21.5.13

Review Fashion MET GALA 2013 Part 3

Hello semua,

Nenjiaaa.....Dah siap ka baca review untuk part 1 dan part 2?  Kalau part 1 and part 2 akak dah review untuk baju baju yang ala-ala printed,  pastu merah,  biru,  hijau,  dan putih dan grey semua...part 3 akak dedicate especially untuk depa pakai warna hitam.  Ramai sangat yang pakai warna hitam u olls.

But as im writing this artikel,  apa yang akak nampak adalah......depa punya fesyen sangat merepek dan boring.  Kasut depa ja cantek cantek.

Okay jom kita terjah baju baju depa.



Click Read More



Beyonce in in Givenchy by Riccardo Tisci
3 insan yang mendapat sentuhan kreasi Riccardo Tisci adalah Madonna dan juga Kim K.  So apa pendapat u olls tentang baju ini?  Pada pendapat akak........BAJU INI ADALAH TAK UBAH SEPERTI MEMAKAI KAIN BATIK KEMBAN DAN AMIK SEDIKIT KAIN BATIK ITU DAN DIBUAT BOOT DAN SARUNG TANGAN.  And yes,  pastu amik belt bubuh kat pinggang.  Bagi akak,  dress Puteri Gunung Ledang Asmaradana yang dipakai oleh Kak Tiara adalah lebih meleps dari ini.  Rambut Kak Beyons juga tak berapa cantek.  Macam blow rambut beliau rosak dan beliau duduk saja depan kipas angin sampai rambut beliau kering.  Sorry kepada semua peminat Beyonce,  i memang tak suka baju beliau ini.  


Diane Kruger in Chanel
I wish dress ini dilabuhkan dan diavant garde kan lagi dengan lebih meletops.  Sangat suka details dan ala-ala veil yang menutupi seluruh tubuh beliau.

Donatella Versace in Versace
Amik gambar ni and edit bubuh kepala orang lain seperti kepala Anne Hathaway ataupun Amanda Seifried.  The only thing yang tak meletops tentang baju ini adalah muka sipemakai.  HAHAHA jahat kan akak?  Tapi siriesly sapa kata muka Donatella ni cantek,  sah sah u olls dah kena santau angin.

Madonna in Givenchy Haute Couture by Riccardo Tisci 
Sapa tengok Fashion Police?  Joan Rivers kata "The only thing aku suka dengan baju deni adalah tali rantai kat pinggang.  Sebab senang nak tarik rantai tu and flush Madonna masuk toilet bowl,"  NOHOROOOMMM.  Apa pun,  akak tak suka this whole look.  Terlalu over untuk wanita tua dan kertu.  Well u can be punk and funky and couture...tapi u olls kena lah sesuaikan dengan usia.  

Paloma Faith in Michael Cinco
Kalau cucuh deni dengan api.....mesti dia akan terbang naik atas jadi bunga api meletops letops kan?  HAHAHA.  Tak tau pasai pa tengok dia akak rasa macam dia ni sejenis mercun.

Taylor Swift in  J Mendel
Rangginya Taylor Swift sekarang.  Tapi macam ....NEXT!!!! (boriam)

Anne Hathaway in Valentino
Macam macam sedang berlaku pada dress ini.  Rambut yang blonde.  Sangat meletops.  Adakah sesuai dengan wajah Anne Hathaway ini?  Akak rasa macam cantek juga dia buat platinum blonde ni.  And dress ala-ala garis garis kajicuaca.  Meletops.  Nampak side cleavage. And bulu bulu di tangan.  Wow...macam-macam sedang berlaku di sini.  Adakah u olls suka?  Akak bagi 5/10 sahaja. Percubaan yang baik untuk mengBLONDEkan diri.


Florence Welch in Givenchy
Zaman dulu dulu Cher dah pakai baju macam ni.

Lily Collins in Moschino
Deniii pasaipaaa??? Bagi dia kereta sorong Tesco teruih orang nanti kata homeless.

Allison Williams in Altuzarra and Monique Lhullier
Walaupun dress ini nampak macam joget angan tak sudah,  tapi akak suka.  Macam seksi seksi.  Kalau akak pakai baju ni,  mesti akak akan terus rasa macam feeling nak buat video clip Kisah Hati Alyah dengan pelukan Remi Ishak.  Ohhh gitu.


Blake Lively in Gucci
BORING....macam dah pernah tengok.  Okay next.


Ashley Greene in Marchesa
NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT


Doutzen Kroes in Theyskens' Theory
Keraihnya skirt depa.  Diperbuat daripada tikar minyak ka?

Eve in Jason Wu
ERM......apa la yang tak kena dengan dress ni?  I think tali tali itu adalah terlalu crowded and rambut Eve adalah tidak smart langsung.  Nampak selekeh macam Bibah Raggae (watak ciptaan).



