3.6.13

Ulasan THE APPRENTICE ASIA Episod Ke 2

Hello u olls,

Bertemu kita sekali lagi dalam ulasan The Apprentice Asia Episod ke 2.  Gitu....pembuka kata ala-ala pengacara 3R kan?  Ehk...feelingnya.  Seperti biasa,  sekali lagi saya mengulas apakah yang terjadi dalam rancangan The Apprentice Asia Episod ke 2 ini.

Apakah task depa?  Apa cabaran?  Apakah yang berlaku?  Sapa kena FIRE?

Jom kita baca?


Click Read More


Viral Video untuk Expedia - The World Largest Online Travel Company
Untuk pengetahuan u olls semua,  cabaran bagi kedua-dua team adalah mereka perlu menerbitkan sebuah video viral untuk Expedia - The World Largest Online Travel Company.  Siriesly,  bila akak dengar ja viral video...akak macam blur sikit.  Apa yang nak buat dalam video viral?  Video viral adalah satu video yang sangat unik,  addictive dan bersifat universal.  Maknanya,  sesuatu yang lain sebab orang jarang tengok,  tetapi orang suka nak tengok dan nak tengok banyak kali,  dan bersifat universal maknanya sapa sapa tengok pun kat dunia ini depa akan faham the emosi dalam video itu.  Contohnya,  The Gangnam Style,  haram semua orang tak tau macam apa yang PSY tu nyanyi...tapi semua suka dan faham keseronokan tarian kudanya.  Selain tarian Gangnam Style ataupun Giyomi,  viral video could be something yang melibatkan emosi seperti horror,  humor,  suprise dan pain.

Tapi macam mana nak buat viral video untuk satu pengiklanan.  Task ini dengar macam simple.  Tapi....bukan senang ya u olls. Apatah lagi jika pelanggan kita adalah Expedia - The World Largest Online Travel Company.  Apa pun,  thank you to TAA episod kali ini kerana mengajar kita tentang perbezaan antara viral video dan video iklan biasa.

Kebangkitan Dusadee and Samuel sebagai Ketua Projek
Kalau kita tengok dalam episod yang lalu,  Dusadee and Samuel kedua-duanya adalah team member yang tidak menyerlah.  Tapi kali ini,  kedua-dua insan yang menjadi pemain biasa pada minggu lalu telah melangkah ke depan untuk menjadi ketua.  Sesuatu yang bagus kerana mereka berani mengambil risiko untuk menonjolkan bakat masing-masing.  Tapi,  kalau kalian perasan,  inilah kali kedua Nazril berkata kepada penonton "Samuel step up to be a leader...dia sangat bersemangat...so saya pun sokong,"  lebih kurang macam tulah katanya.  Dalam erti kata lain (yang saya faham) dia nak jadi ketua,  tapi bila dia tengok orang lain semangat nak jadi ketua so dia pun back up.  Akak agak frust kerana akak tengok Nazril ada kualiti untuk jadi ketua untuk projek ini kerana dia banyak pengalaman dalam rancangan TV dan iklan di Malaysia.  Disebabkan dia back up dan bagi Samuel menerajui projek ini,  maka beliau mengambil task sebagai ahli konti dan juga make up etc.  Saya amat berharap agar pada minggu hadapan,  Nazril step up untuk menjadi ketua.  Come on brother...kasi gempak.


Nota tambahan,  apa kerja ahli konti?  Selalunya kalau kita tengok di akhir drama TV kita akan tengok senarai nama krew pembikinan drama / filem tu kan?  Pastu nanti ada tulis  AHLI KONTI.  So ahli konti tu buat apa?  Ahli konti tu...kerja dia amat penting.  Dialah yang kena catit dan alert dengan segala yang berlaku kepada pelakon on shooting.  Sebab satu-satu scene tak semestinya dibuat sekali dalam satu hari.  Ada setengah scene tu di shoot banyak kali sepanjang sehari,  ada pula yang kena sambung berhari-hari ataupun berbulan-bulan.  Maka ahli konti adalah insan penting yang bertanggungjawab untuk melihat kesinambungan kepada shoot satu dan shoot dua.

Contohnya,  hari ini akak berlakon scene minum air arak tepi kolam mandi.  Akak berlakon sampai Datin Rossie yang duduk pose di tepi kolam dengan bikini biru,  rambut kepok-kepok,  lipstick merah dan bunga lili di telinga kiri.  Gituuuuuu!  Shooting punya shooting,  pengarah tak puas hati,  esok dia nak suruh akak shooting lagi scene yang sama.  So esoknya,  peranan ahli konti adalah amat penting,  dia yang kena pastikan agar make up,  bikini,  rambut and bunga lili yang kita pakai hari ini adalah sama dengan apa yang saya pakai semalam.  Sebab tula kadang-kadang kita tertengok drama Melayu ni,  watak makcik Senah duk jual kuih...kejab pakai tudung merah,  kejab pakai tudung pink.  Haa...yang tu ahli konti tak peka la tu.



