28.5.13

Ulasan THE APPRENTICE ASIA Episod Sulung

Hello u olls,

Okay,  so u olls semua dah tengok episod pertama untuk The Apprentice Asia kat AXN?  Please follow my Twitter (jumiejumie) ataupun watch my Facebook Timeline akak akan post waktu siaran dan siaran ulangan The Apprentice Asia untuk u olls semua.

So apa yang akak nak ceritakan dan apa pandangan akak mengenai The Apprentice Asia Episod Ulung?  Jom baca.


Sila Click Read More

Pembahagian dan Penamaan Kumpulan
Of course semua peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Perempuan.  So depa akan berpisah dan akan berkenalan sesama sendiri.  Pastu depa kena bagi nama untuk  kumpulan masing-masing.

Team perempuan memilih nama Apex hasil daripada cadangan Andrea.  Apex adalah satu nama yang sinonim dengan USM.  Universiti Sains Malaysia.  Universiti pertama di Malaysia yang mendapat status APEX (Accelerated Programme for Excellence) daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Ampa kalau nak tau lebih lanjut....erm...nanti akak cerita lain na.  Panjang nak explain (AKAK FAHAM OKAY....Akak love kuat dengan USM kot.  Matilah kalau akak tak tau).

Dalam English,  Apex bermaksud the tip, point, or vertex; summit. Satu pilihan nama yang baik. Mungkin sebab itu ahli kumpulan perempuan semua terus setuju bila Andrea bagi nama tu.

Team lelaki pula macam bergelut sikit nak pilih nama.  Akak tak ingat sapa yang suggest nama Maverick.  Nama ini sangat maskulin.  Pastu Nazril bersuara "Kita patut pilih nama yang lebih Asian....."  betul!  Akak sangat setuju dengan cadangan beliau itu.  Pastu dia kata lagi "There is one word in Malays ....GEMPAK!  Like a boom.  Something like earth quake,"  kata Nazril.  Pastu Hendy jawab...."In Indonesia,  earth quake are something great but can means such a disaster too,"  HAHAHAH betul kata Hendy.

Apakah Nazril ni pi suggest GEMPAK?????? Ingat ini kumpulan untuk kursus motivasi ka?  Ingat ni kumpulan pertandingan congkak ka?? Serrrr.  Bila dia sebut something Asian / Malay....akak ingat dia nak bubuh TUAH ka...KUAT ka...KUKUH ka.....apa-apa nama Melayu yang kuatlah.  Ini GEMPAK.  Tak korporat langsung.

Cabaran Menjual Ikan di Pasar Tani
Cabaran pertama depa adalah kena juai ikan di pasar tani.  Depa kena set up the stall,  buat label nama-nama ikan,  cari harga jual yang sesuai,  jual semua ikan tu dan sapa untung paling banyak depa akan menang la!

Akak tengok depa ni semua nampak sangat macam tak pernah pi market.  Tak kisahlah depa ni semua latar belakang orang kaya ka apa ka,  tapi tak kira la hang kaya macam mana pun,  belajar pergi market / pasar adalah satu survival skills yang amat penting.


Siriesly,  akak berani cakap 90% daripada pengantin perempuan Melayu daripada tahun 2005-2011 yang menerima hantaran kahwin setinggi RM10 000 dan ke atas tidak tahu etika dan cara-cara pergi ke pasar  / market.  HAHAHAH.  Ini adalah hasil siasatan akak dan Mama Regina.

Akak sangat suka Tony Fernandes bagi cabaran ini kepada semua peserta kerana kalau nak ikutkan dalam sejarah,  PASAR adalah pusat perniagaan terawal dalam ketamadunan dunia.  Dari pasarlah bermulanya perdagangan,  kewangan,  kuasa,  cukai,  politik dan macam-macam lagi.    So kalau ampa tak boleh nak handle the first and foremost simplest mode of business...then lagu mana??

Selepas depa dapat harga ikan apa semua,  akak perasan satu kesalahan depa.  Kata contoh,  depa nak jual satu ikan tu RM40 sekilo.  Janganlah tulis RM40 sekilo.  Of course lah semua pembeli akan terkejut.  Kalau apa perasan,  kat pasar,  penjual ikan akan tulis macam ni RM20 / 500 g.  Yang 500g tu kecik.  Haaaaaa!  Bukan cheating ka apa.  Itu adalah seni dalam memikat pelanggan.


Kesalahan Besar Hendy
Hendy sebagai seorang yang VOLUNTEER diri sendiri untuk jadi ketua......dia sangat megah dengan kejayaan dia mempunyai sebuah syarikat yang ada banyak itu.  Tapi bila mai praktikal.....akak tengok dia macam LEMBIK JA.  Dah la nak kena handle satu team yang sarat dengan TESTERRRONNNNNN.  Akak tengok dia macam lembik ja.  Dia tak tau macam mana nak handle orang orang yang mempunyai strong personality macam Hanzo,  Nazril and Jonathan.

