22.8.13

Aidilfitri Tanpa Mu : Al Fatihah Buat Ibu Mertua Ku, Allahyarhamah Jumanah Hj Azali

25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434

Jodoh,  rezeki dan ajal adalah rahsia Allah.

Tahun ini aku memang akan beraya di Penang.  Memang happy u olls.  First time nak beraya bersama suami di tempat sendiri.  Tahun lepas,  aku dah beraya di Johor.  Kata mak mentua aku "Kamu raya la di Penang tahun ni.  Nanti apa pula kata keluarga kamu tu..asyik raya sini saja...," masih teringat aku dengan kata-kata itu.

Petang Khamis,  25 Julai 2013,  arwah menelefon aku yang sedang asyik bersembang dengan kakak ipar di rumahku yang terletak di Air Itam Penang.  Tapi belum sempat aku menjawab,  dia sudah menghentikan talian itu.  Tapi memang kami biasa begitu.  Aku akan hubungi arwah semula untuk jimatkan jumlah top up handphonenya.  Namun,  kali ini bila aku called balik tak dapat dihubungi.  Line was busy.

Tak lama lepas tu,  adik ipar ku yang paling muda sekali Adik Akmal menghubungi ku pula.  "Aik...lain macam ni," detik hati ku.  Aku pun menjawab telefon itu.

"Kak Jumie......Tok Jali dah tak der...."  kata Adik Akmal.  Innalillah hi wa inna ilai hirojiun.  Tok Jali adalah datuk kepada suami ku iaitu ayah kepada ibu mertua ku, Jumanah Hj Azali.  Berita itu disampaikan kepada suami akak dan keluarga di Penang.  Selepas berbuka puasa,  lebih kurang jam 9 pm,  kami pun bergerak  dari Penang menuju ke kampung halaman yang terletak di Serom 5,  Sungai Mati,  Tangkak Johor.

Dalam perjalanan kami dari Penang ke Johor,  kereta yang kami pandu mengalami kerosakan.  Dua kali kami terpaksa berhenti.  Yang pertama di Hentian Tapah (NASIB BAIK)...yang satu lagi betul betul kat tepi jalan kawasan hutan hutan sikit nak sampai area Rawang.  Lepas tu kereta kena tow ke RNR Rawang.  Tukar bateri and transformer (tahla apa nama part kereta tu...i tak ingat...heheh).  Melayang lebih kurang RM400 kat situ.

26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434

At 8.30 am kami sampai di Kampung Serom 5.  Halaman rumah Tok Jali dah dipenuhi dengan sanak saudara.  Akak terus naik ke rumah dan berjumpa dengan ibu mertua akak yang menunggu setia di sebelah jenazah bapanya.  Jenazah selamat dikebumikan petang itu juga di tanah perkuburan yang terletak dengan Serom 8.  Cuaca redup dan nyaman.  Tok Jali meninggal dunia pada bulan baik iaitu Bulan Ramadhan dan pada hari yang baik iaitu Nuzul Quran.

Selama 3 hari akak berada bersama keluarga mentua akak.  Walaupun akak masih penat sebab baru sampai di kampung,  akak tetap membantu ibu mertua akak didapur.  Basuh basuh apa yang patut.  Suami akak,  En.  Khafi keluar ke bengkel.  Dia pi repair kereta akak lagi.  Tukar timing belt pulak.  Lagi kurang RM400 lagi melayang.


"Kesian kat kamu ni...penat penat baru sampai nak kena kemas dapur..."  sapa mak mentua akak.

"Takpalah.....mak rehatlaaaa......"  kata aku.  Akak tau,  mak mentua akak ni pun bukannya kuat sangat.  Nak berjalan sikit pun dah semput.  Sejak keluar daripada Hospital Sungai Buloh beberapa bulan yang lalu,  keadaan asthma beliau tidak berapa nak baik sangat.  Tapi dia masih gagah nak berjalan sana sini.  Naik motor keliling kampung.  Mak mentua saya memang tough!


27 Julai 2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434

Hari kedua di kampung,  seawal 7am,  ibu mertua akak tanya "Nak ikut tak mak pergi pasar dengan abah?"

"Yes...nak nak...mak tunggu sat,"  akak pun pergila pasar dengan mak dan abah mentua akak.  Katanya,  abah teringin nak makan mee curry.  Gitu.....kami parking kat luar Pasar Tani Bukit Gambir Muar.  Mak mentua akak berjalan perlahan.  Baru 50 langkah,  dia berhenti di pagar pasar.  Mak semput lagi.

"Takpa mak...slowww slowww,"  kata akak.

And then kami bertiga pun bershopping.  Beli macam-macam bahan untuk buat mee curry.  Abah ni apa la angan-angan nak makan mee curry pulak.  Lepas pergi Pasar Tani,  kami ke pasar raya LYC and Cheng Hai untuk beli beberapa barang rumah.  Di Pasar Raya Cheng Hai,  mak mentua saya mengambil sebungkus gula gula.

"Mak nak buat apa tu?"  tanya aku kepadanya.  Selalunya yang nak beli gula-gula ni adalah AKU :)  Tapi kali ni dia yang amik.

Dia jawab "Saja...nak makan-makan...."

