27.5.13

Ulasan THE APPRENTICE ASIA : Berkenalan dengan Bosses and Peserta

Hello u olls,

Akak memang menanti nantikan rancangan TV yang bagus ini iaitu The Apprentice Asia.  Sapa yang tak tau apa rancangan ini,  sila GOOGLE.  Sedihla u ollls. Tula duk layan Astro Ria sangat.  Mulai saat ini akak berjanji akan memberikan review kepada u olls setiap minggu.  Harap u olls semua pun tengok rancangan ini juga kerana kita boleh belajar macam-macam daripada rancangan realiti ini.  Tak kisahlah kita ni kerja apa pun,  cuci toilet,  mahasiswa,  cikgu,  lawyer,  kerani kerajaan ataupun makcik kantin,  im sure kita akan belajar banyak daripada rancangan berunsurkan temuduga syarikat korporat ini.

Kita belajar tentang pengurusan,  team work,  pengantarabangsaan,  keusahawanan,  semangat dan macam macam-macam lagi.  Ini bukan realiti show nyanyi Dangdut Raggae dengan suara rock pastu u olls semua perabih duit dan vote kan???????  Ala...sorrylah kalau akak carut u olls.  Tak salah u olls nak tengok rancangan macam tu.  Tapi at the same timme u olls kenalah tengok rancangan realiti yang ala-ala memberikan ilmu ni.


Sila Click Read More

Sebelum akak memberikan ulasan pertama tentang show ini,  marilah akak share dengan u olls semua watak-watak penting dalam rancangan The Apprentice Asia ini.  Wells...u olls boleh baca the rest kat dalam website AXN THE APPRENTICE ASIA,  yang ini akak garapkan sendiri mengikut apa yang akak fikirkan.


Boss Besar dan Barisan Penasihat

 Tan Sri Dr. Tony Fernandes
Group Chief Executive Officer, AirAsia
Wow...akak baru tau yang Tony Fernandes adalah seorang pemegang Ph.D.  Tak perlulah akak cerita banyak pasai beliau.  U olls semua pun lebih mengenali beliau kan?  Taikun bisnes yang amat dikenali di Malaysia ini.

Mark Lankester
Group Chief Executive Officer, Tune Hotels
Akak suka tengok Mark Lankaster ini.  Muka beliau sebenarnya adalah kendu.  Tapi disebabkan dia jadi boss dalam rancangan ni,  dia kena buat ala-ala siries person kan?  So far,  berdasarkan rancangan pertama.  Personaliti beliau tak berapa menyerlah lagi.  Mungkin esok esok dalam episod seterusnya beliau akan menyerlah.  Mungkin dia baik?  Mungkin dia jahat?  

Kathleen Tan
Chief Executive Officer of Expedia Asia, the world's leading online travel company
Tony Fernandez panggil dia sebagai Empress dalam empayar besar Air Asia.  Akak tak tau berapa usia wanita ini.  Yes,  beliau nampak tua,  tapi tua yang STEADY.  

Team Apex

Andrea Loh Ern-Yu |  Singapura
Beliau berusia 25 tahun. Mendapat pendidikan tertinggi di NUS.  Seorang peguam.  Beliau adalah peserta termuda dalam rancangan ini.  Dia sangat suka melancong seorang diri.  WOWWW!  Meletops.  Akak ada seorang kawan bernama Syed Amir yang sangat suka melancong seorang diri.  APAKAH PERASAAN MELANCONG SEORANG DIRI?  Akak pernah try sekali.  Agak bohsan.  Tapi untuk mengclearkan otak adalah sangat bagus.



Dian Krishna Mukti | Indonesia
Beliau seorang surirumahtangga yang berusia 36 tahun.  Pernah menyandang title Miss Indonesia pada tahun 2003 and selepas berumah tangga beliau mendapat gelaran Mrs Indonesia 2010.  Beliau mempunyai Sarjana Sastera dalam Komunikasi Media daripada Royal Melbourne Institute of Technology.  Beliau tinggal bersama suami dan anak-anak di Hong Kong.



 Nik Aisyah Amirah Binti Mansor | Malaysia
Seorang auditor berusia 25 tahun.  Menangguhkan perkahwinan beliau tahun ini semata-mata untuk sertai pertandingan The Apprentice Asia.  Akak salute keberanian beliau.  Seorang yang sanagt lembut.  AKAK SANGAT LEMBUT...akak harap beliau hanya lembut diluar.  Akak bangga kerana ada seorang wakil wanita Muslimah yang berhijab!! Cayalah.....


Ningku Lachungpa  |  India
Berusia 29 tahun.  Merupakan pengarah bagi syarikat pembinaan yang dimiliki oleh keluarga beliau sendiri.  Erm....anak orang kaya ni u olls.  Belajar pun kat UK semua.


