4.8.13

Alvin Vivian, Maznah Chetz dan Kebebasan Bersuara

Alvin Vivian,  Maznah Chetz dan Kebebasan Bersuara
by Jumie Samsudin

Tak perlu aku perkenalkan siapa mereka berdua ini.  Pastinya ampa semua pun dah tengok dan baca macam-macam perihal mengenai Alvin and Vivian.  Pasangan kelahiran Malaysia ini pernah menggegarkan negara apabila mereka berdua membuat video video lucah untuk tontonan umum.  Lepas tu,  depa buat satu channel Youtube baru yang memaparkan temubual mereka secara open dengan masyarakat Malaysia mengenai seks.

Depa pi interview orang MELAYU/CINA/INDIA and etc and tanya secara terang-terang.  DO YOU LIKE SEKS?  Apakah cara seks yang u suka?  U go find yourself.  Akak malas nak share kat sini.




Latest menjelang Ramadhan yang mulia ini,  depa pun share gambar depa dorang makan Bah Kut Teh dengan ucapan,  selamat berbuka puasa,  dengan Bah Kut Teh....wangi enak menyelerakan.

Gurauan Alvin and Vivian menyebabkan ramai orang marah.  Bah kut teh adalah sejenis juadah yang dimasak menggunakan daging khinzir.  So orang Islam,  memang sangat sensitif dengan babi.  Tapi kat Malaysia ni,  bukan orang Islam sahaja sambut puasa.  Rakan-rakan kita daripada agama lain pun suka sambut puasa.  I have one Hindu,  every year dia akan puasa and tak pernah missed.  Kalah orang orang Islam lain.

Selain itu,  tidak dinafikan,  rakyat berbilang bangsa di negara kita,  bulan Ramadhan diraikan bagai sebuah pesta sebab masa nila pelbagai juadah berbuka yang enak-enak dapat dibeli dan dirasai oleh kita semua.

Alvin dan Vivian pun mungkin berpuasa.  Tapi depa buka puasa dengan makanan kesukaan depa.  Iaitu Bah Kut Teh.  Tapi takpayahla nak share gambar dan caption macam tu.  Kalau ampa nak share sesama kawan-kawan ampa sahaja takpa.  Ada juga orang Melayu / Islam yang sangat supporting dan sama-sama suka buat lawak bodoh pasai babi.  And kita rasa okay.

Contohnya,  dulu kakak saya nak buat kenduri akikah untuk anak lelaki dia.  So dia pun call sana sini untuk mendapatkan harga yang baik dan kambing yang bermutu.  Harga seekor kambing bukan murah.  Boleh mencecah ratusan ringgit.  Tapi kawan office kakak saya,  seorang wanita Cina pun buat lawak to my sister "Hey...u susah susah cari kambing.  U beli babila....Babi murah loohh..Satu ekor baru RM100 lebih sahaja,"  And kakak i pun maki dia..."U celaka...ini bukan bagi u makan.  Ini sembahyang punya la,"  So that's it.  Depa pun gelak dua dua orang.  Siapa kata semua umat Islam terlalu sensitif.  Ada juga yang supporting.  Tapi perlulah kena pada cara,  tempat,  bagaimana and hadnya.

Tapi lawak macam tu,  bukanlah untuk tontonan umum dan dibaca dan ditulis dalam akhbar dan majalah apatah lagi internet.  Bila kita letak kat dalam internet,  TAK SEMUA ORANG BOLEH TERIMA GURAUAN KITA.  Memang menjadi kesalahan dan Alvin and Vivian yang membuat lawak bah kut teh itu. Lani dah kena tangkap tanpa ikat jamin sampai selesai segala kes mahkamah.  Pandai pula depa tutup muka dan kepala bila wartawan nak amik gambar depa.  Tapi ampa Google ja nama depa dua,  bersepah gambar tetek and kote depa dorang.  So why the hell nak tutup muka u olls?