Tengahari tu kami sampai di rumah.  Mak terus mandi dan bersiap untuk pergi tolong-tolong di rumah Tok Jali kerana malam tu ada kenduri tahlil lagi.  Aik?  Sapa nak masak mee curry ni.  Aku pun tanya kat suami aku ni.  Dia pun kata,

"Alaaah...mak nak suruh hang masak la tu.  Masak je macam yang Eiyzhall ajar tu...." jawab suami ku.

Well...aku boleh je nak masak masak ni u olls.  Cuma kitakan masuk dapur orang,  kena la minta minta kebenaran sikit.  Mak mentua i memang OTAI di dapur.

"Mak.....kat mana nak cari daun kari?"  soalan ku kepada ibu mertua menandakan aku ada inisiatif untuk memulakan masakan mee curry untuk berbuka puasa petang itu.

"Kat rumah Tok Neng banyak...takpa...nanti mak pergi sana..mak suruh sapa-sapa hantar kat kamu,"

Sekali nenjia.....akak ingatkan dia nak hantar setangkai dua.  Mak mentua i suruh anak buah mai antar SATU POKOK DAUN KARI KE RUMAH!  Meletopsss...ini dah buleh buat gubahan fressh hand bouquet untuk pengantin ni.



Petang tu,  mee curry pun dah siap.  Kami sekeluarga pun makan bersama-sama.  Alhamdulillah,  depa semua sangat suka my kuah kari.  Adik Akmal tambah 3 kali,  tapi dia macam nak cover cover.  I pun tambah banyak kali...hahaha...alasan?  Pinggan kecik,  so tak cukup.  HAHAHA.  Mak and abah makan tak tambah,  dah memang resmi depa makan sikit.  



28 Julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan 1434

Hari Ahad,  kami bertolak balik ke Penang.  Masa nak balik tu,  akak perasan mak mentua akak tak berapa nak peluk cium akak sangat.  Selalunya dia akan peluk cium kuat kuat kat menantu gemok gedempol dia ni. Tapi kali ni dia peluk macam biasa ja.  Kita tau la kan....walaupun kita jarang jumpa dia.  Awat pasai pa mak mentua aku sedih ka sebab aku tak beraya di Johor kali ni?  Tak berani aku nak ceritakan perasaan ini kat Khafi.  Nanti dia ingat aku ni macam duk anggap merepek-repek kat mak dia.


5 Ogos 2013 bersamaan 27 Ramadhan 1434

Penghujung Ramadhan kian menjelang.  Perniagaan Kuih Kacang Mazola by Jumiess mendapat sambutan yang amat baik.  Kami dah siapkan semua tempahan.  Ramai juga yang buat tempahan last minute,  so kami mintak maaf banyak-banyak and bagitau depa bahawa tempahan depa masuk dalam senarai waiting list.  Kalau ada customer yang tak jadi beli kuih kami,  kami akan salurkan kepada senarai ini.

Seperti yang aku ceritakan di atas,  tahun ni,  memang aku akan beraya di Penang.  And aku pun tidak mengambil apa cuti tambahan raya.  Aku dan rakan-rakan sepejabat dah merancang bersama-sama untuk tidak mengambil cuti tambahan raya.  Kami semua ingat nak raya sama-sama di office.  :)

Pada pagi Isnin,  5 Ogos 2013.  Pejabat dah mulai lengang.  Ramai pensyarah dah mula pulang ke kampung halaman untuk bercuti hari raya.  Pelajar lagi lama pulang kerana cuti semester bermula hujung Mei.  Aku,  Abang Aziz and Roslina seperti biasa menjalankan tugas tugas di pejabat.  Tiba-tiba aku mendapat sebuah mesej daripada Facebook daripada sepupu suami ku,  Soleha.

"Salam untuk semua,  mohon doakan Wak Jum (nama timangan anak-anak buah kepada ibu mertua ku) yang kini berada di ward ICU,"

Terus aku telefon Soleha.  Soleha terangkan keadaan mak mentua ku yang sebenarnya sudah berada di hospital sejak 1 Ogos lagi kerana asthma yang tidak baik baik.  Aku agak sedih kenapa tak diberitahu langsung tentang mak kepada kami di Penang,  tapi aku mengerti yang mereka tidak mahu merisaukan aku dan suami.

Kata-kata Soleha menjerat hati aku "Doktor dah suruh anak-anak datang tengok Wak Jum kat ward,"  Ya Allah luluhnya hati ku.  Tanpa fikir panjang aku tinggal segala-galanya di pejabat dan terus bergegas pulang.  Aku telefon seluruh keluarga aku dan beritahu mengenai keadaan ibu mertua ku.  Pada ketika itu juga,  aku menerima panggilan telefon daripada adik adik dan kakak ipar ku,  panggilan mereka semuanya dalam tangisan.

"Ampa sabar...sabar....petang ni Kak Jumie sampai dengan Apis,"  kata ku.

Sampai di rumah,  aku dan Khafi cepat-cepat mengemas beg.  Kami tak ambil masa yang lama kerana baju baju masih ada dalam beg pakaian kami,  tak habis kemas pun sebab baru saja balik dari Johor tempoh hari.  Tepat jam 12 tengahari,  kami bersalam dengan ibu dan bapa ku.  Depa merelakan kami pergi.  Aku sempat panjangkan senarai pelanggan yang belum datang ambil kuih kacang lagi kepada ibu ku.  Minta tolong dia jualkan kuih kuih itu.

