17.5.13

Jom Tengok Teater Lakonan Saya Sebagai Mak Odah : Teater Amal : Siapa Aku karya Shah Izanjen

Hello u olls semua,

Akak dengan segala hormatnya menjemput warga USM dan warga Penang yang free pada 21 dan 22 Mei 2013 ini untuk mai menonton teater karya dan arahan pelajar Lakonan dan Pengarahan USM,  Shah Izanjen berjudul Siapa Aku?

Dalam teater ini akak akan berlakon watak kecil bernama Mak Odah dan berganding dengan 'suami layar' akak iaitu Padil Riki Raja Lawak sebagai Pak Leman.

Muka baru seperti Syazrin Syahira sebagai Fara,  anak akak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suami celaka nohorom.

Dan of course the ever hemsem and kendu Uncle sebagai Malik (suami Fara yang celakanirojim).



Click To Read More



SINOPSIS “RAHSIA ”

Mengisahkan mengenai Malik anak seorang jutawan tersohor di Malaysia, yang mempunyai perwatakan yang menarik dan seorang “KAKI PEREMPUAN” .Farah seorang wanita yang tabah dan mempunyai perwatakan seorang wanita yang mementingkan agama .Fara ditunangkan bersama malik sejak dari kecil lagi dan mereka harus bernikah apabila capai usia mereka berdua 26 tahun, sejak mereka ditunangkan Fara dan malik tidak pernah bertemu sehinggalah di hari pernikahan mereka.

5 bulan selepas perkhawinan mereka, ibu malik Datin Maimum telah meninggal dunia kerana serangan jantung dan semenjak dari itu keadaan hidup Fara mula berubah bersama Malik, apabila malik telah menjadi dirinya seperti sebelum iaitu seorang Kaki perempuan dan kaki minum, lebih menambah klimaks pementasan ini apabila pada satu hari, Fara dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita bernama Maya dirumahnya, akibat berlaku pergaduhan antara mereka Malik telah keluar dari rumah bersama maya dan meninggalkan Fara di rumah dengan orang gajinya Mak leha.

Menambah konflik pementasan ini apabila Pak leman dan Mak odah datang kerumah secara mengejut kerumah Fara untuk menjenguk anak mereka, Fara yang berasa sangat risau tidak memberitahu akan permasalahan yang berlaku diantara Fara dan Malik sehinggalah pada satu hari Malikpulang kerumah kerana menyesal dengan perbuatannya setelah ditipu oleh maya, dikejutkan dengan kehadiran salim sehingga mengakibatkan malik meminta perkhawinan mereka digantung dan keadaan berlaku lebih kucar kacir lagi apabila Pak leman dan Mak odahmengetahui akan hal ini. Hanya dengan satu cara masalah Fara dan malik akan berakhir iaitu dengan Rahsia Malik yang berada didalam tangan Pak leman selama 27 tahun yang mampu menamatkan segalanya.


Sekian,  sokongan u olls semua akak dahului dengan ucapan terima kasih.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...