18.6.13

Fesyen Mengandung Kim Kardashian

Hello u olls,

Hate her or love her.....tak kisahlah ampa nak kata apa pun kat pompuan ting tong ni.  Bagi akak......hubungan akak dengan Kim K adalah sangat love-hate situation.  Kadang-kadang akak macam tak suka kat dia.  Kadang kadang akak suka macam suka pulak.  I dont think she is a stupid dumb woman with big tetek.  Akak rasa dia ni adalah perempuan tetek besar dengan akal yang besar.  She is a successful person dalam dunia business,  tapi cara dia membusinesskan kehidupan dia dan keluarga tu yang membuatkan kita agak jelek.

Bla bla bla.  So now kita tau yang dia mengandung.  Awal bulan Julai ni dah nak beranak.  Actually kes cerai dia dengan Kris Humphris baru sahaja setel and dia mengandung ni adalah anak boyfriend dia iaitu rapper Kenya West.  Meletops kan depa?

Dan sejak dia mengandung ni,  ada satu benda yang akak sangat sangat suka dengan beliau iaitu fesyen mengandung beliau.  SIRIESLY.........ampa kutuk la dia macam mana pun.  Akak tak kisah.  Bagi akak,  dia adalah seorang perempuan mengandung yang membesar dengan sihatnya and dia sentiasa berusaha untuk kelihatan FABOLOUS!!

I think sebagai wanita agam (mengandung atau tidak) kita boleh tiru beberapa cara dan gaya beliau yang always looks fabolous walaupun mempunyai badan sebesar peti ais 3 pintu!! So here,  some of the fashion and style yang dipakai oleh Kim Kardashian yang akak amat suka.  Jom tengok!

Appearance pertama beliau dan perut.  Start dari sini,  akak dah start suka dah kat dia and rasa tak sabar-sabar nak tengok apakah baju-baju yang beliau akan pakai apabila mengandung.

Click read more

WORKING OUT
Tak salah akak...sampai first trimester...Kim K tetap aktif pi gym.  Meletops depa.  Akak suka gaya dia pakai baju sukan.  Very the cute.  Tapi kat Malaysia ni,  kedai baju baju sukan macam Adidas ka,  Nike ka mana ada size plus size yang cantek-cantek. Semua size Carmen Woo and Grace Teoh yang sekecik-kecik rangka.  Bencila.  

WORKING MOM



Tengok sat kat kasut and hembek dia yang kecik tu.  Aiiiyo sangat!!!! And sanggul dia suka buat ni la akak suka and buat kat diri sendiri.  Feeling KIM K kan?  Walaupun hakikat wajah akak tak tumpah Khatijah Tan.

Skirt atas perut siap dengan rambut extensyen semua...aiiyoooo! Kepada kaka-kakak semua,  jangan berangan nak bela rambut panjang macam ni.  Ini semua rambut sambungan saja. Memondan sangat.

RUN IN PANTS
Sangat suka tops beliau yang jarang marang itu.  SEPSI.


Peplum putih.....and dipakai dengan coat macam tu. Cantek sangat.

SILA MENANGIS DENGAN HEMBEK CHANNEL BELIAU.  SENTAPPP!




Fesyen ni macam sama kat atas...tapi actually tops yang ni memang daring untuk bagi nampak perut dia sikit.  Meletops kan?


Pelbagai gaya trench coat.  Ampa kat Malaysia tak payah la feeling pakai macam ni.  HAHAHAH nanti Mama Regina baling kasut terompah kat muka ampa.

MINI DRESS







Kasut beliau seolah-olah menjerit ke telinga akak "KAU MAMPUUU????"

Akak suka yang ni!!! Cute gila!!

Beza orang kuruih pakai dress yang sama.  Nampak macam kosong.

Banyak orang kutuk beliau sebab dia pakai kasut tinggi yang ketat.....hehehehe 

Sekali lagi akak tersentap dengan kecantikan kasut beliau! Tak kira...tahun ni HARI RAYA...akak nak beli kasut macam ni.



THE LONG DRESS
Dalam banyak-banyak long dres beliau,  akak paling suka yang ni.  Ada tak kedai Online kat Malaysia yang jual macam ni!

Baju ni sangat unik.  Dia pendek kat tengah.  Tepi dia mengurai....sangat meletops.

Dress putih salju yang beliau pakai untuk baby shower.









CASUAL MOMMY





KASUT TINGGI

Beliau suka pakai kasut tinggi.  Tapi kasut tinggi ni paling meletops.

SEXY TUPIS

Ini yang paling menangiskan diri...beliau pakai tupis! Faezah kawan akak tanya "Dia takdak stretch mark ka?"  Akak jawab...."Mesti ada punya......ni nampak tak badan dia glowing semacam.  Sila-silap dia dah sapu fondesyen sebadan....tu yang nampak meletops,"

Sekian sahaja,  kalau akak mengandung...tak tau la akak nak dressing macam mana.  Tapi lani tak mengandung pun badan dah macam mengandung.  HA PA CERR?

Love,
Jumie Samsudin

9 comments:

  1. bernanah mata nengok.. glowing gile minah nih.. jeles!!! :(

    ReplyDelete
  2. berani krn benar..benar2 dia berani tunjuk badan dia....baju kaler dark peach tu cantik..chek rs nk nanes berkenan....

    ReplyDelete
  3. love her outfit especially skirt biru tu. homai, cantiknya..

    tp betul kata kak Jumie, kat malaysia ni susah nk cari baju wanita agam yang cantik². biasa klau jmpa msti acik² sikit. mujur dah ade brand dari UK masuk pasaran malaysia, klau x menangis lah klau nk dress up.

    ReplyDelete
  4. pengsan tengok dia pakai kasut tinggi tu..arghhhh..

    dan kami pun tertanya macam kawan ampa si Faezah tu..aiyooo..sangat cantik kulit beliau ini..menanges tengok..*banding dgn diri sendiri yang berselulit di paha* sob sob..

    ReplyDelete
  5. tak cukup tough nak dressing cenggini tp awesome!

    ReplyDelete
  6. Tetiba nak komen even xdak kena ngena dgn tajuk... :P

    jumieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!

    rindu kat hg!! aku bebetui ni... :'( kem salam kat suma geng soc sc :'(

    ReplyDelete
  7. Memandangkan kita dah ada benchmark, boleh la diusahakan untuk lepas ni... hahaha

    ReplyDelete
  8. you tertinggal satu dress, yang dia pakai kat Met Gala 2013, printed floral dress, everyone keep looking for her hand, punya bunga bunga sampai tak nampak tangan, everyone kutuk dress dia ala kain tirai, tapi dia slamber je!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Kak Jumie.
    Menenges baca perenggan last.
    Xngandung pun bdn dh mcm ngandung. Hahahaha!
    Tp mst dia sedih badan dia sblm ni kemaen meletops.
    Now dh jd gittew~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...