30.5.13

Suami Suka 'Main' Pelacur

Hai Jumie,  

Aku ada sorang kawan, dia syak suami dia main pelacur. Suami dia tak pernah mengaku tapi suami dia ni memang la gila seks skit. Dia suka pergi rumah urutan batin. Siap ambik gambar dengan cewek-cewek pengurut di situ, kaki karaoke, simpan VCD blue dalam rumah, video-video lucah dalam HP dan layan FB chat dengan awek-awek dalam tu (mengayat). 

Kawan aku dah buntu dengan sikap suami. Dia juga pernah dipukul sebab mengamuk bila tau perangai sebenar suami.


Kisah yang aiyooo!  Sila Click Read More

Dah 6 bulan hubungan mereka porak-poranda. Dah 2x dia tinggalkan suaminya namun terpaksa kembali rasa sayang yang masih menebal.  Kini suami mula berubah menjadi baik tapi dia tak bole terima. Dia down sangat, hilang keyakinan diri dan menganggap dia manusia paling hodoh dan tak berguna di dunia ini. Aku puas menasihati tapi ternyata dia degil malah berkata "Kau tak rasa suami kau main pelacur!". 
Geram juga, sebab dia selalu meluahkan perasaan. Layan sajalah, kawan kan.
Aku taktaula Jumie...Pendirian aku lain.  Soal curang ni sejak bujang lagi aku tak rasa satu ancaman besar. Kalau andai berlaku pada aku akan aku akan hadapinya dengan membuat keputusan muktamad untuk tinggalkan lelaki jahanam macam tu.
 
Kawan aku ni aku rasa macam bodoh skit. Bagi aku bila situasi macamni berlaku, sama ada maafkan suami atau tinggalkan selama-lamanya tapi kawan aku tak boleh lakukan keduanya.
Dia tersepit. Mungkin dia takut tak boleh mulakan hidup baru. Dia pernah bekerja tapi suami suruh berhenti. Pastu family kawan aku ni tak berapa nak kukuh. So dia taktau kalau tinggalkan suami dia nak mengadu kat sapa.
Bagi aku la yang belum kena 'suami main pelacur' ni, takkan kau boleh hilang rasa yakin diri dan harga diri hanya kerana pelacur?
Lainla kalau laki kau kawin ngan bisneswoman yang jelita dan kaya..Op kos ko rasa rendah diri sangat. Ni, just pelacur yang #*[«#!
Aku dah blur nak bg nasihat macamna...
Yang benar,
Kawan Yang Buntu



Hello u olls,

Akak sangat kasihan dengan hang. Akak kasihan dengan u olls sebab u olls yang sibuk pening kepala dengan nasib dia, dia pulak macam nak sangat hidup dalam kepasrahan itu. 

 Adalah tidak adil untuk dia berkata “Hang tidak faham perasaan aku? Hang tak pernah rasa suami sendiri ‘main pelacur’” Aiyyyoo! Mana ada perempuan yang nak rasa macam tu. Tapi adalah tidak adil juga untuk u olls kata “Lainla kalau laki kau kawin ngan bisneswoman yang jelita dan kaya..Op kos ko rasa rendah diri sangat. Ni, just pelacur yang #*[«#!”….

Pelacur ke….high class escort girl ke…..siapa pun depa…depa tetap perempuan…depa tetap manusia. Kita tak boleh nak bezakan depa macam ni. Yang salah tetap salah. Yang baik tetap baik u olls.

Kepada lelaki itu, akak rasa mungkin dia adalah masalah seks iaitu dia sangat dan hanya boleh ‘turn on’ dengan wanita berstatus ‘sex worker”. Hey! Bukan tak ada ya….memang ada. Benda benda macam ni memang dijadikan kes study oleh penyelidik psikologi. Mungkin sebab itu, dia masih sayangkan isteri dia. Sebab dengan isteri dia…dia hanya sayang sebab itu adalah tanggungjawab dan juga hubungan sah dia. Tapi nafsu dan ghairahnya hanya boleh datang dengan wanita wanita sex worker.

Mungkin lelaki ini ada masalah mental atau gangguan daripada kecik. Kes kes psikologi yang pelik pelik ni selalunya datang daripada zaman kanak-kanak. Akak tak tau la sama ada depa ni dah pernah merujuk dengan pakar psikologi yang sebetulnya dan kalau depa betul betul ikhlas dalam perhubungan ini WHY NOT SAMA SAMA USAHA UNTUK TANGANI MASALAH SAKIT JIWA INI.

Kepada u olls yang menulis emel ini, akak tak tau la u olls ni dah kawen ataupun macam mana, tapi tak semestinya apa yang kita putuskan ini adalah yang terbaik untuk kawan kita yang menanggung masalah itu. Nasihat akak kepada u olls, sebagai sahabat setia…..kuatkan semangat dan jadilah pendengar yang setia. Kalau u olls dah rasa tak boleh nak jadi pendengar yang ikhlas lagi….cakap je kat kawan u olls tu…”Sorry nyah….mak dah tak boleh dengar cerita hang lagi……..Aku ikhlas ni. Aku makin lama makin serabot dengan keadaan hang. Hang sendiri yang tak mau berubah. Hang lagu hang…laki hang lagu laki hang…dua dua hidup dalam penafian….Sorry aku bukan tak mau jadi kawan hang lagi…tapi kesabaran aku ada batasnya. Sampai bila aku mampu tengok kawan aku terseksa makan hati sorang – sorang?”

Akak setuju dengan kata-kata u olls. Ada dua pilihan. Pilih untuk teruskan hidup baru sendiri. Ataupun teruskan hidup dengan lelaki itu dengan niat sama-sama bantu untuk berubah. (Selain psikologi…dekatkanlah diri dengan agama…itu terbaik). Tapi kalau dia nak stuck duduk disitu nak feeling Pasrah Erra Pazira…apa kita nak buat nyah? Kita tengok saja la dia pose pose main telur ayam ala-ala video clip Fauziah Latif.

Akhir kata, AKAK PELIK PASAIPA LAKI DIA SIMPAN VCD BLUE…hahahahaha…sangat macam orang zaman 90an. Orang lani download sajaaa laaaa!! HAHAHAH

Love,

Jumie Samsudin

Tak Semua Masalah Orang kita boleh Tolong

5 comments:

  1. tang ayat akak yang last tu buat ahdek nak gelak menitik air mata weh hahahahah

    ReplyDelete
  2. download sudah...hahaha..by the way nasihat neh boleh pakai gak

    ReplyDelete
  3. Ada sesetengah orang, dia memang tak mau usaha selesaikan masalah sendiri. Biaq la berbuih mulut orang yang nasihat macam sabun Daia, dia tetap takkan cuba selesaikan. Sebab dia lebih suka dan lega orang dengaq dia cerita masalah dia. Dah luah, dia rasa lega la skit. Pastu balik rumah. Tahan la sat, lepas tu emosi balik.

    ReplyDelete
  4. jumie,,,share la kisah2 psikologi

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...