I wonderla kan....betul ke Hendy ni boleh buka seribu cawangan business ni atas usaha dia sendiri dari bawah.  Ataupun memang deni daripada keluarga kaya raya yang mempunyai banyak duit gila dan membuka business sampai 1000 cawangan di negara yang kita tau sebagai sebuah negara yang menawarkan 'cheap labour' adalah satu perkara yang mudah?

Akak tak salahkan Hanzo sebab dia sangat enthusiastic untuk menjual ikan ikan tu semua walaupun dengan harga yang ridikelesli murah.  Tapi HENDY patutnya kena control team dia.  KATA CEO beribu ribu pekerjaa...........................takkan tak boleh nak handle benda simple macam ni.

Masalah Udang
Team perempuan so far semua okay.  Cuma depa tersilap lable udang yang sepatutnya dijual dengan harga RM40 sekilo,  depa jual RM1 sekilo.  Weeehh...pasaipa aku takdak kat situ time tu.  Aku akan beli semuaaaaaa udang tu!  HAHAHAH.  Tapi itu sahaja la depa punya problem sampai depa tak untung langsung.  Kalau depa label dengan betul....mesti depa akan untung besakkkkkkkk!

Kejutan di Board Room oleh Hendy
At the end of it,  kita pun tau,  team Maverick kalah.  Tony Fernandes suruh Hendy bawa dua orang ahli kumpulan dia untuk masuk ke Board Room dan dengan pilihan ini (salah seorang) daripada mereka akan dibuang daripada rancangan ini.

Hendy pilih Nazril and Alex.  Nazril tak puas hati and dia suruh Hendy 'reconsider' pilihan dia.  Akak rasa akak boleh agak dah pasaipa dia pilih dua orang ni.  Sangat celaka pilihan beliau itu.

Bila Tony Fernandes suruh Hendy explain pasaipa hang bawak dua orang yang hebat daripada kumpulan hang dan bukan orang orang yang lemah dalam team hang?  Hendy kata "Saya bawa dua orang hebat daripada kumpulan saya ini kerana saya tidak mahu menunjukkan siapa yang lemah dalam kumpulan saya...dan sebagai ketua saya kena focus kepada kekuatan kumpulan saya dan bukan kelemahan mereka"

"Stop Hendy...i know where you are going,"  kata Tony.   HARUSLAH dia paham.

Hendy bawak dua orang yang hebak daripada kumpulan dia dan bukan yang lemah kerana Hendy nak tunjuk hero.  Kira dia harap,  Tony and his Advisors akan nampak bahawa Hendy adalah seorang ketua yang gentleman dan dia tak patut dibuang daripada The Apprentice Asia just sebab dia buat salah pada cabaran pertama.  So kalau Tony and the Advisors nampak kualiti itu pada Hendy,  haruslah depa akan buang Alex ataupun Nazril.  So kalau depa buang Nazril or Alex....selamatlahhhhhhhhhh!  Sebab dua orang ini adalah orang hebat dalam semua peserta lelaki.

And akak rasa,  Hendy terlalu yakin yang pada episod pertama The Apprentice Asia ini tiada penyingkaran yang akan berlaku.  

Ketegasan Tony Fernandes
Nenjiaaa.....dalam Hendy duk cakap banyak.  Terus Tony bersuara "Hendy,  you are fired!!!"  Haaaaaaaaa meletops u ollls.  Satu tindakan yang bernas oleh Tony Fernandes.  Ini bukan rancangan Kilauan Emas apatah lagi Akademi Fantasi.  Ini adalah satu rancangan yang melambangkan kuasa korporat orang Asia yang menakutkan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat sekarang.

Kesimpulan
Kesimpulan akak adalah...........rancangan ini bukan main main nak glamour saja u olls.  Rancangan ini....adalah sapa kuat kerja.  Dia dapat!  Sapa kuat mengampu...sila balik negara masing masing dan jual Bebek Garang.

Love,
Jumie Samsudin 

4 comments:

  1. tapi kan i rasa hendy mcm sengaja nak keluarkan diri dia.. mcm tony kata at the end of the show, belum apa apa dah mengalah! dia patut bawa member yg menjadi factor kekalahan dan kurang menyerlah mcm hanzo dan yg sorang from india tu (tak nampak apa dia buat sepanjang show)

    ReplyDelete
  2. Yang Samuel dari India tu dia cuma bagi nama kumpulan je. Yang lain semua dia duk diam.

    ReplyDelete
  3. Name Maverick yg laki Indian tu suggested. Hu..teringin nk masuk rancangan ni selain amazing race.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa...dia purposely bawak yg kuat..dan purposely dia nak keluar dr cabaran nih...macam saja sorong kepala la sebenarnya

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...