18.5.13

Movie Review Stail Cepat Punya : Teddy Bear / 10 Timer til Paradis

Hello u olls,

Meletops tak tajuk akak?  Movie Review style cepat punya?  HAHAHA.  Maksudnya,  movie review yang ringkas.  Akak berkesempatan untuk tengok banyak movie yang bagus kebelakangan ini.  Terima kasih kepada kecanggihan Astro decoder akak yang dah boleh record u olls.  Ha.....walaupun akak sibuk memanjang tapi akak record siap siap movie movie best kat HBO and FMP.  Pastu akak tengok bila akak free.  

So akak akan review satu persatu movie yang akak dah tengok ini stail cepat punya dan u olls kalau ada kelapangan harus pi tengok cerita ini sendiri.

Teddy Bear a.k.a 10 Timer til Paradis


Click Read More  :



Sinopsis [AMARAN CERITA INI MUNGKIN AKAN MEMBUATKAN AMPA TAK SASPEN DAN TAU JALAN CERITA SELURUHNYA]

Cerita ini akak tengok kat channel SUNDANCE TV.  Cerita ini adalah daripada negara Denmark.  Tapi dalam Bahasa Inggeris.  


Mengisahkan pasai seorang lelaki ahli bina badan yang mempunyai tubuh badan yang sangat besar dan gagah bernama Dennis.  Tapi walaupun badan dia besak macam bangunan tapi dia adalah seorang yang sangat pemalu dengan perempuan.  Malah walaupun dia dah umur 30 an dia masih tinggal dengan ibu dia.


Dia teringin nak ada marka macam lelaki lain.  Tapi bila duduk dengan perempuan dia akan jadi kekok gila.  

So satu hari,  dia jumpa pakcik dia and minta nasihat pasai macam mana nak dapat perempuan?  Pakcik dia yang ting tong kata "Hang pi Thailand!! Perempuan sana semua baik baik dan depa sendiri akan mai kat hang,"  HAHAHAHAHAHAH celaka kan pakcik dia?

Dennis pun tipu mak dia,  dia kata dia pi masuk pertandingan bina badan.  Rupa rupanya dia nak pi bercuti kat Thailand untuk misi mencari perempuan.

Sampainya Dennis di Thailand,  of courselah ramai perempuan cekcur mai keliling dia dan ajak main u ollls.  Kan?  Tapi dia tak pergi enjoy kat strip club pun,  dia tetap pi gym kat area hotel dia duduk tu.  Bila duk work out,  dia pun berkenalan dengan local people yang juga membina badan dan juga berkenalan dengan seorang perempuan Siam yang bernama Toi.  


Toi adalah seorang janda.  Suami dia mati dan meninggal gym itu untuk dia.  So dia yang manage gym tu.  Toi pun seorang yang pemalu.  Tapi macam mana tak tau,  depa boleh jadi rapat.  Hang tanya sepatah,  dia jawab sepatah.  Lama kelamaan,  depa pun cium dan romen.  Pastu terus cinta.


Dennis nekad nak bawak balik Toi ke Denmark dan hidup dengan dia kat sana.  Tapi macam mana dia nak handle mak dia?  Mak dia akhirnya tau yang Dennis pergi melancong ke Thailand dan bukannya masuk pertandingan bina badan.  Mak dia punya mengamuk dan suruh Dennis lupakan Toi.

Tapi Dennis ketegak.  Dia tetap nak suruh Toi mai sini. Dia memang dah pi cari rumah semua untuk Toi duduk.  Pastu akhirnya,  Toi pun sampai lah ke negara orang Putih itu.  Dennis yang berbadan gajah pun membawa Toi ke rumah sewa depa.  Tapi Toi terkejut,  dia tanya "Where is your mother?"  Dennis tipu.  Dia kata mak dia sakit dan duduk kat hospital.  Actually dia tak ready nak cerita benda betui lagi kat Toi.

Lepas depa dah berehat semua,  Dennis bawak Toi pi ronda ronda kat supermarket depa.  Sekali macam mana ka,  mak Dennis ternampak Dennis dan Toi.  Toi yang tak tau apa cerita terus tanya kat mak Dennis "Makcik apa habak? Dah keluar hospital ka?"  Haaa kantoi.

Ringkaskan cerita,  berlakulah konflik antara anak dan mak.  Mak dia memang mengamuk habis.  Tapi Dennis tetap buat pilihan hidup dia.  Dia pack semua barang dia dan pindah keluar daripada rumah itu.

Sekian sahaja review movie style cepat punya daripada akak.

Fakta menarik pasai movie ini  :
  • Hero cerita ini Kim Kold adalah seorang juara bina badan negara Denmark pada tahun 2006. Dia juga akan berlakon dalam Fast & Furios 6 sebagai Klaus.
  • Movie ini adalah favorite En.  Khafi.  Dia kata "Deni ser...badan besarr...tapi pemalu...nak romen dengan perempuan pun takut takut,"  EWAH EWAH EWAH....
  • Depa berlakon di Patttaya,  Thailand.
  • Akak tak suka orang badan ketui-ketui.  Tapi akak pernah meraba untuk menyapu minyak jongseng ke tetek seorang kawan akak bernama Awie (seorang ahli bina badan) masa depa berlakon teater Zues : Rise of the Dead.  Tetek depa keraih.

U olls harus pi cari and tengok cerita ini.  Sebuah drama simple and very the touching.  Pengajaran paling besar :  buang keluarga buang saudara,  kerana kasih hamba turutkan.

Love,
Jumie Samsudin 


2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...