14.6.13

Penang Di Landa Ribut Tofan

Hello semua,

Bersiaran kita sekali lagi,  semalam (Khamis,  13 Jun 2013) lebih kurang jam 7.10 pm,  Penang telah dilanda ribut tofan.  Kejadian lebih kurang 30 minit itu benar-benar mengejutkan warga kota Georgetown dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Akak pada ketika itu,  memohon izin suami untuk stayed back kat office....nak buat kerja sikit katanya.  Senayan dah nak kena submit,  so nak siapkan jugak supaya my Boss can check kerja akak itu pada hari Jumaat (yakni hari ini)....akak SMS kat suami "Abang,  Ya minta izin stayed back sampai 8pm.  Satgi 8pm abang mai amik kat office,"

Tengah busy membuat kerja,  hujan turun dengan lebatnya.  Akak pun amik gambar dari tingkat bilik pejabat akak yang sendu ini.  Wahh...bestla malam ni sejuk u olls.  Bisik hati getis akak.  Akak pun shared gambar itu kat Instekgrem.

Its raining in USM. Am staying back alone at my office. #rain #USM

Tiba-tiba dapat SMS daripada suami akak "Sana ujan lebat tak?  Sini hujan lebat and angin kuat.  Kayu-kayu bapak letak tepi rumah semua jatuh...."

Akak pun ingat suami akak duk buat cerita Kollywood pun berkata "Run for cover.  Amik selimut and cover yourself dalam bathtub,"

Pastu dia sms balik "Toya...hang ni suka buat lawak....betui betui la,"

Click Read More


Pastu akak pun malas nak layan dia.  Kejar buat kerja u olls.  Nak kena siapkan cepat-cepat.  Satgi nak maghrib lagi.  Akak pun sekilas pandang ke luar tingkap dan mendapati angin kuat meniap pepohon bunga tanjung di depan office.  Bergoyang goyang macam ada kingkong yang bergayut di dahan pokok itu.  Itulah sahaja kesan angin kuat yang berlaku di halaman pejabat Soc Sc USM.

Akak tak tengok FB,  Twitter ataupun apa-apa maknena sosial network lain sebab nak buat kerja.

At 8pm,  suami akak mai depan pejabat akak.  Pastu kami pun singgah ke Gelugor untuk hantar kuih kacang kat kawan akak Razita Rahim.  Masa kat rumah Kak Ita,  dia dan anak-anak tunjuk akak gambar yang mengejutkan akak "Hang tengok ni Jumie.........ribut taufan kat Penang...hang tau ka ni kat mana? Aku dapat gambar tapi tak tau kat mana,"  Kak Ita menunjukkan telefon anak dia yang canggih.  Dalam gambar itu ternampak kekesakan lalu lintas di sebuah jalan yang ada kemalangan,  ada tiang besar runtuh dan ada air lopak.  And kita boleh nampak tar jalan itu terkopak naik.

"Astaghfirullah.....kakkk! Ya Allah takutnya...kat mana ni?"  kata i olls.

"Mana aku nak tau...aku tak tau sangat tengok tengok kot gambar kecik macam ni..tak pandai...."  kata Kak Ita.

"Kalau tak salah saya...ni kat Jalan Macalister...depan Nasi Kandar Pertama...."  kata i olls.

"Takpalah Kak Ita...Jumie balik dulu.  Satgi kita check it out kat Facebook semua.  Hope semua selamat,"  akak pun mengundurkan diri.  Cepat-cepat akak berlari anak masuk ke dalam kereta kami iaitu Dorry yang baru sahaja menukar sport rim (GITUUUU).

"Hang lari macam tikuih...tak elok,"  kata suami akak bermulut durjana.

On the way back daripada Gelugor ke Air Itam,  jalan memang sesak.  So kami cilok-cilok masuk melalui Batu Lanchang.  Banyak daun maun,  dahan mahan dan ranting mamting bertebaran jatuh ke tengah jalan.  Hati-hati ketika memandu.  Kami selamat tiba di Ayer Itam,  tapi singgah di sebuah kedai tomyam untuk dinner.  Akak makan kotiau kung fu (my favorite dish kalau pi kedai tomyam).

