25.5.13

Resepi Senang Gila : Bakar Udang Atas Garam

Hello u olls,

Sapa suka makan udang?  Sebenar benarnya....akak tak berapa suka makan udang.  Kalau makan seafood akak suka ikan dan sotong.  Uuuuu.....satu kombinasi yang biasa sangat kan?  Udang is my husband favorite.  Pada minggu lalu,  my anak ayam bernama Wawa dari Sikh Kedah telah datang ke rumah akak dan membawa satu beg pelastik udang besar segar daripada Kuala Perlis.  BF dia orang laut u olls.  Stok ikan ni memang banyak sangat.

So Wawa pun bawak la mai rumah akak.  Katanya,  kalau dia bagi makcik asrama dia masak tak pernah sedap.  Dia nak suruh la akak masak.

Akak pun pikir pikir,  apa nak buat dengan udang yang banyak ni.  Kebetulan kat rumah ada macam macam lauk.  Nak masak asam pedas,  kari or apa-apa gulai rasa macam boring pulaks.  Oleh itu, i olls terpikir nak bakar.  Macam mana?  Okay!  Jom kita try resepi senang gila ini.  BAKAR UDANG ATAS GARAM.



CLICK READ MORE

Akak pernah tengok teknik ini dalam AFC.  Apa nama chef tu akak dah lupa.  Dia kata,  kalau bakar seafood atas garam,  dia macam preserve all the natural sweetness of the seafood.  Sebab kalau kita bakar dengan direct heat,  jus itu akan kering.  Memanggang di atas garam,  udang itu akan masak dengan asap dan wap daripada garam itu.  Yummmy!!

Bahan-bahan  :
1 kg udang besar (dibersihkan,  buang kepala...kalau rajin....belah belakang udang....)
10 ulas bawang putih
1 camca makan lada hitam di tumbuk kasar
5 camca makan madu
1 batang daun kari
2 camca makan serbuk Sedap Rasa Maggi
1 kilo garam halus

Cara-caranya  :
  1. Tumbuk bawang putih (80% lumat).
  2. Dalam mangkuk kaca yang berisi udang,  masukkan bawang putih,  ladang sulah,  madu, daun kari dan serbuk Sedap Rasa Maggi.  Gaul hingga rata.  Perap udang ini untuk sejam (tak perlu lama-lama).



  3. Ambil periuk grilling dan penuhkan permukaan periuk grilling itu dengan garam halus.  Ratakan garam itu.  Make sure lapisan garam ini melebihi 1 cm tebal.  Akak menggunakan PERIUK AJAIB daripada Avon.




  4. Buka api dapur dan biarkan garam tadi sedikit panas (lebih kurang 15 minit).

  5. Apabila kita nampak keluar asap-asap kecil daripada celahan garam,  susun udang kita atas garam itu.    Pusing udang selepas 4 minit.



  6. Untuk dipping sos,  ambil jus perapan udang tadi,  masak dalam periuk dengan api yang kecil.  Tambah sedikit air dan biarkan jus itu mendidih dan sedikit pekat.

  7. SELAMAT MAKAN :)




Sekian,  love u olls.

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

9 comments:

  1. Haha.. Nama... Wawa plk.. Ok... Kakak jumie.. Nti wawa bwk ikan n sotong ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawa....thank u sangat!! Kita takvkisah.....kita tukang masaaak ja!!

      Delete
  2. Habis garam tu buang je la eh kak? Menarik. Nak try la nnt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah........garam berapa kupang sangat oiiii mak ayam...jangan kedeeee!

      Delete
  3. sat nak tny kalau xdak periuk ajaib tu, kalau frying pan boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mak ayam....janji pans yang lepiak. Jangan WOK....nanti heat dia tak sama rata.

      Delete
  4. wah...tak pernah lagi try macam nie... :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...