Aidilfitri Tanpa Mu : Al Fatihah Buat Ibu Mertua Ku, Allahyarhamah Jumanah Hj Azali

25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434

Jodoh,  rezeki dan ajal adalah rahsia Allah.

Tahun ini aku memang akan beraya di Penang.  Memang happy u olls.  First time nak beraya bersama suami di tempat sendiri.  Tahun lepas,  aku dah beraya di Johor.  Kata mak mentua aku "Kamu raya la di Penang tahun ni.  Nanti apa pula kata keluarga kamu tu..asyik raya sini saja...," masih teringat aku dengan kata-kata itu.

Petang Khamis,  25 Julai 2013,  arwah menelefon aku yang sedang asyik bersembang dengan kakak ipar di rumahku yang terletak di Air Itam Penang.  Tapi belum sempat aku menjawab,  dia sudah menghentikan talian itu.  Tapi memang kami biasa begitu.  Aku akan hubungi arwah semula untuk jimatkan jumlah top up handphonenya.  Namun,  kali ini bila aku called balik tak dapat dihubungi.  Line was busy.

Tak lama lepas tu,  adik ipar ku yang paling muda sekali Adik Akmal menghubungi ku pula.  "Aik...lain macam ni," detik hati ku.  Aku pun menjawab telefon itu.

"Kak Jumie......Tok Jali dah tak der...."  kata Adik Akmal.  Innalillah hi wa inna ilai hirojiun.  Tok Jali adalah datuk kepada suami ku iaitu ayah kepada ibu mertua ku, Jumanah Hj Azali.  Berita itu disampaikan kepada suami akak dan keluarga di Penang.  Selepas berbuka puasa,  lebih kurang jam 9 pm,  kami pun bergerak  dari Penang menuju ke kampung halaman yang terletak di Serom 5,  Sungai Mati,  Tangkak Johor.

Dalam perjalanan kami dari Penang ke Johor,  kereta yang kami pandu mengalami kerosakan.  Dua kali kami terpaksa berhenti.  Yang pertama di Hentian Tapah (NASIB BAIK)...yang satu lagi betul betul kat tepi jalan kawasan hutan hutan sikit nak sampai area Rawang.  Lepas tu kereta kena tow ke RNR Rawang.  Tukar bateri and transformer (tahla apa nama part kereta tu...i tak ingat...heheh).  Melayang lebih kurang RM400 kat situ.

26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434

At 8.30 am kami sampai di Kampung Serom 5.  Halaman rumah Tok Jali dah dipenuhi dengan sanak saudara.  Akak terus naik ke rumah dan berjumpa dengan ibu mertua akak yang menunggu setia di sebelah jenazah bapanya.  Jenazah selamat dikebumikan petang itu juga di tanah perkuburan yang terletak dengan Serom 8.  Cuaca redup dan nyaman.  Tok Jali meninggal dunia pada bulan baik iaitu Bulan Ramadhan dan pada hari yang baik iaitu Nuzul Quran.

Selama 3 hari akak berada bersama keluarga mentua akak.  Walaupun akak masih penat sebab baru sampai di kampung,  akak tetap membantu ibu mertua akak didapur.  Basuh basuh apa yang patut.  Suami akak,  En.  Khafi keluar ke bengkel.  Dia pi repair kereta akak lagi.  Tukar timing belt pulak.  Lagi kurang RM400 lagi melayang.


"Kesian kat kamu ni...penat penat baru sampai nak kena kemas dapur..."  sapa mak mentua akak.

"Takpalah.....mak rehatlaaaa......"  kata aku.  Akak tau,  mak mentua akak ni pun bukannya kuat sangat.  Nak berjalan sikit pun dah semput.  Sejak keluar daripada Hospital Sungai Buloh beberapa bulan yang lalu,  keadaan asthma beliau tidak berapa nak baik sangat.  Tapi dia masih gagah nak berjalan sana sini.  Naik motor keliling kampung.  Mak mentua saya memang tough!

Belasah Isteri Dalam Lift : Saya Mohon Maaf Kerana Tak Sengaja

Hello u olls,

Masa raya baru baru ni,  kita semua dikejutkan dengan perkongsian video seorang suami memukul isterinya dalam lift di sebuah hospital di Pulau Pinang.  Video itu jadi viral dalam Facebook dan akhirnya lelaki itu menyerah diri.

