20.5.13

Review Fashion MET GALA 2013 Part 1

Hello u olls,

Lama tak buat review fesyen kan?  Seperti biasa,  akak menantikan persembahan fashion artist Hollywood pada malam MET GALA 2013.  Tahun ini,  depa punya tema adalah Punk: Chaos to Couture.  Kalau ampa tak tau apa itu MET GALA,  sila tengok this artikel  :  Ulasan Fesyen untuk MET Gala 2011 dan ini :  Ulasan Fesyen : MET BALL 2012

Okay jom kita tengok apa yang dimerapukan oleh pereka-pereka fesyen dunia dalam MET GALA 2013.  Ada banyak gambar dan banyak retis.  So akak pilih retis yang melepss dan fesyen yang best sahaja untuk kita tengok.  Yang mana boring-boring akak dah buang lain.


Click Read More


Heidi Klum in Marchesa
Actually akak akan frust dengan pilihan baju Heidi Klum.  Beliau ini agak malap sikit sejak menjadi janda ni.  Baju baju dia dah tak best macam dulu.  Baju ini nampak sangat macam pengantin zaman 90an.  Bubuh veil and bunga je kat tangan beliau ini.


Rooney Mara in Givenchy 
Akak suka dress ini semuanya.  Ada details zip zip tu.  Memang very the STEAMED PUNK.  Pastu kasut beliau sangat seksi.  Walaupun make up look beliau sangat persis Meriam (PHSM)



Giuliana Rancic in Falguni And Shane Peacock
Nak cerita mai kat ampa.  Khafi cukup tak suka kat deni.  Khafi kata deni kuruih tak elok.  Muka dia kalau tak make up tak elok.  HAHAHA Khafi yang kini juga peminat channel mat salleh macam akak.  Okay jom cakap pasai baju ni.  Baju ni nampak macam kita duk buat welding zaman sekolah dulu.  Kemahiran hidup.  HAHAHA

Aubrey Plaza in Marios Schwab
Akak sangat suka kasut beliau.  Nak beli la 7 pasang.

Bella Heathcote in Chanel Haute Couture
Macam kain mak mak kita duk bubuh atas kusyen dulu bagi cantek tu kan?  Baju ni boring la.  Ala tok tok sikit.  Nasib baik deni model.  Pakai apa pun nampak elok.

Gwen Stefani in Maison Martin Margiela
AIIIIIYOOOOO Aunty LAMB.  Akak tak suka dress ni.  Nampak macam tak siap.  Macam amik kain tu,  tak payah jahit apa,  serika bagi elok pastu ikat kat tetek dia.  Teruih jadi baju.


Leelee Sobieski in Christian Dior
Dress taik cicak ini adalah nampak pelik dengan sarung tangan lace itu.  Pelik la.  

Lily Cole in Vivienne Westwood
Deni pakai baju ujan.  Sebab tu rambut dia basah u olls.  Wet look katanya.  HAHAHA

Olivia Wilde in Calvin Klein
Macam takdak effort.  Beli tiket mahai mahai tapi pakai lagu ni.

Kylie Minogue in Moschino
Pasaipa ramai orang pakai dress taik cicak ni.

Chelsea Clinton in Burberry 
Siriesly dress ini tidak cantek dan tidak mencantekkan lagi pemakainya (anak Bill Clinton) yang memang tak berapa nak cantek.  And colar macam tu,  akak tak tau panggil apa,  akak tau sekarang banyak orang Melayu perempuan duk buat collar ala-ala macam ni untuk dress/baju kurung u olls...pastu u olls pakai tudung pulak.  SIRIESLY..............................................???

Please jangan buat baju collar macam ni lagi.  HANYA MARY POPPINS YANG CANTEK PAKAI COLLAR JATUH MACAM TU.  

Linda Evangelista in Marchesa 
Baju ini terlalu muda untuk beliau.  Dalam erti kata lain,  beliau nampak lebih tua daripada biasa.



Sienna Miller in Burberry
SUKAAAAAAAA!!!!!

Rita Ora in Thakoon
Baju ini sangat cool.  Tapi sesetengah orang pakai ja nampak cool seperti Rihanna ataupun perempuan ini.

Emmy Rossum in  Donna Karan
Dress cantek (walaupun akak tak nampak steamed punk tu kat mana).  I dont like her overdone make up and rambut setepek macam taik lembu itu.