At 6.12 pm,  kami selamat tiba di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.  Terima kasih kepada aplikasi telefon WAZE yang membantu memberikan tunjuk jalan yang mudah dan cepat.  Kepada sapa-sapa yang ada smart phone,  aku amat menggalakkan u olls download aplikasi WAZE.  Ala-ala GPS siap dengan bantuan tunjuk suara.  Tak perlu beli GPS mahal-mahal lagi.  Aplikasi ini adalah percuma.

Setibanya kami di perkarangan bangunan hospital,  kami bertemu dengan Adik Akmal,  Ayik,  Along,  Ina,  Aji dan anak-anak.  Setelah bersalaman,  kami terus bergegas ke atas.  Wad Mak Juma (nama ibu mertua ku) terletak di tingkat 1.  Walaupun seharian memandu dari Penang ke Muar,  Johor,  tapi hati dan badan ni tak rasa penat langsung.  Kami rasa macam cergas sangat nak jumpa dengan mak.

Mak Juma terlantar di katil H17.  Dia masih sedar.  Dia sedang memakai alat bantuan pernafasan.  Macam orang ambil gas kalau kena serangan asthma.  Mak kelihatan sangat lemah.  Tapi apabila dia nampak aku dan Khafi,  dia tetap gagah sua tangan nak bagi kami bersalaman dengan dia.  Aku salam,  kucup tangan,  pipinya.  Begitu juga Khafi.....tapi kami tidak menangis.  Sejak dari dalam kereta lagi Khafi dah pesan "Hang jangan menangis depan mak....depan adik-adik pun hang jangan nangis,"  aku tak nangis.  Aku masih kuat.

Mak cuba bersuara.  Aku dekatkan badanku kepadanya.

"Kamu duduk sampai raya ke....."  tanya Mak Juma.  Suara dia sangat sangat lemah.

"Ye mak....kami duduk sini sampai raya,"  jawab aku.

"Nanti masak la apa-apa raya nanti ya......," kata Mak Juma lagi.  Hati aku macam kena tuang asid sulfurik.  Aku nak menangis.  Tapi aku tahan.  Aku hanya kaget di sisi katil.

"Mak jangan risau......menantu mak dah ada sini....menantu mak ni akan masak semua,"  kata Along menyampuk.

"Dah la mak rehat la...jangan cakap cakap.....,"

Itulah perbualan ku yang terakhir dengan ibu mertuaku.  Adakah ini kenangan terindah daripada seorang ibu mertua dengan menantunya?  Adakah ini juga akan jadi kenangan paling sedih untuk aku ingati tentang dia.

Gambar abah dan mak ketika majlis sarung cincin selepas pernikahan mereka pada tahun 1984.  Abah cerita kat kami kisah cinta dia dan mak.  Berdekah-dekah kami gelak bila abah cerita dulu dia banyak awek lawa-lawa siap tukar turn untuk pergi dating.  Tapi dalam ramai-ramai dia pilih dan kawen dengan mak.  Dia kata.."Ramai tanya kenapa abah pilih mak kamu. Mak kamu tak lawa.  Tapi bagi abah lawa.  Biarla semua orang kata tak lawa....tapi di mata abah dia paling lawa sekali.  Hati dia pun lawa...."  kami semua pun tersenyum dengar cerita abah.  "Sama la dengan Apis...,"  tiba tiba Khafi mencelah.  Pastu satu rumah gelak kat aku.  Depa ni memang.....

6 Ogos 2013 bersamaan 28 Ramadhan 1434

Apa yang bakal kami lalui adik beradik pada keesokan harinya lebih mencabar keimanan dan kesabaran kami di bulan Ramadhan ini.  Pada jam 9 pagi,  Along menerima panggilan daripada pihak hospital dan meminta kami seluruh keluarga untuk berjumpa dengan doktor pakar jam 11 pagi.

"Ingat sayang....hang jangan nangis depan adik-adik kita...."  kata Khafi ketika memandu.  Kami semua 7 orang adik beradik tanpa Ina yang perlu menjaga anak-anak di rumah diiringi oleh pegawai keselamatan dan juga jururawat ke sebuah bilik khas untuk bertemu dengan doktor pakar.

Alangkah luluhnya hati apabila bilik yang kami perlu masuk itu tertulis "BILIK KAUNSELING",  aku terus terpaku di tepi dinding pintu.  Pada saat itu,  aku tidak mampu menahan lagi daripada mengalirkan air mata.  Untuk apa perlu masuk ke BILIK KAUNSELING?  Aku pasti kalian yang membaca cerita ini juga boleh mengagak apakah perkhabaran yang ingin diberitahu oleh doktor pakar.  Kalau bukan berita tidak baik,  masakan kami sekeluarga perlu masuk ke Bilik Kaunseling.

20 minit kami bersama-sama dengan Dr.  Anna Muthu dan Dr.  Joanne.  Sesi penerangan dan sesi soal jawab yang amat menyedihkan.  Kami semua menangis,  tapi Khafi yang paling banyak bertanya dan menjelaskan keadaan ibu mertua kami.

