6.6.13

Kak Angelina Jolie Menjalankan Double Mastectomy untuk Kurangkan Risiko Kanser Payu Dara

Hello u olls,

Hari ini topik yang agak siries yang bertajuk "Kak Angelina Jolie Membuang Tetek untuk Kurangkan Risiko Kanser Payu Dara".  Tahukah anda baru baru ini,  pelakon tersohor di dunia ini iaitu Angelina Jolie telah menjalankan double mastectomy kepada dirinya untuk mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit kanser payu dara.

Penampilan pertama Angelina Jolie di khalayak ramai selepas menjalani double mastectomy.
Jom baca sini  

U olls taukah apa itu mastectomy?  Akak pun tidak familiar dengan istilah itu sebelum ini.  Tapi bila   benda ini dilakukan oleh artist tersohor,  so kita pun kaypo nak baca.  And its a new term yang akak pelajari.  Selama ni duk panggil 'buang tetek' saja.  Mastectomy adalah prosedur membuang kesemua atau hampir semua tissue dan bahagian pada payu dara.  Satu lagi adalah lumpectomy iaitu prosedur untuk membuang only sebahagian tissue pada payu dara yang terkena kanser.  


Bila semua orang baca yang Angelina Jolie buat double mastectomy,  semua oran ingat dia dah kena cancer.  Tapi tidak.  Dia mengambil keputusan untuk buang kedua-dua tetek originalnya untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara.  Satu keputusan yang amat berani daripada beliau.  Bukan buang sebelah,  tapi buang dua dua belah.

Mendiang Mak Angelina Jolie sendiri telah meninggal dunia kerana cancer payu dara.  Dia telah dikenalpasti membawa genetik kanser BRCA1 yang betul-betul membuatkan dia sangat berisiko tinggi untuk mendapat kanser.  Oleh sebab dia ada keberanian dan ada banyak UWANG,  maka dia pun buat double mastectomy.

So lepas ni Angelina Jolie takdak tetek la?  Not necessarily,  dalam zaman modern ini,  pelbagai prosedur 'breast reconstruction' yang boleh dilakukan oleh individu yang telah menjalankan mastectomy.  

Ramai orang memuji keberanian beliau untuk menjalani prosedur ini.  In fact,  Brad Pitt pun dipuji tingginya kerana beliau berada di sisi Angelina untuk menjalani prosedur ini.  Satu contoh yang baik.  

Ibu mertua saya adalah seorang breast cancer survivor,  nasib baik beliau kenal pasti kanser tersebut pada peringkat awal dan berjaya get rid of it.  Lepas 10 tahun menjadi cancer survivor,  lani,  beliau ada ketumbuhan di usus besar.  Dan alhamdulillah,  cancer tu masih peringkat 1 dan ketumbuhan tu masih kecil.  Dia tak boleh buat operation untuk buang kancer itu sebab mak mentua saya mempunyai masalah asthma dan dos bius yang besar adalah bahaya untuk pesakit asthma.  Oleh itu,  ibu mertua saya nekad untuk mengubat secara alternatif.  U olls semua doakanlah yang terbaik.  Nanti saya akan cerita lagi dengan u olls semua.

Apa pun,  saya sangat respek dengan ibu mertua saya,  seorang cancer survivor yang cool and strong!  Juga untuk Angelina Jolie dan semua wanita-wanita diluar sana yang telah survive 'halangan' ini.

Kepada kita semua.....be alert tentang benda-benda macam ni.  Always do check up and amiklah apa juga langkah yang boleh kita usahakan untuk mengurangkan risiko ini.  Yes,  akak pun takut.  Kalau saya yang kena ni tak tau la macam mana saya nak menghandle diri sendiri.

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah tgk show Oprah pasai kanser tetek nh..dia tunjuk cancer survivor yang berjaya n walaupun buat mastectomy diorang ade kaedah utk bg nampk pompuan tu still nmpk ada tetek..rasanya bra kot..da lupa..tp they have the way la..

      Delete
  2. walaupun mak kami breast cancer survivor dan kami mungkin ada genetik cancer tu kami akan pikiaq 150 juta kali nak buat prosedur ni....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...