24.7.13

Apabila 4 Orang Peserta Ratu Cantik Malaysia Digugurkan Daripada Pertandingan....

Hello u olls,

Terkedu akak apabila mendapat maklumat daripada rakan baik akak iaitu Kak Asmaa yang menyatakan bahawa dia sangat kecewa membaca luahan hati 2 orang daripada 4 orang peserta beragama Islam yang digugurkan daripada pertandingan ratu cantik di Malaysia baru-baru ini. Nama-nama mereka adalah Wafa Johanna De Corte (19 tahun),  Sara Amelia Bernard  (20 tahun),  Khatrina Rizuan (23 tahun) dan Miera Sheikh (19 tahun).

"Awat hang marah Asmaa?"

"Hang tak tau ka pasai benda ni?"  tanya Asmaa balik kat I.


"Aku kan duk sibuk buat kuih kacang.  Mana sempat nak membaca-baca cerita picisan ni. Boleh masuk ka pertandingan ratu cantek?  Islam mana boleh masuk,"  kata akak balik.

Asmaa pun ceritalah.  Kisahnya,  4 orang perempuan ni,  depa muda la.  Empat-empat orang ni mix melayu + arab,  mix german dan macam-macam mixture lagi.  Depa tak menang apa-apa title pun lagi.  Tapi dalam peringkat saringan,  urusetia mengugurkan penyertaan depa setelah mendapat teguran daripada Mufti Kuala Lumpur,  Dato Wan Zahidi Wan Teh.

Dato' Wan Zahidi memetik semula  fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang tidak membenarkan peserta beragama Islam memasuki pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.

Please Click Read More

So back to me and Asmaa.  My friend told me this,  "Depa dapat statement daripada 2 orang peserta yang kena rejected.  Yang lagi dua tak bagi statement.  Tapi aku rasa statement depa sangat serr,"  untuk mengelak daripada akak salah quote apa yang Kak Asmaa cakap kata.  Baik akak copy paste apa yang dijawab oleh para gadis bimbolina ini kepada pihak media.

"Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia.  Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia. 
“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian," 
Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam.  Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya. 
-petikan dari MyNewsHub.Myuka
Sara Amelia Bernard.  Dia ada tulis blog mengenai perkara ini and shared dalam FB dia.  Tapi dah diremove. 

Wafa Johanna De Korte.  Keciknyaa kaki..........
Dari kiri Miera Sheikh,  Wafa Johanna De Korte dan Katrina Ridzuan. 
Sentap akak mendengar penerangan daripada Kak Asmaa.  Sepintas di hujung otak akak berkata "Awat depa ni bodoh sangat?  Apa depa nak buktikan kepada dunia?  Depa nak kata Islam ni jahat dan orang Islam kat negara kita ni terlalu radikal?"

Kak Asmaa pun sambung.  "Apa kata hang tulis ni dalam blog hang.  Biak lah bila pompuan-pompuan ni google nama depa,  depa akan tau betapa bodohnya depa,"  gitu kata-kata Kak Asmaa yang sangat jitu.

U olls,  akak ni bukanlah nak dengki ataupun firasyat dengan kecantikan 4 orang peserta ni.  Akak tengok dah gambar depa.  Memang la depa cantek.  Tapi kalau akak drag pun....akak pun sama cantek jugak dengan depa.  GITUUUU ayat tetap dengki dengki keparat.

Tapi apa pun,  akak memang sedih dan kecewa kenapa depa dua orang ni buat statement macam tu.  Betapa ignorance-nya ampa kepada undang-undang negara yang ampa duduki ini sampai ampa tak tau dan tak sedar tentang peraturan sedemikian.  Undang-undang ni bukan baru difatwakan.  Sejak tahun 1997.  Kenapa tiba-tiba hang masuk pertandingan ini tanpa usul periksa kemudian hang nak pertikaikan fatwa ini?