Katie Holmes in Calvin Klein
Dress ni cantek and simple.  Nampak tak tetek dia kot tepi?  Haaa...kalau ampa nak tau,  tetek kot tepi ni la menjadi trend artist mat salleh sekarang.  Depa panggil 'side cleavage'.  HAHAHA kalau mak akak Kak Edeh tengok akak pakai dress side cleavage,  pengsan dia.  HAHAHAH

Nicole Richie in Topshop Couture
Aku tak tau pasaipa aku tengok Nicole Richie lagu ni nampak macam BURUNG KAKAK TUA ALBINO.  HAHAHAHHA

Rose Huntington-Whiteley in Gucci 
Dress ini sangat sesuatu.  

Uma Thurman in Zac Posen
Sekali imbas mak tau kepok kepok itu adalah daripada Zac Posen.  Dress ni cantek.  Tapi kena ka dengan tema?

Naomie Harris in Donna Karan
Kakak...sangat 2006 la.  Next.

Solange Knowles in Kenzo
Aku tak tau pasaipa aku rasa meluat dengan rambut deni.  Boleh tak sapa sapa pi cucuh api kat kepala dia sat.  Bagi tebakak?

Kate Upton in Diane Von Furstenburg
Hati hati kalau pose angkat kaki macam ni kakak.  Takut ternampak farajlina.  Anyway,  i like those shoes.  Raya ni nak beli kasut macam ni.  8 pasang.

Nicky Minaj in Tommy Hilfiger
Dresss ini sangat Nicki Minaj.  Pelik tapi benar.  Warna meletops.  Tapi kat mana temanya???

Cameron Diaz in Stella McCartney
TAK CANTEK LANGSUNG KAK KEMEREN PAKAI BAJU NI.  Sedihlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jessica Pare in Jason Wu
Peminat Ramlah Ram.  Baju daripada kain langsir terpakai.  Sekian.

Ivanka Trump in Juan Carlos Obando
I suka perempuan ni.  Muka dia sangat porno.  Tapi dress ini terlalu simple untuk wanita bangsawan macam beliau.  Walau bagaimana pun arakian,  akak suka warna hijau itu.  


Julianne Moore in Balenciaga
Seperti biasa,  deni suka pakai baju yang ala kotak kotak dan besar dan mempunyai segi segi yang merapu.


Kirsten Dunst in Louis Vuitton
Mcam pernah tengok dress ini...tapi tak tau kat mana.  Dalam erti kata lain...boriam.



Katy Perry in Dolce & Gabbana
Suka sangat her whole look.  Creative,  fun and very the couture.  And of course akak suka lipstick itu...

Joely in Roksanda
Baju ini diperbuat daripada tarpan orang buat kenduri kawen punya.  Haaaaaaaaaaaaaaa.  Tau tak tarpan tu apa?  Sapa orang Penang akan tau kain tarpan tu apa.  Deni kalau masuk Malaysia mesti kena tahan.  BERSIH.

Ashley Olsen in Christian Dior
Nenjiaaa kaftan dia...very the couture.  Dress macam ni memang cantek untuk red carpet ja u olls.  Sapa sapa yang feeling artist nak buat baju macam ni untuk hari raya,  mai sini akak nak bagi u olls batang kasut sebagai hadiah hari raya u olls.  Gila macam mana nak basuh pinggan kalau pakai baju macam ni kat rumah???

Giovanna Battaglia in Dolce & Gabbana
NO KOMEN.  HAHAHAHA.  Apa pun mak suka sangat dia amik pin banyak banyak buat crown.  Mungkin Danny Harmizi nak cuba tu masa masuk pertandingan miss nanti.

Elizabeth Banks in Atelier Versace
I LIKE HER SHOES!

Elettra Rossellini Wiedemann in Prabal Gurung
Aku tak faham macam mana dan apakah motif baju ini???????? Langkah langkah keselamatan?  Ramalan kaji cuaca?  Maskot TOT USM?  

Sekian dulu, tungu part 2 dan 3.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

3 comments:

  1. wakakakakakakakakakakakakaka! u made my day..hari senin, biasa aku dok memuncung itik je, thanks kak!

    ReplyDelete
  2. mengelitik tau lawak mama jumie..... habis i basah lol

    ReplyDelete
  3. jumie... Katy Perry in Dolce & Gabbana.. Baju dia mcm corak pasu bunga camtu.. kreatif jgk no.. -ain kwn bernyanyi

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...