15.7.13

Homoseksual Yang Ingin Berkahwin Cara Heteroseksual : Percubaan Melawan Nafsu ataupun Mengangkat Maruah Sendiri

Hello u olls semua,

Harapannya u olls semua sudah membaca tiga kisah yang dipaparkan dalam blog saya minggu lalu.
Cerita 1 : Si Dia Gay atau Straight, Cerita 2 : Wanita Berkahwin Lelaki Gay dan Cerita 3 : Dapat Surat Layang Daripada Anonymous "Suami Tidur Dengan Lelaki Lain".  Ketiga ketiga kisah ini mempunyai kisah yang hampir sama iaitu nasib wanita-wanita yang bakal berkahwin ataupun yang telah berkahwin dengan lelaki homoseksual ataupun kita selalu panggil sebagai gay.

Sebagai pengenalan,  biarlah saya memberikan sedikit penerangan.  Apakah beza lelaki gay dan pondan?  Kalau nak disebut transgender ataupun transeksual nanti kalian lebih keliru.  Let me just explain it in a very simple manner.  Tapi asasnya,  kedua-dua adalah homoseksual.  Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri.  

Lelaki gay adalah lelaki yang hanya mempunyai nafsu kepada lelaki yang lain (jantina yang sama).  Mereka mungkin berperwatakan lembut.  Mungkin mempunyai hobi-hobi seorang wanita.  Tetapi selalunya tidak.  Mereka berperwatakan seperti seorang lelaki biasa.  Kasar and jantan.  Mereka tidak berpakaian seperti wanita.  Mereka berpakaian lelaki biasa,  tapi mungkin lebih kemas and 'smart'. 

Pondan/maknyah pula lain bezanya.  Lebih lembut kalau saya panggil sebagai maknyah.  Maknyah mempunyai perwatakan seperti wanita,  luar dan dalam.  Walaupun mempunyai fizikal lelaki,  namun naluri dan jiwa mereka lebih keperempuanan.  Tetapi dengan bantuan pil-pil hormon,  sesetengah mereka telah berjaya mengubah sifat fizikal diri.  Tidak keterlaluan kalau akak katakan,  kadang-kadang sifat mereka lebih 'woman' daripada wanita bervagina.  Mereka berpakaian wanita and tidak perlu berlakon dikhalayak umum.  Mereka jadi diri mereka sendiri.  



Berdepan Dengan Kenyataan
Gadis dalam Cerita 1 meluahkan perasaannya.  Satu tindakan yang akak rasa 'last resort' untuk email kepada akak di blog ini.  I think she do not know where else to tell this story.  Nak bagitau kat family rasa serba salah.  Nak bagitau kat kawan-kawan,  siapa yang boleh kita betul-betul percayai?  In fact,  dalam masyarakat kita yang menganggap perkara ini sebagai satu taboo,  tak semua orang boleh bantu dan bagi nasihat dengan betul.

Kepada gadis dalam cerita ini,  akak harap u olls bersabar.  Akak tanya kepada seorang mak ayam yang akak amat segani di Penang ni,  nama beliau Mama Regina.  Akak selalu kongsi mengenai kisah Mama regina dalam blog akak.  Dia kata "Saya sarankan supaya dia berusaha bertemu dengan pengirim SMS tersebut kalau boleh atau terus siasat lagi.  Kerana ini melibatkan hal hal maruah diri. Ada isteri ok dengan suami yang bertingkah gayah (gay / lembut) ada isteri tidak dapat menerima dan akan menganggu diri mereka seumur hidup."

Akak sangat setuju dengan pendapat Mama Regina.  

Kepada Gadis Cerita 1,  i know u are reading this,  u baru bertunang.  Its not too late.  Jangan takut untuk berhadapan dengan masalah ini.  Cuba hubungi dan bertemu dengan orang yang SMS kamu itu,  mungkin dia BOLEH SELAMATKAN hidup kamu.  Kahwin bukan jawapan kepada seluruh kebahagiaan di dunia ini.  Apatah lagi untuk berkahwin dengan lelaki yang tak pasti kisah dan latar belakangnya.

