6.8.13

Beg Couch by Jumie Samsudin

Beg Couch 
by Jumie Samsudin

Hari tu akak balik Johor, jumpa keluarga mentua. Lepak-lepak malam bersama kakak ipar ku, Norfariza. Muka macam En. Khafi tapi versi perempuan. Boleh? Akak jarang cerita pasai dia kat blog. Sebab akak sendiri macam segan-segan dengan dia. Walaupun sama umur, tapi I tetap hormat dia dengan pangkat kakak.

So, masa kami duk sembang-sembang tu, Norfariza ataupun akak panggil dia Along sedang sibuk membelek telefon.
Bag Coach.


“Along duk tengok apa?” Tanya akak.

“Along duk tengok website beg Couch ni. Website ni official factory outlet from US. Kat sini murah sikit kalau beli online. Dalam RM500 dah boleh dapat design yang cantek,” kata beliau.

Akak melopong di tepi. “Along kan dah banyak hembek….nak beli lagi?” Tanya akak.

“Along nak beli kat mak….,” jawab beliau.

“Gitu….Kak Juma nak pakai Coach!! Kerlass…” pastu kami gelak dorang.

Along kata, Mak Juma tak tau Coach ni beg macam mana. Dia ingat beg beg yang dijual kat pasaraya biasa. So dia kata kat Along,

“Bagus juga beli beg baru…boleh la mak buat pakai pergi pasar….”

Kami lagila gelak besar. Gitu Kak Juma pakai Coach pergi ke Pasar Tani Bukit Gambir, Muar. Kau mampu? Sofea Jane pun sembah ratu tengok mak mentua akak isi beg Coach dia dengan tempe 30 keping.

“Jumie nak tak satu beg Coach…Along boleh tolong belikan….” Along meng-offer kepada akak. Wajah akak bersinar-sinar seperti permata rubi.

“Ehk…takpa la Along. Bukan I tak minat design dia, tapi semenaknya, I tak mampu la…..Paling branded pun yang saya mampu pakai adalah Charles and Keith,” jawab akak . Yes, selain handbag daripada Charles and Keith and beg beg kulit yang akak beli di pasar malam, akak juga mempunyai beberapa koleksi beg tangan yang cantek hasil pemberian daripada Mama Regina Ibrahim. Beg beg tu semua masih cantek lagi.

Lagipun sekarang, setelah 8 tahun kerja di USM, akak mai kerja pakai bagpack sahaja. Macam budak sekolah. Dalam tu boleh bubuh laptop, segala maknena kabel-kabellina, power bank, diary, Ipad, camera, alat tulis, Panadol, pad, baju sukan dan macam-macam lagi. HAHAHAHA. Handbag sudah tidak revelan untuk saya ke tempat kerja. En. Khafi yang belikan beg ini untuk akak. Dia kata “Beg ang macam beg Doraemon!!! Pakai bagpack macam ni baguih!”

Ini adalah gambar contoh beg akak.  Jenama Everki.  Inilah yang En.  Khafi beli kat akak.  Senang nyah.  

So betul ka akak tak suka beg Coach because of the design? Takkanlah semua design tak sesuai langsung di mata Jumizah Samsudin? Actually, saya tak minat dan tak berapa teringin nak memakai beg Coach kerana terlalu ramai orang berlumba-lumba dan nak memakai beg Coach ini. Especially, wanita wanita Melayu. Tak kirala kerja kerajaan ataupun kerja swasta.

Ampa janganla sentap dengan penyataan akak ya. Dah kalau u olls minat, why not? Belilah. Duit ampa kan? Bukan duit aku.

Cuma akak nak bagi ampa terpikiak sat. WHY COACH? Why only COACH? Pasaipa ampa tak tercari-cari label label designer lain seperti Burberry, Micheal Kors, Chloe, Salvatore Ferragamo ataupun jenama-jenama lain yang sama tahap dengannya.

Handbag pada akak selain mengisi dan mengangkut barang-barang maknena seorang perempuan, fungsi lainnya adalah sebagai pelengkap gaya. Kalau kena gaya, handbag RM20 daripada Uptown Danau Kota pun dah nampak macam straight from red carpet. Kan?

Ini gambar I dengan beg kecik beli kat Uptown Danau Kota nyah.  Takdak jenama pun.  I beli for the design.  Harga RM20 sahaja after diskaun :)

Sekali lagi akak nak tanya, why pilih jenama Coach? Adakah sebab orang tau jenama itu adalah jenama yang MAHAL? Tapi yang akak nak ampa semua pikiak semua, wahai wanita wanita Melayu Malaysia, kenapa ampa hanya pilih kepada jenama COACH sahaja? Kenapa ampa tak pilih jenama –jenama mahal seperti yang akak sebut di atas.

Ataupun, kalau jenama-jenama ini tidak cukup mahal dan mewah, why not pilih jenama yang lagi super mewahlazah seperti Louise Vouitton, Channel , Balenciaga, Hermes ataupun Birkin? Haaaa kan!! Haaa nyah….ko jangan gelak gelak ja baca artikel akak ni. Ko tau ke Birkin tu apa? Ko tau ke Birkin tu harga dia berapa nyah?

Inilah contoh gambar bag Birkin daripada kulit burung unta.  Harga beg macam ni mencecah puluhan ribu ringgo ya.  Tak salah akak lebih kurang RM20-30k.

