4.6.13

Pengalaman Ujibakat Hos Rancangan 3R

Hello u olls semua,

Seperti yang akak nyatakan kepada u olls bahawa akak akan pergi ke ujibakat pencarian hos rancangan 3R.        Akak mulanya ingat nak pi hari Jumaat,  sekali nenjia macam-macam kerja pulak nak kena buat.  Padahal office akak dua blok saja dengan tempat depa buat ujibakat ni iaitu di Dewan Kuliah A,  USM.

Disebabkan akak very the busy on Friday....so tak apa.  Pada hari Sabtu,  1 Jun 2013...akak mengorak langkah pergi ujibakat ini.



Jom baca story pengalaman akak.

Hari Sabtu itu,  akak tidak ada apa-apa perancangan selain membuat Kuih Kacang Mazola by Jumiess yang diusahakan oleh akak dan En.  Khafi.  Untuk pengetahuan u olls,  pada hari Jumaat yang sebelumnya tu,  kawan baik akak Awy Shalwiza (bakal Personaliti Bulan Ini) telah berjaya menghadirkan diri ke ujibakat ini. Dia ada called akak dan ajak kami pergi sama-sama,  tapi malangnya tak boleh.

Emel yang akak terima lepas isi borang online untuk sertai odisyion ini.

Awy pun story dengan akak semua semua yang dia lalui melalui Wassap.  Akak pun pikiak...takpalah...Sabtu akak pi jugak audition ni.  Harus pergi u olls.  Peluang ini bukan datang selalu.  Selain itu,  akak memang mempunyai harapan yang besar sekiranya diberikan peluang untuk menjadi hos rancangan yang sangat informative untuk wanita dan remaja perempuan masa kini.

Sabtu pagi,  at 9.30 am,  akak tiba di pejabat akak di Soc Sc USM.  Akak park kereta dan masuk ke dalam pejabat akak dulu.  Untuk hadiri ujibakat itu,  akak kena bawa dua keping gambar.  1 bersaiz 4R dan satu lagi bersaiz passport.  Oleh itu,  kebetulan kat office akak ada dua keping gambar yang bertepatan dengan kedua-dua size ini.  Gambar passport tu diambil masa akak nak pi Ostolia dan gambar size 4R adalah ketika akak buat sesi fotografi for magazine Pesona Pengantin.  Yes...gambar 3 tahun dahulu.  Dah kuning-kuning sikit u olls...sebab gambar tu akak lekat kat soft board kat dalam office akak.  HAHAHA...very the cheapskate akak ni kan?

So at 10am,  akak pun menapak perlahan-lahan menuju ke DKA.  I dont expect ramai orang u olls.  Not like ujibakat nyanyian like Akademi Fantasia ataupun Mentor yang pernah akak pergi.  Kalau pergi audition macam tu,  dari kejauhan dah boleh nampak kawasan audition dipenuhi dengan macam-macam manusia yang berpakaian ala-ala Britney Spears dan Ramlah Ram dan lelaki puaaa haruslah bercermin mata hitam di kala mendung.  Very the artist u olls.

Menseri tak muka akak?


Masuk je ke dalam DKA,  akak pun isi borang.  Pastu depa suruh akak amik mugshot.....KERLASSS!  Mugshot bagai.  Pastu,  adik yang jaga kaunter tu (lelaki) bagi akak satu kertas yang mempunyai 10 topik semasa yang harus akak kupas dalam audition akak itu.

Yang akak ingat,  no 1....HIV and AIDS.....pastu lupa lupa lupa....pastu ada topik perkahwinan.  Mengapa ramai wanita modern memilih untuk terus berkahwin tanpa bertunang....So i said.....That's it.  Inilah topik yang akak nak bincangkan secara ringkas.  Lebih kurang 3-4 minit.

So akak pun buka sekeping kertas kecil yang akak bawa,  pastu akak pun buat catitan mengenai topik itu.  3 bahagian.  Pengenalan,  pertunangan budaya barat,  pertunangan budaya timur,  kebaikan bertunang,  keburukan bertunang dan akhir sekali kesimpulan.  Akak pun baca nota ringkas akak tu 3 kali,  and akak pun bingkas bangun dan menuju kawasan audisyion.

Kami audisyion kat depan tu.

Akak pun berdirilah kat depan camera.  Di depan akak ada dua orang casting persons yang diwakili daripada Red Communications.  Yang banyak bertanya sekali adalah En.  Farid Ramlee.  Dia pun start tanya  soalan-soalan pengenalan diri.  Pastu dia pun tanya,  "U nak buat topik apa?"

Akak pun menjawab "Saya nak buat topik yang paling saya selesa.....iaitu perkahwinan...."