Sebenarnya,  kanser yang dihidapi oleh Mak Juma telah mencapai tahap 4.  10 tahun lalu,  ibu mertua ku pernah mengidap breast cancer.  Dia telah lalui kimoterapi dan sebagainya and she survived it.  After 10 years,  iaitu awal tahun ini,  beliau mengalami sakit perut yang tidak baik-baik.  Lepas buat pemeriksaan di HKL,  pihak hospital mendapati terdapat ketumbuhan cancer tahap satu di perutnya.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.  Pihak hospital minta ibu mertua ku berehat kerana mereka ingin membuat pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu.  Rehat yang cukup adalah amat penting kerana beliau juga mempunyai masalah asthma.

Tapi hampir 3 minggu di Hospital Sungai Buloh,  Mak Juma berkeras nak keluar daripada wad.  Dia kata "Cancer mak ni kecik lagi.  Tahap 1.  Mak nak buat rawatan Islam...," aku masih teringat kata-kata ibu mertuaku.

"Tapi sebenarnya,  apabila saya mendapatkan report daripada pihak Hospital Sungai Buloh...the report says otherwise.  We dont know why she dont want to tell you all the truth,  but being in her shoes....we have to understand.....,"  kata-kata Dr. Anna membuatkan aku menitiskan air mata.

"Saya panggil kamu semua hari ini kerana saya ingin menerangkan apa yang pihak kami sedang lakukan.  Adalah amat penting bagi pihak keluarga untuk mengetahui yang kami akan lakukan apa yang terbaik untuk dia...,"  terang beliau lagi.

Seterusnya,  Dr.  Anna menerangkan dengan lebih lanjut mengenai keadaan kanser dalam tubuh ibu mertua ku yang kini telah mencapai tahap 4.  Masalah pernafasan yang dialami oleh ibu mertua ku bukan kerana asthma lagi,  tapi sebenarnya kantung jantungnya telah dipenuhi dengan cecair yang pihak hospital saspek 90% adalah cancer.

"Doktor.....bukankah cancer datang dalam bentuk ketumbuhan....?"  aku tiba tiba berani untuk bersuara.

"Cancer can come in any form.  It come in a form of solid thing like tulang or it can be as liquid.  But i only suspect its cancer.  Dan satu lagi saya perlu beritahu u semua adalah kami tidak akan sedut cecair itu keluar daripada kantung jantungnya kerana keadaan beliau tidak stabil.  Jika kami sedut juga,  kemungkinan besar cecair itu akan bertambah lagi.  Kerana dalam keadaan ini,  jantung dia boleh berhenti pada bila-bila masa,"

Penerangan Dr.  Anna menyebabkan kami semua membisu dalam seribu tangisan.  Aku hanya mampu merangkul tangan ku di belikat abah.  Abah tidak henti henti menangis.  Tapi dia tetap memberikan sepenuh perhatian kepada penerangan yang diberikan oleh Dr.  Anna.  Kami juga dimaklumkan oleh pihak Dr.  Anna bahawa pihak hospital telah memberikan dos pelali paling kuat,  dos antibiotik paling kuat......supaya mak boleh 'tidur dan rehat' sebanyak mungkin.  Itulah yang terbaik untuk mak sekarang.

Selepas semua persoalan terjawab dengan penerangan panjang Dr.  Anna,  kami ditinggalkan dalam BILIK KAUNSELING.  Bersama-sama memberikan kata semangat dan juga kekuatan kepada sesama kami.  Khafi,  iaitu anak lelaki pertama mengingatkan kami semua "Kalau nak jumpa mak....tolong jangan menangis.  Mak boleh dengar.  Jangan bagi mak tau kita sedih.......,"  kata suami ku.

Suami ku,  walaupun dia suka bergurau senda dengan aku.  Dia panggil aku Ishin Gemok dan suruh aku makan pokok sebab aku dah obesiti sekarang,  tapi dalam keadaan ini,  aku nampak dia sangat kuat.  Dia menitiskan air matanya.  Tapi dia berjaya mengawal emosinya.  Dia masih mampu tersenyum dan memberikan kata-kata semangat kepada adik-adik.  Dia tau,  sebagai abang....dia kena kuat.

Aku berlari turun ke bawah dan berjumpa dengan adik ipar aku Ina yang sedang menjaga dua orang anaknya di taman permainan.  Imaan and Puteri.  Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak digalakkan untuk masuk dalam ward ICU.  Aku terangkan keadaan mak kepada Ina.  Aku menitiskan air mata lagi.  Aku peluk Ina kuat-kuat.  Aku tak pernah rasa lemah macam ni.

Kami bergilir-gilir menemani mak di wad.  Pihak hospital memberi kelonggaran kepada keluarga kami untuk keluar masuk ke dalam wad Mak Juma.  Tapi dengan syarat,  hanya 2 orang pada suatu-suatu masa.  Maghrib menjelang,  masa untuk berbuka puasa.  Kami membeli makanan daripada cafe dan juga kedai serbaneka yang disediakan dalam kawasan hospital.  Kemudahan surau dan toilet juga disediakan oleh pihak hospital dengan keadaan baik dan selesa.  Pondok kayu yang disediakan di laman bangunan H menjadi 'rumah' kami sekeluarga.  Di situlah kami makan,  rehat,  tidur bergilir-gilir dan membaca Yassin.

Selepas berbuka puasa,  Along naik teman Mak di katil wad.  Along membacakan Yassin di katil mak.  Setelah selesai membaca surah itu,  jururawat bertugas menegur Along  "Adik dah habis baca ke?  Saya nak minumkan susu kat mak...."  kata jururawat itu.

