11.7.13

Puasa dan Diet


Hello u olls,

Alhamdulillah,  tahun ni kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia.  Akak harap u olls semua berbahagia bersama keluarga dan orang orang tersayang,  sama-sama buat macam macam amal ibadah ya di bulan penuh barakah ni.

Akak ni light light ja.  Dulu zaman gadis gadis getisan akak suka pergi sembahyang tarawikh.  Masa tu la feeling nak jumpa jantan-jantan kampung yang kendu kan?  Nak tayangla kita ni alim alim u olls.  HAHAH.....takdak maknanya.

Ini gambar lama.  Tahun 2009.  Akak bersama Yoelanda Adams and Fadzil Ramalai dua anak ayam meletops akak dari Pulau Perhentian and Kuala Lumpur.  


Sejak dah tua tua ni takdak la pulak.  Apatah lagi sejak kahwin kahwin ni.  Ha....sekarang ni,  akak buat business Kuih Kacang Mazola by Jumiess pulak.  Hai....makin la bertambah kurang masanya u olls.  Tarawikh tu,  kita boleh buat sendiri kan?  (MACAM LA AKAK BUAT KAN....)

Tapi apa pun,  bulan puasa ni,  selain amal ibadah,  masa inilah yang paling sesuai untuk kita berdayet.  YES!!!  Tahukah u olls semua...haaa akak nak buat pengumuman rasmi.  Tahukah u olls semua bahawa berat badan akak adalah 100kg.  HAHAHA sekian terima kasih.  Akak tak tau la nak buat macam mana. Akak dah penat marahkan En.  Khafi.  Bukanlah akak nak elak daripada letak salah silap kat batang hidung sendiri kan...tapi sebenarnya kalau u olls nak tau,  En.  Khafilah penyumbang kegemokan akak.

Sejak kawen dengan beliau...akak dah naik berat badan lebih kurang 20kg.  Mana tidak nya,  dia ni suka makan.  Pastu setiap kali dia makan dia nak akak makan sekali.  Kalau masak malam,   akak kata "Tak mau makan...diet..."

Gambar zaman duk dating dating dulu...

Pastu dia akan kata "Ni...hang makan la......tok sah duk buat teruk......satgi hang sakit perut sapa susah?" HAAAAAAAAAAAAAAA PENIPUUUUUU!!  Sebenarnya dia memang manja keteik nak aku makan dengan dia.  Pastu disebabkan dah terbiasa makan malam,  akak pun dah jadi habit....balik kerja masak macam macam and makan macam Malam Pesta Muda Mudi.

Kalau tak masak,  dia akan beli bungkus.  Pastu dia akan SMS akak "Hang nak bungkus apa?"

Akak akan jawab "Takpayah....Ya dah makan petang tadi...kenyang lagi,"  pastu satgi dia akan bawak balik dengan dua bungkus nasik goreng USA dan kotiau kungfu.  Pastu dia layurrrr depan akak.............haaaaaa!! Kenala makan kan??? Kannn??? Kan???

Pastu lani akak dah  100 kg.

Dia gelak kat akak!!  Akak pasti bila dia baca blog ni pun kat fon dia...dia akan gelak kat akak.

Actually baru-baru ni,  kami buatlah sesi bual bicara suami isteri.  "Abang....kena tolong Ya bagi kurus sikit.  Tak boleh paksa ya makan-makan....ya kena control.  Especially makan malam...ya kena stop makan from 8pm ke atas...."

Pastu tau tak Khafi kata apa?  "Aku tak mau hang duk dayet.  Nanti hang kata kat orang....KHAFI DUK SURUH AKU KURUIH...DIA DUK SURUH AKU DAYET,"  kata En.  Khafi ala-ala macam siriyes.  Pastu akak buat nak tergelak...pastu dia gelak kat akak.  Celakes tau dia ni.  Sebenarnya dia memang saja nak sabotaj kecantikan akak.

Akak pun pukul dia sedas dua sambil berkata "Macam nila...apa kata kita buat majlis sambutan...."

"Sambutan apa?"  tanya En.  Khafi.

"Sambutan....ke 100 kilo!"  jerit akak dengan girang.  HAHAHA....

Begitulah kisah we olls dua pasangan agam.

Tapi nak bagitau mai,  sejak bulan May hari tu,  En.  Khafi cuba untuk mengurangkan penghisapan rokok.  Oleh itu,  beliau berjaya mengurangkan penghisapan kepada 1 kotak untuk 1 bulan.  Yes,  he did it.  Insya Allah lepas ni,  no more rokok (KOT!).  Tapi natijah daripada pengurangan rokok,  beliau jadi kuat makan.  HAHAHAH aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Yes.....dia punya kuat makan lagi luar biasa dan menyebabkan dia menjadi lebih gemok sekarang.

Baru-baru ni,  dia pakai seluar track suit.  Bahagian perut seluar itu ada tampalam velcro,  yang macam kasut sekolah tu....krappp...krappp...So bila En.  Khafi pakai seluar tu,  dia tak boleh tunduk or bongkok ke depan.  Nanti velcro tu terbuka dan bunyi krap....hahahahahahahahah

Bila dia pakai seluar jeans pulak,  dia akan berpeluh-peluh sebab sendat.  HAHAHA...akak gelak kat dia balik sekuat hati.  Pastu dia maki akak "Hang gelak kat aku!  Seluar jeans aku semua ketat.  Lani aku ada satu ja seluar jeans yang tak berapa ketat,"  kata beliau kepada akak dengan muka garang.  Peluh-peluh jantan membasahi wajahnya.

Akak pun jawab "Apa susah abang....lepaih ni tak payahla pakai jeans....pakai legging sudah....MENTERI FASOLA....."  hahahahahahahah

Bayangkan En.  Khafi pakai legging u olls.

Ha...begitulah we olls berdua.  Harapnya puasa ini kami berdua bolehla diet sikit.  Dengan sibuk sibuk menyiapkan tempahan kuih kuih kacang mazola we olls tu.  Kurangkan makan,  banyakkan amal,  elakkan pembaziran.

Sekian,  love u olls.  Salam Ramadhan.

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. hahahahahahaha kak....bab seluar legging y lawak habis hihi

    en Khafi sama je ngn Hafiz.asyik suruh makan je.bila ckp diet mula la bebel..makan je.xjadi apa pun kalo xmkn 1 mlm huhuhu hasilnya.sy da 90kg sejk bsalin huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.......................... suruh Hafiz baca blog akak ni....

      Delete
  2. azam kita sama ..huhuhuhu... harap2 berjaya la di samping melaksanakan ibadah puasa ni :)

    ReplyDelete
  3. seronok sy baca cerita akak ngn suami, hehehe..
    ok sambutan ke 100kg jarus ade seratus serba satu..
    seratus kepak ayam
    seratus biji sokelat
    seratus jenis sayur..

    hahahaha..moga korang bahagia ke akhir hayat =)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...