15.5.13

Cerita Ostolia Part 4 : Caversham Wildlife Park and Margaret River Chocolate Factory

Hello u olls,

Setelah sekian lama,  baru akak berjaya menyiapkan cerita akak di Australia untuk part ke 4 iaitu hari ke 5.  Hope u olls masih sudi mendengar cerita akak pergi negeri orang putih ni.  Untuk pengetahuan u olls,  inilah first time akak pergi negeri orang putih.  Selama ni pergi negeri orang kulit koko-koko sahaja.

So,  dah tempuh macam-macam aktiviti dan program penting di Australia,  hari kelima adalah hari kami akan bercengkerama bersama kanggaroo dan juga para koalas.  Memang seronok u olls.

Okay jom baca cerita akak.

Kami kami yang dah get ready depan hochiel untuk berjalan-jalan.  Akak adalah wanita baju hitam ala-ala Single Ladies di sebelah Nato Alsany yang kendu itu.

Click read more.




Margaret River Chocolate Factory

Lebih kurang 25 kilometre daripada hotel kami di Hay Street,  Western Autralia,  kami drive up menuju ke Margaret River Chocolate Company, West Swan.  Ada sebuah bas dan dua buah van yang bergerak ke sana.  Akak dan Nato di pertanggungjawabkan untuk memandu van kami sendiri dan follow bas dari belakang.  Kerlas u ollls.  Drive sendiri katanya.


Sepanjang perjalanan kami memang happy sangat.  Sebab boleh tengok pemandangan (walaupun sedihnya air cond van tu rosak).  Perth ni bukanlah sejuk sangat u olls.  Tambah pulak,  hari kelima kami berjalan-jalan tu,  panas elok u olls.  Lebih kurang 24 darjah celcius macam tu.  

Sampai di Margaret River Chocolate Factory,  kami semua pun jadi macam kurunggu (monyet) sat.  Jakun u olls tengok cokelat banyak banyak.  Dahla depa ada sediakan free chocolate untuk pengunjung yang datang.  

Okay jom tengok video dan juga gambar yang akak rakamkan.



Kami pun tak tau kenapa semua buah anggur seolah-olah dipetik tapi dibiar busuk di tanah macam tu je. Nak buat baja ke??? Ataupun kismis perisa tanah?

Kakak orang putih sedang membuat cokelat.  Kita tak boleh masuk tengok.  Boleh tengok daripada tingkap cermin je.  :)


Haa...pasaipa muka akak terkejut?  Sebab cokelat yang ada dalam mangkuk besi tu adalah percuma untuk semua pengunjung yang datang.  Amik la berapa banyak pun.  Kalau hang ada bekas pelastik...masuk dalam tu pun takpa!!  


Akak terseksa tengok ni.  Akak tak beli pun.  Sebab 1 bijik tu lebih kurang RM3 duit kita.  Masalahnya....CUKUP KE MAKAN SEBIJIK??????

Ini bukan bola golf.  Ini adalah cokelat bentuk bola golf!


Okay u olls.  Kat sini bukan hanya ada cokelat yang dijual dalam pelbagai perisa bentuk dan rupa.  Ada juga Chocolate cafe yang jual minuman dan simple food macam sandwhich.  And paling meletops....ada dijual adalah ICE CREAM.  Memang sedap gila and melekit lekit sikit.  So far akak berani kata,  ice cream ini sangat fresh and lebih sedap daripada ice cream kegemaran akak iaitu Baskin bin Robin.  Kami juga amat terharu dengan layanan kakak orang putih kat kaunter ice cream,  tanpa kami tanya,  dia bagitau siap siap mana satu ice cream yang takdak alchohol :)




Pose nafsu shahwat yang melampau.

Okay,  ketua projek kami Izwan Dollah dah melambai-lambai.  Oleh itu,  makanya perjalanan harus diteruskan.