Akak bukanlah Ustazah Fatma Azzahra ("jangan jadi fundannnn")...sapa yang selalu baca blog akak ampa pun tau kan where do i stand?  Akak pun relaks jer pergi tonton and support kawan akak yang masuk pertandingan ratu cantik dotdotdot kan?  Tapi kenapa akak rasa tak puas hati dengan tindakan para wanita ini?

1.  Sebab bagi akak depa sangat ignorant.  Sangat HIDUP DALAM DUNIA sendiri. Dah la gedik nak masuk juga pertandingan ini.  Pastu dah kena buang,  duk pertikai macam-macam.  Depa tak sedarkah yang kata-kata depa mungkin menyakitkan hati banyak pihak. Tak kisahlah ampa mix apa pun,  mix German ka,  mix Italy ka,  mix English ka...tapi please jangan kata macam ni "Jangan salahkan kami dilahirkan dalam agama Islam,"  akak cuba cari apa yang diquote oleh gadis-gadis ini dalam any website tapi tak jumpa.  Sebelum ampa nak masuk pertandingan ini,  takkan ampa tak selidik betul betul and takkan la selama kita duk antar Deborah Henry and so on and so on,  takkan tak pernah terpikiak why tak pernah ada sorang pun contestant Muslim mewakili ataupun masuk pertandingan di Malaysia?

Depa kata sebab the international beauty pageant tahun ini akan dilangsungkan kat sebuah negara Islam iaitu Indonesia dan mereka tidak akan meminta agar para peserta memperagakan pakaian renang.  Duhhhhhhh.....orang dah kata tak payah masuk tu tak payah la masuk.  Duk bising pa diaa........

2.  Apa yang ampa nak buktikan sebenarnya?  Ampa nak tunjukkan kepada dunia yang ampa mempunyai personaliti diri yang tinggi dan melalui pertandingan ini ampa bukan semata-mata ingin menayang badan tetapi yang utamanya ampa ingin menonjolkan bakat dan personaliti diri?  Aiiyooo.  Akak nak quote balik apa yang ditulis oleh Mama Regina dalam Facebook beliau.  I think what she said is clear and akak setuju dengan kata-kata mak ayam akak ini  "Kalau sudah cantik usaha cara lain, leave the title to Lim Swee Moi. ok?  RATU is not the only way to live up life wahai fefek bodo,"

3.  Gadis-gadis ini juga mempertikaikan kenapa ahli sukan jimnastik dan jimrama yang berpakaian seksi tidak pula dihalang untuk memasuki apa-apa acara sukan dengan berpakaian seksi.  Akak rasa statement ini sangat ke-anak-anakkan.  Yela,  kita tangkap anak menakan kita makan aiskrim bagi tumpah.  So kita marah dia.  Pastu dia kata,  "Adik Sarrah makan ais krim bagi tumpah takpa pula....".  Akak ada seorang rakan,  Wan Siti Haniza.  Beliau seorang jimnas negara.  Lani dia jadi trainer dah.  Akak suruh dia komen tentang hal ini.  Tapi dia tak bagi apa-apa respons lagi.  Kalau dia share apa-apa,  i will let u guys know.

Anyway itu sahaja perkongsian akak. 

Kepada hadik-hadik pencinta dan pengikut kisah-kisah pertandingan ratu cantek dunia,  jangan kaitkan isu ini dengan konspirasi bla bla bla tu semua.  Akak terbaca satu blogger bodoh ni tulis,  dia kata "ini semua konspirasi antara mufti dan penganjur yang memang tak mau Melayu menang.  Depa nak Cina saja menang..."  HELLOOO!!  Apa duk main racial thing ni.  Takdak benda lain ka ampa nak pikiak.  Awat kalau Melayu menang ratu cantek hari ini wakil Malaysia pi Indonesia next year,  tiba tiba matawang ringgit akan naik serta merta ka?  Jangan duk emosi sangat.