Seperti yang saudari kata, "Selagi perkara belum terpampang di depan mata (yang sememangnya dia gay), saya tak akan mempercayai khabar angin tersebut namun sehingga kini," bagi akak ini adalah satu penyataan yang sangat berani.  Berani apa?  Berani mampus.  Siriesly,  this is your life.  Takkan u olls sanggup perjudikan nasib diri u olls sedemikian.  Im sure you have read the CERITA 2.  

Memanglah benar,  takkan semua cerita akan jadi begini (macam CERITA 2),  tapi kita ada keluarga dan Tuhan.  Pasaipa nak takut untuk pertahankan hak dan maruah kita sendiri.

I think u should tell your parents and betul-betul bincang tentang perkara ini.  And kalau betul dia (tunang you) ikhlas ingin berubah,  dia kena yakinkan pada diri u yang dia betul betul ingin berubah,  berkahwin dan meninggalkan dunia 'dahulunya'.

Kalau dia mampu....then why not?


Janda Berhias
Status yang dipikul oleh wanita dalam Cerita 2 amatlah berat untuk dipikul.  Memang sebelum ini,  drama dan filem pernah menggunakan status ini untuk dijadikan skrip cerita yang menarik,  tapi kalau kita ataupun saudara terdekat yang terpikul status ini,  ERM.....SUSAH NAK JAWAP.

Akak sempat menemubual and berbicara dengan Niza (Cerita 2).  Selepas semuanya selesai,  kini dia lebih tenang hidup sendirian.  Niza kini masih belum berani untuk mencari cinta baru.  

Kata Niza  "Saya tak salahkan diorang.  Maybe naluri ke situ.  I pun ada kawan-kawan macam tu.  Tapi diorang happy dengan life diorang, tak kacau orang.  So tak kisah pun,  I marah sangat dengan ex I ni sebab dia aniaya orang, dia tipu i, family i...sebab before kawin i dah tanya betul-betul kat dia betul ke tak nak kawin ngan I, kalo tak nak cakap awal-awal.  I tak nak hubungan dia and family dia terjejas.  Apatah lagi I ngan family I..tapi akhirnya camni"

Pengajaran berkahwin singkat beliau ini telah membuka matanya kepada dunia homoseksual yang sebelum ini langsung tidak diambil tahu.  I think,  ini adalah satu kesilapan besar yang (tanpa disedari) dilakukan oleh ramai wanita.  Terlalu naif sampai tau tau "jantan betina" - bak kata peguam Niza.


Luruskan Segalanya
Actually u olls,  ini bukan kali pertama akak bertembung dengan permasalahan seperti ini.   Sebelum ini akak pernah dengar kisah-kisah dari rakan wanita akak yang bercerita secara lisan.  Namun,  dengan hati yang kuat dan berpandukan kepada akal bukan nafsu,  semuanya dah settle.  

Akak ada dua lagi kisah yang pernah diceritakan oleh kawan-kawan akak.  Cerita ini berlaku kepada kenalan mereka.  Cerita ini cerita betul okay.  Tapi akak ubah supaya bersesuaian dengan blog akak.  Kedua-dua cerita ini ada dua pendekatan berbeza yang digunakan oleh dua orang wanita dalam menangani lelaki gay yang ingin berkahwin dengan wanita heteroseksual.

Kisah 1 : Kecekalan Linda
Kisah ini antara Hafiz (bukan nama sebenar) dan Linda.  Linda adalah seorang wanita modern dan berkerjaya.  Dia mengenali Hafiz melalui laman Facebook.  Lepas lama berkenalan,  satu hari Hafiz melafazkan hasrat untuk menjadikan hubungan mereka lebih kuat daripada hanya pasangan sahabat.  Selepas berkenalan dengan lebih baik dan kedua-kedua keluarga sudah bersetuju dengan hubungan anak-anak mereka,  one day,  Linda menerima satu panggilan daripada seorang lelaki bernama Mazlan.  