And baru-baru ini,  ada satu lagi paparan yang mengganggu sensitiviti kaum Melayu dan Islam di Malaysia iaitu paparan video Chetz Maznah Yusoff yang memaparkan video dia bersama anjing.  Sapa yang tak tengok video tu lagi,  sila pi tengok.

Bagi saya,  niat dia adalah untuk memaparkan yang kita orang Islam boleh membela anjing.  Yes,  kepada rakan-rakan India and Cinna yang membaca blog saya ni,  let me tell you briefly.  Orang Islam diharuskan untuk membela ANJING.  Untuk tujuan keselamatan dan buruan.  Sebab dalam agama kami,  air liur dan peluh anjing ada najis yang tidak boleh ada ketika mahu sembahyang.  Oleh itu,  sekiranya bersentuhan dengan anjing dalam keadaan salah satu basah (tangan i basah tapi anjing kering...ataupun anjing basah i kering ataupun kedua-dua basah),  i kena samak tangan/bahagian yang bersentuhan itu.

Bagaimana nak samak? Senang sahaja.  Basuh bahagian tersebut dengan air bersih sebanyak 7 basuhan dan 1 basuhan dengan air tanah yang bersih.  Please read here  :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Samak

Oleh itu,  memang u akan jumpa ramai Orang Islam yang bela anjing letak depan rumah mereka.  Ada juga yang bela untuk jaga kebun.  Tapi jarang-jarang kita jumpa orang Islam yang bela anjing macam pet kesayangan..cium cium and peluk and sayang macam bela kucing.  Sebab susah la u olls...takkan nak samak 24 kali sehari.  Kita nak sembahyang pun 5 kali sehari.  Langkah senang,  orang Islam banyak bela binatang lain selain anjing.

I tak suka video Maznah Chetz ini kerana bagi saya cara penyampaian beliau terang-terang menunjukkan provokasi.  Apa motif ada latar belakang bunyi takbir raya (laungan nama Allah) and berwudhu dan basuh kaki anjing?

Apabila orang awam menyuarakan kemarahan dan minta dia memohon maaf dia tak mau kerana dia kata dia tak salah.  Dia kata dia nak tunjukkan kepada masyarakat Islam agar jangan sensitif dan salah sangka dengan niat dia yang suka membela anjing.  Dia juga menyalahkan pihak yang meng-upload video itu yang katanya telah dibuat 2 tahun yang lalu...tapi telah dimuatnaik tanpa kebenarannya.

My argument is,  kalau u olls ingin menunjukkan kepada masyarakat Islam tentang kehidupan u olls dengan anjing.  KENAPA TAK BUAT SHORT DOCUMENTARY FILM TENTANG PANDUAN MEMBELA ANJING UNTUK UMAT ISLAM.  Buat video elok elok.  Tunjuk cara nak samak.  Cara bagi makan kat anjing.  Cara untuk mengurangkan sentuhan basah.  Cara-cara untuk anjing tidak mengotorkan rumah dan lain-lain lagi.  Im sure ramai yang nak baca dan tau pasai ilmu ini.  Sebab umat Islam dah dari kecik diajar untuk takut pada anjing...sampai akak sendiri pun tengok anjing akak trauma u olls.

Second argument saya adalah,  dia kata,  video ini dibuat 2 tahun yang lalu dan diupload oleh orang yang tak bertanggungjawab tanpa kebenaran dia.  Bagi akak "WHY HANG PI BUAT VIDEO NI PUN......upload atau tidak.  Pasaipa hang buat video ni?  Sangat provokasi okay."

Okay sekarang Maznah pun dah kena tangkap.

Rakyat Malaysia,  ada yang sokong dan ada yang hina Maznah.  Akak tak mau hina.  Cuma argue daripada apa yang akak rasa.