Dulu akak ada seorang kawan ni, bila dia tengok akak duk baca majalah Cleo (dulu dulu akak suka baca majalah CLEO) dia pun kata,

“Ehkk…..kasut aper ni? Sampai RM400!! Majalah ni penipu ke?” tanya kawan akak dengan pelik. Kawan akak ni asal daripada kampung. Dia tak pernah baca majalah matsaleh ni semua. Dia tau baca Mangga dan URTV sahaja. Akak pun explained kat dia, tu semua jenama orang kaya. Dari luar Negara. Masa tu susah la nak cari kat Malaysia sebab Pavillion pun tak wujud lagi. Akak pun kata, “Aku pun suka tengok ja fesyen dan designnya. Tak mampu nak beli, kita kan student,” bukan kata masa student, dah kerja gini pun akak masih tak mampu lagi u olls.

Kak Victoria dengan Birkin merah.

Itu adalah contoh kawan akak sendiri. I bet she never read any other magazine yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Tapi, tahun lepas, akak jumpa balik kawan lama akak tu, and she was wearing a big Coach tote with tudung Fareeda 3 tingkat. She looks nice and cantek. Tapi kenapa COACH?

Akak tulis benda ni semua bukan nak marah ataupun kutuk u olls pakai beg COACH. Apatah lagi nak rasa dengki dengan u olls. Akak happy kot tengok kawan-kawan akak semua pakai beg mahal-mahal and berjenama. Cumanya, yang akak kita semua pikiak adalah….KENAPA BEG COACH?

Sehubungan itu, akak menggesa u olls semua yang memakai beg Coach untuk keluar daripada lingkaran fesyen stereotype ni. Bila sorang pakai Coach, kita janganla pakai Coach, kita pakai la MK pulak. Kalau sorang pakai Honda, esok esok kita mai la pakai Volkswagen pulak? Why not?

Tak ada salah dan silapnya design beg Coach. Ada berates-ratus jenis design yang sesuai dengan pelbagai gaya dan fesyen. Semuanya cantek. Tepuk dada tanya selera. Tapi kerana terlalu kemaruk nak bergaya dengan COACH, seseorang wanita itu sanggup mengenepikan pelbagai aspek lain sehinggakan walaupun beg Coach beliau berharga RM3 ribu tapi gaya beliau tak ubah dengan makcik makcik pi kursus haji.

Akak harap lepas ni, u olls semua dah baca artikel akak ni, bila nak membeli/melabur dalam satu-satu produk fesyen, pastikan u olls tidak menjadi tergolong dalam lingkaran fesyen stereotype. Create your own style. Tak kiranya apa pun size poket dan size tubuh badan u olls. Buat research mengenai jenama dan fesyen. Kemampuan dan gaya sebenar. Nak menunjuk-nunjuk dan mengebat, why not? Kita mampu, kita tunjukla. Tapi janganla duk pilih benda yang orang lain semua duk pakai. Pi la cari jenama-jenama lain pulak.

Ps/ Kalau mak ada 7 juta pound sekarang,  mak nak beli Channel Lego ni sebijik.
Channel Lego.

6 comments:

  1. rasanya Coach ni boleh dikategorikan sebagai barang mewah mampu milik, ratus ratus dibandingkan dgn jenama mewah premium LV, Channel dan Gucci yg ribu raban. kalau kita tengok orang yg betul betul kaya mana pandang Coach ni.. Still prefer bag pasar malam sebab rasannya membazir je pun kalau beli bag yg harga Rm100 ke atas.

    ReplyDelete
  2. betulla.. i pun tak faham. mana2 je coach. pastu idung kembang betul kalau angkut beg coach tu.kalau i ada juta2 i pakai LV atau birkin...haha..tapi i mampu pakai Longchamp je...itupun hubby yang belikan dari london. kalau kat malaysia, memang mahal merapu harga dia. sama jugak kalau beli online kata diskaun tapi bila cek dengan harga asal, dah lebih kurang jaaaa..

    ReplyDelete
  3. Aku beli carlorino jer buat hanataran kat bakal bini..
    Huhuhu
    Mmg berbaloii

    ReplyDelete
  4. Malas la handbag bagai. Tapi kena ada jugak satu-dua... Sebab senang nak simpan barang. Sebab esok raya...... Sebab nak simpan duit raya. Hahahahhh!!! Tapi aku main beli je. Ada aku kesah jenama ni semua... Satgi beli mahai2, silap boh barang, bocoq jugak...

    Aku p opis pon bawak beg skolah ja. Senang nak sangkut kat kerusi. Sebab beli handbag mahai2 satgi, dah la takleh letak atas meja (client kitorang super cerewet, kalo bleh atas meja tu dia nak kosong... Cuma keyboard, mouse ngan monitor ja) nanti kena letak bawah meja. Bawah meja lak mana ada kabinet. Ada cpu ja... Takkan nak letak atas cpu... Sebab cpu slalu aku buat tempat letak kaki. Lenguh weh duduk jaa

    ReplyDelete
  5. coach je yg brand luar yang dalam kemampuan... heee

    ReplyDelete
  6. Birkin was mention here. Good thought jumie! Hahaha... Permaisuri dan first lady Malaysia jer mampu pakai Hermes Birkin yg rega 30k tuh...feeling Bonda Ratu sgt...~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...