Celina Le Neindre  |  Filipina
Single ladies berusia 30 tahun ini merupakan peserta paling cantek dalam Aprrentice Asia.  :)  Pekerjaan dia?  Erm...akak tak tau tapi dia ada kelulusan dalam bidang masak.


Dussadee Oeawpanich  | Thailand
Wanita ini bersuai 35 tahun.  Bila akak tengok dia...akak teringat Kimora Lee Simons.  Dia merupakan pemilik bistro di Bangkok.  


Team Maverick


Alexis Lothar Bauduin  |  Bangsa French tapi berasal dari China
Jantan paling kendu dalam rancangan ini.  Berusia 29 tahun.  Boleh cakap Mandarin.  Meletops lah.......pasti ramai adik adik yang tonton rancangan ini sebab beliau.


Hendy Setiono |  Indonesia 
Seorang usahawan yang amat terkenal di Indonesia dengan syarikat rangkaian makanannya yang mempunyai lebih daripada 1000 cawangan diseluruh Indonesia iaitu Baba Rafi Enterprise (Kebab Turki Baba Rafi, Ayam Bakar Mas Mono dan Bebek Garang).  Beliau dah kawen u olls.  Berasal daripada Surabaya.  perusahaan yang menaungi usaha waralaba kuliner 


Jonathan Allen Yabut | Filipina
Berusia 27 tahun.  Hidung beliau sangat ikonik.  HAHAH.  Jahat akak.  Bila dia bersuara....aiyooooo!  Sangat tegas dan banyak benda dia nak dan boleh cakap.  Sangat adik adik.



Nazril Idrus | Malaysia
Sapa tak kenal beliau kan?  Suami Sazzy Falak.  Akak terkejut juga kenapa dia boleh join this rancangan.  Adakah kerana beliau artist?  No no no.  Bukan senang nak masuk jadi peserta rancangan ini.  U olls mesti ada CV yang strong okay.  Apa pun,  akak sentap sebab usia beliau adalah 38 tahun.  OMAIGOD.



Ng Kian Tat (Hanzo) | Malaysia
Seorang lagi Malaysian yang menjadi peserta dalam rancangan ini.  Depa panggil dia sebagai sales NINJA.  WOWWW!  Akak sangat respect dengan orang orang sales ni.  Sales adalah satu skills dalaman yang bukan semua boleh possesed dalam masa satu hari.  Apa pun,  akak harap dengan rambut beliau yang sikit kat tepi tu....BAIK KAU BOTAKKAN JER SATU KEPALA OKAY!!  Tak payalah simpan rambut sikit sikit tu.  Pelik sangat akak tengok.


Samuel Rufus Nallaraj |  India
Bila chatting secara random dalam internet,  dan bila akak dapat chatting friend from India,  inilah contoh wajah yang terbayang di kepala akak.  HAHAHA.  Beliau sudah kawen dan berusia 37 tahun.  Seorang yang pakar dalam bidang IT.  

Begitulah ringkasan mengenai peserta-peserta dan juga bosses dalam rancangan ini.  Apa yang akak garapkan ini adalah berdasarkan pemerhatian akak pada episod pertama.  Hope depa semua buat yang terbaik dalam rancangan ini!

Sekian,  love u ollls.
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. yeap aku pun tertunggu tunggu rancangan ni and finally dapat tgk...by the way first kendu Mark Lankaster ni nampak serius tapi cam lawak plak aku tgk....and second kendu si Jonathan Allen Yabut ni nampak semua dia nak menang n betul bila bercakap..too xcited..memang terer nak blame org...apa pun aku harap si Nazril ni lebih byk 'kedepan' dalam sesuatu projek sebab kalau tak akan jd mangsa second kendu tu.....

    ReplyDelete
  2. rancangan realiti ni format yang similar mcm reality show "please give me a job (2003) kat ntv7. oh lupa, nazril idrus background in accountancy , finance manager,consultant weh..very strong background....cayalah jumie nak buat review tiap2 minggu..

    ReplyDelete
  3. Thanks ampa semua memberikan komen. I olls tak sabar tunggu apakah kisahnya minggu ini.

    ReplyDelete
  4. Marilah sesama kita nantikan tetiap rabu!!

    Sape la plak kuar this week... Aku tgk mende ni mmg ternganga kot... Sbb masing2 ada strong personality. Mmg aku takde sampai tahap dorg lagi la...

    Kene berusaha dgn lebih gigih kot utk jadi mcm dorg :)

    ReplyDelete
  5. Mark Lankaster ni di dunia realiti sangat baik orangnya, office dia kat atas office i olls je. Dia CEO Tune Hotels, i olls Secretary CEO Tune Talk :) Dia mmg kendu :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...