Along ketepi sedikit.  Misi itu pun bukala segala wayar-wayar yang bersambung di badan dan kepala Mak.  Masa itu,  Abah pun masuk ke wad.  Setelah semua wayar-wayar itu dibuka,  mak sedar daripada tidurnya.  Aku tidak ada di situ,  tapi Along menceritakan saat-saat ini kepada aku.

Abah peluk mak...dia bisik kat telinga mak "Jum.....cepat-cepatlah sembuh.. Anak anak semua nak raya dengan kamu.....," itulah bibit kata-kata abah kepada mak.  Pada ketika itu,  Along kata,  mak yang sedar tetapi tidak mampu berkata-kata hanya menitiskan air mata dan memegang erat tangan abah.  Minuman susu disalurkan ke dalam mulut mak melalui tiub.  Mak tetap memegang tangan abah.  Sehinggalah semua wayar-wayar dipasang semula kepada mak....barulah genggaman itu semakin longgar.  Tidak siapa tahu,  itulah genggaman cinta terakhir dari Jumanah kepada Omar.......

At 9pm,  kami semua meninggalkan Hospital Pakar Sultanah Aminah.

"Along.......tadi mak tidur seharian pun mak dah boleh bangun sekejab untuk minum susu...esok kan petang raya.  Kita masak juga la apa-apa untuk raya ni.  Mana tau esok malam mak boleh rasa ketupat dengan kuah kacang Jumie......apa kata kita pi Giant.....Jumie nak beli barang-barang dapur,"  kataku kepada Along.

Along adalah kakak ipar ku.  Umur kami sama.  Tapi sebab aku kahwin dengan adiknya...dia tetap Along untuk aku.  Wanita ini sangat lemah lembut dan baik.  Dia sangat rapat dengan ibu mertua ku.  Dia setuju dengan cadangan aku.  So,  aku,  dia dan Adik Akmal pergi ke Giant Muar.  Terus terang kami cakap,  kami sedikit gembira malam itu kerana kami tau mak boleh sedar dan minum susu.

Macam-macam yang kami beli malam itu.  Ketupat segera,  rempah,  santan kotak.  Semuanya keperluan untuk memasak pada keesokan harinya.  Lagi satu hari umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.  Suasana di Giant Muar sangat meriah dan ceria.  Ramai orang Melayu yang keluar membeli belah.  Orang bukan Melayu pun ramai.  Masa nilah nak beli macam-macam sebab offer dan diskaun menarik kan?

Aku plan nak masak ketupat,  lemak masak lodeh,  kuah kacang,  rendang daging dan kari ayam.  And of course untuk suami aku...dia suruh aku masak nasi jagung.  He's favorite.

"Okay Along..semua dah ada.  Ayam dan daging...esok pagi Jumie beli kat pasar.  Esok,  biarlah Jumie duduk rumah memasak.  Ampa semua pi la ospital.  Jumie masak cepat je.  Nanti lepas Zohor suruh Apis amik Jumie dari rumah.  Jumie bawak lauk semua...kita boleh berbuka kat hospital..makan ketupat semua ,"  kata ku cuba menceriakan keadaan.

Along,  dia cuba lawan perasaan sedih dan hibanya.  Tapi dia tak cukup kuat.  Bila tengok botol Sarsi pun dia nangis.  "Mak suka minum air ni...."

Malam itu kami semua tidur nyenyak.  Kami happy sebab mak dah sedar sikit tadi...walaupun hanya untuk seketika.




Gambar aku dan mak mentua ku.  Masa ini adalah ketika majlis pertunangan aku dan Khafi.  Kamilah Jumie dan Juma.  :)  Kalau nak baca catatan pertemuan pertama kami,  read here  :  http://www.jumiesamsudin.com/2010/05/jumie-khafi-balik-tangkak-johor.html



7 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadhan 1434

Seawal jam 7 pagi,  selesai solat Subuh,  aku bersiap untuk pergi pasar.  Aku nak beli ayam,  daging dan beberapa lagi bahan masakan.  Orang Penang kata "Nak pi market....".  Sinar mentari pagi menyinari suasana di Kampung Serom 5,  Sungai Mati,  Tangkak,  Muar.

"Nak abang ikut ka?" tanya laki aku.

"Takpayah la.....Hang ingat aku tak reti ka?  Aku dah terror dah tempat ni semua.  Mak dah ajar dan aku semua nak cari barang kat Bukit Gambir tu...," kata ku macam tunjuk terror kat laki aku.  Macam tu la kami dorang.

"Hang tak bawak handphone ka?"  tanya suami aku.

"Takpayahla......nanti nak kena pegang banyak benda,"

"Bawak laa......bubuh dalam poket seluar ni.....,"  kata suami aku sambil memasukkan handphone Motorola ku dalam kocek keluar.  Aik? Sejak bila seluar seluar aku ni ada poket.  Aku sebagai pemilik seluar pun tak tau.

So,  dalam perjalanan daripada rumah ke Bukit Gambir,  aku menelefon Kak Edeh,  ibu ku di Penang.  Aku ceritalah apa yang berlaku sepanjang aku ada di sini.  Dia duk menangis apabila mendengar cerita ku.  Aku yang sibuk baru berpeluang untuk call ibu aku sendiri.  Tapi mak aku faham........

