22.6.13

Dari Hati Regina Ibrahim - Jun 2013

Hello u olls,

Kalau u olls add beliau kat Facebook lebih best.  Macam-macam beliau post.  Here some of the good things she shared recently






PERNYATAAN.
untung tau jadi orang beragama
itu kalau kita mahu lihat dalam dalamlah ya
semua ada
panduan untuk menjadi manusia
panduan hidup
semua ada dalam tu
panduan cinta pun ada tau!
beragama membuatkan kita tidak hilang tumpu pada hal hal seronok leka duniawi.
itu penting
tapi kalau asyik menegak hak saja, membelai nafsu, tak tau lah ya
berselindung di sebalik ghairah diri berperang pada keadilan secara terlalu.
Hak apalah manusia yang hanya persis secebis tahi ini ada?
Selain dari menangani dugaan dan cabaran hidup dan sokong menyokong.







WHAT I REPLY TO A YOUNG GAL WHO DO NOT KNOW HOW TO DO HER POSTING.

Zirah Marsidi
she ruined my fucking mood..n yes im so fucking annoying..ur playing with the wrong gurl honey..n i hope u understand this lh..dont asked stupid questions...if u wanna help..then try to be nice..jangan kasar bahasa atu dang..kau kasar..aku pun buleh bahhh.....
Like · · Share

Regina Ibrahim you might as well change the way you write your post my dear. u gave a wrong perception to readers that u are a bohsia.
a few seconds ago · Like




_____________________________________________


Percubaan menulis tentang hutang tanpa bersifat akademik. Credit crisis? written in a very casual way. Read it slow and steady. are you one of them?

BUDAYA HUTANG.
Kita yang dewasa sedia maklum bukan? Atau masih pura pura buta dalam hal ini. Ingat recana tentang ramai anak muda yang bangkrap di antara usia 35 hingga usia 25? Ini bukan masalah orang melayu sahaja. Tetapi kerana saya melayu marilah kita lihat fenomena ini dalam bangsa kita.

1. mengejar cara hidup yang kononnya dituntut. (malu kat orang)
2. tidak mahu kalah dalam gaya hidup (emosi yang sakit dan harus diubati)
3. tidak mahu bertanggungjawab pada HUTANG setelah ghairah tamat.
4. keupayaan bekerja keras tiada, jadi segalanya tersangkut.
5. melarikan diri sana sini kerana hutang. (tidak kasihan pada pembentukan diri?)
6. marah marah pada si Pemiutang dan negara tanpa sebab munasabah.
7. tiada deria menilai ghairah jangka pendek dan jangka panjang.
8. gagal memanipulasi HUTANG untuk kebaikan dan pembangunan diri.
9. ukur baju di badan orang lain.
10. jadi marah pada DUNIA dan sekeliling kerana dirasakan TIDAK ADIL.

hutang hutang yang dimaksudkan adalah hutang hutang dari institutsi kewangan, ah long, teman persendirian, kerajaan dan juga hutang budi. Sebenarnya kamu boleh berhutang, kalau kamu letakkan waktu untuk menyelidik, sifat kamu, keperluan kamu, daya membayar, sama seperti langkah langkah lain, HUTANG juga melambangkan siftat peribadi kamu.
1. hidup bagaikan pelarian.
2. menanggung risiko dimalukan.
3. ditahan di lapangan terbang apabila harus hadir untuk hal hal hidup penting
4. gagal mahu maju setapak kedepan kerana nama di SENARAI HITAMKAN.

fikir fikirkan tentang hal asas ini. Tidak mati kalau kamu bersifat sederhana dan tahu mengawal ghairah diri dalam apa apa hal. Malu tidak berkereta? malu menyewa rumah? malu pada mertua? berapa banyak malu lah.....malulah pada diri sendiri kerana tidak dapat bertanggungjawab. TIADA ALASAN LAGI. diri kita siapa?

Regina Ibrahim
Penang
16/06/2013




Cukup cukup aih hidup hampa....
BOBO, clone Ziana Zone, kisah kasih petang petang, tudung berbelit, kisah mahkamah seks. aduhai sepada, Pengantin chontek lense, buat keek dapat peminat...alahai. fofular you.
anak orang lain pi mana mana dah....
aduhai chek nak pi sampai mana tu?






JURUGAMBAR/PHOTOGRAPHER

Duduk bersembang dengan beberapa orang Stylist, kami ketawa berkisah tentang jurugambar lelaki terutamanya. Ramai yang ingin menjadi jurugambar yang hebat. Dengan kamera yang canggih dan peralatan yang hebat tergantung di leher. Adakalanya kita tidak kenal apa bahan yang dibawa. Hasil yang sering kami lihat sangat mengecewakan baik kerja kerja untuk Portfolio dan gambar perkahwinan. Dengan kemudahan DSLR segalanya dirasakan menjadi mudah. Ramai jurugambar berhenti setakat itu sahaja dan tidak mahu melangkah lebih jauh.
mereka tidak dapat membezakan bagaimana merakamkan
1. portfolio model
2. pemandangan
3. objek/still
4. aktiviti manusia dan budaya.
Kini kamu faham kenapa Patrick Damachelier, Anne lebowitz, Sam Knox, Bustaman dan beberapa yang lain sering mendapat tempat. Mereka mengambil gambar penuh dengan rasa cinta. Kalau di selatan tanah air, tidak payah risau kita ada Gie Ismailyang hebat tataan seni mengambil gambar.
Dengan kemudahan mengedit dan melakar, jurugambar masih memerlukan mata dan deria yang tajam akan apa yang pelanggan mahukan. Harus rajin melihat buku buku terbitan Conde Nast dan National Geographic. Rajin rajinlah selak majalah untuk melihat. Camera yang mahal itu cuma alat sahaja, mata hati kamu itu sebenarnya yang jadi mahal.

*awat hang tak bawa kawan kawan hang mai ambik portfolio depa?
macamana nak bawa....hang buat gambaq pelik, soft lense ala ala kedai apek 70an.
depa la ni takmau dah gambar gambar macam bintang filem 70an. la ni depa mau tataan seni yang baik. bukan mudah mengambil gambar portfolio. Objek utama, makeup, mood dan banyak hal hal lain harus di ambil kira.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...