Brainstorming atau sumbang saran
Sapa pernah buat brainstorming?  Kepada sapa-sapa yang tak tau apakah maksud brainstorming dalam Bahasa Melayu,  its - SUMBANG SARAN.  Meletops kan?  Thanks to my ex boss Dr.  Reevany Bustami yang ajar saya benda ni.  Dia dulu kalau nak buat apa projek pun dia suka buat brainstorming dengan semua ahli projek dan staf yang terlibat.  So dalam sesi brainstorming yang pertama ini,  kita bukan saja akan dapat faham sesuatu projek dengan lebih mendalam tapi dalam peringkat awal ini semua orang boleh berikan pendapat dan idea serta point out benda-benda yang perlu dielakkan semasa mengadakan projek ini berdasarkan pengalaman yang lalu.


Tapi sumbang saran ada kebaikan dan keburukan. Kebaikannya adalah semua orang berpeluang untuk bersuara.  Keburukan,  sapa yang pasif depa akan tenggelam.  So dalam kes ini,  kita boleh tengok cara Dian tiba-tiba orang semua kalut duk bagi idea dan cadangan,  tiba tiba dia bukak laptop (maybe bukak youtube) dan buat aksi Giyomi sorang-sorang.  I dont think Dian adalah seorang yang pasif.  Tapi akak tak tau pasaipa dia pilih untuk tidak participate dalam aktiviti sumbang saran itu.  Mungkin depa semua cakap banyak sangat tak berenti and ulang ulang benda yang sama sampai dia rasa dia fedap and main menyanyi menyanyi depan laptop.  Akak faham situasi beliau,  tapi still tindakan Dian macam tak matang sebab buat macam tu.  At least,  kalau dia tak tau nak cakap apa,  try to listen and jot down apa sahaja idea yang depa duk cakap.


That's why Celina sound dia kat board room.  Sebab bagi akak,  kalau hang yang tak cukup kuat untuk face the strong force,  jangan salahkan orang lain kerana mereka terlalu kuat.  Patutnya hang kena salahkan diri sendiri kerana tidak cukup kuat untuk fight the forces.


Team Maverick - Terlalu Gentleman ataupun Simply Penakut?
Kalau kita tengok team perempuan hebat bertojai ( dalam Bahasa Penang yang bermaksud compete sesama sendiri) lain pula dengan team Maverick.  Depa tak buat brainstorming dengan elok.  Sebab tu saya rasa depa semua play safe.  Cara team lelaki ber'main' adalah begini.

i)  bagi sorang bersuara...yang lain sokong.  ii)  tunggu orang kedua kata NO....orang lain sokong...... iii)  biar orang lain buat salah...kita go with the flow.

Adakah saya yang berpendapat begini ataupun u olls pun rasa yang sama?  Adakah ini semua suatu tindakan yang terlalu gentleman ataupun simply penakut? Contohnya,  Samuel came out with a great idea (suruh Alex kendu pakai baju pramugari Air Asia untuk mock Sir Richard Branson).  Tapi bila Hanzo pangkah idea itu yang lain diam. Depa tak back up Samuel and depa tak sokong Hanzo.  Depa just persoalkan idea yang tak jelas itu sampai Samuel back off idea itu sendiri. Sepatutnya depa bantu untuk kembangkan idea itu dulu.   Kalau idea itu tak guna barulah depa move on dengan idea lain. Depa takdak idea yang jelas. In fact,  bila depa pi location shooting pun...depa masih duk discuss idea video lagi.



Hanzo Hanzo Hanzo Hanzo Hanzo
Saya amat sedih apabila Hanzo menunjukkan sikap keanak-anakkan yang 'unmotivated' apabila dia diberikan tugas yang tidak besar dan penting.  Mungkin dia rasa useless sebab pada minggu lalu,  dia yang menyebabkan team Maverick kalah teruk sampai rugi RM654.  Sebab itu (mungkin) dia anggap tugas yang diberikan kepadanya iaitu cari prop dan kerja remeh lain sebagai tidak cukup penting.   Kepada Abang Hanzo....aiiyaaa...Dalam kerja berpasukan tak kisahlah dalam pembikinan video viral ataupun kerja harian di pejabat.....SEMUA ORANG ADALAH PENTING.  Takdak satu pun tugas yang kecik dan tak penting!  Just imagine satu hari takdak office boy?  Sapa nak kena pi hantar surat secara pantas ke pejabat Naib Canselor?  Nampaknya Abang Hanzo kita menunjukkan sikap yang sangat childish dengan menyuruh Samuel SHUT UP ketika dia meng-order lolipop.  Mungkin ini adalah sifat peribadi yang telah tertanam dalam jiwa seorang yang mempunyai background jualan/sales.  Seorang sales ninja tak akan faham benda ni semua.  Bagi jiwa sales ninja yang berjuang secara kamikaze,  sapa tak buat sales dia mati.  That's it.  Biarlah aku dapat jual sales belambak-lambak.....kawan lain duduk sengap takdak extra income on commission bulan itu.