Suasana pagi di kampung amat menyamankan.  Sejuk and udara pun bersih.  Aku hirup udara yang sungguh segar ini.  Banyak oksigen yang aku kena sedut ni.  Kat Penang takdak udara macam ni.  Oksigen banyak daripada pokok-pokok kelapa sawit daripada kebun-kebun yang terdapat disepanjang jalan.  Banyak orang kampung yang menjual daging lembu di tepi-tepi jalan.  Daging fresh ni,  mesti depa yang bela sendiri.  Aku beli daging batang pinang 3 kilo.

Kemudian aku memandu lagi,  aku berhenti untuk beli ayam pula.  Sungguh banyak makcik makcik yang beratur panjang nak beli ayam.  Bila sampai kat kaunter ayam,  dah macam perang dah.  Sapa pegang dulu ayam tu...itu dia punya.  Mula mula aku macam takut juga.  Tapi aku pun kena buat macam tu.  Aku selamat dapat beli 3 ekor ayam.  Tapi aku tak siang ayam itu,  balik nanti buat sendiri...fikir ku.  Cepat sikit.

Aku teruskan perjalanan untuk ke pasar tani.  Ada beberapa bahan rempah yang tak cukup lagi.  Sayur mayur pun nak kena beli.  Sayur kat pasar tani memang segar dan cantek-cantek.  Daun cekur pun besar-besar macam sayur bak choi.  Memang seronok datang pasar sini.

Tiba-tiba telefon aku berdering,  aku amik telefon,  jam menunjukkan pukul 8.45 am.  Suami aku telefon.

"Hello.....haaa,"

"Hang duk buat apa?" tanya Khafi

"Aku duk beli sayur lagi sikit..."

"Sayang tak payah beli la.....balik cepat.  Hospital dah telefon ni.  Pasai mak...."  kata suami ku.  Suaranya longlai.  Lagi longlaila hati ini.  Aku bergegas pulang.  Lokasi pasar tani Bukit Gambir dengan kampung Serom lebih kurang 10 km.  Aku kena balik rumah dulu and salin pakaian kerana baju yang aku pakai ni dah ada kena air daging dan ayam tadi.

Sampai di rumah,  abah dan Along semua sedang bersiap.  Aku pun cepat-cepat salin baju.  Kami pandu dua kereta.  Aku,  Khafi and Adik Akmal naik satu kereta.  Along,  abah and Ayik satu kereta lain.  Aji balik PD,  dia kerja malam tu.  Ina duduk rumah bersama anak-anak.

Kami pasang head light and buka double signal,  kami pandu laju.  Khafi menangis sambil memandu.  Dia macam tak tenang.  Aku takut juga kalau dia tak boleh kawal emosi nak dia drive macam Grand Theft Auto.  Melambung kami 3 orang dalam kereta ni.  Kami naik jambatan baru melintasi Sungai Muar yang terus masuk ke Kampung Sabak Aur.  Jalan di situ kurang sesaknya. Kereta Along dan Abah masuk melalui jambatan lama ke Pekan Muar.

Pada ketika ini dah tak ingat apa dah.  Yang kami tau,  kami kena sampai ke hospital dengan cepat.

Setibanya kami di ward H17.  Katil mak dikelilingi oleh beberapa orang doktor.  Aku nampak Dr.  Anna juga ada di situ.  Tirai keliling katil mak masih tertutup.  Abah dan Along semua belum sampai lagi.  Adik Akmal tersandar di dinding kiri,  Khafi tersandar di dinding kanan.  Aku berdiri di tengah-tengah jalan panjang wad itu.

Dr.  Anna mendekati aku,  aku kaget.

"Im sorry to tell you that we have to suck the liquid from her jantung this morning because the liquid suddenly increased.  That is the only thing that we can do to help.  But you know what came out from the it?  It's all blood.  Like i said yesterday,  now confirmed its cancer....im so sorry i hope u be strong and pray for her,"  kata Dr.  Anna.  Lebih kurang macam tula kata-kata dia pada aku.  Ayat yang paling aku ingat ada....ITS ALL BLOOD.

Doktor-doktor lain yang sedang membantu pun keluar daripada ward dan mendekati Khafi.  Mereka hulurkan tangan kanan kepada Khafi sambil berkata "I am so sorry,"

Ya Allah hanya tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu.  Air mata aku mengalir laju.  Hati aku macam diremuk-remuk.  Aku rasa macam berada dalam suatu situasi yang selalu dipertontonkan dalam drama TV.  Keluarga sedang menunggu di dalam ward dan doktor keluar dan memohon maaf atas kekecewaan mereka kepada keluarga pesakit. Tapi aku dalam drama  itu.  Dan ini bukan
lakonan.

Jururawat bertugas membuka tirai di katil mak.  Kami meluru masuk ke katil mak.  Mak terlantar sepi.  Wayar dan bantuan pernafasan masih terlekat pada tubuh kaku itu.  Monitor nadi masih berbunyi.  Kami mendekati mak.  Kami cium pipi sepuas yang boleh.  Khafi dan Adik Akmal menangis teresak-esak.  "Mak....mak....." teriak halus mereka.

