28.5.13

Pementasan Teater Siapa Aku?

Hello u olls,

Saja nak share dengan u olls hari tu akak berlakon lagi.................aiiyoo...berlakon lagi...jadi mak mak! Dalam teater bertajuk Siapa Aku?  Teater ini ditulis dan diarahkan oleh budak Lakonan dan Pengarahan USM tahun I bernama Shah Izanjen.  Dia amik Ko-K,  program khidmat masyarakat and group depa decided untuk buat pementasan teater amal.  So terhasillah produksi ini.  Hasil jualan tiket,  kami salurkan kepada pihak NGO yang menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.


Click Read More



Kepada sapa sapa yang mai tengok persembahan dua malam kami ini,  kami semua ucapkan ribuan terima kasih.  Walaupun teater ini sangat simple,  takdak falsafah tinggi - tinggi,  tapi drama percintaan ini telah digarap dengan baik oleh Shah Izanjen.  Untuk seorang adik tahun I,  akak ucapkan beribu ribu taniaaa kat u olls.

Dan juga kepada kakak-kakak dan abang senior Lakonan dan Pengarahan USM yang mai tolong Shah dan kami semua set up everything.  Cayalah!  Ampa memang the best.

Cerita Siapa Aku? adalah sebuah cerita drama u olls.  Mak Odah dan Pak Leman,  masa depa muda muda dulu.  Depa jumpa dua baby lelaki.  So sorang depa amik bela...sorang bagi kat boss depa iaitu Datin Maimunah.  Datin Maimunah berjanji,  kalau anak lelaki depa ini berusia 26 tahun nanti,  depa kena kawen dengan Fara iaitu anak perempuan Mak Odah dan Pak Leman.

Tapi,  lepas kawen.....Fara diseksa oleh suaminya Malik celaka ini.  Walaupun Fara dah mengandung...dia buat macam-macam onar lagi.

Sampailah Pak Leman dan Mak Odah mai dari kampung dan ceritakan kisah yang sebenar.

Akak berlakon sebagai Mak Odah.  HAHAHAHA! Satu lagi watak wanita tua yang akak galas.  Tapi siriesly akak sangat fun berlakon watak ini.  Sebab siriesly akak cakap,  akak tak buat benda ni dengan betul pun...akak main main ja.  Knowing that akak memegang watak yang sangat komedi okay!  Shah...kalau hang baca blog akak ni...please jangan carut akak.  Siriesly akak sangat enjoy berlakon dengan u olls.

Akak bergandingan dengan kumpulan Riki Raja Lawak iaitu Azhar dan Padil.  Padil berlakon jadi 'suami' akak.  Deni adalah mangkak dan suka tergelak betul betul atas pentas.  Kepada sapa yang mai tengok persembahan kami pada malam kedua,  pastinya u olls telah menyaksikan akak membalun nasik goreng semangkuk secara real sambil berlakon dengan Padil dan Fathin (Mak Leha).

Akhir kata,  memang seronok dapat bekerjasama dalam pementasan amal ini.  Seronok dapat berkenalan dengan budak budak USM yang muda dan riang ini...akak pun terasa muda.  Tapi............tak boleh lama-lama sangat.  Lani akak kena 'tukar topi' dan menjadi 'isteri En.  Khafi' di rumah.  Itu yang PALING UTAMA.

Love u olls,
Jumie Samsudin a.k.a Mak Odah










Nenjia...akak keluar ja pakai tudung lagu ni...satu dewan gelak.  NOHOOROOMMMMMMMM!




Scene nak start gelak.  

Pak Leman dan Mak Odah duk gelak mengekek tak cover.


Band pengiring...alaaa! I lupa nama depa.  SANGAT BERBAKAT okay.


Scene akhir.........Malik mampuih kena tembak.

Curtain call.

Tensyen bila bergambar dengan budak budak yang dapat watak cantek.  Akak dapat watak tua!! Kena make up kertu.

Gambar credit to : Yusof Bakar

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...