Akak pun busy nak raya-raya ni.  And actually something happened to me and En.  Khafi sehari sebelum raya.  Nanti akak akan ceritakan dalam blog.  Sapa-sapa yang add me on Facebook pasti tahu apa kisahnya.

Tapi takpa,  malam ni akak nak story pasai kes ini dulu.


Abby Abady Kawen Lelaki Muda

Cerita ni dah basi sikit.  Tapi takpa.  Still nak mengata beliau.

Ive seen her picture in one of the gossip blog.  Secara tiba tiba,  Abby Abadi,  penyanyi/pelakon kontroversi turned pendakwah parti PAS tiba tiba announce dalam laman Instagramnya yang dia sudah bernikah 12 hari yang lalu dengan seorang lelaki muda bernama Farhan.


Inilah gambar yang dia post and inilah captionnya.

Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!

Beg Couch by Jumie Samsudin

Beg Couch 
by Jumie Samsudin

Hari tu akak balik Johor, jumpa keluarga mentua. Lepak-lepak malam bersama kakak ipar ku, Norfariza. Muka macam En. Khafi tapi versi perempuan. Boleh? Akak jarang cerita pasai dia kat blog. Sebab akak sendiri macam segan-segan dengan dia. Walaupun sama umur, tapi I tetap hormat dia dengan pangkat kakak.

So, masa kami duk sembang-sembang tu, Norfariza ataupun akak panggil dia Along sedang sibuk membelek telefon.
Bag Coach.

Putera William dan Kate Middleton Terima Seorang Putera

Hello u olls,

Im sure u olls semua dah tau. Just nak share dengan u olls semua bahawa Prince William and Kate Middleton telahpun mendapat baby pertama mereka iaitu baby boy. Akak sangat sangat teruja dengan kelahiran ini. Ampa pun tau kan? Sejak dulu akak memang suka mengikuti perkembangan dua pasangan ini.

Berikut adalah gambar-gambar dan rentetan cerita sepanjang peristiwa kelahiran baby boy depa yang diberi nama Prince George Alexander Louis. Meletops depa anak depa.  Ada banyak butiran tradisi yang masih dikekalkan oleh keluarga diraja Britain ini selain benda-benda baru yang bukan sahaja memecah tradisi tapi menunjukkan betapa pasangan ini sangat simple and humble.


Alvin Vivian, Maznah Chetz dan Kebebasan Bersuara

Alvin Vivian,  Maznah Chetz dan Kebebasan Bersuara
by Jumie Samsudin

Tak perlu aku perkenalkan siapa mereka berdua ini.  Pastinya ampa semua pun dah tengok dan baca macam-macam perihal mengenai Alvin and Vivian.  Pasangan kelahiran Malaysia ini pernah menggegarkan negara apabila mereka berdua membuat video video lucah untuk tontonan umum.  Lepas tu,  depa buat satu channel Youtube baru yang memaparkan temubual mereka secara open dengan masyarakat Malaysia mengenai seks.

Depa pi interview orang MELAYU/CINA/INDIA and etc and tanya secara terang-terang.  DO YOU LIKE SEKS?  Apakah cara seks yang u suka?  U go find yourself.  Akak malas nak share kat sini.


Panduan Membeli Belah Baju Raya Di Musim Perayaan

Hari raya akan menjelang tidak lama lagi.  Im sure u olls semua sedang berkira-kira untuk bershopping di hari raya.  Duit gaji dan duit bonus dah masuk.  So masa inilah juga,  gedung-gedung pasaraya akan membuat 'SALES' atau JUALAN MURAH yang akan mengaburi mata kita.


Sebagai seorang pompuan agam yang agak particular pada bab-bab shopping,  i want to share with u olls a few tips dan peringatan yang harus u olls amik iktibar sebelum menghabiskan wang u olls secara melulu.  Kerana sebagai wanita agam,  akak tidak boleh sesuka hati melabur duit pada baju yang end up - tak mencantikkan tubuh badan dan akhirnya menghabiskan duit begitu sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...