Dusadee yang Tenang vs Andrea yang Eager
Sorang pengarah (Dusadee) and sorang lagi penolong pengarah (Andrea). Memang dalam produksi kena ada pengarah dan penolong pengarah.  Tapi dalam produksi kecil macam ni,  takdak penolong pengarah pun takpa kot.  Dusadee adalah relaks and tenang and layan perangai Andrea yang terlalu bersemangat untuk memberikan idea dan sebagainya.  Dia dengar semua orang punya pendapat dan walaupun dia pissed off bila orang potong dia cakap.....tapi dia listen and what ever pun ampa cakap,  at the end of the day,  dia ada kuasa untuk buat pilihan terbaik untuk projek ini.


 Tapi I dont like it when Dusadee tiba-tiba buat announcement dia nak tukar position ketua projek itu kepada Andrea.  Bagi saya,  kalau saya jadi Andrea,  saya pun bengang jugak. Padia jiaaaniiiiiiiiiiiii....tak discuss dengan aku apa pun.  At least cakapla....tapi bila dah announce. Baru dia tanya Andrea personally and of course Andrea kata dia tak berapa selesa jadi projek manager.

Pada hari shooting...Dusadee take charge tapi Andrea masih nak bossing around. Tapi akak rasa memang perlu suara-suara macam ni. Orang macam Andrea akan buat kita lebih alert dan beliau akan betulkan benda-benda yang kadang kala kita terlepas pandang.

Samuel The Director
Lain pulak dengan team Maverick,  bila Samuel jadi ketua,  dia sangat tak mendengar pendapat orang lain.  Dia buat apa yang dia rasa the best.  In fact,  Mark Lankester pun kata "Its really a Samuel show,"  Akak teringat apa yang Samuel kata,  dia memang teringin gila nak jadi pengarah filem....hahahah...lawak kenegaraan saya adalah "Adakah semua orang India memang ada cita-cita untuk jadi pengarah filem?  Sebab tu negara India boleh hasilkan sehingga seribu buah filem setahun?"



Kejayaan #ExpediaHappyDance
Team Apex menang sebab depa faham konsep viral video.  Depa buat video #ExpediaHappyDance.  Depa amik model and team members Apex sendiri pun menari #ExpediaHappyDance dalam video ini.  Walaupun tidak diolah dengan baik (bagi akak macam baik jeeeeee....depa la kata tak diolah dengan baik)....tapi ini adalah konsep yang betul.   Akak rasa team apex handle it very well.   Sumbang saran, pembahagian tugas (dua orang buat casting /  3 orang pi tengok locations),  semua cakap banyak tapi semua juga menjadi pendengar....depa patut menang. Akak rasa semua ahli Apex played very well..kecuali Dian.  Nasib baik team Apex menang kali ini,  if not....sikap Dian yang tidak mahu menyumbang saran maybe boleh jadi reason untuk dia dikeluarkan.


Maverick Kalah Lagi......... 
Sekali lagi depa kalah.  Depa kalah bukan sebab video depa tak best...video depa adalah meletops juga.  Tetapi tidak mungkin akan jadi viral.  Video itu hanya menjadi sebuah video iklan biasa.  Samuel memilih untuk membawa masuk Jonathan dan Hanzo.  Tapi apabila ditanya kepada mereka bertiga,  siapa yang patut keluar....Samuel and Jonathan memilih untuk mengeluarkan Hanzo.

Depa dorang bersama-sama menge-sound seketui-seketui kepada Hanzo dalam board meeting.  Depa kata Hanzo played safe.  Dia tak bagi contribution and hanya cakap besar dalam board room.  Tapi dari awal depa step in dalam board room....Tony Fernandez dah kata seketoi kat Hanzo jugak..."Im suprise u are happy when other people than yourself becomes the boss?"  HAHAHAHAHA

Kesimpulan
Hanzo terkeluar kali ini.  Dia di FIRE oleh Tony Fernandez.  Im happy Hanzo keluar.  Orang macam ni bahaya dalam team. Dia adalah kiasu.  Dia nak berkuasa. Tapi dia tak mau jadi team player yang baik. Keputusan Toni fernandez memecat beliau adalah tindakan yang baik. Sebab walaupun Sam and Jonathan juga adalah player yang lemah tapi at least depa nak jadi player yang baik.

Ps/  Saya suka spek mata Marc Jacob yang dipakai oleh Nazril and gelang and rantai emas yang di pakai oleh Celina.   Fashion review lain?  Kathleen Tan's eye make up is too heavy kadang-kadang mata dia nampak merah macam kena celak banyak.

Sekian sahaja review minggu ini.  See u next week!

Yang benar,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. jumie, i pun dh tgk the apprentice ni - xpenah miss ok! sadly, team jejanz x berkaliber lgsung!! 2x kalaha dlm cabaran bkumpulan! but, i'm glad Hanzo dah terkeluaqqq..!! kojaq sangat mamat tu! camana dia nk kja ngan Mr Fernandez, if dia awai2 lg claim - xleh terima arahan tp dia boleh bg arahan? nmpak sangat bossy uollss..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...