19.7.13

Resepi Penang Char Keow Teow by Jumie Samsudin

Hello semua,

Semalam saya post gambar Penang Char Keow Teow yang saya masak sendiri sempena berbuka puasa di rumah.  So hari ini saya nak share dengan u olls semua cara-cara membuat Penang Char Keow Teow.


Please Click Read More


Resepi Penang Char Keow Teow by Jumie Samsudin

Resepi ini sesuai untuk masak 2-3 hidangan.

Bahan-bahan  :

2 camca makan minyak masak
2 camca marjerin PLANTA
3 ulas bawang putih dicincang
2 camca cili boh (kalau nak lebih pun takpa)
5 ekor udang sederhana besar (nak besar tapak tangan pun boleh)
50 ekor kerang (kupas kulit...tapi perlu ke nak kira berapa ekor kerang....hahahah..bubuhla sesuka hati u olls)
*tapi kalau takdak udang dan kerang...bubuh fish ball / fish cake pun sedap
2 cawan stok udang (rebusan kulit dan kepala udang) *kalau takdak stok udang.  Air kosong pun takpa
2 camca tokyu pekat (kicap pekat.  Saya suka Kicap Jenama Bidadari.  Kat Penang ja ada)
2 camca tokyu cair masin (kicap cair masin).
200 gram keow teow (lebih kurang 3 genggam)
2 biji telur ayam dibasuh (kalau tak basuh pun takpa)
50 gram taugeh (kalau nak lebih pun takpa)
Sedikit daun kucai
Garam dan serbuk perasa (secukupnya)


Cara-caranya  :


  1. Panaskan minyak masak dan marjerin Planta dalam kuali.  Tumis bawang putih dan cili boh. 
  2. Masukkan udang dan kerang.  Kemudian masukkan stok udang.  Biarkan seketika sampai kuah sedikit pekat.  Masukkan kicap pekat dan kicap cair.  Kacau sedikit.  
  3. Masukkan serbuk perasa dan sedikit garam.  Pandai-pandaila nak taste macam mana kan.
  4. Masukkan keow teow.  Kacau sedikit.  Tapi jangan kacau banyak sangat.  Nanti hancur.  Tak sedap.
  5. Pastu masukan telur dan kacau lagi sikit.
  6. Last sekali baru masukkan tauge dan juga kucai.  
  7. SIAP :)


Tips tambahan  :

  1. Teknik masakan ini adalah stir-fry.  Oleh itu,  saya menasihatkan anda semua menyediakan semua bahan-bahan dan susun cantek-cantek tepi dapur macam apek-apek meniaga Char Koew Teow duk buat.  Sebab kita perlu memasak dengan menggunakan api yang besar,  so kalau api besar,  kita kena masak pula cepat-cepat.  Kalau bahan masakan tak disediakan dengan betul.
    Tengok uncle ni.  Siap semua kat tepi kuali dia.  Tapi kita takpayahla sampai tuang semangkok tokyu macam tu.  Kita bubuh botol tokyu tepi kuali dah la.

      
  2. Kita masukkan taugeh dan kucai last last sebab kita nak make sure yang taugeh tu masih rapuh ketika dimakan.  Memang best.
  3. Marjerin Planta tu sebenarnya bagi sedap lagi je.  Tak guna marjerin pun takpa.
  4. Sangat sedap kalau dimakan bersama cili hijau yang dijeruk dengan cuka dan kicap.  :)

    Gambar courtesy dari :  http://www.potretkasih.com/2010/06/30/lada-jeruk/
Sekian semua.  Selamat mencuba :)

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...