Akak telefon Abang Manap (my father),  dia okay.  Dia tak meniaga malam ni.  Dia kata kat rumah dia...semua selamat.  Alhamdulillah.


Pokok di Puspahome Penang....Taken 8.05am on Friday,  14 June 2013

Selesai dinner,  suami akak kata "Jom kita ronda kat area Bukit Bendera sana....kot kot ada pokok jatuh,"  kata suami akak.  Masa tu,  jam dah menunjukkan 9.30 pm.  Kami pun masuk kereta dan mula mendrive perlahan-lahan.  Sampai kat Balai Polis Air Itam,  Khafi pun berhentikan kereta.

Rupa-rupanya,  dia bukan nak tengok pokok tumbang ka apa ka.  Dia nak beli durian kat apek Balik Pulau........hareeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!  Akhir kata,  suami akak pun beli 5 biji durian buat kudapan beliau di depan TV.  Kerlas kan laki akak?  Durian buat kudapan.

Sekian,  takziah untuk keluarga dua mangsa yang kematian dalam tragedi tiang penangkap kilat yang runtuh di Jalan Macalister Penang. Untuk kita yang masih hidup,  janganlah kita politikkan kejadian Allah ini.  Jangan timbulkan spekulasi yang murah.  Apa yang kita harus ingat adalah,  Allah turunkan ribut tofan kat Penang ni..sebab dia nak INGATKAN kita bahawa kita ni KECIK sahaja.

Love u olls semua.  Saya doakan kalian semua selamat dan walafiat bahagia sihat bersama orang-orang tersayang.


Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Berikut adalah gambar kejadian tiang penangkap kilat daripada Menara UMNO Penang yang runtuh.  Ehsan daripada  :  Ohtidak.com







10 comments:

  1. dear jumie & all friends in penang...pls take extra care of urself ya...

    ReplyDelete
  2. Saya baru sampai Penang koi 3 pagi semalam. Huish, takut gila bnyk pokok tumbang.. Depan parking umah saya pun ada gak pokok tumbang. Harap, jgn lah depa politikkan nyawa org. Sian kat depa yg terkorban.

    Apa2 pun, belog akak mmg x pernah gagal utk buat saya gelak kuat2. Thanks kat akak yg bawa kebahagian dlm hidup kami.. Giiiiitu.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Syahmi...ini semua PERINGATAN ALLAH kepada kita. Semogasudi dan terus membaca blog akak.

      Delete
  3. Kejadian berlaku dekat sgt dgn opis sy, takut tgk rebut tofan kelmarin. Allah Maha Berkuasa atas sgala2nya... Smpai skrg jalan Macalister tutup. Al-Fatihah buat mangsa. Kita ni lom tentu lg bila masa dan kat mana. Wallahualam..(p/s: hr tu trnampak jumie kat Tesco extra sg dua duk lepak dgn kwn2.. tgk jumie secara live hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantek tak saya ketika live???HAHAHAH ataupun nampak seperti aunty aunty sahajaaa

      Delete
  4. OMG OMG...sampai jalan raya tu ternaik sekali, memang teruk ek ribut semalam.

    ReplyDelete
  5. balik dr hospital tadi masih banyak pokok tumbang yang belum di alihkan, tumbang style dasyiat dengan akar2 sekali...xtra care kak jumie n family.

    ReplyDelete
  6. tu la petang tu masa Kak Ada balik kerja angin kuat gila kat bridge..rasa melayang2 moto..walaupun badan berisi tapi pendeks kaki ni, takot jugak le terbabas..rupanya nak jadi ribut..huhu..



    ReplyDelete
  7. salam kenal jumie,

    mohon kebenaran makcik share satu/dua gambar from this entry ya

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...