"Mak ni Jumie....mak ikut bacaan Jumie ya........Asy ha du Allaillah haillalah.....," aku membisik perlahan di telinga ibu mertua ku.  Aku cuba untuk tidak menunjukkan suara menangis.  Aku tau dia mendengar bisikan aku.

"Mak ingat Allah....Allah....Allah...mak kuatkan iman......"  kata aku lagi.  Khafi dan Adik Akmal masih menangis.  Tapi Abah,  Along dan Ayik belum sampai lagi.

Aku meneruskan bacaan syahadah dan selawat ke atas Rasulullah SAW ke telinga mak.

Lepas beberapa minit abah pun sampai....

Abah cepat-cepat memeluk dan mengucup kedua dua pipi isterinya yang tercinta.  Begitu juga Along dan lain-lain.  Depa peluk dan cium tangan dan kaki ibu mereka.  Aku suruh abah dan Along rapat di telinga ibu dan meneruskan bacaan syahadah.

Aku membaca Yassin di tepi.  Aku tidak berani untuk melihat katil lagi.  Pemandangan itu terlalu sayu.  Semua anak-anak mak berada di kelilingnya.  Semua menangis dan memanggil-manggil "Mak.....mak....."...hanya Aji dan Ina tidak ada di sini.

Aji yang sedang bertugas di PD masih dalam perjalanan ke sini.  Dia balik ke PD untuk bekerja sebab perancangannya,  kalau dia bertugas malam raya...lepas ni dia boleh cuti lama sikit untuk jaga mak.  Kami dah sampaikan berita ini kepadanya,  Aji dalam perjalanan ke sini....menaiki MOTOSIKAL!

Jururawat yang bertugas menutup birai tabir di keliling katil itu.  Hanya kami adik beradik yang masih menemani ibu.  Yassin yang aku bacakan telah habis dibacakan,  aku sambung baca lagi.  Abah dan Along tak henti-henti membacakan syahadah kepada mak.  Suara Ayik dan Akmal memanggil ..."Mak....mak...jangan tinggal adik....Adik sorang-sorang....."

Khafi senyap.......aku takut dia menangis tapi dia tahan.

Tiba tiba Khafi memeluk bahu aku dan suruh aku bangun,  "Sayang....dah tak payah baca dah......mak dah takdak...."

"Innalillah hi wa inna ilai hirojiun....."  aku peluk Khafi kuat-kuat.

Ibu kami,  Jumanah Hj Azali meninggal dunia pada hari terakhir Ramadhan 1434 bersamaan dengan Rabu,  7 Ogos 2013 pada jam 10.10 am di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.  Jenazah dimandikan dan dimandikan oleh suami dan anak-anaknya di hospital kemudian disembahyang di rumah milik Allahyarhamah di Kampung Serom 5,  Sungai Mati Tangkak.  Jenazah kemudian dikebumikan pada hari yang sama sebaik selesai Solat Zohor.

Catatan ini dibuat oleh ku beberapa dua minggu lepas kejadian.  Mohon maaf kerana ambil banyak masa untuk sediakan artikel ini kerana aku kerapkali terhenti ketika menulis.  Lagi banyak yang aku tulis,  lagi kuat ingatan aku pada Mak Juma.  Lagi jelas aku nampak wajahnya.

Hari Raya tahun ini diraikan dengan sederhana.  Hilang serinya bila tidak ada Mak Juma.  Abah pun takdak bahan untuk dia usik-usik dan perli.  Tinggal aku dan Along menjadi mangsa gurauan Abah. Kami teruskan kenduri tahlil pada 3 hari pertama dan pada hari yang ke 7.  Terima kasih kepada semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik keluarga suami ku iaitu adik dan abang arwah ibu mertua ku,  depa banyak bagi kami panduan dan tolong kami menjalankan kenduri untuk mak.  Almaklumlah,  kami ni semua muda-muda lagi.  Kami tak ada pengalaman seperti ini.

Kenangan,  kasih sayang dan juga segala ilmu yang Mak Juma telah berikan kepada kami tidak akan lenyap.  Walaupun aku kenali ibu mertua ku tak sampai 3 tahun tapi aku rasa macam dah lama kenal dia.  Kali pertama aku temui dia 3 tahun lalu,  aku terus rapat dengan beliau.  Aku bersyukur sebab Mak Juma tak pernah bagi aku raplah.  Dia layan aku macam anak sendiri.  Bukan macam menantu.  Bila salah dia tegur.  Bila dia tak tau,  dia tanya.

Keakraban kami terjalin di dapur.  Kami suka bercerita pasal masakan dan makanan.  Dan satu lagi,  dialah tempat aku mengadu pasal Khafi and of course bila dah tak tau apa nak cakap kat aku...dia akan kata "Biasalah....mak tau sangat anak mak tu.  Samalah dengan abah kamu tu dulu.  Nak buat macam mana....laki kita"  pastu kami akan gelak.

Aku yang baru mengenali beliau amat terasa dengan kehilangan beliau.  Jangan tanya tentang anak-anak kandung dan suaminya sendiri.  Kepada anda yang membaca artikel ini,  tolong doakan kami sekeluarga kuat dan tabah.  Kuatkan iman kami.  Jauhkan kami daripada sakit-sakit dan juga kuatkan semangat kami.