"Ala....topik tu u dah selesa.  Buatlah topik yang u tak selesa...."  gituuuuu! "Macam nila tugas seorang pengacara 3R,  u akan selalu diuji dengan macam-macam task baru,"

So akak pun sahut cabaran tu dan kata "Okay...saya akan buat Aids and HIV,"

Gituu....akak pun cakapla...(u olls bayangkan video akak dalam Youtube tu...hahah tapi dalam bahasa yang lebih sopan dan takdak u olls u ollls).  Antara hujah yang akak percakapkan dalam topik HIV dan Aids adalah tentang bagaimana kurangnya kesedaran rakyat Malaysia tentang HIV and Aids.  Ramai antara rakyat Malaysia yang masih tak faham,  apa itu HIV? dan apa itu AIDS?  Yang mana datang dulu?  HIV ataupun AIDS?  And akak pun bagitaulah fakta yang akak dapat daripada seminar HIV and AIDS yang akak hadiri tahun lalu di USM yang mana dalam kajian Yayasan Aids Malaysia mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam kes-kes baru penghidap HIV iaitu dalam kalangan MSM ataupun  Men who are having sex with men ataupun lelaki yang mengadakan hubungan seksual dengan lelaki lain.  Akak pun goreng light-light fakta yang akak tahu and akhirnya akak end it up dengan "Saksikan saya Jumie Samsudin dalam rancangan 3 R minggu hadapan dengan topik yang lebih menarik....Jangan lupa untuk Respek Relaks and Respons...."

Lepas tu.....depa pun suruh akak buat topik yang akak selesa tadi iaitu topik perkahwinan.  Rasanya kali ini akak lebih selesa untuk bercakap.  Sebab tadi dahla tak ready apa-apa,  pastu kena cakap adhoc macam tu je.  Memang akak akui....muka akak sedikit berubah daripada bulat menjadi bentuk heksegon sebab nebes u olls.  HAHAHAH nak control confident katanya.

Yang penting.....gambar akak ni depa shot and masukkan dalam Instagram 3R okay!! Kau adaaaa????  Kalau ampa tak caya,  pi bukak Insta @3RMalaysia.

Habis buat pembentangan topik kedua,  akak pun bersembang-sembang dengan casting director tadi.  Depa pun tanya macam-macam kat akak....antara soalan yang ditanya adalah seperti itu  :

  1. Pasaipa awak nak jadi Hos 3R?  (Sebab saya nak ubah career saya...dah boring kerja kerajaan...KATANYA.....but of course i love USM so much).
  2. Kenapa kami harus pilih u sebagai Hos 3R? (Kerana saya ada SUARA...saya ada cara sendiri.  Saya boleh menulis dan boleh buat research saya sendiri sebab saya seorang blogger....and of course akak diminta untuk ceritakan tentang blog akak yang nanhado ini dan kerana saya adalah wakil wanita-wanita AGAM satu Malaysia ...and i explained what is agam to En.  Farid)
  3. Kalau kamu boleh mengubah dunia...apa yang kamu nak ubah?  (Saya nak ubah persepsi semua manusia di dunia ini terhadap golongan LGBT..........Saya nak masyarakat faham kenapa ada Ali bin Muhammad yang suka berkebaya labuh.  Fahami dan terima seadanya tanpa diskriminasi).

At the end of the audition....akak rasa sangat selesa untuk bercakap and share lagi macam-macam cerita dengan gang casting.  Depa semua pun duduk depan akak and dengar ja apa akak duk bercakap.  En.  Farid said "Awak ni mesti seorang yang kalau pergi ke mana-mana pun....orang akan suka dan happy...sebab awak sangat ceria...."

HAHAHAH ooohh harusss....Akak pun jawab "Terima kasih.  Lebih kurang macam tula.  Sebab tu suami saya selalu berpesan kalau saya nak pi mana-mana pun...HANG JANGAN OVER,"

Pastu dia  balas  "U bukan over yang kosong..u over yang ada substance....."  gituuuuu!  Akak rasa macam terbang tinggi tinggi naik ke siling Dewan Kuliah A.

Maka,  selesai sudah odisyion saya dalam Pencarian Host 3R. Satu pengalaman yang best sebab first time audisyion kena cakap saja.....tak payah nyianyi.  Kepada semua perempuan-perempuan daripada satu Malaysia yang lalui apa yang saya lalui juga ni.....jom kita ramai-ramai berdoa.  Sapa pun yang terpilih nanti.....kita ucapkan GOOD LUCK and of course akak akan terus sokong 3 R.


Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Sesuaikah wanita agam ini menjadi Hos 3R?  Kau raseeee??

15 comments:

  1. gud luck akak...samada sesuai atau tdk jd hos...bagi sy yg ptg...hos tu petah berbicara dan bijak berfikir...sebab nanti klu byk soalan tp x tau berfikir..nah abislah terkebil2 kan kak...

    ReplyDelete
  2. A man is known by the companion he keeps...Bending without breaking and Be what you want to be love u n always support u dear...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua........................

    ReplyDelete
  4. Akak gud luck... We both AGAM kate koo...
    Hahahaaa...

    Wish me luck too.. sbb nanti nak g odisen ni gak kat kl...
    Dapat ke..xdpat ke.. xper la... Janji dapat pengalaman berharga

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua yang bagi supportt...marilah kita semua bersama mendoa. Akak pun sangat hope akak dapat sebenarnya......feeeling

    ReplyDelete
  6. jumie, bila kluaq resultnya??? congrats sbb BERANI mencuba jumie!!

    ReplyDelete
  7. Tak terpilih utk jd host 3R takpe. Akk aktifkan diri akk dgn buat vlog and why not create youtube acc khas utk vlog shj. All the best kakakku. We love you so much~

    ReplyDelete
  8. i love u jumieeeeeeeeeeee! i harap2 u terpilih ameen!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...