6.5.13

Tsunami Politik di Malaysia [PRU13]

Hello u olls semua,

Alhamdulillah,  selesai sudah PRU13 kali ini.  Akak stayed up sampai 3.30 am semalam.  Seronok betui tunggu keputusan.  Pada usia 28 tahun ini,  akak dapat rasakan yang cara akak 'memerhati' senario politik yang berlaku di Malaysia ini dalam perspektif yang sunggguh berbeza.

Kalau di waktu muda (sekarang pun muda lagi),  akak senang-senang termakan dan menelan apa sahaja maklumat yang disalurkan dalam media massa dan media cetak mengenai perkembangan politik.  Tapi di usia 28 tahun ini,  akak dapat rasakan yang cara akak fikirkan sesuatu perkara yang berlaku dengan cara yang lebih dinamik.  Tidak secara membabi buta meng-COPY PASTE apa sahaja yang ditulis oleh orang lain apatah lagi meroyan secara Abby Abadi di laman Twitter.

Kami kat Penang,  dapat cuti u olls.
Click to read more.



Kemenangan BN
Setelah PM Najib melalui hari hari yang sungguh hebat dan sibuk untuk cuba merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan kepimpinan parti pembangkang sebelum ini,  akhirnya BN menang dengan majoriti mudah bagi PRU13 ini.  Tapi akak nampak,  wajah beliau semasa ucapan pagi semalam,  beliau nampak agak sayu.  Walaupun BN menang,  tapi ini bukanlah kemenangan yang beliau impikan.

Seingat-ingat akak,  untuk PRU13 ni,  PM Najib turun Penang almost 3 kali.  Macam-macam yang dia cuba buat.  Antara paling kontroversi adalah konsert PSY.  Yes.  Akak rasakan yang konsert itu adalah suatu yang dilakukan untuk cuba raih pengundi Cina di Penang.  Sebagai pencinta budaya POP,  yes...akak hargai bila PSY datang Penang tapi bila tengok performance PSY tu yang ala-ala tak berapa nak all out and menari kuda ala-ala kadar je....ERM!  Baik amik anak tempatan untuk perform.  We do not need PSY.  Lebih menyedihkan apabila,  tengok video PM Najib di BOOO oleh orang-orang Penang di konsert itu.  Budaya BOO BOO Perdana Menteri kita sendiri adalah budaya yang tidak baik.

Akak harap,  PM Najib rehatlah puas puas lepas ni.  Pergilah book hotel kat Pulau Tioman ke,  hayati keindahan alam and relaks sebentar.  U really need that boss.  Shut down all your internets!


Tsunami Penyokong DAP 
Seperti yang akak tulis dalam status FB akak hari ini, -  "Kebangkitan DAP bukan kebangkitan "bangsa Cina". Tanggapan itu agak racist bagi saya. Ramai kawan saya orang Melayu /India yang sokong DAP. Anggaplah, kebangkitan DAP adalah kebangkitan rakyat modern/urban yang "very demanding". Tsunami ini amat penting sekali agar BN kerja kuat untuk 5 tahun lagi. Go Malaysia!!"
Kenapa akak cakap macam ni?  Kerana seiklasnya,  sebahagian dari hati akak ini sangat happy apabila DAP terus mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen di Penang.  Tau pasaipa akak happy?  Sebab BARU MELAYU ADA AKAI.

Sorry to say ya kawan-kawan,  pasaipa saya kata BARU ADA AKAI KAT ORANG MELAYU PENANG,  sebabnya Melayu Penang adalah Melayu mamblap.  Saya kata anak Melayu Penang sebagai Melayu mamblap sebab anak Melayu Penang selalunya harap bintang dan bulan jatuh ke riba.  Nak meniaga pun nak kena minta tolong sapa-sapa rekemen dapat loan MARA.  Nak kerja pun sibuk suruh orang rekemen sana sini.  Bila tak dapat rekemendesyen walhal kelayakan dia tak setanding dengan calon-calon lain,  marah merebai dan salahkan orang lain.  Bukan nak tingkatkan usaha dan perbaiki diri sendiri untuk jadi lagi baguih.  

Paling sedih,  anak Melayu Penang tak kira lelaki ataupun perempuan,  visi hidup depa sempit.  Lepas sekolah,  kerja kilang apa sat,  beli motor,  pastu belajar clubbing kat SS,  pastu dapat marka,  suruh maka bapak sponsor duit menikah.  Itulah anak Melayu Penang.  Nak cari achi (marka) kena cari yang putih melepak dan mempunyai tubuh badan yang meletops,  rambut oren dan bermata kelabu pelasu (akibat kontek lens pasar malam RM15),  depa buat depa serupa sempoi gila.  Padahai,  depa habuk pun tarak.  Bila mai masa PRU13,  depa tunggu orang BN bagi duit sorang RM50 pusing Penang bawak bendera dengan motor. 

