17.5.13

Jalan Jalan di Teluk Intan and Melawat Kellie's Castle Pada Waktu Malam Yang Angker

Hello u olls,

Pada bulan 4 yang lalu,  akak dan En.  Khafi dan Personaliti Bulan Ini (Danny Harmizi) telah pergi berjalan-jalan ke Teluk Intan.  Ada beberapa agenda kami ke sana.  1.  UNTUK MAKE UP KAWAN POLITEKNIK AKAK IAITU JIEJA IBRAHIM.  2.  Makan kenduri Azizah Ibrahim dan jumpa kawan-kawan Poli lain terutama Nurhafiezah Noor Peah (bakal pengantin Ogos ini),  3. Berjumpa keluarga angkat akak iaitu Abah dan Mak dari Jengka 23 dan terakhir sekali untuk 4.  Menglawat Menara Pisa Malaysia.

Yaaaaa!!  Marilah membaca cerita akak.  

Perjalanan Teluk Intan menggunakan GPS Danny yang Cendraloka

Buat pertama kali akak menggunakan GPS untuk berjalan jalan jauh.  Selalunya akak yang mempunyai IQ 413 ini tak payah pakai GPS.  Pakai kertas tulis tulis sendiri pun akak dah boleh sampai okay.  Tapi sebab Danny gedik ikut kami dan dia ada GPS,  so kami pun mempergunakannya.  Lepas tu nak cerita kat ampa,  Danny celaka ni dia setting GPS dia 'AVOID TOL AND SHORTEST WAY".  Haaaaaaaaaaaaa memang lah avoid yang terlampau.  Semua daerah Negeri Perak yang akak tak pernah tau dan kenal pun akak lalu.  Antaranya,  kami terlalu satu tempat nama dia MAMBANG DI AWAN.  HAHAHAHA memang horror u olls (yang tu masa nak balik).

Perang bendera di Teluk Intan.

Click Read More


Masa nak pergi tu,  we olls macam nak tersesat dah.  Lalu Bota dan Tronoh bagai.  Actually jalan tu betui dah untuk pergi ke Teluk Intan,  tapi jalan yang diberikan memang betui betui AVOID TOL AND SHORTEST WAY la.  HAHAHAH

So.  arakian kami tiba di sebuah stesyen minyak Petronas di area Bandar Seri Iskandar,  akak dan En.  Khafi pun bertanya dengan seorang pakcik yang sedang mengisi minyak.

"Pakcik dari sini dah betul ke nak pergi Teluk Intan?"  tanya we olls.

Pakcik yang kelihatan kemas itu pun melihat kami dari ruang tingkat kereta "Anak-anak ni semua dari mana?"

"Kami dari Penang pakcik,"  jawab akak.

"Oh begitu.  Begini begini....dari sini...kamu jalan terussssssssss....sampai kamu nampak Bota,  kamu masuk simpang kiri,  pastu jalan lurus je...." kata pakcik tu dengan gaya ala-ala pakcik pelakon dalam Hantu Kak Limah tu.  Yang jadi watak 'BEGITULAH FLASH BACK SAYA'.

Pastu kami pun mengucapkan terima kasih dan belah.  Pastu En.  Khafi kata "Pakcik tu macam nak kongsi rahsia dengan kita.  Aku duk tahan gelak ja dari tadi,"  HAHAHAHAH betui u ollls.....Sambung En.  Khafi lagi  "Orang Perak cakap memang semua macam ni kot?"  

Apa pun terima kasih pakcik penyimpan rahsia.  Kami selamat sampai ke kampung Jiejah.  Betui betui straight lalu depan rumah Jiejah.

Make Up and Kenduri Kawen Jieja Ibrahim

Alhamdulillah,  kami berjaya sampai ke rumah Jiejah walaupun beliau sedikit terasa cemas dengan akak.  Beginilah hasil make up yang berjaya akak hasilkan :)  Lepas tu of course makan-makan dan beramah mesra bersama kawan-kawan poli akak yang lama akak tak jumpa.  Depa semua kerja Putrajaya.  


Hasil pemekapan akak kepada Jieja Ibrahim.  For more info please visit FB page make up akak je.  Ada kat tepi kanan blog akak ni.

Jiejah di pelamin.  I like this combination of colours.  Tiffany blue with shocking pink and purple.  

Akak bersama rommate akak Azie.  Dia adalah roomate pertama akak masa kat Poli dulu.  Kegemaran beliau masa kat asrama dulu adalah...dia suka pakai bedak baby banyak banyak kat badan lepas mandi.  HAHAHAH

From left Nurhafiezah,  akak yang cantek,  Ein,  Azi and belakang tu....Maznida yang tinggi lampai!

Memakan Mee Mastan Ghani
Sapa ingat lagi family angkat akak dalam cerita ini  :  [Catatan Kembara] Cinta ku di Jengka 23.  Yes,  akak ada keluarga angkat di Jengka.  Tapi u olls jangan terkejut tengok catatan hidup akak dalam artikel blog yang lampau itu.  Masa itu akak cantek versi lain.  Sekarang ni akak cantek versi lain.  HAHAHAH

Okay,  so lepas kenduri kendara dan berteduh di rumah saudara abah dan mak angkat akak di area Teluk Intan ni.  We olls pun,  memulakan visi pergi memakan Mee Mastan Ghani.  Kata Abang Man,  "Abah kalau turun Teluk Intan tak pernah miss makan Mee Mastan Ghani and Rojak dia,"  gituuuuuuuuuuuu!  Haruslah we olls pun pergi dan bersedia perut.