Mazlan menyatakan bahawa dia adalah kekasih kepada Hafiz.  Dia menjelaskan kepada Linda bagaimana dia rasa tertipu dengan apa yang cuba Hafiz lakukan kepadanya.  Dia kata "Hafiz janji dia tak akan lupakan i.  Dia kata dia tak akan tinggalkan I.  Tapi now,  dia nak kawen dengan U.  I bukannya tidak merelakan kalau dia betul-betul ingin berkahwin dengan U.  U perempuan.  I tak ada apa yang u ada.  Tapi kalau betul dia nak kahwin dengan U,  kenapa dia masih cari I.  Dia masih menyatakan yang dia cintakan I,"

Linda tidak berlatah ataupun melompat.  Dia menerima kata-kata Mazlan dengan tenang.  Cuma sedikit terkejut.  Dia berjanji dengan Mazlan yang dia akan selesaikan masalah ini dengan Hafiz.  "What ever is it,  Hafiz kena buat pilihan antara I ataupun U.  Dia tak boleh pilih keduanya pada satu satu masa,"  kata Linda.

Begitulah apabila dia bertemu Hafiz.  Hafiz tidak terkejut apabila Linda cakap benda ni kat dia.  Seolah-olah dia telah menjangkakan perkara ini akan berlaku.  Mungkin Mazlan pernah ugut dia sebelum ini.

Kata Linda kepada Hafiz "I boleh terima semua kesilapan dan dosa silam u.  Dengan syarat,  kalau u nak mulakan hidup baru dengan I,  u kena tinggalkan segala-galanya.  Kalau u tak mampu tinggalkan semua itu,  I tak boleh terima U,"  kata Linda.  Hafiz pun meminta maaf dan berjanji akan terus setia dengan Linda.  Dia kata,  dia ingin berubah dan dia akan tinggalkan Mazlan.

Linda dan Hafiz pun kembali happy and bahagia.  Persiapan pertunangan sedang diatur.  Pada satu ketika itu,  Hafiz dan Linda keluar untuk makan malam.  Dalam perjalanan mereka berhenti untuk isi minyak di petrol pump station.  Hafiz keluar untuk membayar wang di kaunter.  Dia tertinggal handphonenya di atas seat.

Linda pun angkat handphone itu dengan niat untuk simpan di tempat yang lebih selamat,  tapi matanya terpandang kepada BBM Message yang terbuka "Hafiz  : Sayang....i tak boleh lupakan u.  I tak tau macam mana nak buat...."  "Mazlan  :  Habis tu macam mana....tak lama lagi u nak bertunang"

Dan Linda tidak dapat menahan lagi dan membaca semua 'conversation' list antara Mazlan dan Hafiz yang secara ringkasnya menunjukkan bahawa mereka masih belum 'settle'kan kisah mereka berdua.  

Apabila Hafiz masuk kembali ke dalam kereta,  Linda berkata "Hafiz,  i tak sedap badan.  Please send me home,"  Hafiz terjegat.  Tanpa bertanya apa-apa,  dia pun drive dan bawa Linda balik ke rumahnya.  Bila sampai di rumah ,  Linda pun berkata "Hafiz,  I minta maaf sebab i terbaca message u and Mazlan.  I tak tau apa yang u nak dalam hidup u and i harap u dapat jumpa apa yang u nak dalam hidup u di kemudian hari.  Tapi yang pastinya,  u tak akan jumpa tu dengan I.  I harap u jangan cari I lagi.  I will tell my family that we are not getting engage,  so i guess you will do the same to your family.  Take care Hafiz.  Good luck,"

Kata Linda sambil melangkah keluar daripada kereta.  Linda nekad.  Dia amat jelas dengan hidupnya.  Dia ingin membina hidup dengan seorang lelaki yang betul betul ikhlas.  Dia tidak angan-angan untuk naik pelamin dan posing pakai dress Hatta Dolmat semata-mata.  Hafiz senyap seribu bahasa.  Family Linda amat memahami keputusan Linda dan tidak menyalahkan ataupun membuka kisah ini kepada sanak saudara.  Aib orang perlu dijaga.  

Namun kini,  lepas hampir setahun,  Linda sudah pun bertunang dengan lelaki lain.  Namanya Hakimi.  Mereka akan berkahwin tidak lama lagi dalam majlis pernikahan yang simple di kampung halaman Linda di Selatan Tanah Air.