Jessica Hart in Diane von Furstenburg
Skirt dia cantek.  Biasa ja.  Tapi tops dia...nampak macam badan dia dibalut dengan DUCK TAPE.  HAHAHAH.  Siries.

Emma Roberts in Diane Von Furtstenburg
SIMPLE nyaaa depa. Awat duit habih beli tiket masuk MET GALA ka?

Cara Delevingne in Burberry
Wow...baju dia ada duri duri.  Mesti kalau dia duduk/berdiri dia tak boleh sandak kat mana mana.  Nanti badan dia kena cucuk.  HAHAHA.  Tapi baguih juga idea dress ni.  Akak nak buat satu untuk akak...boleh sandar ke dinding sambil akiupancher.  HAHAH.

Emily Blunt in Carolina Herrera
Simple and slick.  NO EFFORT.  NEXT.

Ginnifer Goodwin in Tory Burch
Baju ni tak elok langsung.  Nampak macam murah gila.  Make up dia pun tak elok.  Nampak macam sapu kelopak mata dengan watercolour Buncho.

Claire Danes in Oscar De La Renta
Deni memang suka pakai simple simple.  SEDIHHHHHHHHHH!
Alicia Keys in Jason Wu
Tops kulit.  Kain labuci.  Rasa macam tak masuk la Kak Eli.  



Jessica Alba in Tony Burch
Kak Jessica Alba kening warna blonde teruih muka nampak pelik.  Dress ini adalah meletops.  Belahan sampai dua kali kat tektek and perut.  



Chloe Sevigny in Proenza Schouler
Dress ni macam pelik.  Macam amik kain yang bentuk empat segi tepat.  Pastu balut kat badan and bubuh tali pinggang.  Sebab tu ada macam tak cover habis.  Macam kita balut hadiah tapi kertas tu tak cukup besar kan?  Ada terbelah kat sana sini.  

Miley Cyrus in Marc Jacobs
Baju dia ini ada dua kegunaan.  1...pakai baju pi red carpet.  2.  Tangkap ikan.

Miranda Kerr in Michael Kors
BORIAM.

Michelle Williams in Yves Saint Laurent
DENI LAGI LA BORIAM.

Emma Watson in Prabal Gurung 
LAGIIIIIIII BORIAMMMMMMMMMMMMM.....wehsss please laaa!!

Carolyn Murphy in Nina Ricci
Baju ini sebenarnya adalah selekeh dan terlalu rambu ramba.  Akak rasa baju ni tidak layak pun naik red carpet.  Buat dress ni untuk colour meriah meriah sikit,  and bagi kat mana mana team BORIA.  Mesti akan dapat best costume.

Kelly Osbourne in Marc Jacobs
Deni pun lagi seorang Mak Bu yang duk buat gila kat red carpet.  Sedihla.....memang betui Mama Regina kata,  this is the worst MET GALA ever.

(kiri)Jennifer Lawrence in Christian Dior
Simple sangat. 

(kanan) Marion Cotillard in Christian Dior
I like her shoes!!


Gisele Bundchen Anthony Vacarello
Kasut dia macam meletops.  And i think dress ini adalah sama version dengan satu kakak kat part 2.  Malas nya nak buat reference.  Ampa pi check it out sendiri.  


January Jones in Chanel
LOOVEEEEEEE HER SHOESSSSSSSSSSSSS~!!!!!


Carey Mulligan in Balenciaga
Love her shoes.  Apa ni semua baju macam boriam jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...kasut ja yang cantek cantek.

Alexa Chung in Erdem
Depa ni mesti dah habis idea.  Jaring orang bela ikan (akuakultur) dalam sangkat pun depa buat baju.

Felicity Jones in Proenza Schouler
BORINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

Stacy Keibler in Tory Burch
Mana abang Clooney?  



Director Sofia Coppola and designer Marc Jacobs
Depa ni cool gila pakai baju tidok mai red carpet. KAU ADA???

Dree Hemingway in Stella McCartney
Tiba tiba ada Dr.  Lye Tuck Po kat sini.  Sapa staf / student Soc Sc yang baca blog ni.  Ampa kenai :) 

Hilary Rhoda in Wes Gordon
Baju kebaya Indonesia yang dibesarkan.


Nina Dobrev in Altuzarra and Monique Lhullier
Sesuatu yang meletops.  Akak nak tempah baju macam ni untuk hari raya ke 3 tahun ini.  GITU.



Jessica Biel in Giambattista Valli
Melihat keVOUGEan Jessica beil dengan baju ala-ala kelambu yang seksi ini ditambah dengan subang hidung...AIIIYOO...kalau akak jadi Cameron Diaz akak pasti akan rasa dress biru akak itu sangat sampah.


Jaime King in Topshop
Walaupun simple,  i like all the simple details pada beliau.  Her shoes definitely.  Sleeve dia yang ada lace tu and cekak dia.  Nampak macam jahat-jahat sangat.

Love,
Jumie Samsudin
BORINGNYAA TENGOK BAJU DEPA NI SEMUA.  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...