16.5.13

Makan at The Ridge - Teja by the Sea, Jeti Pulau Aman, Penang

Hello u olls semua,

Lagi cerita pasai makan-makan.  Hari tu, akak dan kawan-kawan office telah mengepi makan di sebuah tempat makan yang agak meletop di Penang ini.  Nama tempat ini adalah The Ridge Teja yang terletak di Jeti Pulau Aman,  Penang.

One of our friend,  iaitu Dilla and Suhaimi (pengantin pertama yang akak make upkan secara official pada 8 Ogos 2008) depa ni adalah cinta jarak jauh.  Suhaimi (the husband) kerja di pelantar.  JARANGG....JARANG....baru balik Penang untuk bersama isteri dan anak-anak and of course kawan-kawan seperti kami ni semua.

So hari tu,  kami pun plan la keluar makan ramai-ramai ke The Ridge Teja.



Click Read More


Kat mana and macam mana nak pi?
Tempat ni terletak jeti menuju ke Pulau Aman.  So sapa-sapa yang tak tau, keliling Pulau Pinang ada banyak pulau pulau kecik.  Pulau Aman ni,  dia terletak dekat dengan Penang Bridge.  So kalau lalu Penang Bride (menuju ke Pulau Pinang) ampa akan nampak Pulau Aman di sebelah kiri laut.


Jeti Pulau Aman ini terletak di  Simpang Empat,  Batu Kawan,  Seberang Perai Selatan.  Kalau sapa-sapa mai dari area Selatan,  ampa akan nampak simpang ke BATU KAWAN.  Sebelum masuk Tol Juru.

Apa makanan yang ada?
Kat sini yang best dia adalah set BBQ.  Selain kita boleh order makanan ala carte macam nasi goreng dan lain-lain,  u olls harus mengorder BBQ set depa.  Yang bestnya dengan set BBQ ni,  depa bagi ayam,  kambing,  daging,  ikan,  udang....pastu kita masak sendiri.  Depa juga bagi black pepper sauce dengan thousand island sauce.  Ini antara gambar yang depa boleh masak yang akak amik daripada Facebook Page depa.

Mantis Thermidor (udang lipan thermidor) kini siap untuk dipesan di The Ridge..harga bermula RM 18.00 bagi setiap 100 gram

Menu baharu di The Ridge : Mee udang/ketam/campur & mee kari udang/ketam/campur...jawatan kosong diperlukan utk menu baharu ini, iaitu tukang makan..sila mohon dari pramusaji The Ridge

Menu diperbaharui/enhanced menu..daging steak sirloin australia, digril dan dimasak dlm sos sehingga sempurna/grilled aussie sirloin steak, grilled follow by braising in sauce untill your doneness - bon appetite



Harga makan?
Bajet lebih kurang RM20 - RM30 untuk satu kepala.

Apa yang best lagi kat sini?
Berikut adalah cadangan dan tips yang boleh akak share dengan u olls semua  :

  • sambil makan and bersuka ria bersama keluarga dan sahabat handai,  The Ridge Teja by The Sea juga menyediakan KARAOKE SYSTEM u olls.  So kepada keluarga yang suka karaoke tu...haruslah mai sini!  Tapi akak nasihatkan,  u olls bawak CD/DVD karaoke sendiri sebab abang DJ kat situ bubuh lagu semua lama-lama.
  • Sapa-sapa yang nak buat birthday party,  corporate dinner,  gathering ataupun kenduri kawen...pun boleh buat kat sini!
  • Akak cadangkan u olls mai waktu petang,   pastu tengok sunset yang cantek sekali.  Pastu terus dinner u olls.  Kami hari tu mai malam...sayang la :( *jangan risau maghrib...ada surau yang cantek disediakan untuk muslim dan muslimah.
  • Ada ruang yang besar dan luas untuk anak-anak berlari randa.
  • Ada ruang pi mengurut kaki secara tradisional.  Sangatlah melampau kan???Lepas makan kenyang semua urut kaki pulak.
  • Service yang meletops daripada staf staf depa yang mesra.

Untuk tempahan and dapatkan lebih banyak info.  Sila click sini  :  The Ridge - Teja by the Sea

Sekian,  akhir kata jemputlah tengok gambar akak dan kawan-kawan masa lepak makan bersama keluarga tercinta di sini.

Love,
Jumie Samsudin
Pencinta Makanan

Kami semua order nasi goreng dalam rumah Sponge BOB.

Tempahan untuk Puan Jumie yang cantek dan merupakan lambang kecantikan Abadi.

Ini adalah anak dara Dilla dan Suhaimi.  Nama dia Almas.  Dia adalah budak kecik yang menjadi cover photo bersama En.  Khafi suatu masa dulu.  Check out kat sini  :  En Khafi dan Almas  Lani dia dah besak dah.  Dah 5 tahun dah.  


Ruang yang besar dan luas untuk anak-anak bermain.

Set BBQ yang kami order :)


Apa la aku duk cerita tu!! HAHAHAHA




Sesi masak memasak.  

*  beberapa bulan selepas artikel ini ditulis saya dan keluarga pergi makan di tempat ini.  Tempahan di buat awal.  Tapi service adalah menghampakan.  Bayaran juga agak mahal.  Kami telah membuat komen kepada pihak urusetia.  Sad that they cannot monitor the quality well.

6 comments:

  1. steadyyy asmakkk komen kat aku. nanti boleh la kita mai sini.....

    ReplyDelete
  2. salam..akak, nak tanya..sedap x mknn kt the ridge ni?

    ReplyDelete
  3. Jo awat hang tak habaq masa abg awi mai hari tu.

    ReplyDelete
  4. Baru2 ni sy p mkn kt the ridge ni..tgk blog n fb mcm best ja..tp xbest!tgu pesanan mknan stgh jam..tgu mknan siap 2jam..
    2jam..xpnh lg sy p mkn kt mana2 kena tgu smpai 2jam..nk kta rmai,x pn..
    smpai 3table cstmer blah mcm 2 ja..servis sgt teruk kt sini..
    mknan pn xsdap sgt..nsi goreng pn biasa2 ja mcm kdai biasa..dan,depa silap hntar order...lsin dminta lain yg dihantar..xmai cni da...

    ReplyDelete
  5. Wasalam, Thank you kembara for responding to my blog.

    Selepas menulis review ini, saya dan keluarga pun arrange untuk dinner kat sini. harapan saya untuk makan best best kat sini amatlah menghampakan,. Saya bersetuju dengan komen saudara

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...