Kisah 2 :  Khamsiah yang Berani
Khamsiah adalah seorang wanita yang pemalu.  Dia berhijab dan simple orangnya.  Di mata orang lain,  Khamsiah ni nampak macam seorang wanita kampung yang sangat keagamaan.  Tapi Khamsiah bukan calang-calang wanita.  Dia ada ilmu yang tinggi.  Walaupun orang selalu label wanita bertudung labuh sebagai seorang wanita yang naif,  tapi Khamsiah bukan begitu.

Khamsiah berkenalan dengan seorang rakan kolej bernama Azman.  Azman seorang lelaki popular di kolej kerana dia amat petah bercakap dan aktif dengan pelbagai aktiviti kolej seperti tarian and teater.  Khamsiah sangat happy menjadi teman rapat kepada Azman kerana baginya dia bangga kerana dia ada teman yang mempunyai bakat dan keberanian seperti Azman.  Dia tak ada keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai seperti itu.

Selepas kolej,  mereka pun teruskan dengan dunia dan hidup masing-masing.  Setelah sekian lama,  Khamsiah and Azman bertemu semula dalam satu majlis kenduri perkahwinan rakan mereka.  Maka cinta pun berputik.

Apabila kisah percintaan mereka diketahui oleh rakan-rakan,  ramai yang menghampiri Khamsiah sambil berkata "Ko ni biar betul nak kapel dengan Azman.  Dia tu macam lembut lembut je.  Aku rasa dia tu gay la,"  tapi Khamsiah tidak menghiraukan kata-kata rakannya.  Memang 

Sehingga suatu hari,  apabila perhubungan mereka semakin serius,  mereka pun saling meluahkan rasa hati dan hasrat masing-masing untuk menjadikan hubungan mereka sesuatu yang lebih baik.  Ketika itulah,  Azman menceritakan kisah silamnya.  Katanya dia adalah seorang gay.  Dia pernah menjalinkan hubungan percintaan dan seksual dengan seorang lelaki yang amat dia sayangi.  Tapi dia tau,  hubungan itu tidak kemana.  Katanya,  lelaki gay tidak boleh kekal setia.  Pasti nak pasang dua tiga.  And dia pun tak dapat nak keep up dengan kehendak pasangan gay yang selalunya ingin pasangannya jadi perfect 100 %.

And Azman sedar,  usia dia makin tua.  Dia ingin memulakan hidup baru.  Kalau ada jodoh,  dia ingin berkahwin dengan wanita yang betul betul menerima dia seikhlasnya.  Dia tak ada wang dan harta,  tapi dia janji untuk berikan kasih sayang untuk isteri dan anak-anak.  Gitu....sungguh feeling kata-kata Azman.  Azman tau,  Khamsiah seorang yang beragama dan dia yakin Khamsiah boleh bimbing dia ke jalan yang baik.  Dia tak mau toleh belakang lagi.

Tanpa disangka,  Khamsiah menerima Azman dengan hati terbuka.  Dengan syarat,  Azman betul - betul meninggalkan dunia 'cekcur' nya.  Tapi Khamsiah masih tidak menghalang Azman untuk berkawan dengan rakan-rakan Azman yang lembut-lembut tu.  In fact,  Khamsiah pun sama rapat dengan rakan-rakan 'amak ayam' Azman.  

So far,  as saya tau kisah terbaru mengenai Azman and Khamsiah,  depa dua tak ada anak lagi,  tapi so in deeply in love with each other and Azman kini feeling-feeling ustad di Facebook.  Gitu.....apa pun....kita doakan mereka berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.



Scanner Khas
I know this is ridiculous.  Bukan nak suruh u olls jadi paranoid dan anggap semua lelaki gay dan suka main maknyah/jantan.  Tak semua wanita dilahirkan dengan 'scanner khas' seperti akak :) Sekilas ikan di air,  akak tau top atau bottom.  Oh gitu.  Sejujurnya,  pesan Mama Regina kepada semua wanita-wanita diluar sana,  "Wanita tolong buka mata,"  jangan terkabur dengan keindahan fantasi untuk berposing di atas pelamin sehingga kamu lupa dan alpa dengan fungsi sebenar untuk berumahtangga.