Caversham Wildlife Park and

Akak paling suka dan paling teruja nak mai sini.  Yes u olls,  sebab inilah kali pertama nak pi tengok kangaroo dan koala dan macam-macam binatang exotic yang terdapat di Australia ini.  Australia merupakan sebuah benua yang paling unik sebab kebanyakan haiwan yang hidup di Australia,  tidak boleh dan tidak ada di negara lain.  Sebab itulah depa punya imegresen sangat strick dengan pelancong / postal / courier yang masuk dari luar negara.  Depa tak mau benda benda pelik seperti haiwan dan pokok daripada negara lain dan boleh mengancam habibat asli di Australia.

Akak pernah tengok Discovery Channel ( yang Wildlife tu) ada satu rancangan pasai kebodohan orang orang Australia yang tamak haloba yang kunonnya ingin membela binatang exotic daripada negara luar seperti ular.  So,  depa beli ular secara online daripada orang-orang yang tak bertanggungjawab dan ular itu dipost ke dalam Australia menggunakan courier biasa ni.  So bila imegresen check...tengok tengok ada ular (or any binatang pun).  

So depa amik semua binatang tu,  depa check dulu,  spisyis tu ada tak kat Australia?  Kalau depa confirm bahawa baka binatang itu datang dari negara LUAR AUSTRALIA,  tau apa depa akan buat dengan bintang itu?  Depa akan bunuh binatang yang tak berdosa tu semua.  Ya Allah kesian sangat.  Akak terus mengalami gangguan emosi lepas tengok cerita tu.  

Bukan macam ampa semua,  tengok Adam dan Hawa pun nak emo.  Padahal tu fiksyen.  Haa..tiba-tiba ampa kena carut dengan aku.

Okay,  jom kita tengok gambar binatang-binatang yang kami jumpa di Caversham Wildlife Park.

Kalau cari dalam GPS,  ampa akan tengok and jumpa WHITEMAN PARK.  Sebenarnya,  Whiteman Park ni kira macam taman negara la.  Memang sebesak-besak alam.  (Lebih kurang 4000 hektar tanah) Pastu Caversham Wildlife Park terletak kat dalam Whiteman Park.  

Nato teringin nak turun and amik gambar kat sign board ni.  Tapi kami takut satgi kena tinggai.  :(

Harga masuk adalah 24 Dollar.  Tapi sebab kami ni semua ROMBONGAN CIK KIAH,  so kami dapat diskaun seorang $18 sahaja.  


First binatang yang kami jumpa adalah KOALA. Koala adalah sangat comel. Ya Allahhh memang comei tengok depa ni. Depa tidok sehari 18 jam. Lebih kurang sama dengan kelakuan akak pada hari minggu yang takdak make up dan aktiviti lain. Depa hanya makan daun okok eucalyptus. Di Australia, ada lebih kurang 200 spisyis pokok ini. In fact, pokok rendang yang kami berteduh sambil prektis menari di Masjid Hepburn tu pun adalah pokok eucalyptus kisahnya. Memang banyak pokok ini kat Australia.

Koala adalah spisyis binatang yang sangat relaks and lembap pergerakannya. TETAPI, kalau ampa serang dia ataupun dia rasa terancam dia boleh loncat and serang ampa amcam KUNGFU HUSTLE. Kuku dia adalah tajam u olls. Bahaya.






Azhar nak pegang koala.  Actually gambar ini adalah special effect.  Kita nampak macam Azhar lagi besar kan dari koala tu?  Tapi sebenaknya.......KOALA ITU LEBIH BESAK DAN GEMOK DARI AZHAR.  

Abang Nato tetap nak pegang koala daripada belakang.  KAN!! *lawak hambar


Brother ini sedang mendukung seekor wombat.  Wombat juga adalah binatang unik yang hanya tinggal di Australia.  Wombat yang sedang tidok terkangkang tampa kesopanan ini bernama BIG BOB.  Tapi dia adalah seekor wombat betina yang berusia 14 tahun.  Akak tanyalah kat diorang (ranger zoo) pasaipa panggil dia BOB?  Bob kan nama lelaki?  Depa kata,  ikut slang Australian,  baby ataupun babe,  depa panggil Bob.  So panggila kat deni Big Bob.  Sebab dia dah umur 14 tahun,  tapi dia duk feeling dia baby lagi.  Sampai lani,  depa nak bagi dia 'kawen' dengan wombat jantan mana pun,  dia tak mau.