Golongan Melayu mamblap macam ni,  depa hidup dalam dunia depa sahaja.  Depa rasa depa la paling dahsyat habis dah. Cakap Melayu tak berapa nak betui,  nak suruh cakap English tak berapa reti.  Tapi,  kalau tanya kat mana nak cari stok 'bijik' ataupun 'ganjah' depa tau kat mana nak cari yang bek punya.  Haa....

Satu lagi,  orang Melayu mamblap macam ni,  depa rasa depa MELAYU depa dah cukup dahsyat dah.  Depa tak perlu nak bina dan cari apa sahaja yang bagus untuk diri mereka sendiri.  Depa kerja pun halai balai,  depa takdak duit saving,  depa tak beli insurance perlindungan diri,  depa tak tau pun nak melabur dalam ASB / mutual fund.  Sebab mereka dah terlalu selesa dengan songkok ketuanan yang mereka pakai.  Yalah,  anak Melayu kan.  Nak apa semuaaa dapat.  Hehehe.

Ada satu Melayu ni saya kenal,  nak isi borang BR1M pun tunggu orang bok mai borang depan dia,  isi dan tolong hantar.  Baru lah depa nak pi amik.  Kalau orang tak bok mai borang tu,  depa duduk lah rumah dan layan tengok Astro Ria dan layan lawak kamjat Jozan pakai pondan.

Kalau ampa anak Penang dan ampa bukan seperti yang akak cakap di atas,  PLEASE DO NOT GET OFFENDED. 

Janganlah kata saya pengkhianat bangsa hanya kerana saya cakap benda yang betul. 

25 tahun saya hidup kat Penang.  Saya sekolah pandai masuk St George Girls' School dan dapat kerja bagus dalam USM di Penang.  Saya buat business part time cari duit sampingan.  Saya kerja kuat untuk jaga brand business saya yang walaupun kecik ini,  orang kenal produk/service saya macam mana.  Saya seorang pekerja yang setia dan ikhlas dengan tugas saya di USM.  Saya ikut peraturan dan undang-undang.  Saya bayar cukai.  SAYA BERANI KATA,  SAYA SEORANG ANAK MELAYU BAWEAN PENANG YANG SANGAT BAIK. Sila tanya sapa-sapa yang mengenali saya dan keluarga saya.   

Dan saya kenal/kawan dengan ramai anak Melayu Penang yang sama macam saya juga especially yang baca blog saya ni :)

So janganlah kata saya pengkhianat bangsa just sebab saya gelakkan orang -  orang Melayu mamblap di Penang.  

Yes,  hari ini banyak suara sedih yang kata "Habihlah Melayu Penang.......ampa nak kena hidup lagi 5 tahun,"  dan "Lepas ni Melayu Penang tak tau la nak makan apa...."  Siriesly u olls.  Akak sangat terasa offended dengan kata-kata itu.  HEY!  Sapa usaha kita dapat makan.  Sapa kerja dia akan berjaya.  Jangan kata sebab DAP memerintah,  kalau BN pegang Penang pun,  kalau anak Melayu tak kerja kuat,  duduk rumah makan pasiak.  Jangan buat statement macam tu lagi,  anak Melayu Penang adalah sama hebat dengan anak-anak Melayu di negeri lain.  Tapi ampa jangan jeles,  sebab anak Melayu Penang ni bukan sahaja hebat tapi kami ni semua muka mix macam-macam.  Ada mix Arab,  mix Acheh, mix Latino macam Hassan Abu Bakar dan mix Bawean + Venezuela macam akak.  Ohhh gitu!!


Kak Jumie Ni Sokong Apa?
Kalau ampa ikuti blog/twitter/Facebook akak,  agak-agak u olls boleh agak tak I ni penyokong parti apa?  Lalu Penanti,  akak hon kat penyokong PAS.  Balik Penang,  akak jadi EMCEE event BN 1 Malaysia.  Malam lepas tengok keputusan PRU,  status akak seolah-olah menyokong DAP.

UNDI ADALAH RAHSIA U OLLS.....Kan????

