zamzam oleh malaikat Jibril masa Israk Mekraj.  Kita ni??? Hati kita di cuci dengan apa deknon.

Baik macam mana pun kita ni,  mesti ada dalam hati kita untuk membenci sesuatu ataupun seseorang.  Tanpa kita sedari ataupun dengan secara sengaja.  Nak hilangkan semua perasaan benci tu memang susah u olls.  Tapi kita boleh praktis untuk mengurangkan rasa benci itu.

Akak pun banyak perasaan benci membenci ni.  Haaaa...orang yang tak kuat iman macam akak memang banyak benda yang akak benci.  Back in 2008,  masa mula mula menulis blog,  akak pernah menulis artikel ini  :  Perkara yang Menyakitkan Hati.  Dan apa yang menyedarkan diri akak adalah "Wow....banyak nya benda yang aku benci dalam dunia ini."


CLICK READ MORE

Video 28 Soalan untuk Jumie Samsudin Part 2

Hello u olls semua!

Nenjiaaaa!  Video akak part 2.  Tapi video ini.....bagi akak...a bit siries and jawapan yang akak berikan adalah very the ahli-ahli akademik.  Depends kepada soalan-soalannya la kan?  Soalan yang u olls antar...ada yang siries.  Ada yang main-main.  

Terimalah!

ps/  Jangan lupa tengok video part 1  :  kat sini

Love,
Jumie Samsudin

Pengkisahan Dalam Fotografi Tentang Perasaan Wanita Bertubuh Badan Agam by Jen Davis

Hello u olls,

Just nak share kreativiti seorang jurufoto seni yang mengkisahkan pengalaman diri sendiri yang mempunyai tubuh badan agam.  Daripada gambar dia yang simple ini,  akak dapat rasa apa yang dia rasa.  Dan akak laluinya selalu.  Mungkin u olls yang mempunyai tubuh badan agam juga merasakannya.

I like kreativiti ini.  Penceritaan dalam gambar.  Yelah u olls,  dah ada camera mahal tak semestinya u olls hanya shot perempuan kuruih dan putih sahaja pastu shooting tengah tengah lalang.  Pastu bubuh kat Facebook bagi kawan-kawan like.

Jen Davis adalah seorang pelajar dalam bidang fotografi daripa Brooklyn.  Satu hari pada tahun 2002,  dia dan kawan-kawan dia pi berkelah kat tepi laut.  Pastu of course depa duk amik-amik gambar semua.  Then dia perasan ada satu gambar ni,  Jen Davis dalam gambar tu nampak sangat tak selesa dengan diri dia sendiri.

So,  sejak itu,  dia pun merakam gambar gambar dia sendiri "self potrait" terutamanya dalam detik-detik peribadi.  "I had never really photographed myself but that beach shot made me realize that I had to step in front of the camera," katanya. 

"I needed to look at myself." 

Hasilnya,  11 gambar peribadi mengenai perasaan wanita bertubuh badan agam yang dirakam oleh Jen Davis.  Dan akhirnya,  lepas dia buat operation potong perut "Lap-Band" surgery (macam Shani),  dia lani dah kuruih sikit.  

Jom kita tengok gambar dia.

Pressure Point: 
"I wanted to capture what it felt like to be judged for your body. That vulnerability of being on the beach and fearing those 10-20 seconds where you have to walk into the water and everyone can see you," says Davis.

CLICK READ MORE

Tsunami Politik di Malaysia [PRU13]

Hello u olls semua,

Alhamdulillah,  selesai sudah PRU13 kali ini.  Akak stayed up sampai 3.30 am semalam.  Seronok betui tunggu keputusan.  Pada usia 28 tahun ini,  akak dapat rasakan yang cara akak 'memerhati' senario politik yang berlaku di Malaysia ini dalam perspektif yang sunggguh berbeza.

Kalau di waktu muda (sekarang pun muda lagi),  akak senang-senang termakan dan menelan apa sahaja maklumat yang disalurkan dalam media massa dan media cetak mengenai perkembangan politik.  Tapi di usia 28 tahun ini,  akak dapat rasakan yang cara akak fikirkan sesuatu perkara yang berlaku dengan cara yang lebih dinamik.  Tidak secara membabi buta meng-COPY PASTE apa sahaja yang ditulis oleh orang lain apatah lagi meroyan secara Abby Abadi di laman Twitter.

Kami kat Penang,  dapat cuti u olls.
Click to read more.

Aktiviti Akak Masa PRU 13

Hello u olls!

Inilah rentetan aktiviti akak sempena minggu PRU 13 kali ini.  Asalnya,  kami ingin bertolak ke KL,  melawat ibu mertua akak and then bertolak balik ke Penang by Ahad,  tapi malangnya ada beberapa perkara yang perlu disettlekan di Penang so kami tak dapat nak balik ke KL.  Akak pun stay di Penang.

Sabtu,  4 Mei 2013
Akak pergi make up di Penanti (Parlimen Permatang Pauh) untuk make up pengantin akak iaitu Nadya Azhar yang juga kawan akak masa di SGGS dahulu.  Dalam perjalanan pulang,  akak Danny dan Firdaus Adikarma pun lalu jalan kampung melalui Kubang Semang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.  Sepanjang perjalnan kami dihiasi dengan warna warni penyokong parti Pas dan PKR yang begitu meriah mengibarkan bendera parti kesayangan mereka.  Di simpang MOBIL di Kubang Semang,  akak nampak sorang penyokong pegang sepanduk yang berkata "Sila HON jika anda menyokong kami,"  Apa lagi!! Akak pun HON kereta Dorrie akak.  Meletops u olls.  Akak suka dan memberikan sokongan ini.

Nadya Azhar,  selesai di make up oleh akak :)
Please Click Read More

H&M akan dibuka di Penang

Hello u olls,

H&M akan dibuka di Penang.  Insya allah pada July 2013 ini.  Katanya ada dua cawangan.  1 di Paragon,  Gurney.  Satu lagi di 1st Avenue.

Cayalah!

Love,
Jumie Samsudin
Tak suka shopping sangat tapi sebab Beyonce ada iklan H&M so akak jadi gedik pulak.


Doa for Kak Juma (my mother in law)

Salam to all,

Saya minta tolong semua untuk mendoakan agar ibu mertua saya Kak Juma (Jumanah Azali) untuk jadi seorang yang kuat dan tabah.

Beliau baru didiagnose cancer usus stage 1. Now she is in Hospital Sungai Buloh.

Doktor masih mencari masa yang sesuai untuk buat pembedahan. Tapi malangnya, paru-paru beliau yang tidak stabil menyebabkan risiko pembedahan amat tinggi.

This is her second time dapat cancer. Before thish (10 years ago), dia pernah ada cancer di payu dara, and she survived it.

Doa dari kita semua semoga dia survive lagi kali ini. Insya allah. Kalau ada dalam kalangan pembaca blog akak yang happens to be dekat Hospital Sungai Buloh, pi la ziarah Kak Juma di Tingkat 5, Ward 5B Katil 23.

Berikan kata kata semangat untuk dia!

Permintaan ini datang ikhlas dari kami sekeluarga.

Love,
Jumie and Khafi
Jumie Samsudin sent this message from BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...