Pada mulanya i nak tulis 'SIMPLE TIPS untuk mengenali lelaki gay" tapi bila tengok balik apa yang i tulis i rasa macam malu pula nak publish.  Rasa sangat lawak dan sangat shallow.  Macam akak nak generalized semua gay kat dunia ini.  Bukankah senang kalau semua wanita dilahirkan dengan 'scanner khas' macam akak (akak rasa istimewa).  So daripada akak menulis tips tips bodoh itu,  baik akak tulis ni,  apa yang harus kamu lakukan kalau kamu tau yang bakal suami kamu adalah gay / biseksual  :
  1. Berterus Terang / Jangan Takut
    Tell the truth that you know about his status.  And tanya kembali kenapa dia nak kawen dengan u?  Adakah dia ingin berubah seikhlasnya?  Adakah dia hanya ingin mendapatkan status duda (so that in the future kalau orang persoalkan kenapa beliau tak kawen lagi...at least dia boleh kata "I dah kahwin before....tapi takdak jodoh and i dah serik nak kawen lagi,"  gitu)?  Adakah dia seorang 'active' ataupun 'non practicing gay'?

    Lelaki gay yang 'active' bermaksud beliau seringkali menjalinkan hubungan seksual dengan lelaki lain.  Manakala ada juga gay yang 'non practicing',  maksudnya dia gay (suka lelaki lain) tetapi dia masih dara dan tidak pernah menjalinkan apa-apa jenis hubungan seksual dengan lelaki lain.

    Sekiranya lelaki itu adalah 'active'  risiko yang kamu hadapi mungkin adalah lebih tinggi.  As you know,  seks rambang menyumbang kepada pelbagai penyakit STD (sex transmitted disease) dan paling teruk HIV dan AIDS.

    Tanya juga,  adakah dia masih single?  Adakah dia masih ada kekasih?  Adakah dia sanggup meninggalkan dunia 'gay'nya selepas ini?  Ataupun dia hanya ingin mencuba nasib?
  2. Tepuk Dada Tanya Seleras
    Setelah membaca apa yang akak tulis di atas.  I think u are wise enough to know semua risiko risiko yang ada.  Mau atau tak mau.  Pilihan sendiri.


Sekian sahaja nukilan saya.  Kepada u olls semua,  wanita especially,  please spread this article as much as you can because it could be you,  your best friend,  your cousin,  your sister and maybe,  your own daughter in the future.

Siapa tak mau kahwin kan?  Bila ada lelaki yang menyampaikan hasrat untuk berkahwin,  dengan pinangan dan cincin dan sedulang sirih junjung,  seorang wanita terus rasa macam terus terbang ke langit ke tujuh.  Bangga and bahagia u olls.  Tapi perkahwinan bukan perkara enteng.  Kena siasat betul betul bakal suami kita tu.  

Sekarang pun bukanlah zaman 70an u olls.  Zaman dunia tanpa sempadan u olls.  Oleh itu,  kita jangan senang-senang perjudikan hidup kita dengan lelaki yang kita tak tau asal usul dan sifatnya.  Kelak silap pilih,  kita yang merana.  

Kalau dulu,  kita nak pilih suami kita kena selidik,  dia kerja apa,  latar belakang keluarga,  dulu pernah kahwin ataupun tunang ataupun pernah ada kekasih ke?  Dia ada hutang ke?  Dia ada simpanan ke?  Dia kaki todi ataupun kaki disko ke?  Dia kaki perempuan ke?  Macam - macam yang kita periksa kan?  Tapi zaman sekarang,  kena ada tambahan kepada pencarian-pencarian di atas.  Iaitu,  kita kena tau......dia ni pernah kawan dengan maknyah ke?  Dia pernah ada kekasih lelaki ke?  

ps  /  Takpayah susah susah pikiak nak cari jodoh.  Jodoh dia mai sendiri.  Kalau dia tak mai lagi,  pi pikiak la nak pi holiday ka....beli rumah ka...beli kereta ka...

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Very 360!! Thats why i love u so much akak!!! Moga jutaan berkat dan bahagia datang dlam hidup akak...

    ReplyDelete
  2. Tengah pikiak nak holiday tapi kewangan semputs... Hehe

    ReplyDelete
  3. Ayat last tu sentap mak ayam!!!!!!!! sangat ala2 hadek2 yang menanti jodoh, sambil gapai tangan ke langit.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...