So i guess,  this is the last time im going to write about my mother in law.  Pesan aku untuk kalian semua,  kalau nak mak mentua kita sayang kita macam anak sendiri,  kita pun kena sayang dan kasih depa macam mak kita sendiri.  Jangan amik hati dan cepat terasa kalau mak mentua kita tegur kita kerana tak tau nak potong bawang.  Kalau tak tau belajar.

Al Fatihah.....

* ni gambar raya kami.....:) just want to share with all of you

Ayik sedang salam hari raya minta maaf dengan abah.

From left,  Ayik,  Adik Akmal,  Abah,  Along,  Ina (sedang dukung Imaan),  Aji and Khafi.  Aku dan Puteri takdak dalam gambar.

Di pusara ibu pada 1 Syawal.

Adik Akmal and Imaan depan rumah Tok Neng.

Aku dan Khafi di dapur Tok Neng.  Posing sat.

Sesi membedal apa sahaja yang ada dalam dapur Tok Neng.

Abah bersama ibu mertuanya,   Tok Neng.  

Khafi bersama isterinya yang macho dan kuat.

Kami berposing pada kenduri malam ke 7.
Cik Amin,  Wak Sanah and Cik Mina......thank you semua.  And also Wak Salyah,  Cik Manah,  Cik Ton,  Cik Pai,  Cik Asmah,  Wak Wajilah dan semua semua yang mai tolong kami adik beradik.  Kalau tak tersebut nama kat sini,  minta maaf lah.  Hanya Allah boleh balas jasa cik and wak semua.

Berkat yang telah siap dibungkus.  Duit raya pun disediakan. Ikut style orang Jawa Johor,  depa tak hidang makanan kepada tetamu yang datang untuk membacakan doa tahlil sebaliknya makanan dibungkus siap siap macam ni dan diberikan sebagai 'berkat'. 


Allahyarham Jumanah Hj Azali
1957 -2013

13 comments:

  1. beratnya dugaan untuk family ampa dlm bulan ramadhan ni..semoga ampa tabah...
    kami yg baca ni pun terasa sedih...ampa yg laluinya lagi la terasa...
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. alfatihah..semoga roh mak mentua jumie ditempatkan bersama org2 yg beriman... sedih n sayu baca entry ni...

    ReplyDelete
  3. Slm Jumie, selama ni silent reader ja, xpernah nk komen..sebab dh lama jugak Jumie xupdate blog, rasa xsedap hati, rupanya baru tau..Nurul harap Jumie, Khafi and family semua tabah menghadapi semua ni..xpa arwah mesti pergi dgn tenang di bulan Ramadhan and dgn bahagia sebab anak dan menantu dia sgt sayangkan dia..baca ni pon dapat rasa sebab hati Jumie..bykkan doa ye Jumie..*hugs* from Nurul..ingatlah semua kenangan dgn arwah. Love Jumie and this blog sgt2!

    ReplyDelete
  4. Thanks semua yang bagi ucapan. Doakanlah apa apa yang patut, not only to arwah...but also untuk anak-anak dia yang masih hidup ni...iaitu adik adik ipar dan kakak ipar saya. Depa semua masih bersedih lagi. Pak mentua saya pun...masih lagi tak dapat lupakan isterinya.....Tapi semua ini dugaan Allah....

    ReplyDelete
  5. Salam Syawal jumie..
    mamilisa pon silent reader jumie selama ni..
    suka baca semua entry2 jumie..jumie ni kira junior mamilisa waktu kat POLISAS..
    mamilisa batch 2001-2003..
    masa tu tak sempat kenal kot..
    menitis air mata mamilisa baca entry ni..Al Fatihah buat allayarhamah ibu mertua jumie..semoga rohnya digolongkan di kalangan orang yang beriman..amin..
    be strong ye jumie and family..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah... smoga ampa semua tabah melalui hari2 tanpa allahyarham.tp yg pasti allahyarham masih hidup dalam hati ampa suma.. aku yg baca ni duk teriak kt cny..sume ni pasti akan berlaku 1 hr nnt pd aku jugak..mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama golongan org beriman...amin...

    ReplyDelete
  7. Saalaam Jumie,

    Al Fatihah buat Jumie sekeluarga kerana pemergian ibu mertua pada hari terakhir Ramadhan yang lalu. Kejadian yang sama berlaku kepada arwah bapa saya, arwah bapa saya juga meninggal dunia pada hari terakhir Ramadhan (hari memasakkan) beberapa tahun lalu.

    http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2011/12/mati.html?utm_source=BP_recent

    Al Fatihah...

    ReplyDelete
  8. alfatihah. aku sedih jumie baca crita ni.. sobs.


    hargai ibu bapa MIL FIL Tok Nek semua okay.

    May you all live happily!

    ReplyDelete
  9. Alfatihah jumie.. i baru baca artikel u ni. Arwah sudah tenang di syurga Nya inshaAllah... - Azura -

    ReplyDelete
  10. Kite baru baca, ke tinggalan sungguh.
    Takziah buat Jumie, Khafi dan keluarga..
    Saya faham perasaan tu sebab pernah rasa kehilanga n..
    Tapi itulah, y ang hidup pasti akan mati juga..
    Semoga kehidupan kita selepas ini lebih diberkati .
    Semoga arwah am an bersama2 insan2 beriman di sisi Pencipta..
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah...kami akan sentiasa merindui cik ju...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...