Sekali lagi akak nak quote kata-kata Mama Regina "Orang kata jangan masuk, tak boleh. It's just a cattle show. Then nak jadikan isu pulak...What isu? Dok sengap sengap kawin orang kaya senang..... cantikkan," bernas carutan ibunda.

 Apa pun,  akak beruntung kerana akak bukan sahaja cantek,  mix (Bawean + Venezuela),  mempunyai personaliti yang merengkam,  bergaya dan amat berbakat seperti membuat kuih kacang mazola,  menyanyi,  belakon teater,  pekerja USM yang tekun dan akhir sekali...pandai tulis blog.  I dont have to prove it all dengan memasuki pertandingan ratu cantek.  


ps/  Mungkin kecantikan asli...Mungkin ia...Maybelline...
Love,
Jumie Samsudin

18 comments:

  1. kelasssss kak jumie..iolls suka komen2 berantu akak ni..kalau org da kata TAK BOLEH, tak boleh la kannnn..bingai mmg mcmtu..

    ReplyDelete
  2. haha terbaik! bernas! hang memang berbakat jumie! (tepok tangan sambil bangun dari kerusi kat ofis aku)

    ReplyDelete
  3. kalau dapat masuk pon mcm x menang je diorg nih..

    ReplyDelete
  4. lepa nie mix la sangat tu yg x paham bahasa melayu....org habaq org islam x boleh tu x blh la...bodo melampau..(abeh posa cek pagi2 buta ni dok geram kat depa....kaldei akaq betoi).

    ReplyDelete
  5. lepa nie mix la sangat tu yg x paham bahasa melayu....org habaq org islam x boleh tu x blh la...bodo melampau..(abeh posa cek pagi2 buta ni dok geram kat depa....kaldei akaq betoi).

    ReplyDelete
  6. lawak lawak. Haih la memang tak dinafikan depa lawa sebab mix. kami lagi lawa jugak sebab anak mix melayu asli.

    ReplyDelete
  7. kannnnnnnnnnnnnn

    kak moon pun felik tgk ...apa ke hal laaaaaaaaaaaa

    eh jumie ooo jumie ...nanti raya ai raya kat penang tau ....nanti ley la pegi beraya umah jumie

    tak malu kan ...jemput diri sendiri hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Moon...please jemput la ke rumah..di ayer itam...pls wassap me 0124130060

      Delete
  8. Hello semua. Thank you sebab komen banyak banyak kat blog saya hari ini. Saya terus rasa macam HANIS ZALIKHA...sekian terima kasih semua.

    ReplyDelete
  9. well said... first time baca blog awak...tersenyum sorang2... yang 4 org contestant sgt ingnorance nih apsal? fatwa larangan muslim menyertai ratu cantik di malaysia ni dah lama dah... or maybe masa tuh diorang belum lahir lagi... tp, mak bapak diorang mesti taukan? they don;t say anything on this? dunia... dunia... x dapat sertai ratu cantik takkan berakhir suatu kehidupan...

    ReplyDelete
  10. steadyyyyyy
    kah kah kah..
    maybe its mebelin..

    ReplyDelete
  11. and kita umat islam marah org bkn islam hina agama kita....ni bkn kira menghina agama sendiri ke....moga kita semua sentiasa dilindungi allah

    ReplyDelete
  12. bukan mufti fatwa wanita islam x boleh masuk pertandingan ratu cantik, role dlm Islam itu sendiri dh melarang xboleh menayang apa2 yg x sepatutnya di tayang.

    Kak Jumi: statement dia org ni bkn stkt akan menyakitkan hati org...tp...takut tersilap cakap, kena mengucap balik, nauzubillah....

    ReplyDelete
  13. ISLAM hanya kerana keturunan... sedihlah. Agama pula dipersalahkan

    ReplyDelete
  14. Alah, tak hairan apa dioranh nk kata kak..sebab diorg ni bukannya cerdik pun nk tau hukum hakam, imam blom tentu lagi.. Hanya dilahirkan Islam tapi hidup bkn sebagai org Islam.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...