Kalau wombat kawen dan beranak,  baby dia juga akan duduk dalam pouch macam kangaroo.  Dalam gambar kat atas tu,  ampa boleh nampak kat tengah perut dia ada lubang untuk pouch baby.

Okay,  now masanya untuk tengok kangaroo.

Akak sedang mengambil makanan kanggaroo.  Rumput Australia yang telah diproses menjadi dedak. 




Okay, now tiba masanya kami berjumpa dengan para kangaroo. Untuk pengetahuan u olls, semua pengunjung Caversham Wildlife Park boleh masuk dan pegang semua kangaroo yang tinggal kat dalam ni. Tapi, depa dah bagi asing dah siap siap kangaroo kecik dan kangaroo besak. Kangaroo kecik ini adalah yang antara umur 1-3 tahun. Depa ni tak besar sangat dan sangat mesra alam. Kangaroo besak yang tinggi macam orang putih tu, depa duduk kawasan asing yang tidak boleh dimasuki oleh orang awam / pengunjung sebab kangaroo besak ni selalunya depa suka faik dan agresif.



Akak ada rakam 3 video masa pegang-pegang kangaroo.  Ampa tengok ni.

Part 2

 

Part 3.



And of course,  bila akak nak mai Australia ja,  semua orang pesan "Jangan lupa bawak balik sekok kangaroo,"  Ermm lawak hambar la ampa ni.  Nah...tengok ni video akak interview ranger dalam zoo ini untuk explained kat ampa pasaipa tak boleh bawak balik kangaroo.

sdsds





Sepanjang denai jalan di dalam Caversham Wild Park ni mesti ada tapak kaki macam ni depa chat.  Akak tanya kat ranger tu "NI tapak kaki binatang apa?" tanya akak dalam Bahasa Ostolia.  Dia kata "Ini binatang misteri di Australia.  Like bigfoot in America.  Kami panggil dia Yowie,"

Nenjia semenaknya,  inilah YOWIE yang depa cari selamat ini.  HAHAHAHA

Harusah amik gambar macam ni.  Baru nampak macam kat negeri orang putih.  

Macam nilah lebih kuranya bushes kat Whiteman Park ni.  Depa takdak hutan rimba semua.  Depa ada pokok renek ala-ala kektes sahaja.  Tengok ni,  akak nak sembunyi pun susah.  Tetap boleh nampak.

Pose gila kami.  Sapa yang duk tidok kat belakang tu????  AZHAR KA???

Kemana pun beli PEPSI.  Beyonce u olls!

Ha begitulah kisahnya we olls selama hampir 3 jam kat sini.  Walaupun badan berlekit sebab berpeluh dan Ya Rabbi memang busuk benor bau bau binatang tu semua,  kami sangat happy.  And yes...kat dalam ni juga ada Farm Show yang mana depa ajar macam mana nak cukur bulu kambing,  macam mana nak susukan lembu dan cara mengibas tali cemeti ala-ala cowboy.  Ampa boleh tengok gambar selebihnya dalam  Facebook Page akak  :  Trip To Australia April 2013

Kesimpulan daripada semua cerita cerita akak pi Australia ini adalah,  akak sangat sangat bersyukur dan kagum dengan negeri Australia ini.  Bandar yang damai,   bersih dan teratur.  Rakyatnya sangat relaks dan tidak terkejar-kejar.  Banyak lagi yang akak nak ceritakan,  tapi terlalu banyak dan kalau akak cerita banyak pun rasa macam tak bestla pulak.

Akak doakan agar u olls semua satu hari nanti (yang tak pernah pi negeri orang putih) akan sampai ke sini.  Insya allah.

Akhir kata,  tengoklah video dan gambar akak memandu van di Australia dengan lafaz ucapan "Hujan emas di negeri orang,  hujan batu dinegeri sendiri,  lebih baik di negeri orang,"

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...