Yang merisaukan akak adalah tanggapan rakan-rakan non-Muslim terhadap kita.  Pastinya now,  orang Kristian,  Hindu dan Buddha akan ada macam-macam tanggapan negatif kat kita.  Depa akan kata,  kita over thinking,  kita tak tolerance kepada haiwan,  kita pembenci sesama agama dan lain-lain.  I hope tak semua anda begitu,  please letakkan diri anda di tempat kami.  Pastinya anda juga tidak suka agama dan kepercayaan hidup anda diperlekehkan.  Apatah lagi oleh orang yang seagama dengan kamu sendiri.

Sebagai seorang blogger,  akak juga menggunakan kebebasan bersuara.  What i think i write.  What i think its good,  i will share.  Akak teringin nak popular macam Hanis Zalikha ataupun BlogSerius,  satu hari 20 ribu orang baca blog akak.  Tapi yang penting,  akak akan usaha untuk tulis dengan baik dan bertanggungjawab agar 3000 pembaca setia (yang tak tau nak komen ni...HAHAHAH carut ampa) blog akak setiap hari akan terus mendapat perkongsian yang baik setiap hari dan bukannya atas dasar INGIN POPULAR CEPAT sampai sanggup mencalarkan sensitiviti mana-mana kaum,  agama dan bangsa.  * tapi carut-carut fesyen tu lain la....LOL

Akhir kata,  satu pesanan daripada Kak Asmaa,  "Freedom of speech ni ada limit dia.  Let me put it this way,  hang buleh hayun tangan hang sekuat mungkin dan seberapa lama yang hang mau.  Tak dak sapa pun  ada hak untuk kata ...HANG TAK BOLEH HAYUN TANGAN HANG...sebab itu tangan hang.  Tapi kalau hang pi hayun tangan hang dan hang pi bagi kena kat muka orang.....haaaa....hang kena la tangkap dengan POLIS....,"

10 comments:

  1. Kellassss. Kita suka pendapat hangpa ni. Terutamanya bab Chetz ni.

    ReplyDelete
  2. Kak, ak setuju sgt tang p tutup muka tu pasai paaaaa... masa p upload video seks segala x malu pulak... isn't it ironic!! (kata alanis Morissette! ) ak pon ade cousin yg ade dog as pet. And ak sgt x slesa ble die angkut skali pet die blk kmpg umah nenek ak. Adoiiii laaaaa.. ak pon x tau ape die nk tunjuk kan pd kami semua. Mcm hg tulis la kan, alang2 buat dokumentari terus. And freedom of speech pon ade limut. Klu smpi timbul rsa was2 ak nk bersalaman dgn my cousin and then nk carpool jln2 raya nek keta dia...x ke susah. Sat g nk solat lg was2 ak. Ak pon tertanya2 ble yg cousin ak samak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula mak i selalu kata...nak bela anjing boleh tp jangan la pi peluk ciun dia semua. Nak samak berapa bamhak sangat. Napak la yang kita ni tak solat. Sekian

      Delete
  3. Hahahaha aku suka ayat asmaa :)

    Senang nak digest.

    ReplyDelete
  4. Hi jumie
    Point of view yg bagus ni... sebab mmg terang2 depa ni buat salah... tp sedih gak pasai ada melayu n islam pi join support depa ni... adoiiiyaaii

    ReplyDelete
  5. freedom of speech memang boleh and yes tak semua boleh stop what we say since its what we call 'freedom'. so kalau aku baling taik kat muka orang sebab aku suka orang akan kondem tak? same goes with those yang kata 'you people have no right to say this/do this/say about us like this' sebab kalau pihak yang lagi satu tu kata kita buat tak elok so where's the freedom? senang cakap...'there things which you can express directly but to touch on sensitivity, it is best you keep it to yourself because in this world God/Allah creates each of use uniquely thus to make one/others to feel uneasy/uncomfortable/unstatisfied will create anger'.

    ReplyDelete
  6. woi! 3000 pembaca setia tu - ni salah sorang yang komen. pasni jadi 2999 je. Hahahaha.

    ReplyDelete
  7. Okey fine, kami komen jugak.. dah kurang jadik 2998 yang tak komen.. haha..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...