Tapi sepanjang proses kempen PRU13 ni,  pernah tak u olls terbaca status / komen akak yang berbaur negative dan racist?  Kalau ada,  sila datang dan sepak muka akak.  Sebagai seorang pemerhati politik.  Akak latih diri akak untuk tidak jadi emosi.  Yang baik- tetap baik.  Yang salah - tetap salah.  Akak tengok semua dan akak analisis semua.  Seperti yang dinyatakan di atas,  akak tidak sewenang-wenangnya menceduk dan menuang air air emosi orang yang menyokong atau membenci mana-mana parti politik.
Kalau perlu,  akak suarakan.  Kalau tak perlu,  akak diam sahaja.  Kalau akak diam pun,  bukan bermakna akak tak tau.  Bukankah silent majority yang menggegar keputusan PRU13 kali ini.

Kegembiraan Akak
Satu lagi kegembiraan akak bagi PRU13 kali ini adalah akak dapati seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama betul-betul menghayati proses demokrasi yang berlaku di negara kita yang tercinta ini.  Yes,  ada banyak suara-suara yang bagitau kata SPR tak buat kerja dengan baik.  Bagi akak,  jangan kita tutup suara-suara macam ni,  sebab suara macam ini adalah hasil daripada pendidikan yang mereka peroleh daripada program MODAL INSAN yang diketengahkan iloleh mantan PM yang lalu.  Jangan kata "LISTEN LISTEN LISTEN" apabila kami ingin bersuara,  dengarlah dengan hati yang terbuka dan tambah baik apa sahaja yang tak betul itu.

Akak happy apabila DAP menang di Selangor dan Penang,  barulah BN buka mata dan nak buat kerja dengan betul.  Konstitusi pembangkang akan bersuara dengan lantang di Parlimen dan konstitusi pemerintah akan buat kerja dengan lebih hati hati,  bukan dapat kerusi dan duduk macam MERAK sahaja.  Inilah yang akak mahukan.

Kesimpulan
Kepada semua calon daripada semua parti yang menang kerusi DUN dan Parlimen,  BUAT KERJA.  Ampa bukan menang saja-saja.  Kami dah memilih dan kami akan memerhati.  Anak Malaysia dah pandai pikiak.  So,  ampa kena ubah cara kerja untuk deal dengan anak-anak Malaysia yang dah pandai pikiak ini.  Seperti yang akak cakap,  u olls sekarang serving urban/modern Malaysian yang sangat sangat demanding.

Salam 1 Malaysia untuk kita semua.  Semoga Malaysia akan terus maju,  makmur dan matawang ringgit Malaysia menjadi lebih bernilai agar kita semua boleh pi melancong ke mana-mana sahaja di dunia ini dengan senang lenang.  Ha ha ha...

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan Abadi

10 comments:

  1. kak jumie... mohon share post ni kt blog sy... hopefully org2 Penang leh sedaq sniri :)

    Really a great entry Kak Jumie! :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya baca luahan ni..saya yang orang Johor pun terbeliak mata..Melayu tu sendiri yang semua kena berubah..Man Jadda Wa Jadda..kalau kita usaha, dok mana2 pun akan berjaya tak payah tunggu bantuan itu ini..

    ReplyDelete
  3. indeed! true facts of penang malays. ge-14 is a wake up calls. kalau tak sedaq lagi..tak tau la.

    ReplyDelete
  4. Jumie uolsss mmg chantek dan berwibawa. Akak sokong postuolls nih.

    ReplyDelete
  5. Perenggan last tu aku sokong gilaaaaa... Tak larat kot aku pening2 kepala nak ikut convert duit2 ni kalau nak jalan2... Dan yesss!!! Aku setuju sangat dgn apa yg hg tulis tu... Benda tu laa selalu aku dok peringat kat sepupu aku yg plg aku sayang dan jugak kat anak2 sedara aku...

    Kadang2 kat fb/twitter bab politik slambe je nampak aku talam 2 muka. Tapi aku rasa aku tak racist sangat. Hahaha... Cuma, honestly aku rasa cam cukup la kot BN dengan gula2 depa... Sedih aku nampak macam bazir gila padahal semua tu boleh guna utk upgrade insfrastruktur awam...

    Haha ekceli aku tak sabak tunggu project laluan berbasikal tu siap kat sini. Nanti boleh kita berbasikal ramai2 keliling pulau dengan laluan sendiri takyah sebok2 kat laluan utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHEh memang aku tiru ayat hang babe. DARIPADA TWITTER hang.

      Delete
  6. Dato' A Kadir Jasin pun komen lebih kurang macam Jumie. Ha ha

    http://my.news.yahoo.com/keputusan-pru13-adalah-tsunami-malaysia-kata-bekas-ketua-093319936.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya akui kata-kata saya ini mungkin sama dengan orang orang lain (penganalisi/pemerhati politik). Sebab saya 48 jam duk baca, tengok tv dan baca blog....of course ada dua tiga benda terceduk daripada apa yang saya baca :)

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...