19.6.13

Shah Jaszle dan Redzwani Puteri VS Gadis Misteri : Jangan Monyet...........

Hello u olls,

Okay nak cerita style cepat punya pasai kes Shah Jaszle ni.  Aiyooo...kepada ampa-ampa yang tak tau cerita ni.  Mai sini akak ceritakan secara cepat punya kronologi kisah Shah Jaszle.

Shah Jaszle telah bertunang dengan seorang wanita bernama Redzwani Puteri.  Lepas seminggu lebih depa bertunang,  SJ telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Misteri.  Tapi SJ mengatakan bahawa dia telah diperangkap oleh Misteri.  RP pula berkata,  Misteri telah bertemu dengannya before dia bertunang dengan SJ dan memberitahu bahawa dia dan SJ mempunyai hubungan yang intim.  Tapi RP tidak percaya dengan kata kata Misteri.  Selepas kes khalwat,  RP tetap memback up tunang dia dan kata,  SJ tidak bersalah.
Shah Jaszle and Redzwani Puteri

Last week,  Misteri telah muncul di Melodi dan menceritakan hal sebenar tentang dia dan SJ.  Dia kata SJ memang janjikan dia macam macam tapi tak sangka dia diinayai macam ni.  Dia pun tunjuk gambar SMS dia dan juga gambar mesra antara dia dan SJ.

Sekarang SJ pulak kata,  Misteri adalah seorang perempuan psycho dan memang akan buat macam macam untuk tengok dia dan RP putus tunang.




Persoalan pertama,  kalau dah tau perempuan tu psycho dan hanya ingin lihat mereka putus tunang.  Pasaipa dia boleh pi jumpa dengan perempuan ini di dalam sebuah rumah pada jam 3.30 pagi?  Tak kisah lah hang ramai ramai ka tapi pasai pa nak kena jumpa dalam rumah pada jam 3.30 pagi?  Pasai pa tak jumpa siang hari di tempat awam besama tunang hang?  And then now u kata perempuan tu psycho sebab sanggup buat macam ni semua?  Sapa psycho sebenarnya kat sini?

Persoalan kedua akak adalah....kenapa RP masih sanggup back up tunang beliau?  Apalah ayat yang digunakan oleh si SJ sampai tunang dia sangat sangat percaya dan yakin yang dia tak bersalah langsung?

Persoalan ketiga,  kenapa si Misteri sangat sangat berani untuk luahkan segala makmena perkara yang (tidak keterlaluan kalau saya katakan) sebagai menjatuhkan maruah dan harga diri beliau sendiri.  Sebenarnya,  dia luahkan segala yang berlaku ini kepada pihak umum kerana dia ingin beritahu yang dia telah difitnah.  Dia tiada niat untuk memerangkap si SJ.  Dia dah buat laporan polis bahawa SJ telah mengfitnah beliau dan dia kata dia tidak akan berhubung lagi dengan SJ.  Enough is enough gitu......Haa....macam tu takpalah.  Akak sangat sokong u olls.  Move on jah.......kalau dia mai melutut kat hang balik....hang amik video ataupun rakaman suara dia....pastu jual kat Beautifulnara.  HAHAHA...gitu.

Akhir kata,  kepada RP kalau betui hang nak menikah dengan SJ.....pertimbangkanlah elok elok.  Kawen and nikah ni bukan main-main suka suka.  Kita nak nikah dengan orang yang elok elok.  Kalau boleh nak nikah dengan satu orang tu saja sampai bila bila.  Nanti lepas kawen,  jangan makan nasik berulam jantung sorang-sorang.

Walaupun kisah drama ini sangat Melodi dan very the cerita common retis retis Melesia picisan,  tapi akak tetap nak buat ulasan dalam blog akak kerana so far dalam hidup akak yang fana ini,  akak dah jumpa 2 kes yang betui betui terjadi depan akak.  Before kawen,  kita dah nampak belang orang tu macam mana.  Tapi sebab buta dengan cinta,  kita tetap teruskan dengan niat untuk bernikah dengan orang itu.  Tapi apa yang akak nampak,  perkahwinan seperti ini penuh dengan nista.  Lambat laun berakhir juga dengan penceraian.

Kepada u olls-u olls yang melalui saat-saat yang sama seperti ini,  sebelum nikah u olls dah tangkap tunang u olls dengan lelaki / perempuan lain......baiklah u olls angkat kaki.  Takpayahlah nak korban korban cinta sangat.  Get up and leave.

Tapi kalau u olls nak duduk jugak kat situ,  akak just harap u olls BERSEDIA dengan segala risiko yang bakal menjelma.  Really really bersedia.

ps/  tengoklah video in...khas untuk u olls...

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

9 comments:

  1. memang betol sangat kak jumie.....
    kepada RP, selidik betol2..jgn dengar sebelah pihak jerk, ambil kira kedua2 pihak punya statement pastu buat satu rumusan..haaiihhh kawen ni bukannya benda main2, bknya utk sehari dua...
    shah jaszle mgkin bleh tipu tunang dia, tp bukan org2 lain...haaiihhhh

    ReplyDelete
  2. kah3x video tu yg tak tahan, sang kancil tu sapala ye..SJ ke? hehe

    ReplyDelete
  3. rasanya depa bertunang dh lama kot.. bulan disember tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa tunang lama dah kakjumie.

      Wanita misteri tu takmau diperkotakkkatikkan oleh shah jaszle. "Hang yang ngorat aku, kata aku terhegeh hegeh"

      Delete
  4. hari tu baca kat mana entah, yg RP tu memang dari awai dok gila kat SJ.bila dah dapat style takmau lepaih punya.

    ReplyDelete
  5. kalau btol laki tu baik..dah tentu2 dia akan jaga hubungan tu..nape nak jumpa pempuan misteri tu kan..bila dh kena tangkap, kata diperangkapla, pempuan tu psycho la..kalau nak jumpa pun, tak perlu kat bilik kot..jumpa kat kedai mamak sudah..order roti telur dan teh tarik..kedai mamak kan buka 24 jam..hahaha

    ReplyDelete
  6. hahahah betoi tu Jumie. sokong sangat!

    ReplyDelete
  7. mcm irma hasmie..lepaih nabil kn tangkap dia terus angkat kaki sengap x kata apa..

    ReplyDelete
  8. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu jugaklah sebaliknya. So kalau RP rasa dia 'baik' maka dia selayaknya dapat yg terbaik & kalau RP tu 'tak baik' mmg padanlah depa berdua...ting tong!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...