Akak dan kecantikan versi sekarang.  Kening memang tak berapa nak ada ya.  Kena lukih baru ada.

Inilah kedai Mastan Ghani yang baru.  Ampa kena tanya orang Teluk Intan kalau nak mai sini.

Nenjiaaa gambar MASTAN GHANI NANA MOHD.  Style memang mamak punya.  

Family angkat akak.  :)  

STEMBAIII STEMBAIIIII....akak nak post gambar makanan ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mee rojak ayam.  Aiiiyooooooooooooooooooooooo.

The famous Mee rebus Mastan Ghani.

Depa ni la nak kawen bulan 8 ni.


Melawat Menara Condong Teluk Intan
Untuk pengetahuan u olls,  akak pernah mai Teluk Intan dulu.  [Catatan Kembara] Menara Condong Teluk Intan, tunggu aku datang lagi.  Nenjiaa...akhirnya akak dapat juga mai tengok Menara Condong.  Mai nak cerita sikit kat ampa pasai Menara Condong ini.  

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. [tiru daripada Wikipedia : Menara Jam Condong Teluk Intan]

Terimalah gambar pose pose simpelina daripada akak untuk u olls semua.  Satu benda akak menyesal kat sini adalah 1.  AKAK TAK AMIK GAMBAR PUN DENGAN FAMILY ANGKAT AKAK!!!

Masa kami mai,  ada khemah khemah ni untuk pasar tani ka apa tak tau la.  Tapi memang mencacatkan program mengambil gambar. 




Gitu mak fierce sangat...hahahahahah

Danny,  Jojo and akak.

Melawat Kellie's Castle Pada Waktu Malam
Menjelang waktu Maghrib,  akak pun meminta izin mengundur diri daripada keluarga angkat akak.  Lepas tu,  akak dan Fieza pun ingat dah nak pergi makan mana-mana and terus balik.  Tapi tak tau macam mana kami kata "Jom kita pi Kellie's Castle nak?"  Tiba tiba kan??????? Dah la nak dekat malam.  Berani ka nak pi sana malam-malam.  Akak memang penakut,  tapi sebab ada SUAMI akak so akak berani la.  Apa guna akak kawen dengan dia.  HAaaa...gitu kan?  Pergunakan suami untuk pergi Kellie's Castle.

So,  kami pun bergerak slow slow menaiki kereta (dua bijik) menuju ke Kellie's Castle yang terletak lebih kurang 75 kilometre daripada Teluk Intan.  GIGIH KAN KITORANG?

And please jangan lupa,  Danny masih tidak realized yang GPS miliknya disetting untuk AVOID TOL AND SHORTEST WAY.  Haaaaaa....malam mulai gelap gulita.  Kami pun melalui kampung,  ladang kelapa sawit,  ladang getah dan juga.....kampung lagi dan ironinya.  HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA.  

Pastu kami pun melalui pekan pekan kecil yang kami tak pernah kenal.  MAMBANG DI AWAN.  MALIM NAWAR.  Haaa...semua tu memang meng-angker-kan kami u olls.  

Tapi kami teruskan perjalanan kami.  Akhirnya kami pun selamat sampai.  Kami sangkakan kat sini memang ada tempat makan and lepak bagai untuk pengunjung yang nak mai malam-malam.  Tapi tak ada.  Takpalah.  Apa pun,  akak kagum tengok tempat ini telah diperbaiki dan dicantekkan.    Ampa tengok video dan gambar yang akak sempat rakamkan kat sini.

U olls nak tau lebih banyak pasai Kellie's Castle,  sila baca kat sini  :





Begitulah aktiviti akak ke Teluk Intan u olls.  Memang seronok dan insya allah,  akak nak mai lagi ke sini and make sure mai waktu siang.  Bolehlah akak tengok Istana Kellie pada waktu siang.

Love u olls,

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan





3 comments:

  1. dulu masa kami study kt uitm seri iskandar tu..
    adalaa projek kna buat kt kellie's castle ni..
    1 class kna p..masuk ramai2 buat bising suma..
    tp masa nk kluaq tu.. kami + 2 lg member..
    TAK JUMPA PINTU KELUAQ..
    kwn2 lain & pakcik bus tunggu kami 3 org dekat 1jam baru jumpa jalan keluaq..
    kawan2 try call suma tak dapat..
    depa masuk dalam panggil2 n cari pun tak jumpa...hahaha
    lepas tu mmg kalau lalu situ TAKMAU MASUK DH..
    ahahahha

    ReplyDelete
  2. kampung kami kat teluk intan. tapi awat taktau pasai mastan ghani. yala pi teluk intan mesti makan kat umah sedara mara yg memang bersepah kat teluk intan. adik-beradik pun ada yang rumah kat sini. memang takde can nak makan kedai. makan free sesaja rumah orang hahah. ok la lepas ni nak belanja family makan sini la.

    ReplyDelete
  3. mastan ghani ada banyak outlet kot.. kami p kedai lama.. belakang menara tu ja jumie.. style makan rojak dengan air bandung jagung dia.. :))

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...