10.5.13

Belasungkawa : Mohd Jasmadey bin Jamaludin 1987 -2013

Hello u olls semua,

Semalam,  Khamis,  9 Mei 2013 berlangsunglah sebuah majlis bacaan Yaasin dan tahlil untuk seorang rakan pelajar daripada PP Sains Kemasyarakatan bernama Mohd Jasmadey Jamaludin.  Dulu,  beliau seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan,  dan kini beliau dalam peringkat terakhir untuk melengkapkan thesis beliau dalam bidang Sains Politik di pusat pengajian kami ini.  Namun,  pada Jumaat,  3  Mei 2013 yang lalu,  Allahyarham telah meninggal dunia di kampung halamannya di Marang,  Terengganu.


CLICK TO READ MORE


Bercerita tentang perwatakan beliau,  seorang yang tinggi lampai and boleh dikatakan hemsem juga.  Always berpakaian kemas bila masuk pejabat.  And everytime bertemu,  dia akan senyum dan tegur kita "Kak Jumie..."  Akak tau dia ni budak baik.  Always aktif dengan aktiviti kampus dan pusat pengajian,  orangnya simple dan tak bercakap banyak.

Alangkah terkejutnya akak pada pagi 3 Mei,  masuk je office.  Boss akak panggil masuk bilik.  Akak duk rasa nervous sebab jarang-jarang boss akak panggil masuk office.  Akak ada buat silap ke?  Bisik hati akak.

"Jumie kenal Jasmadey?"  tanya boss akak.

"Yes...dia nak kawen kan bulan 5 ni?  Kenapa doktor?  Dia nak jemput saya pergi kenduri ke?"  kata akak secara excitednya.

"Tak Jumie....Jasmadey baru meninggal dunia pagi tadi around 2 am,"

AKAK TERUS LEMBIK LUTUT DAN TERDUDUK U OLLS.  Innalillah.

Menurut cerita Dr.  Zaini dan rakan-rakan beliau yang lain.  Allahyarham pulang ke kampung halamannya untuk menyelesaikan hal-hal urusan kenduri yang bakal berlangsung pada 22 Mei 2013 ini. Akak tidak kenal tunang beliau,  tapi kata kawan-kawan kami,  tunang beliau adalah bekas pelajar PP Seni dan sekarang bekerja di Penang.  Tunang beliau orang Guar Chempedak.  Selain itu,  beliau juga balik ke kampung sebab nak mengundi.

So,  masa beliau balik ke kampung,  petang tu...dia main bola dengan kawan-kawannya.  Dia memang minat bola.  Selain minat bola sepak,  dia juga minat bermain piano dan gitar.  Piano dan gitar tinggalan beliau di asrama penginapannya di Aman Damai telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau.  Ha...balik cerita main bola tu....lepas dia main bola dengan kawan-kawannya itu,  dia ada berkata "Ini last aku nak main bola dengan korang,"

Malam tu,  around 2 am.  Seperti anak-anak jantan yang lain,  depa lepak minum kopi beramai-ramai.  Tiba-tiba,  dia jatuh pengsan dan terus disahkan meninggal dunia sejurus selepas dibawa ke hospital.  Dalam sijil kematian beliau,  tercatat "acute coronary sympton".

Begitulah kisah Mohd Jasmadey,  1987 -2013.   Kisah kita tak tau pula bagaimana.  Pemergian beliau mengejutkan semua pihak,  bekas  pelajar beliau (dia juga seorang tutor di PPSK),  rakan-rakan desasiswa,  rakan staf pentadbiran malah para pensyarah di PP Sains Kemasyarakatan.

Marilah kita beramai-ramai sedekahkan surah Al Fatihah kepada beliau.

Sekian,  salam jumaat to all.

Jumie Samsudin.



4 comments:

  1. Alfatihah.. semoga allayarham ditempatkan dikalangan orang beriman.. orang baik2 ni ..mudah ja pergi :(

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah

    Bila ajal tiba kita tak dapat menolak walau sesaat sekali pun, ini menunjukkan kita semua terdedah untuk menerima jemputan dari malaikat izrail pada bila-bila masa dan dimana jua, walaupun kita masih muda sihat sepanjang masa tidak bermakna kita akan hidup sehingga ke tua, walau pun kita sakit bagai nak "rak" sekali pun tidak bermakna esok kita akan meninggal dunia.

    Pemergian arwah diusia muda sedikit sebanyak boleh menginsafkan kita semua. Pastinya Allah sangat menyanyangi arwah kerana itu dijemputnya awal-awal, semoga Allah beri kesabaran pada ibubapa dan keluarga arwah serta rakan-rakan terdekat menghadapi pemergian arwah...

    Semoga arwah bersama dengan orang-orang yang beriman di sana...Amin

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...